VIDEO PETUGAS DI PUKUL

SOSIAL- KEJADIAN ANEH MAKIN NYATA-PENEMUAN IKAN DUYONG



guess we have seen mermaids in fairy tales....but this one found in real life after the hurricane hit north coast of Sabah, Malaysia, believe it or not..u decide


Isu ini sengaja dibawa didalam kesibukan kita dalam kempen pilihanraya Bagan Pinang.baru-baru ini kes sejadah bersolat dikatakan terjadi di beberapa tempat.Terbaru di Permatang Pauh.







SAIFUDDIN CABAR KHAIRY TERUSKAN SIASATAN BERHUBUNG KES ANWAR


Pengarah pilihanraya PKR pusat Saifuddin Nasution Ismail hari ini mencabar Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya meneruskan hasrat beliau untuk mengarahkan pihak polis menyiasat semula kes berhubung pendedahan timbalan gabenor Bank Negara Datuk Murad berhubung kenyataan beliau mengenai DSAI yang dikatakan mempunyai wang berjumlah 3 billion pada tahun 1999.

Abdul Murad keudiannya menarik semula kenyataan beliau dengan berbagai alasan , namun ketua pemuda umno tersebut menjelaskan bahawa pihak polis harus meneruskan semula siasatan berhubung dakwaan tersebut demi kepentingan awam.


Menurut Saufuddin lagi, dalam satu sidang akhbar,menjelaskan "memang kami menyetujui pandangan ketua pemuda umno bahawa semua pimimpin harus bersih sebersihnya, bukan hanya Anwar sebagai seorang pemimpin pembangkang tetapi semua pimpinan dan ahli politik".


Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, kemudiannya menjelaskan bahawa beliau juga akan membuat semula laporan terbaru mendesak agar dilakukan semula siasatan ke atas Abdul Razak Baginda yang dikatakan CEO syarikat Perimakar Bhd yang menjadi orang tengah di dalam kes penjualan senjata dan pembelian kapal selam dari Perancis.Kes ini membuka mata umum apabila syarikat beliau yang dikatakan menerima komisyen di atas pembelian kapal selam tersebut.

Saifudin juga kemudiannya menjelaskan bahawa Khairy juga akan disiasat berhubung bagaimana , beliau yang masih baru dalam dunia politik , menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi , mengambil kesempatan untuk membeli saham ECM Libra Avenue Bhd.

Kahairy dikatakan membeli sebanyak 1.23% ECM Libra Avenue Bhd pada harga 71 sen sesaham bernilai RM10.2 juta saham pada disember 2005 dan kemudiannya apabila dikritik beliau dengan segera menjualnya dengan harga 65 sen sesaham pada 11 Ogos 2006.


"Kami mememang mengalu-alukan Khairy Jamaluddin melakukan laporan,Untuk memastikan semua ahli politik bersih , malah rakyat begitu mengharapkan wakil rakyat dan ahli politik dalam negara bersih dan ini memberikan kami peluang untuk mengulangi semula laporan dan mengkajinya semua kes-kes yang pernah kami laporkan", demikian jelas Ahli Parlimen Machang lagi.

Saifuddin juga sempat bertanya dimana Khairy mahu melakukan laporan dan beliau sendiri akan mengiringi Khairy Jamaluddin untuk membuat laporan tersebut.




Dalam satu kenyataan pada 6 Oktober lepas, menurut Khairy, Pemuda Umno akan melakukan laporan terhadap apa yang didakwa Anwar mempunyai 3 billion ringgit sebagaimana yang didakwa Datuk Murad dan mahukan kes tersebut di semak semula dan dilakukan siasatan.




"Ini adalah kes yang cukup serius , dan kami mahukan ianya disiasat dan sama ada ianya benar sebagaimana yang didakwa , dan apa kah langkah seterusnya yang harus di ambil bagi meneruskan siasatan ", demikian jelas Khairy dalam kenyataan beliau pada 6 Oktober.


Ketua pemuda tersebut menjawab satu kenyataan yang disebut oleh Datuk Nalla Karuppan dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak sumber kewangan.Nalla kemudiannya menentang Anwar akibat tidak dilantik sebagai calon DUN Ijok.

KEGANASAN :UMNO GAGAL KAWAL PENYOKONG.PARTI YANG SEMAKIN REPUT AKAN DITOLAK RAKYAT









Keganasan menjadi-jadi untuk Umno.Kita tidak mahu hal ini berlaku.Kerana sebagai parti yang memerintah pada pilihanraya ke 13 nanti, sikap sebegini dilihat tidak bertamaddun.