SEMOGA MENJADI MOTIVASI BUAT PENJAWAT AWAM





 Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap agar usaha tersebut menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan



Jangan masuk daerah Tuhan


Abu Miskat





Walaupun benci kepada seseorang seteruk mana sekalipun, kita tak harus dan tak layak sama sekali untuk mengambil kuasa Tuhan yang maha Pengampun. 


Kita boleh pakai identiti apa sahaja untuk menyembunyikan identiti sebenar kita, tetapi Allah dan para malaikat kenal dan tahu siapa kita. Catatan malaikat tak akan silap. 


 عن جندب بن عبدالله بن سفيان البجلي رضي الله عنه، عن النبي ﷺ: أن رجلا قال: "والله لا يغفر الله لفلان!"، فقال الله: "من ذا الذي يتألى علي" (يعني يحلف على، التألي الحلف، والألية اليمين) ، من ذا الذي يتألى علي أن لا أغفر لفلان، إني قد غفرت له وأحبطت عملك رواه مسلم في الصحيح.


Daripada Jundub bin 'Abd Allah bin Sufyan al-Bajali radhiaLlahu 'anhu, daripada Nabi SAW bahawa seseorang berkata kepada seorang lain: "Demi Allah, Dia tidak akan ampunkan dosa si fulan!"


Lalu Allah berfirman: "Siapakah yang bersumpah atas nama Aku bahawa Aku tidak akan ampunkan si fulan? Sesungguhnya Aku telah ampunkan si fulan dan Aku hapuskan pahala amalan kamu. " (Hadis sahih riwayat Imam Muslim) 


Justeru, berhati-hatilah bila memasuki ruang politik, jangan sampai terlajak masuk ke dalam daerah keTuhanan.



𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗣𝗟𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡



Pada saya argument Hasan Karim ni kelakar kunun DSZH perlu letak jawatan sbb dianggap "tidak sehaluan dgn PMX". Abis tu yg dia dlm 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗷𝗲 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻?? Species ni hanya nak porak perandakan hubungan PH dgn UMNO BN je.


Para Penyokong Kerajaan atau PHBN patut cukup matang dan faham utk menilai species mcm Hasan Karim, Puad Zarkashi dan Akmal Salleh yg 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗣𝗟𝗔𝗬𝗘𝗥 tapi suka hancurkan perpaduan yg terbina.


Species belukang memg wujud. Jgn tak tahu.


-Zus Din

22042024

**********


HASAN KARIM KENA FAHAMI SENI POLITIK


Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Keadilan Hassan Karim terus bermain politik dengan caranya sendiri, saya namakan dia berpolitik secara harfiah, lurus tanpa menganuti seni politik yang sofisikated. 


Banyak kenyataan dan pandangan politik daripada Hasaan betul dan berprisinp, tetapi ia tidak bersendikan kepada seni politik. Kurang bijaksana. 


Terbaru beliau mengkritik Zahid Hamidi yang membuat afidit bagi menyokong semakan kehakiman dalam kes membabitkan bekas PM Najib Razak. 


Bagi Hassan tindakan Zahid itu sesuatu yang ganjil dan melawan kerajaan. Lantas itu beliau mencadangkan agar Zahid melepas jawatan dengan mengambil "sunnah" Musa Hitam semasa tokoh itu jadi TPM mengambil langkah meletak jawatan kerana tidak sehaluan dengan Mahathir Mohamad yang jadi perdana menteri. 


Hassan melihat sokongan Zahid terhadap semakan kehakiman Najib itu sebagai tidak sehaluan dengan kerajaan, khsususnya Anwar Ibrahim. Dari prospektif undang-undang pendapat Hassan itu benar, tetapi salah dari segi seni politik.


Disinilah dikatakan pendapat Hassan itu betul mengikut politik harfiahnya, tetapi ia jauh dari memahami seni politik. Jika ahli parlimen Pasir Gufdang itu tahu hakikat kerajaan Perpaduan hari ini tertubuh dengan kerjasama Umno, dia tidak akan tergamak membuat cadangan sedemikian. Pendapat Hassan itu boleh jadi bunga api yang boleh membakar huma politik kerajaan.


Apakah Hassan tidak sedar yang kerajaan hari ini, adalah kerajaan "benalu" yang saling tumpang menumpangi di antara satu sama lain. Kalau Hassan ingat hakikat itu beliau akan mengorbankan sedikit prinsip etika perundangan yang dianutinya demi keutuhan kerajaan Perpaduan. Trims.

-MSO

Link : https://www.facebook.com/share/p/FvvfbUxGLgGw5vfm/?mibextid=qi2Omg



PENGIKUT IKUT ACUAN. DAK PUN JENIS TAK SEKOLAH. PENDOKONG PH JANGAN IKUT PERANGAI MACAM NI. SETAN.

 


Che Ibrahim


Pengikut sapa ni??... Sah haji Hadi pun malu nak mengaku penyokong PN, apalagi Muhyidin yang sudah lama kata parti ajaran sesat




INI KADAR KENAIKAN GAJI SETELAH 12 TAHUN..SEKADAR RAMALAN..TAPI TAK JAUH LARINYA..


 

USAHA NAK TEBUK ATAP TU BERTERUSAN,WALAU SUSAH BUAT MASA INI...JADINYA BERANGAN LAH.,


 

KENA SINDIR SEBAB TAK PAHAM UNDANG UNDANG


 

TAK PAYAH LA NAK ULAS...NAIK MAHKAMAH DAH PUN.


 

BODOH ITU PERCUMA. JANGAN KAWAN DENGAN ORANG BODO.

 Dikurniakan kebodohan luar biasa.





Mohd Farul Al Qasas


Begitulah kata DLA mengulas keengganan PAS dan Bersatu untuk turut titah Tuanku supaya sertai kerajaan Perpaduan. 


Kebodohan itu masih kekal kepada para ahli mereka.


Aku kongsikan video PMX.

Ada 3 video.

Tahun 2022, 2023, 2024.


Aku tak tulis pun terkini. Apa aku nak tunjuk Anwar ni sihat dan aktif dikala umur dia dah 70 lebih. 


2022 umur dia dah 74. 74 daki bukit. Kau boleh ke 3 idiots?


75 main Battling rope.


76 aktif joging dalam dan luar negara.


Sebab kau tuduh PMX ada HIV. Woi bengap, 70 lebih HIV boleh aktif ke macam tu?


Pastu kau sambung lagi, HIV dah sampai ke AIDS. Konon dah berlendir sampai kena pakai lengan panjang.


Buta ke kau...PMX alahan mata pun dia kerja. Satu hari 2-3 aktiviti dia.


Dalam luar negara aktif.

Parlimen tak ponteng.

Mesyuarat semua hadir.

Program padat.


Bukan macam kau setakat cakap depan henpon je.


Lagi kau nak tuduh macam-macam.


Cerita asal👇



https://www.facebook.com/share/p/HkFdRCvqYPmkXWSy/?mibextid=oFDknk



DIA KATA ANWAR BODOH, TAPI SEBENARNYA DIA LAGI BODOH BILA TAK FAHAM PEMISAHAN KUASA.

 


TAK TAHU DAN TAK MAHU ULAS... KO YANG BODO DAK... 





Eh! Tengok siapa cakap tu. 𝗣𝗠 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 ada hati nak kata orang lain bodoh rupanya. Tapi bila dia cakap macam tu, yang terlihat cuma 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.


Mahiaddin ni mungkin cuma pandai membaca je tapi ada masalah pemahaman. Sebab tu dia tak boleh beza 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 dengan 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝘂𝗹𝗮𝘀. Tapi takpe la. Kita pun faham tahap IQ dia.


DS Anwar bukan kata tak tahu. Tapi DS Anwar 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝘀 sebab ia bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan 𝘄𝗲𝘄𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Sangat besar perbezaan antara keduanya itu.


Mahiaddin bukan faham makna 𝗽𝗲𝗺𝗶𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Ini menggambarkan bagaimana dia suka campur tangan dalam urusan badan eksekutif ketika dia jadi PM dulu.


Sebab tu dia sampai sekarang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 bila menantunya terus jadi buruan pihak berkuasa. Tak ada niat ke dia nak suruh menantunya balik dan patuh 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴?


Macamana orang yang gagal kawal keluarga supaya patuh undang-undang ni nak memerintah negara? Dah tentu 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝘂𝗹 bila dia berkuasa.


Dah terbukti pun. Sebab tu masa PN dalam kerajaan ada kejadian 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 dan 𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀, 𝘁𝗲𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗱𝗶𝗻 sampai 𝘦𝘹𝘱𝘪𝘳𝘦𝘥.


Mahiaddin ni mungkin dah lama tak tengok cermin. Atau mungkin tengok tapi bila nampak 𝗰𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶 𝗺𝘂𝗸𝗮 dia fikir 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿, bukan nya sendiri. Sebab tu dia tak sedar diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SETELAH DIBONGKAR OLEH AKTIVIS SHAM GHAZ.. EXCO TERENGGANU NI MULA GELABAH, TAPI TETAP MEMBOHONG.



Sham Ghaz. 







 Baru kalut nak g check kilang BERNAS Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian Pas Terengganu. Itu pun lepas kita laporkan.


Tapi lebong je lebih, kita bagitau kilang lain dia g check kilang lain.


Dah terpampang di plastik beg beras tu kilang tu di Kuala Nerus, bukannya di Jerteh. 


Nak belakon pun biar kabar sikit lah. 


Elok check kenapa syarikat tu masih mengeluarkan pembungkusan lama, dan beredar di pasaran untuk market dedak haiwan.



LAGU CARI CARI SALAH MEMBONGKAR HIPOKRASI GOLONGAN ORANG BERPOLITIK YANG MENUNGGANG AGAMA- ZUNAR.!!!!





DARI ZUNAR - 

Lagu "Cari-cari Salah" membongkar hipokrasi orang-orang  yang bertopeng agama, atau biasa disebut "Penunggang Agama." Ini adalah mesej yang saya dan Baby Shima mahu sampaikan ketika merencana lagu ini. Saya menyediakan senikatanya, yang diambil dari kartun saya yang dilukis pada Juai 2023 dan ciptaan serta arrangement musik oleh Ipoenk ZA dan tarian oleh MYM Dancer. Baby Shima mengusahakannya di bawah label beliau,

Babyshima Entertainment. Pendatang baru dari Indonesia, NOVITA ALL mengambil langkah berani menyanyikan lagu ini. Jadi apa yang saya harapkan dari kawan-kawan  ialah TOLONG VIEW DAN LIKE video klip ini di Youtube untuk memberi sokongan moral kepada Novita dan juga team Baby Shima. View dan like yang banyak akan memberi semangat untuk meneruskannya lagi di masa hadapan.



Beras Terengganu Best Kotor.


Sham Ghaz







Haritu masa balik cuti ada beli beras jenama “Terengganu Best” disebuah kedai untuk dijadikan makanan angsa


Asalnya nak beli beras temukut/beras hancur. 


Jadi pergilah cari di kedai kedai dedak, boleh kata semua kedai dedak habis.


Jadi ambik keputusan pergi beli beras beras mirah di sekitar KB. Sebab nak dijadikan makanan haiwan.


Pergi sebuah kedai tu tanya, kenapa dengan beras berlonggok ni akak? Dia jawab beras ni sesuai untuk makanan haiwan. 


Sebab banyak bubuk dan tak bersih katanya, takda orang beli😅


Terus je beli, balik2 buka mmg banyak bubuk dan banyak sgt sisa daun dan batang jerami dlm plastik ni.


Nasib baik untuk angsa.



Padi Alami Subur Saat Padi Lain Mati Kekeringan


Sham Ghaz


 Padi Alami Subur Saat Padi Lain Mati Kekeringan









Baru keluar bendang padi alami di Kg Lubok Jambu, dibawah Yayasal Ahmad Albab yang digerakkan oleh Hj Yusri dan idea dari Dato Husam Musa.


Start bawa balik Pak Eep dari Tasik Malaya, Indonesia. Individu yang pertama buat bendang padi organik di Baroh Tunjong waktu arwah Tok Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan.


Waktu bendang padi lain merekah tak cukup air, padi disini hidup subur hijau menguning, tunggu masa nak tuai.


Malaysia ni sejak Merdeka kita bercakap pasal food security, setiap tahun Negara kita terpaksa import beras dari luar Negara untuk mencukupkan bekalan beras. 


Berbillion duit Kerajaan keluar untuk import, subsidi baja, racun, benih, input pertanian, jentera, infra dll.


Sekali kita buat penanaman padi tanpa racun dan baja kimia, 100% secara alami, hasil cantik dan tiada serangga perosak. Buah padat, penuh tangkai dan tiada serangan penyakit. Alhamdulillah.


Inilah masanya Kerajaan Malaysia Madani nak ketengahkan makanan sihat untuk rakyat Malaysia. 


Doakan usaha ini berjaya dan cita cita arwah TGNA dulu berjaya. Amen


Nota: gambar tanah merekah dan tanaman padi kering tu, bendang sebelah yang ikut sistem taliair sedia ada.



MUHYIDDIN BODOH BERKALI KALI


MSO


 BODOH BERKALI KALI


Mahiaddin kata Anwar bodoh sebagai perdana menteri kalau dia (Anwar) tidak tahu menahu tentang addendum (titah tambahan). 


Sebenarnya yang ternyata BODOH di sini ialah Mahiaddin kerana dia boleh beranggapan Anwar bodoh kerana tidak mengetahui hal itu. Dan tambah bodoh lagi Mahiaddin ini sampai dia tidak dapat memahami akan keluasan kuasa dan maklumat seorang perdana menteri.


Sekali lagi bodoh walaupun pernah jadi perdana menteri, beliau tidak tahu akan keistimewaan dan kelebihan seorang perdana menteri. Bodoh berkali-kali sebab itu jadi PM hanya beberapa bulan sahaja. Trims.



Muhyiddin tak layak cakap isu politik selagi gagal bawa pulang menantu -...


Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik. Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ini kerana Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya Muhammad Adlan Berhan pulang ke Malaysia. Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan.




PMX JAWAB MUHYIDDIN DAKWA KERAJAAN PERPADUAN RETAK MENANTI BELAH, DI KON...

BERITA TERKINI



1. Afidavit untuk Najib: K'jaan tak pernah singgung raja Melayu - Anwar 2. Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan 3. Muhyiddin: Anwar 'bodoh' jika tak tahu titah addendum pengampunan Najib 4. Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin 5. PRK Kuala Kubu Bharu: Lebih baik MCA, MIC sokong PN - Muhyiddin 6. Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi



] PERKEMBANGAN ISU AHLI PAS! KATANYA MASIH SAYANG ISTERI!


Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, membenarkan proses sambung reman terhadap suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 14 April lalu. Ia selepas reman selama tujuh hari yang dibenarkan mahkamah pada 16 April lalu berakhir hari ini dan pihak polis membuat permohonan sambung reman bagi meneruskan siasatan terhadap suspek. Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri membenarkan reman terhadap Hafizul Hawari, 38, disambung selama lima hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Terdahulu Hafizul tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pasa jam 8.35 pagi dengan memakai pakaian lokap dan dikawal ketat pihak polis. Ketika dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah dia beberapa kali mengungkapkan bahawa dia masih menyayangi isteri. =========================================================================== Pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan ketika melindungi majikannya dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Ahad lepas sudah sedar dua hari lalu. Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata keadaan Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau lebih dikenali sebagai Along, yang menerima rawatan di Hospital Cyberjaya ketika ini semakin pulih. “Dia sudah sedar. (Pihak hospital) telah hentikan pemakaian alat bantuan pernafasan pagi tadi dan suami dah boleh bercakap sedikit,” katanya kepada Bernama semalam.



PEMBOHONGAN EXCO PERTANIAN TERENGGANU DIDEDAH.

 

Sham Ghaz





Beras: Sibuk Serang Kerajaan Pusat, Exco Pertanian Terengganu Tak Khabar “Beras Ganu” Tiada Stok Dalam Pasaran.


1. Beras jenama “Beras Ganu” adalah keluaran Kerajaan Negeri PAS Terengganu melalui anak syarikat TADC, anak syarikat Perbadanan Kemajuan İktisad Negeri Terengganu.


2. Harini kami pergi tinjau beras jenama “Beras Ganu” keluaran Kerajaan Negeri di Pasaraya Ameen Hallmart, pengedar tunggal Beras Ganu juga tiada stok. Rujuk gambar. Kosong terus! 






3. Kemudian kami wasap tanya customer service mereka juga kata habis stok. Rujuk salinan wasap. 


4. Itulah, minggu ni bukan main naik tocang serang isu buang beras di Kuala Krau. Tak sedar kot beras keluaran Kerajaan Terengganu pun takda di pasaran.







5. Walhal Ahli Parlimen Kuala Krau tu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri waktu Muhyiddin jadi PM, Hadi Awang jadi Duta, Tn Ibrahim jadi Menteri dan Zawawi jadi Timbalan Menteri Pertanian.






6. “Beras Ganu” riuh duk promosi kononnya keluaran Kerajaan Negeri, padahal beras tu beli dgn Konsortium Pengilang Beras Terengganu milik Lembaga Pertubuhan Peladang, projek Kerajaan Pusat. Repackaging ja! 


7. Baja, racun, input pertanian dan pengilangan pun dibuat oleh Kerajaan Pusat.


8. YB Dr Azman Ibrahim Lebong jah lebih, telur sebijik riuh sekampung!


9. PAS sibuk duk tuduh Kerajaan Madani gagal sediakan beras tempatan di pasaran, tapi beras keluaran Kerajaan Terengganu pun tiada stok di pasaran. Kena atas muka balik. 


SG



Nak ceita isu beras, tapi guna gambar lama. Jelas Beras Ganu Habis Stok!


Sham Ghaz


 Jelas Beras Ganu Habis Stok!


Semalam nampak sedak dah agah sangat kononnya nak sindir dan pekena orang tegur Kerajaan Negeri Terengganu.


Harini dah sendu, malah persalahkan kilang padi LPP dan persalahkan pihak lebih ‘tinggi’ kononnya sabotaj TADC pula dah. 


Tapi masih guna gambar lama. 







Sedak duk pukul Kerajaan Madani dan YB Mohamad Sabu dalam isu bekalan beras putih tempatan, kalini kena ke Kerajaan Terengganu baru leper bila kena atas pala dia sendiri baru kalut ribut nak jawab.



Isu BERAS GANU Tiada Di Pasaran


1. BERAS GANU ialah Beras MyGAP, beras berkualiti tinggi yang disahkan selamat secara saintifik terutama dari segi kualiti dan kandungan racun. Terengganu adalah negeri yang mempunyai pesawah memiliki persijilan MyGAP paling ramai di Malaysia. Persijilan ini dibawah Kementerian Pertanian.


2. Sawah MyGAP sudah ada di Terengganu sebelum ini. Tapi Beras MyGAP tak ada kerana Padi MyGAP tak diuruskan rantaian pengeluarannya sehingga menghasilkan Beras MyGAP sebagai produk akhir. Bila tiba musim menuai, padi MyGAP dicampur dengan padi lain dan dikilangkan sekali dengan padi bukan MyGAP. Akhirnya semua jadi sama. Sayang sekali bila ada Padi MyGAP tapi tak ada beras yang layak dipersijilkan dengan persijilan kualiti ini. Ringkasnya, Persijilan MyGAP di bawah KPKM ini tidak dilengkapkan sepenuhnya lalu Kerajaan Negeri berusaha melengkapkannya.


3. Antara puncanya ialah kerana harga Padi MyGAP sama saja dengan padi biasa. Kerajaan tak ada hak untuk nak arahkan pesawah MyGAP supaya hantar padi MyGAP ke kilang tertentu untuk diproses secara berpusat agar tidak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Di Besut jelapang padi utama Terengganu ada 4 buah kilang padi. Brokar padi ada kilang pilihan mereka sendiri untuk dihantar padi. Biasanya kilang yang kadar potongannya lebih rendah akan jadi pilihan. Harga padi dan subsidi sama sahaja. 


4. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Beras MyGAP dipengerusikan Pengarah Pertanian Negeri. Antara Jabatan dan Agensi terlibat ialah UPEN Terengganu, Jabatan Pertanian, IADA KETARA dan TADC. 


5. Jawatankuasa telah melantik Kilang Padi Konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang di Baruh Masin Jabi untuk memproses padi MyGAP menjadi Beras MyGAP. Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM200 ribu semusim untuk bayar insentif tambahan bernilai RM105/tan padi kasar bagi pesawah MyGAP yang bersedia hantar padi mereka ke Kilang LPP agar proses padi MyGAP ini diuruskan secara berpusat sehingga tak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Lebih kurang 80% dari jumlah pesawah yang ada sijil MyGAP setuju menyertai program ini.


6. Dengan erti kata lain, Kerajaan Negeri telah bantu bayar subsidi tambahan kepada Padi MyGAP sehingga Beras MyGAP yang berkualiti tinggi dan selamat dimakan akhirnya dapat dihasilkan dan dijual dengan harga seperti beras biasa walaupun kualitinya berbeza.


7. Program Beras MyGAP Kerajaan Negeri ini juga telah membantu survival Kilang Padi Konsortium LPP milik Persekutuan dalam persaingan untuk mendapatkan bekalan padi. Dengan adanya 4 buah kilang padi di Besut, persaingan untuk mendapatkan bekalan padi sebenarnya agak tinggi. Tambahan pula kilang milik swasta menawarkan kadar potongan yang lebih rendah. Dengan adanya program MyGAP ini, sekitar 500 ha padi MyGAP kita telah bantu untuk dihantar ke Kilang Konsortiun LPP. Pesawah yang hantar padi ke kilang lain tak akan dapat insentif Kerajaan Negeri RM105/tan padi kerana padi mereka tidak berjaya menghasilkan beras MyGAP.


8. Selama kira-kita 3 musim Program Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU berjalan lancar sehinggalah Kerajaan PN bertukar kepada Kerajaan Madani. 


9. Selepas peralihan tampuk kepimpinan di Kementerian Pertanian, beberapa kenyataan bernada memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghasilkan jenama BERAS GANU telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita memahami dari nada kenyataan tersebut bahawa KPKM tidak gembira dengan sedikit kejayaan Terengganu. Usaha Kerajaan Terengganu bukan hanya tak disokong malah diperlekehkan. 


10. Kemuncaknya ialah, berlaku sabotaj dari Kilang Padi Konsortium LPP apabila Beras MyGAP yang sepatutnya dibekalkan kepada TADC untuk dibungkuskan dengan jenama BERAS GANU telah dijual kepada pihak lain. Hanya 30% sahaja dijual kepada TADC. Dari jumlah padi MyGAP musim 2023 yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Kilang Konsortium hanya membekalkan 120 metrik tan beras sahaja kepada TADC dari jumlah keseluruhan 840 metrik tan yang sepatutnya dibekalkan. Bakinya telah dijual kepada pihak lain tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri. Untuk makluman, bekalan Beras MyGAP kepada TADC dibayar dengan harga sama sebagaimana kilang jual kepada syarikat lain.


11. Kita yakin sabotaj ini bukan keputusan Kilang Konsortium LPP secara bersendirian. Sedia difahami retetan senario sebelum berlaku sabotaj. Ia suatu agenda dari pihak yang lebih atas. 


12. Panas sampai ke petang yang diharapkan rupanya hujan disiang hari. Kerjasama dengan Kilang Konsortium LPP tak mampu diteruskan lagi. Kerajaan Negeri telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan ganti Beras MyGAP dari padi yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah hak kita.


13. TADC sebagai GLC Negeri yang melaksanakan Program BERAS GANU belum ada kilang padi. Kita hanya ada kilang pembungkusan beras buat masa ini. Di kilang inilah beras MyGAP dibungkus dan seterusnya diedarkan. Way forward kita ialah untuk TADC memiliki kilang padi sendiri. 


14. Pelajaran mahal yang kita pelajari dari peristiwa ini ialah, dalam rantaian pengeluaran, kita tak boleh bergantung kepada pihak lain yang tidak berniat baik terhadap kita. Kita mesti mampu berdikari dan menyediakan semua keperluan dalam rantaian pengeluaran sendiri.


15. Doakan agar BERAS GANU akan kembali semula ke pasaran dalam tempoh masa terdekat insya-Allah. Jenama BERAS GANU tak mati cuma kita perlu buat penstrukturan semula berdasarkan situasi semasa.


Dr Azman Ibrahim




TELUR OH TELUR! KALAU LAH AKU TAHU !


Salam Semua! Siapa di sini suka makan telur? Selain ianya sedap, tahukah anda bahawa telur mengandungi banyak kebaikan untuk kita? Sekirannya anda tidak suka makan telur atau takut untuk makan telur, itu adalah satu kerugian yang besar untuk anda. Anda ingin tahu apakah kebaikan makan telur? Saksikan perkongsian di dalam video berikut oleh Prof Dato Dr. Noordin Darus.



[terkini] AKHIRNYA PRESIDEN MIC TELAH MENGHUBUNGI DS ANWAR PMX!


Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, menafikan dakwaan bahawa salah satu parti komponen BN akan memboikot gerakan kempen parti kerajaan yang cuba mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini. Kata Anwar, pemimpin tertinggi MIA, SA Vigneswaran, sudah menghubunginya semalam untuk mengemas kini situasi semasa. Ditanya media selepas berucap merasmikan konvensyen khas PKR sempena sambutan ke-25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini, Anwar berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar. “Tak betul, Presiden MIC (Vigneswaran) menghubungi saya samalam. "Dia akan pergi (Kuala Kubu Bharu) esok... Isnin. You dengar daripada siapa?” katanya. ======================================================================== Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan Najib Razak agar dia dibenarkan menjalani hukuman di rumah. Menurut Anwar Ibrahim isu tersebut menyentuh peranan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Agong sendiri. Dia juga menafikan afidavit Ahmad Zahid itu itu melibatkan sebarang cubaan kerajaan untuk mengurangkan keputusan yang sudah ditetapkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri terbabit. "Itu bukan soalnya. Pendirian kita (kerajaan) adalah tuntas, bahawa keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengampunan, keputusan muktamad. "Agong (terlibat) dalam mesyuarat lembaga pengampunan. "Sejak merdeka hingga sekarang belum ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu, dan itu kita kena pertahankan," katanya ketika berucap pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.



Peruntukan RM80 juta Pusat Jantung di Sabah bukti keprihatinan kerajaan



 

Pengumuman peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan.



Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu berkata, kewujudan pusat itu akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara sekali gus memperkasa kemudahan kesihatan di negeri itu.



Justeru beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kerana Kerajaan Persekutuan amat memahami keperluan Sabah dan kepentingan rakyatnya.



"Dengan pengumuman ini, kita (kerajaan Sabah) amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung di Sabah, tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi (rawatan) hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu.



"Inilah yang kita mahukan kerana aspek kesihatan cukup penting. Bukan sahaja kesihatan, tetapi juga pendidikan dan sebagainya.



"Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita hargai," katanya dipetik.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan berkata Pusat Jantung Negara di Sabah itu bakal menjadi pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.



Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah yang terbatas sehingga menyebabkan ramai terpaksa mendapatkan rawatan di luar khususnya di Kuala Lumpur.

 

Subsidi bersasar: Langkah tidak popular selamatkan ekonomi


 

Pelaksanaan subsidi bersasar khususnya ke atas RON95 dan diesel adalah langkah bertanggungjawab kerajaan menyelamatkan ekonomi negara.



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan terdahulu sudah berbincang dan mempersetujui pelaksanaanya namun tidak berani melaksanakan dasar yang dianggap tidak popular itu.



"Kerajaan ini kerajaan yang berani untuk menyelamatkan ekonomi negara dan kita akan laksanakan (subsidi bersasar).

"Di mana rakyat merasakan mereka rugi dalam belanja minyak, kita tampung. Ini adalah dasar bertanggungjawab dan inilah reformasi," katanya pada ucapan di Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) Shah Alam pada Ahad.



Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa rakyat yang terkesan dengan penyasaran subsidi akan dibantu menerusi pemberian tunai bulanan yang kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding subsidi pukal sebelum ini.

"Kalau (harga minyak) naik, kita bagi suntikan langsung kepada rakyat. (Subsidi digunakan) naik RM100 sebulan, kita bagi RM100, ada masalah ke? nak bantah sebab apa?



"Ini kaedah (pemberian tunai) kita fikir punya lama, puluh tahun dibincang, puluh tahun juga kerajaan (terdahulu) setuju, tapi tak berani dilaksanakan sebab dia takut tak popular," katanya dipetik.



Menurut Anwar lagi polisi subsidi bersasar sangat diperlukan bagi mengelakkan penyeludupan diesel di sempadan negara kerana harga bahan api itu lebih mahal di negara jiran.



Juga sekitar 4 juta pendatang asing mendapat nikmat membeli petrol RON95 bersubsidi.

Untuk rekod, pada 2023 kerajaan membelanjakan kira kira RM10 bilion bagi subsidi diesel.



Dengan pelaksanaan dasar subsidi bersasar dijangka 50% penjimatan boleh didapatkan dan dana berkenaan diguna untuk tujuan meningkatkan kemudahan sosial lainnya.