[terkini] AKHIRNYA PRESIDEN MIC TELAH MENGHUBUNGI DS ANWAR PMX!


Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, menafikan dakwaan bahawa salah satu parti komponen BN akan memboikot gerakan kempen parti kerajaan yang cuba mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini. Kata Anwar, pemimpin tertinggi MIA, SA Vigneswaran, sudah menghubunginya semalam untuk mengemas kini situasi semasa. Ditanya media selepas berucap merasmikan konvensyen khas PKR sempena sambutan ke-25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini, Anwar berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar. “Tak betul, Presiden MIC (Vigneswaran) menghubungi saya samalam. "Dia akan pergi (Kuala Kubu Bharu) esok... Isnin. You dengar daripada siapa?” katanya. ======================================================================== Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan Najib Razak agar dia dibenarkan menjalani hukuman di rumah. Menurut Anwar Ibrahim isu tersebut menyentuh peranan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Agong sendiri. Dia juga menafikan afidavit Ahmad Zahid itu itu melibatkan sebarang cubaan kerajaan untuk mengurangkan keputusan yang sudah ditetapkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri terbabit. "Itu bukan soalnya. Pendirian kita (kerajaan) adalah tuntas, bahawa keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengampunan, keputusan muktamad. "Agong (terlibat) dalam mesyuarat lembaga pengampunan. "Sejak merdeka hingga sekarang belum ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu, dan itu kita kena pertahankan," katanya ketika berucap pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.



No comments: