𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗣𝗟𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡



Pada saya argument Hasan Karim ni kelakar kunun DSZH perlu letak jawatan sbb dianggap "tidak sehaluan dgn PMX". Abis tu yg dia dlm 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗷𝗲 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻?? Species ni hanya nak porak perandakan hubungan PH dgn UMNO BN je.


Para Penyokong Kerajaan atau PHBN patut cukup matang dan faham utk menilai species mcm Hasan Karim, Puad Zarkashi dan Akmal Salleh yg 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗣𝗟𝗔𝗬𝗘𝗥 tapi suka hancurkan perpaduan yg terbina.


Species belukang memg wujud. Jgn tak tahu.


-Zus Din

22042024

**********


HASAN KARIM KENA FAHAMI SENI POLITIK


Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Keadilan Hassan Karim terus bermain politik dengan caranya sendiri, saya namakan dia berpolitik secara harfiah, lurus tanpa menganuti seni politik yang sofisikated. 


Banyak kenyataan dan pandangan politik daripada Hasaan betul dan berprisinp, tetapi ia tidak bersendikan kepada seni politik. Kurang bijaksana. 


Terbaru beliau mengkritik Zahid Hamidi yang membuat afidit bagi menyokong semakan kehakiman dalam kes membabitkan bekas PM Najib Razak. 


Bagi Hassan tindakan Zahid itu sesuatu yang ganjil dan melawan kerajaan. Lantas itu beliau mencadangkan agar Zahid melepas jawatan dengan mengambil "sunnah" Musa Hitam semasa tokoh itu jadi TPM mengambil langkah meletak jawatan kerana tidak sehaluan dengan Mahathir Mohamad yang jadi perdana menteri. 


Hassan melihat sokongan Zahid terhadap semakan kehakiman Najib itu sebagai tidak sehaluan dengan kerajaan, khsususnya Anwar Ibrahim. Dari prospektif undang-undang pendapat Hassan itu benar, tetapi salah dari segi seni politik.


Disinilah dikatakan pendapat Hassan itu betul mengikut politik harfiahnya, tetapi ia jauh dari memahami seni politik. Jika ahli parlimen Pasir Gufdang itu tahu hakikat kerajaan Perpaduan hari ini tertubuh dengan kerjasama Umno, dia tidak akan tergamak membuat cadangan sedemikian. Pendapat Hassan itu boleh jadi bunga api yang boleh membakar huma politik kerajaan.


Apakah Hassan tidak sedar yang kerajaan hari ini, adalah kerajaan "benalu" yang saling tumpang menumpangi di antara satu sama lain. Kalau Hassan ingat hakikat itu beliau akan mengorbankan sedikit prinsip etika perundangan yang dianutinya demi keutuhan kerajaan Perpaduan. Trims.

-MSO

Link : https://www.facebook.com/share/p/FvvfbUxGLgGw5vfm/?mibextid=qi2Omg



No comments: