Marlina
Oh, rupanya kat Sogo ada Himpunan Turun Azam Baki hari ni. Digerakkan oleh Rafizi Ramli, Bersih dan lain-lain.
Aku tak turun pun, bahkan dah sampai kampung. Tapi aku tonton melalui LIVE page media sosial dan LIVE peserta himpunan.
Aku tak nak ulas bab mereka berhimpun tu. Tak nak kritik atau sokong juga. Cuma aku nak bandingkan dengan himpunan yang pernah aku hadiri.
Seumur hidup aku, aku cuma pernah hadiri dua perhimpunan seumpama ini.
1. Himpunan Justice 4 Zara
2. Himpunan GARAH (Tak sempat turun motor kena halau balik dengan abang polis)
Aku bandingkan dua himpunan yang aku hadiri dengan himpunan hari ini. Jauh beza. Sangat jauh beza.
Himpunan aku hadiri, terutamanya GARAH, tak tersusun. Carca marba. Tak sistematik. Tak tahu mana nak tuju. Sampai depan Sogo, abang polis suruh balik, maka baliklah kami.
Himpunan Justice 4 Zara di Kedah lebih sistematik berbanding di Sogo. Sempat dengar orang berucap semua tu.
Tapi Himpunan Turun Azam Baki hari ni, nampak sangat tersusun dan sistematik.
Ada puak berkumpul di penjuru ini, ada puak berkumpul di penjuru sana, ada puak berhimpun di penjuru sinun.
Ada plakad, poster, kain rentang, kad manila yang tertera suara hati mereka.
Leader pakai microphone, pegang speaker, berada di belakang Hilux yang bergerak perlahan ke tempat himpunan utama.
Speaker tak berhenti melaung, menjerit kata-kata semangat, menyanyi lagu ciptaan mereka diikuti peserta himpunan dengan semangat sambil berarak perlahan-lahan.
Nampak padat dan penuh peserta yang hadir. Nampak teratur, sistematik dan tersusun.
Memang berbeza himpunan yang dianjurkan oleh otai jalanan macam Bersih dan Razifi berbanding himpunan yang dianjurkan oleh Zamri Vinoth dan NGO lain.
Pengalaman team Bersih memang banyak. Apatah lagi dulu-dulu himpunan mereka disekat, dikasari, disembur air gatal, gas pemedih mata dan sebagainya. Pun masih berjaya dijalankan dengan cemerlang dan mendapat sambutan ramai.
So, sesiapa nak buat himpunan lepas ni, kena tiru geng ni. Baru beri impak maksima.
Begitulah.
#MFS
.