MGID

BERITA TERKINI-12 FEBRUARI 2020.*

*BERITA TERKINI-12 FEBRUARI 2020.*

*Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah YB Datuk Christina Liew, iaitu Encik Raymond Ahuar telah dipecat, sebab pemecatan tersebut belum dapat dipastikan.* ???????

ADIK TUNGGU YA....SAMAN AKAN SAMPAI NANTI..



Nassir Dani


Banyak benor duit adik ni... SAMAN..

Sumber Pejabat Menteri Pertahanan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas posting fitnah ini..

AL KISAH USUL PERCAYA KEPADA MAHATHIR



Semalam tok terserempak dgn guru tok yang baru balik dari memburu babi kat hutan di Rusila.  Tok sempat bertanya dia tentang cadangan tuan berahim katik, iaitu untuk bawa usul kat parlimen bagi menyokong Mahathir sebaai PM.

" Tuang guru Al Marangi, adakah tuan berahim tu serius untuk bawa usul berkenaan?".  Soal tok.

"Mesti.  Dia istiqomah".  Jawab guru tok rengkas sambil mata terus melilau mencari kot2 ada babi melintas.

"Apa tujuan kita sokong Mahathir jadi PM, bukankah sekarang dia dah jadi PM, Tuan Guru yang bijaksana?".  Tanya tok.  

" Na'am.  Tapi itu taktik kite untuk umpang, kite nok tengok berape ramai yang dok mboh sokong Mahathir.  Kalau ramai yang sokong, ertinya kite berjaye dang terbukti ambe ni presideng yang bijaksane". Kata guru tok sambil hidungnya kembang kempis kembang kempis mencari bau babi.

"Tapi...errr...kalau lah ditakdirkan tiba2 ramai yang tidak menyokong usul tersebut, adakah kita dianggap gagal dan terbukti tuang guru presiden yang bodoh dan tolol?".  Tanya tok sambil menjauhkan diri sedikit dari senapang patahnya.

Muka guru tok tiba2 merah padam bagai babi lepas mengawan.  
" Using...kalau ramai yang dok mboh sokong Mahathir, ertinya mahathir tak layok jadi Pi Eng.  Lepas tu, tuang berahing akang bangun bawa usul baru iaitu menyokong ambe jadi Pi Eng.  Itulah strategi kite yang ghamai dok tau....bijok tak ambe?".  Kata guru tok.

"Astaghfirullah....tak sangka kepala otak tuan guru bijak seperti Abu Nawas".  Kata tok sambil mengangkat kopiah di kepala guru tok dan mengusap2 kepala botaknya berkali2.

Guru tok tersenyum dengan sumbing.

TOK USIN 
RUSILA



MAHATHIR PM SEMENTARA, ANWAR PM SEBENAR




Bagi mereka yang lama bersama dengan PH atau setidak-tidaknya mengikuti perjuangannya yang sebelum ini dikenali sebagai PR dan bukan hanya “melompat katak” setelah BN tumbang, tentu sedar bahawa Anwar Ibrahim adalah pilihan tunggal Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Anwar diletakkan bagi jawatan itu bukan saja kerana kemampuannya yang dikira layak mentadbir negara, malah beliaulah yang telah menyatu serta mengukuhkan parti-parti pembangkang di negara ini sejak 1998 lagi.

Anwar bersama PR hampir berjaya menumbangkan BN pada PRU 2013 di mana ketika itu, kerusi kemenangan BN selain berkurangan daripada 140 yang dimenangi pada 2008 kepada 133, tetapi juga hilang undi popular buat pertama kalinya.

Kehilangan undi popular itu dengan sendirinya mencerminkan keinginan rakyat untuk menolak BN dan memilih sebuah kerajaan baru.

Pada PRU14, Anwar tidak dapat bersama-sama dengan perjuangan PH yang diwujudkan untuk menggantikan PR berikutan Pas tidak lagi bersama kerana beliau berada dipenjara sejak 2015.

Tetapi, walaupun berada di penjara, perjuangan PH tidak pernah surut, tambahan lagi dengan isu skandal 1MDB kian membahang ketika itu dan Anwar sendiri sentiasa memainkan peranan mengukuhkan lagi gabungan itu daripada tirai besi di Sungai Buloh.

Banyak kenyataan dan serangan terhadap BN dilakukan Anwar ketika itu dan kepada rakyat yang ingin perubahan, meski berada di penjara, beliau tetap merupakan sandaran untuk membawa perubahan dan menyelamatkan negara ini.

Tidak hairan jika pada waktu itu nama Anwar tetap ditonjolkan sebagai bakal PM7 untuk menghadapi PRU14 kiranya BN berjaya ditumbangkan dan PH menjadi kerajaan.

Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir Mohamad yang berbalah dengan Najib Razak pada ketika itu sudah putus asa untuk menyingkirkan PM6 itu daripada takhta kuasa yang didudukinya.

Tun Mahathir kemudian bertindak keluar UMNO dan mula menyerang Najib daripada luar, tetapi oleh kerana menyedari melakukan serangan secara bersendirian tidak mungkin menghasilkan kejayaan, beliau mula berbaik-baik dengan para pemimpin PH dan seterusnya, tentu saja kerana tiada pilihan, mengambil langkah untuk berbaik semula dengan Anwar dengan tindakan awal mengunjunginya di mahkamah.

Ketika itu, wajah Tun Mahathir penuh dengan simpati dan pengharapan agar Anwar sedia menerimanya, selain mengharapkan kekejaman masa lalunya dapat dilupakan.

Anwar yang memang memiliki sifat pemaaf tahap tinggi menerima huluran salam tangan Tun Mahathir dengan hati yang terbuka dan sambil tersenyum kerana dalam jiwanya tersemat keinginan yang lebih tinggi untuk melihat negara ini dapat diselamatkan.

Bermula daripada detik itulah Tun Mahathir semakin diterima baik dalam PH, malah keluarga Anwar, khususnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah yang sebelumnya dilaporkan agak keberatan untuk berbaik semula dengan orang yang pernah membuatkan keluarganya sengsara, turut berubah dan lembut hati jadinya.

Tentulah perubahan sikap Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah itu kerana Anwar yang memujuk dan meyakinkannya.

Apabila Tun Mahathir akhirnya diterima sebagai calon Perdana Menteri bagi PH dan Anwar sebagai penggantinya, maksud tersirat dan kedudukan sebenar Tun Mahathitlr di sebalik perjanjian yang dipersetujui pada 7 Januari 2018 itu tidak diragui lagi hanyalah sebagai Perdana Menteri sementara saja.

Perdana Menteri sebenar PH adalah tetap Anwar yang diharapkan mendapat haknya setelah beliau dibebaskan daripada penjara, diberi pengampunan dan selepas menjadi Ahli Parlimen yang merupakan syarat utama untuk membolehkannya menjadi pengganti Tun Mahathir.

Atas kedudukan sebagai Perdana Menteri sementara, tempoh dua tahun bagi Tun Mahathir memegang jawatan itu adalah jangkamasa yang paling munasabah dan sebab itu apabila beliau berkali-kali menyatakan akan menyerahkan kuasanya dalam jangkamasa itu, para pemimpin PH tidak membantahnya dan tidak pernah sesiapa pula pada waktu itu tidak setuju dengannya.

Dikirakan tempoh dua tahun itu sudah memadai untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum melakukan serah kuasa, bukan saja agar Anwar selepas itu ada masa sekitar tiga tahun untuk memimpin negara dan memperkenalkan idea-idea baru sebelum ketibaan PRU15, tetapi juga kerana logiknya Perdana Menteri sementara tidak sewajarnya memegang jawatan lebih lama berbanding Perdana Menteri yang sebenar.

Dan jika peralihan kuasa dianjakkan sehingga November iaitu selepas Sidang Apec, ini bermakna Tun Mahathir akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun setengah dan Anwar juga selama dua tahun setengah.

Tempoh itu juga sebenarnya tidak sesuai kerana Perdana Menteri sementara memegang jawatan dalam jangka masa yang sama dengan Perdana Menteri yang sebenar.

Dalam hal ini, tempoh dua tahun untuk Tun Mahathir dan tiga tahun untuk Anwar adalah paling sesuai dan munasabah di mana Perdana Menteri sebenar mesti diberikan masa yang lebih lama daripada pendahulunya yang hanya bersifat sementara.

Maka, mahu tidak mahu, Mei ini Perdana Menteri sementara harus mengundurkan diri sebagaimana janji yang berulang kali dilafazkannya untuk Perdana Menteri sebenar mengambil alih tempatnya pula.

Dunia ini tidak menjadi sukar jika semua orang ingat dan berpegang kepada janji serta sedar, Tuhan sentiasa memerhati sebelum mengadili untuk suatu kehidupan yang abadi. (ShahbudinHusin 12/02/2020)

*KES SOLAR ROSMAH TURUT MUSNAHKAN KREDIBILITI NAJIB DALAM KES SRC/1MDB*




12 JAN 2020

Apabila didedahkan oleh mantan Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid bahawa Najib sendiri arahkan perlantikan kontraktor Jepak Holdings Sdn Bhd untuk Projek Solar Hibrid Sekolah² Sarawak bernilai RM1.25 bilion, kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri musnah sama sekali !

▪️ Bukti² arahan bertulis beserta tanda tangan Najib yang direkodkan oleh Kementerian.

▪️ Bukti2 campur tangan Rosmah, pegawai dan orang² Rosmah yang dinyatakan oleh menteri lantikan Najib sendiri dan saksi² lain.

▪️ Najib tidak boleh lagi sekali mengaku semua itu bukan tanda tangan dia.

▪️ Tiada orang hilang atau orang mati seperti Jho Low, Nik Faisal atau Dato Azlin dalam kes ini yang boleh dijual oleh Najib dan Rosmah semasa memberi keterangan nanti.

⛔ NAJIB TETAP NAJIB. 

⛔ Satu²nya cara untuk lepaskan Rosmah dari kes rasuah ini dan lepaskan Najib dari tuduhan salahguna kuasa langgar prosedur Kerajaan dalam perlantikan kontraktor, ialah dengan Najib mengaku TANDATANGAN² ITU PALSU, MAHDZIR BERBOHONG dan DIA TAK TAHU APA². 

Maka kenalah panggil lagi Pakar Australia untuk check tandatangan² itu. 

Ko bayar pakar tu, takkan lah pakar tu nak kata tandatangan ko tu tulin ⁉️

Harap² dia tak bawa idea untuk cari Pakar Cam Isteri pulak. Mana lah tahu kot² dia tak cam Rosmah yang kena bicara ni bini tulin atau bini palsu. 🤣

https://www.malaysiakini.com/news/510233

NEGARA MANA LANTIK KETUA KERAJAANNYA MELALUI DEWAN?



Rupa-rupanya ramai yang mahu berdebat dengan saya tentang apa yang saya tulis 9 Februari yang lalu. Ramailah yang acah-acah jadi demokrat. Saya bukan bercakap soal sentimen mu sokong siapa, aku sokong siapa. Saya bercakap tentang sistem, sistem raja berperlembagaan, tentang undang-undang, tentang perlembagaan, tentang "Westminster Political and Parliamentary Conventions."

UNTUK REKOD, SETAKAT YANG SAYA TAHU, PRESIDEN SINGAPURA SEBELUM 1993 DIPILIH DI DALAM DEWAN. PRESIDEN PAKISTAN JUGA DIPILIH DI DALAM DEWAN, BUKAN SATU DEWAN TETAPI TIGA DEWAN. ITU PRESIDEN, KITA CAKAP PASAL PERDANA MENTERI, OKLAH... PERDANA MENTERI FINLAND DIPILIH DI DALAM DEWAN. ADA NAMA MALAYSIA KE? TAK ADA, MALAYSIA TAK PILIH PERDANA MENTERI ATAU KETUA KERAJAANNYA DI DALAM DEWAN!

Malaysia adalah sebahagian dari Commonwealth. Oleh itu kita juga mengguna-pakai undang-undang tidak bertulis yang disebut sebagai "Westminster Political and Parliamentary Conventions."

Mengikut praktis berdasarkan konvensyen, Perdana Menteri adalah orang yang memimpin parti politik yang mempunyai majoriti dalam parlimen. Pakatan Harapan (PH) sekarang ini memegang majoriti dalam parlimen, PH mempunyai tiga pemimpin utama iaitu Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden. Siapa yang paling atas? Anda jawab sendiri.

Ketika kemenangan bersejarah 9 Mei 2018, kemenangan itu adalah melalui Parti Keadilan Rakyat kerana PH belum berdaftar dan semua calon PH bertanding atas platform Keadilan. Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, sepatutnya beliaulah yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana konsensus awal PH, dan kuasa budi bicara YDPA yang boleh memperkenan konsensus tersebut, maka terlantiklah Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Malaysia.

Kepada yang nak sangat Dewan Rakyat memilih calon Perdana Menteri, cubalah buat usul dalam sidang akan datang. Buatnya ada yang mencadangkan Nurul Izzah Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia, dan berjaya pula mendapat sokongan majoriti, baru anda tahu langit itu tinggi atau rendah!

Zukri Aksah


SAMA SEPERTI RUU 355. USUL INI PUN TIDAK KEMANA.



Sama seperti usul RUU355 sebelum ini, usul undi percaya Pas untuk membodek Tun Mahathir Mohamad supaya kekal memegang jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal, turut dipercayai tidak akan ke mana-mana akhirnya.
Usul yang janggal yang tidak pernah berlaku selama ini yang mahu dibawa Pas itu pada hakikatnya tidak mungkin dibenarkan oleh kerajaan untuk dibentangkan.
Ini kerana ia tiada keperluan untuk dibawa memandangkan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak pernah tergugat sama sekali.
Semua pihak dalam PH masih menyokong kepimpinan Tun Mahathir, cuma yang dituntut hanyalah peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim yang sudah pun merupakan suatu perjanjian dalam PH.
Ditambah dengan Pas yang turut menyokong kepimpinan Tun Mahathir, ia tambah menjadikan kedudukan Perdana Menteri bertambah kukuh dan semakin tidak logik untuk usul percaya itu mahu dibentangkan.
Beberapa bekas Ahli Parlimen yang ditinjau pendapat mereka juga menyuarakan perkara yang sama.
Kata mereka, urusan berkaitan usul adalah urusan kerajaan dan usul percaya Pas itu tidak masuk akal sama sekali untuk diterima.
Tambah mereka, usul undi percaya kepada Tun Mahathir hanya boleh dibawa oleh parti yang meletakkannya sebagai Perdana Menteri, bukannya oleh parti pembangkang yang secara prinsip adalah menentang Perdana Menteri.
Pembangkang, kalau mahu membawa usul, jelas mereka, ialah usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri.
“Bodoh sangat kalau PH setuju membenarkan Pas membawa usul percaya itu,” tambah seorang bekas Ahli Parlimen BN selama dua penggal ketika ditanya pendapatnya.
Seorang bekas menteri pula berkata, tidak sukar memahami tujuan sebenar usul Pas itu adalah untuk membodek Tun Mahathir serta dalam waktu yang sama bertujuan memecah-belahkan PH bagi memudahkan parti itu bersama UMNO memenangi PRU akan datang.
Kata beliau, walaupun PH berdepan isu peralihan kuasa yang masih tergantung, mereka tidak akan membiarkan gabungan itu terpecah melalui usul Pas itu.
“Tun Mahathir sendiri pun tidak mungkin mahu PH berpecah kerana legasi dan anaknya masih ada di belakang kedudukannya sekarang.
“Langkah terbaik yang akan diambil oleh Tun Mahathir dan PH ialah menyelesaikan isu peralihan kuasa kepada Anwar dengan cara yang terbaik, sambil dalam masa yang sama tidak memberi ruang untuk Pas dan UMNO untuk memenangi PRU akan datang,” jelas bekas menteri itu lagi.
Untuk itu, beliau yakin, usul undi percaya ini hanya akan menjadi mainan di media saja, tetapi tidak akan menjadi kenyataan untuk dibentangkan di Parlimen.
Dalam ertikata lain, kalau RUU355 juga menjadi mainan di media dengan ditangguh demi ditangguh dan hanya dibentangkan di Padang Merbok saja, usul undi percaya ini barangkali tidak lebih sekadar mainan di laman Facebook semata-mata. (ShahbudinHusin 12/02/2020

KENYATAAN DATO PADUKA DR IBRAHIM ALI BERHUBUNG URA URA USUL OLEH PAS SOKONG KEPIMPINAN TUN M SEBAGAI PERDANA MENTERI DALAM SIDANG PARLIMEN MAC 2020*




ULASAN POLITIK
PRESIDEN PUTRA
(Ulasan ini di buat kerana ramai rakan media minta komen)

🗳 _*USUL PERCAYA TAJAAN PAS*_

1.Kenapa perlu Pas bercadang mahu membawa usul percaya kpd PM Tun memegang jawatan sehingga PRU15 pd sidang Parlimen Mac 2020 nanti.

2.Alasan nya PAS kerana politik negara tidak stabil sebab ada ganguan terhadap Tun M sebagai PM.Maka Tun M perlu kekal sebagai PM sehingga PRU 15.Betul ke alasan dan niat Pas ini?Atau Pas mempersendakan keupayaan rakyat berfikir.Alasan Pas utk halang Anwar jadi PM8 dan menyekat kemaraan pengaruh dan kuasa Dap.Bukankah Pas awal2 menyokong Anwar semasa PAS bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga dulu PAS juga bersama DAP dalam Pakatan Rakyat.Pas lah yg membuka "flood gate" untuk Dap makin agresif.Manakala Tun M,TSMY dan lain2 awal sudah berkerjasama dgn musuh tradisi melayu yg membawa Dap turut menjadi kerajaan.Maka nak siapa? Pelik mereka ini.Harap rakyat umat melayu islam tidak lupa sejarah ini.

3.Tun M sudah berkali kali umun akan melepaskan jawatan selepas Sidang Apec bulan November nanti.
Hanya 10 bulan saja lagi bagi memenuhi janji nya kepada Majlis PH dan DSAI. 

4.Apa yg gawat sangat setakat 10 bulan lagi dan sehingga PRU 15.
Apakah Pas "busy body" atau sibuk jaga tepi kain orang lain.Lupakah Pas Parti Islam turut campur supaya seseorang tidak menunaikan janji di kecuali Pas bukan lagi Parti Islam yg memegang teguh kpd ajaran Islam sehingga turut campur agar ada orang yg berjanji tapi tidak perlu tunai janji.
Patutlah selama ini Pas tidak memegang janji kpd rakyat Kelantan dalam banyak perkara yg di janji,retorik nya akhirnya bunyi guruh berdentum dentum,tapi hujan tak turun.
Sekarang nak mengajar orang lain pula.Lucu.

5.Tindakan Pas mahu bawa usul kerana ada udang di sabalik batu.Kepala dalam pasir tapi pungung tertunging di luar.Semacam sejenis haiwan di padang pasir.PAS sudah pandai makan keliling ke?

6.Tujuan Pas adalah untuk membodek Tun M..Dulu bantai Tun M sampai lumat. Sama lah kerabat2 PH pun kaki maki hamun Tun M.Tun M dan TSMY pun dulu bukan main maki Dap.Melihat pada gelagat semua ini,terang sudah 2 x 5 dan 5 x 2.sama saja.
Kerana perangai samalah Pas juga berperangai saperti yg lain.Pas sudah jelas bukan Parti Islam.Ini dari dulu lagi Pas adalah Parti yg memperalatkan Islam sahaja.Sifat nya samalah Parti2 lain.

7.Tujuan apa Pas membodek Tun M?.
Pertama kerana dakwaan Pas terima dana 90juta dari DSNR?Pas di lihat begitu mewah masa PRU14?Bertanding di merata tempat,bendera dan spandok sama banyak dgn bahan kempen BN.Jadi takut kena dakwa kot?Apa tidak nya "video nik abduh" jadi kontroversi.
Pada masa yg sama Pas Trenganu dan Kelantan tidak kreatif,beku pemikiran inovasi,maka perlu menuntut wang royalti dari kerajaan pusat untuk mentadbir negeri .Memang lah royalti hak Negeri yg ada minyak.
Tun M pun perlu sokongan maka bagilah 1.2b utk Trenganu dan Kelantan 400 juta.Masa jadi PM ke 4 dulu jauh bumi dari langit utk bagi.
Jadi PAS menyelam sambil minum air.
Di sebelah pihak Pas sokong Tun M yang jadi juga Pengurusi PH dan sebelah pihak membentuk Muafakat Nasional dgn UMNO.
Kiri kanan Pas untung.
Umno sudah nazak.Berkerjasama dgn Pas,UMNO sekadar bolih bertepuk tangan namun kursi di Pantai Timur Pas untung besar.Pas tidak lagi rasa terancam dan kursi Dun yg mereka menang di mana mana menjadi milek Pas.Umno kini menjadi penyokong Pas.Di Msia barat Pas tidak ada kekuatan membantu umno kerana sebahagian besar sudah sertai Amanah.

8.Pemimpin PAS Pusat mungkin tertekan dan iri hati kerana geng mat sabu dalam Amanah semua jadi Menteri.Gelisah sangat, maka sebab itulah Pas beriya iya main peranan
nak tubuh kerajaan Pakatan Nasional Bersatu Pas dan Umno.Miang dan gatal nak jadi Menteri kot macam Mat Sabu ke?

9.Kerajaan Pas Kelantan kerana mendapat sokongan umno dan merasakan kekuatan mereka tidak terancam lagi,sebab itu sanggup membeli Kereta Mercedes 14 biji utk MB TMB dan Exco Exco nya mencecah katanya hampir RM9 juta.Lulus lupa bonos khas RM50 ribu seorang walaupun rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan.
Cukai2 telah di naikkan dgn berganda tapi rakyat kelantan terpaksa berhijrah utk mencari sesuap nasi utk diri dan keluarga.

10.Bahagia lah dengan undi percaya semuga bukan sahaja Tun M kekal PM sampai PRU15,tapi Pemimpin Pas juga dapat menikmati dunia sepuas hati saperti lain2 Parti dan Pemimpin.

Ulasan ini tidak mempunyai apa apa kepentingan utk mana mana pihak,hanya sekadar berkongsi minda di atas gelagat Pimpinan PAS.
Akhirnya umno silap silap sudah sakit,tapi mati terbujur pula.

Maaf jika tersilap bahasa dan kata kata.
Semuga Allah swt memberi hidayah dan kekuatan kpd umat islam dan juga bumiputra agar tidak merempat di bumi sendiri.Selama mana UMAT MELAYU ISLAM DAN BUMIPUTRA di hayun Menang Sorak Kampong Tergadai.
Hati hati lah wahai rakyat,jangan lagi bunyi guruh di langit,air di tempayang di curahkan.

🙏Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra 
9hb Feb 2020

Pabila kata-kata nista terpantul ke muka sendiri



Melayu ‘terbangsat’ jika UMNO hilang kuasa, kata Najib Razak hampir setengah dekad lalu. Kini, tampuk kuasa di Putrajaya bertukar tangan, Barisan Nasional (sebelum ini Parti Perikatan) yang diketuai UMNO hilang kuasa.

Setelah hampir dua tahun Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, rakyat dapat melihat bahawa Raja-raja Melayu yang menjadi tunjang kepada negara masih bertahkta, Perlembagaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasanya masih tetap dipertahankan. 

Justeru, di manakah duduk letaknya kebenaran momokkan Najib bahawa kononnya orang Melayu akan ‘terbangsat’ jika UMNO hilang kuasa?

Jika benar sekalipun, bukan orang Melayu yang ‘terbangsat’, sebaliknya pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan dan membela nasib kaum itulah sebenarnya ‘terbangsat’.

Apa tidaknya, satu-satu pemimpin UMNO diheret ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kerajaan PH terus bela orang Melayu

Mengheret pemimpin-pemimpin yang didakwa melakukan rasuah melibatkan skandal mega 1MDB antaranya, merupakan salah satu janji Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 9 Mei yang lalu.
 
Usaha ini dilakukan demi mengembalikan maruah institusi negara yang telah dirosakkan oleh pentadbiran BN-UMNO dan seterusnya membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat. 

Institusi-institusi yang dekat dengan jiwa orang Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda dan MARA terus maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang mengamalkan pentadbiran yang bersih, cekap serta bebas daripada unsur penyelewengan. 




Hasilnya, kerugian yang diwarisi daripada pentadbiran dahulu dapat diatasi dengan cemerlang. Keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi berkenaan semakin beransur-ansur pulih. Rakyat mula meletakkan kepercayaan terhadap Pakatan Harapan.

Keyakinan ini ditambah dengan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat tahun lalu, khususnya yang menyentuh peruntukan yang akan memanfaatkan orang Melayu dan Islam. 

Sebagai contoh, peruntukan hal ehwal Islam meningkat daripada RM1.2 bilion pada tahun 2019 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2020. Malah, elaun guru KAFA dinaikkan kepada RM100 sebulan. Guan Eng turut mengumumkan bantuan khas secara one-off berjumlah RM500 kepada Imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir. 
Selain itu, bagi meningkatkan pemahaman masyarakat Melayu dan Islam terhadap inisiatif Rahmatan Lil-Alamin, Kementerian Kewangan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini bertujuan untuk membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan. 

Semua ini adalah bukti jelas bahawa orang Melayu-Islam hari ini tidak ‘terbangsat’ seperti yang digambarkan Najib lima tahun dahulu. Ia hanya cerita khayalan yang direka bekas perdana menteri itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan meredakan kemaraan pembangkang pada waktu itu.
 
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Sorotan terhadap peruntukan membabitkan orang Melayu dan Islam bukan bermakna nasib dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini dipinggirkan. 

Kerajaan Pakatan Harapan komited menjaga dan memelihara kepentingan semua kaum. Hasrat ini ditunjukkan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dibawa kerajaan. 

Menerusi kerangka hala tuju negara ini, kerajaan Pakatan Harapan bermatlamat untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan wilayah, pada 2030. 

Kerajaan Pakatan Harapan ingin mencapai tiga objektif utama menerusi wawasan tersebut. Pertama, menstruktur semula ekonomi supaya menjadi lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat. 

Kedua, kerajaan juga komited menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan. 

Ketiga, Pakatan Harapan juga mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia. 

Impian wawasan ini disimpulkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada perasmiannya sebagai “amanah pada kita hari ini dan hadiah dan milik anak cucu kita di masa hadapan”. 

Inilah landasan yang akan digunakan kerajaan Pakatan Harapan bagi memandu negara ke arah kegemilangan sepanjang dekad-dekad akan datang. 

Usaha ini beransur-ansur akan meredakan dan sekaligus menenggelamkan momokkan Najib dan pengikutnya – kerana yang ‘terbangsat’ dulu, kini dan selamanya tidak lain dan tidak bukan adalah pemimpin UMNO serta konco-konconya yang korup dan menyeleweng. 

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, termasuk Meli Ketitir, orang senyum

SEBENARNYA BERLAKU,TAPI KANTOI AWAL


Mat Man


Sebenarnya PAkantan Nasional (PAN) itu benar. Percaturan menghalang Anwar itu benar. Pengumpulan MP juga benar. Cuma semuanya kantoi lebih awal. Siapa yang kantoikan?

Sebahagian besarnya dikantoikan oleh media sosial kecuali PAkatan Nasional (PAN) kerana ia dikantoikan sendiri oleh Adibelukang & gang. Jenis mulut cirit birit tak tahan rahsia, tak tahan nafsu nak jadi Menteri. Habis keliru walaun. Kejap setuju PAkatan Nasional (PAN), kejap tak bincang lagi.

Toksah dok nafi laa konon tak ajak PASik & UMNO bentuk kerajaan pintu belakang. Rakyat dah boleh baca awal. Itulah bezanya zaman 80an & 90an dengan zaman media sosial & netizen sekarang. Dulu sumber maklumat hanya dari TV1 & TV3 yang kena tunggu pukul 8 malam dan ada gatekeepers yang ramai. Sekarang cerita adibelukang naikkan 10kilo Tenggiri pagi tadi pun, pagi tadi jugak netizen dah jadikan bahan jenaka.

Jadi, jika rasa cara memerintah zaman 80an & 90an itu akan berjaya, dah banyak dah perancangan busuk terdedah di media sosial.
PM sementara tidak sepatutnya memerintah lebih lama daripada PM sebenar. Nak serah kepada Dewan Rakyat? Silakan. Beri tarikh. Toksah dok main tarik tali tak habis-habis. Rakyat makin bijak, media semakin pantas. Semua orang menjadi wartawan & menyalurkan maklumat.


KISAH LUCU SEEKOR LEBAI


Mokhtar Senik buat cerita seperti berikut:

Ada sorg ustaz tu tanya saya dgn nada sinis. "wajib ke duduk dlm PAS dan MN?" saya kata siapa kata wajib. Yang wajibnya sokong perjuangan islam yang dibawa oleh PAS.

Dia tanya lagi.. "wajib ke sokong perjuangan Islam?. Saya jawab memang laa wajib kecuali anta kafir...

dia sambung lagi: "Saya pun belajar kitab kat pondok juga ustaz tapi tak jumpa pun hukum yang ust cakap ni" . 

Saya kata "Kalau anta belajar pondok pasti anta akan belajar usul Fiqh dan Qawaed Fiqhiyyah,keculi anta belajar kat PONDOK TUNGGU DURIAN". Pas tu terus senyap.

UMS
Kuantan Phg.
11. Feb. 2020


Saya pun ada cerita seakan-akan cerita Mokhtar Senik:

Ada seorang walaun tu tanya saya dengan nada sinis. "Mengapa tak sokong Pas?" Saya kata," Haram sokong parti jual agama".

Dia kata lagi, "Wajib sokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas". Saya jawab, " Memang wajib sokong perjuangan Islam tetapi haram sokong parti jual agama".

Dia sambung lagi, " Saya belajar kitab kat pondok, lebai saya beritahu, Pas parti Islam dan menyokong perjuangan Islam". Katanya.

Saya tanya, " Apa bukti Pas menyokong perjuangan Islam?". Dia jawab, " Buktinya, kami sokong Umno yang dipimpin oleh Zahid dan Penasihatnya Najib laki Rosmah.".

Saya kata "Kalau begitu, anta belajar kat pondok durian la tu, tak pun kat pondok Al-Maunah.

Pas tu, dia terus senyap dan anggukkan kepala sambil menyarungkan ketayap logo pas dan umno.

WFAUZDIN NS
Kuantan Phg.
12 Feb 2020


PAS GUNA USUL UNDI PERCAYA PORAK PERANDAKAN PH – ANWAR

USUL PERCAYA: DALAM PERANG POLITIK ANWAR PERLU TANGKAS BERTINDAK

POLIS MULA SIASAT SD SIRUL, KLIP AUDIO

SAKIT OTAK FIKIR UNDI PERCAYA

ANWAR MESTI DIHALANG DARI JADI PM8P



Md Zulaimi Kazin

Gabungan UMNO dan PAS dalam muafakat  Nasional dilihat memberi kesan yang cukup besar dari segi sokongan rakyat... berdasarkan keputusan PRK yang mutakhir ini. Cameron Highland dan Tg Piai cukup luar biasa sokongan yang mereka dapat.

Namun senario ini akan berubah bila Anwar jadi PM. Sebab itulah Muafakat Nasional bekerja keras bagi menghalang Anwar dari naik jadi  PM8. Pembangkang tahu kualiti kepimpinan yang  ada pada Anwar disamping hubungan baik beliau dengan pemimpin dunia lain.

Anwar dilihat konsisten dari zaman pelajarnya, zaman Yayasan Anda Akademik sehinggalah beliau menjadi pemimpin politik, beliau serius membela orang miskin. Zaman pelajarnya beliau bertindak dibarisan depan demo kemiskinan Baling, Yayasan Anda Akademi pula membuka peluang pelajar melayu miskin utk terus belajar sehingga masuk Universiti dan petang td terbukti bila dlm majlis sepetang Alamuni YAA bersama Anwar, ramai yg hadir kebanyakanya dikalangan mereka yg berjaya dan berpangkat. Inilah kejayaan Anwar dan YAA yg menjadi kebanggaan pelajar2 mereka.

Sekarang jika Anwar diberi peluang menjadi PM dan dgn kuasa serta segala kemudahan dia ada, Anwar mampu membangunkan rakyat miskin yg majoritinya orang melayu, sudak tentu suara2 provokasi pembangkang sdh tidak laku lagi.

Saya bagi masa 6 bulan sdh cukup untuk memeningkan pembangkang. Nak mainkan isu agama, Anwar lebih dihadapan dgn pergaulan beliau dgn tokoh2 ilmuan Islam bertaraf dunia bukan ustaz2 halaqah.

Penampilan Anwar yg lebih malasegar menjadi kesukaan anak2 muda sekarang. Tidak ramai pemimpin yg miliki karektor mcm Anwar dan bijak mengatur langkah agar setiap peringkat rakyat, muda atau tua, kaya atau miskin dan bangsa apa sekalipun Anwar cepat memahami persekitaran.

Energy yg Anwar miliki bila bekerja utk berjumpa rakyat cukup luar biasa. Beliau blh set program sehingga lebih 10 dlm sehari... setiap kali PRU beliau mampu ceramah dr Perlis sehingga ke Selangor tanpa henti dari pagi sampai malam. Setakat hari ini hanya Anwar shj yg miliki tenaga sebegini. Saya masih ingat bulan Ramadhan lepas dia blh ziarah 7 orang kenalan beliau di hospital dan rumah sekitar Lembah Kelang dalam tempuh 3 jam... pegawai2 beliau semuanya cekap2 yg atur jadual kerjanya.

JADI kalau Anwar jd PM, pembangkang akan hilang sokongan rakyat. Sebab itulah pembangkang mmg sedia sedar bhw mereka akan berdepan dgn masalah besar bila Anwar jd PM8.


(function() { var d = document, w = window; w

KENAL KA TIDAK HIPOKRIT- DEMI JAWATAN DAN HANCING

Jauh benar pendirian Pas mengenai wakil rakyat lompat parti ketika  sebelum ada kuasa dengan setelah dapat kuasa, walaupun melalui  pintu be...