Anak bekas presiden PAS bimbang jika Nik Abduh menang ketua Pemuda
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 22 May 2015 9:07 AM
Faiz
Fadzil melahirkan kebimbangan kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh Nik
Aziz akan menghalang agenda pembaharuan parti semasa forum Masa Depan
PAS Pasca Muktamar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur
malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei,
2015.
Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik
Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan
agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk
Fadzil Noor.
Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa
Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang
dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan
parti.
“Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.
“Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya
nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak
tau apa nak buat,” katanya menerusi forum "Masa Depan PAS Pasca
Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam
tadi.
Beliau berkata, pembaharuan hanya dapat dilakukan kepada mereka yang bersedia untuk berubah dan disokong oleh pimpinan lain.
Nik Abduh sebelum ini sering kali mengkritik parti-parti komponen lain
Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka terutamanya DAP dalam isu hudud
Kelantan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan
dalam parti.
Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh kelompok dalam PAS
sebagai liberal dan anti ulama sedangkan masih tidak memahami landskap
perjuangan parti.
“Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS dah 20 tahun.
Tak hormat dekat orang tua, orang lama. Macam la mereka dah kenal PAS
lebih awal daripada kita.
“Tandatangan borang pun tak kering lagi ni, dah mencabar orang tak
betul. Ini ustaz-ustaz muda ini yang balik dari Mesir. Tak hormat
langsung ulama-ulama yang dah ada di sini.
“Senang kata dekat orang liberal, anti ulama. Apa ini? Baru balik 2,3
hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada
cawangan naik kepada kawasan dan negeri,” katanya yang turut menjadi
panel dalam forum berkenaan.
Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah
golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.
Katanya, insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS memberikan imej
yang buruk kepada parti sekali gus memberi mesej yang salah terhadap
agenda perjuangan parti.
“Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong. PAS boleh
dibawa ke jalan terpesong menjadi ekstrem bila saya tengok beberapa
orang buat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung.
“Ini budaya samseng. Kalau kamu handal sangat, ada prinsip, buatlah
demonstrasi di depan PWTC. Kenapa depan pejabat agung? Depan pejabat
sendiri, melalak dalam rumah sendiri,” katanya.
Pada Februari lalu, sekumpulan Pemuda dan Ulama PAS dipimpin Ketua
Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Ulama PAS
Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk Pejabat Agung PAS.
Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya
PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk
Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.-
22 Mei, 2015.
Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS tidak menyokong Hadi.
SAMBUTAN LUAR BIASA CERAMAH HUDUD DI KETEREH
Lepas tok sampaikan kuliah kitab "Jeboniyyah Tololon" edisi terbaru tu
mlm tadi, seorang pewalak tok tunjukkan gambar dari grup wassap geng2
tolol yg mngandungi gambar suasana ceramah Hudud di Ketereh, kelantan
semalam.
Tok amat terperanjat melihat kehadiran di padang
tersebut seolah yg hadir seramai org hadir kebumikan jenazah org kampong
biasa je. Apa yg tok yakini selama ini, Doareamar bagitahu rakyat
Kelantan tak sabar2 nak Hu
dud. Patutnya tentulah tak cukup padang malam tu. Tapi berlaku sebaliknya.
Tok tak mahu berburuk sangka maka tok pun bergegas ke rumah guru tok
untuk bertanya pendapat darinya. Manalah tahu guru tok dapat alamat
sewaktu dia tidor dalam bot petang kelmarin. "Tuan Guru, lihat gambar
ini. Takkan seramai ini saja yg hadir dengar ceramah Hudud di Ketereh?
Bukankah rakyat Kelantan semuanya ghairah menanti Hudud?".
Malu kita kalau PasMa tahu ni, wahai tuan guru".
Maka, dengan wajah kusut dan bermasalah, guru tok pun berkata sambil
merenung dalam2 gambar tersebut, " Sesungguhnya, apabila nama Hudud
disebut maka makhluk yg paling gembira adalah para Malaikat dan jin2
Islam. Wahai Usin, adakah kamu boleh melihat malaikat dan jin?".
Tok terdiam. Sambil tunduk, tok perlahan2 menjawab, " Tentulah tidak, tuan guru. Saya takkan dapat melihatnya.".
Tersenyum tawar guru tok. Katanya, " Kalau Ana katakan sebenarnya
padang itu penuh padat dan melimpah2 dengan kehadiran para malaikat yg
ingin belajar berkenaan Hudud serta para jin Islam yg juga ingin belajar
tentang Hudud, apakah Ente percaya?".
Tok sekali lagi terdiam.
Terkelip2 mata tok, tapi segera tok menjawab dengan tergagap2, "Wahai
Tuan Guru, pernahkah saya tidak Wala' kepada tuan?". "Sesungguhnya
percayalah saya bahawa program malam itu amat mendapat sambutan"..
"Tapi tuan....."
"Tapi apa lagi Usin? Kamu was2 dengan Ana,
apakah kamu tahu apa yg bakal Ana gelarkan kepada kamu jika kamu was2
dengan Ana?" Agak serius kali ini guru tok berkata.
Tok tahu,
jika tok jawab was2 pasti tok akan dapat gelaran "tolol" kalaupun tidak
'barua". "Abis tu tuan....yang nampak duduk atas rumput sekitar 100
orang tu siapa?".
"Kahkahkahkah....itulah geng2 PasMa". Baru
ente tahu geng2 PasMa tu tak ramai, kan? Agak besar guru tok ketawa
kali ini. " Sudah lah Usin, mung balik cepat...esok kita mencandat
lagi".
Selepas bersalam, cium tangan dan kucup dahi guru tok,
tok pun balik dan singgah kedai sekejap beli panadol....pening kepala
tok dibuatnya....