ANWAR JAWAB SAMAN MAHATHIR DENGAN DAKWAAN BERI KONTRAK PADA ANAK


 

APA YANG MEREKA NAMPAK ?

 

ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB


Apa yang kita nampak? Apa yang mereka nampak?

Posted by Admin

Cartoon by Gandum.


May be an image of text that says "DEWAN RAKYAT:' 'PAKAIAN JURURAWAT WANITA KETAT, MENAMPAKKAN BENTUK BADAN® MP KUANTAN ( PN-PAS) APA YANG KITA NAMPAK JURURAWAT KITA PAKAI + APA YANG PN-PAS PAS NAMPAK JURURAWAT KITA PAKAI"
All reactions:
117


 

YB "TAK PASTI " BUAT HAL LAGI. KALI NI KENA DENGAN BABY SHIMA




Baby Shima 

opoetrSdns1ih3ac299i7h683gl8t13cm142ih7u2ta950uu5cft0g1a6taa  · 

Seumur hidup shima pergi klinik atau hospital tak pernah pulak nampak baju nurse tu ketat? Entah-entah dia tengok baju nurse lain kot 

p/s: Korang rasa kat hospital mana baju nurse yang ketat-ketat? hospital kuantan ke.

 

AKU JAWAB BABY SHIMA - TAK PASTI LA BABY-WRLR



 

PAS kini tunggang cucu nik aziz. ISU Kafir. PAS di ajak ...



14.6.23 PAS kini tunggang cucu nik aziz selepas mereka yang buang dalam tong sampah? Mukhriz nafi jadi MB. Atau itu taktik nak tenangkan ahli PAS? Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dicabar debat oleh Iswardy isu kafir mengkafir. 42 juta kecil kata zaid. kita pun terfikir, apakah jenayahitu ada ada kastanya



SAMAN MAHATHIR- ANWAR PUNYA CUKUP BUKTI - KONTRAK OPCOM RM234.4 JUTA KEPADA ANAK TUN M .



Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam anwar berkata beliau bersedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah dengan pembelaan justifikasi yang antara lain dengan pendedahan pemberian kontrak gentian optik bernilai RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat Opcom Cables Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan anak tun dr Mahathir. Yang pada waktu Mahathir adalah perdana menteri dan menteri kewangan.




PM tekad perbaiki suasana perniaga kecil di Kuala Lumpur

 

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini melawat ke tapak perniagaan kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali kawasan Chow Kit.



Beliau melawat untuk mengetahui situasi terkini para penjaja di kawasan yang dikenali sebagai Pusat Penjaja Madani itu.



Katanya, pihak berkuasa akan memberikan lebih banyak tumpuan untuk memperbaiki keadaan penjaja.



"Tadi pasal penjaja, tumpuan bantu penjaja. (Masalah) awning dia tetapi dia kena ikut peraturan, lesen dia, kebersihan dia," katanya ringkas kepada Suara Keadilan apabila ditanya agenda lawatan hari ini.



Sementara itu, Anwar berkata peraturan akan dikuatkuasakan berhubung lesen penjaja yang disewakan kepada pendatang asing.



Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen yang disewakan atau disalahguna dan memberikannya kepada warga tempatan.



"Saya punya rencana dengan Datuk Bandar dan Pengarah (DBKL) untuk cari jalan (memastikan penjaja) ikut peraturan dan lesen diberikan kepada penduduk tempatan.



"Kalau dia (penjaja) serah kepada yang lain, kita akan tarik balik (lesen)," katanya dipetik Bernama selepas sesi Temu Mesra PM di Pusat Penjaja Madani itu.



Turut hadir Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.



Awal Jun lalu, PM mengarahkan pihak bertanggungjawab di semua peringkat merancang untuk mengubah wajah penempatan gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara kepada infrastruktur lebih selesa, indah dan bersih.



Beliau memberi tempoh masa kira kira dua tahun untuk perubahan itu dilakukan, terutamanya di Kuala Lumpur.

 

SAMAKAN PULAU PINANG DENGAN ZIONIS, WAJAH SEBENAR PAS



BATAL SUBSIDI, BIASISWA KEPUTUSAN LAMA, BUKAN FLIP FLOP


RUU Keselamatan Siber akan digubal dalam masa terdekat - Anwar


 

Rang Undang Undang (RUU) Keselamatan Siber akan digubal dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan keselamatan urusan perekonomian siber di negara ini.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera Kerajaan menangani ancaman keselamatan siber apatah lagi setelah pelabur asing bersetuju melabur sejumlah RM8 bilion dalam industri digital negara baru baru ini.



"Perihal ini menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek kehidupan.



"Justeru Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar suatu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.



"Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan eko-sistem siber," katanya dalam kenyataan hari ini.



Sehubungan itu, Anwar berkata Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri di dalam hal berkenaan.



"Entiti dalam eko-sistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.



"Pada masa yang sama, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber juga akan diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan," katanya.



RUU Keselamatan Siber, kata Anwar lagi, akan memberi NACSA, MKN punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber serta menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS).

 

ISU LEBIH POKOK, UNTUK APA ZAHID HAMIDI DEDAH PERTEMUAN SEJAM SETENGAHNYA DENGAN NAJIB SECARA TERBUKA?

 

Akhirnya Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail tampil menjelaskan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah diberi kebenaran khas untuk melawat, membawa sejumlah makanan dan kemudian menjamu selera secara bersama sambil sembang-sembang selama satu jam setengah dengan Najib Razak di Penjara Kajang.

Kebenaran khas tersebut, kata Saifuddin, diberikan mengikut Peraturan 86 dan Peraturan 99 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang turut melibatkan kebenaran membawa makanan serta tempoh pertemuan berlangsung.

“KP (Komisioner Jeneral) Penjara maklumkan pada saya… (justeru) saya tau.

“Prosedur seterusnya (untuk kebenaran khas tersebut) ialah oleh KP Penjara. Yang penting dia maklumkan kepada saya, saya maklum.

“Soal bagaimana dia maklumkan dan sebagainya – itu hanya prosedur,” tambah beliau.

Belum pun setahun tempoh kerajaan perpaduan ini wujud, ini sudah kali kedua Zahid Hamidi memperolehi “keistimewaan” daripada Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Saifuddin.

Kali pertama, apabila Saifuddin pada 7 Mac lalu memaklumkan kementeriannya telah memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dipohon parti itu.

Pengecualian itu adalah berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan yang mrmbolehkan menteri menggunakan kuasa budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan di bawahnya.

Yang terbaru dan kali kedua pula, Zahid Hamidi diberi kebenaran khas melawat, membawa sejumlah makanan kegemaran Najib, kemudian makan bersama sambil sembang-sembang secara empat mata selama satu jam setengah dengan bekas Presiden UMNO yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun itu.

Sebagaimana didedahkan Zahid Hamidi dalam ucapannya di PAU2023 baru-baru ini, beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Najib selama satu setengah jam di Penjara Kajang dengan diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah di mana sebelumnya mereka bertiga telah berjumpa selama setengah jam lamanya.

Ertinya secara keseluruhan, perjumpaan Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan masih merupakan tertuduh dalam kes pecah amanah, rasuah serta penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi dengan Najib selaku orang yang sedang menjalani hukuman penjara ialah selama dua jam.

Hebat…hebat…hebat….

Begitu pun, berikutan penjelasan Saifuddin bahawa Zahid Hamidi telah diberi kebenaran khas untuk pertemuan dengan Najib itu, ia tidaklah ada kesalahan apa-apa dari segi undang-undang.

Kata orang, ada kuasa semua perkara boleh jadi beres belaka.

Cuma, beberapa persoalan lain timbul susulan lawatan Zahid Hamidi yang diberi kebenaran khas itu, terutama untuk apa beliau mendedahkannya secara terbuka di depan perwakilan UMNO?

Kenapa tidak beliau merahsiakan saja pertemuan itu, lebih-lebih lagi sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi tentu tahu bahawa mengunjungi banduan sambil membawa semua makanan kegemaran Najib dan tempoh lawatan empat pula berlaku selama satu jam setengah, ia bukanlah suatu amalan yang biasa?

Adakah Zahid Hamidi ingin menunjukkan beliau seorang yang amat berkuasa dan boleh melakukan apa saja dengan jawatan serta kedudukannya alam kerajaan perpaduan ini?

Adakah beliau ingin memberitahu perwakilan UMNO betapa bersungguhnya dia dalam membela dan mahu membebaskan Najib?

Sebaliknya, di kalangan rakyat marhaen biasa, pertanyaan yang berbangkit ialah bolehkah mereka juga diberikan keistimewaan seperti diberikan kepada Zahid Hamidi itu jika mereka ada keluarga atau kenalan yang sedang ditahan di mana-mana penjara?

Apa pun, yang pastinya, kelakuan Zahid Hamidi itu tidak memberi imej serta gambaran yang baik kepada kerajaan perpaduan, bahkan memberi peluru tambahan kepada pihak pembangkang untuk melakukan lebih banyak tembakan lagi menjelang PRN akan datang.

Di pelbagai medan perbualan rakyat dengan jelas boleh didengari rasa tidak puas terhadap lawatan itu, khususnya untuk apa dan atas kapasiti apa kebenaran khas itu diberikan kepada Zahid Hamidi.

Kadangkala pelik juga, kenapalah sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan, Zahid Hamidi tidak cuba melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan kerajaan dan Perdana Menteri di mata rakyat?

Kalau beliau tidak mendedahkan secara terbuka pertemuannya dengan Najib itu, bukankah ia lebih baik? – ShahbudinHusin 15/06/2023.

 

PERANGAI WALAUN ......


 

PERTANYAAN SOALAN YANG BAIK DAN JAWAPAN PADU PM BUAT MELAYU KAMPUNG.....JUDI CINA DAP TURUN DARI 22 KE 8...BILA MELAYU ISLE..DARI 8 KE 22....DAN....


 

HOK ALOH..ZALIM,KHIANAT DAN KAPIR DOK SEKALI...KEH..KEH...KEH


 

APA BERLAKU SELEPAS NIK ABDUH JUMPA PM..PERTAMA KES TANAH TERENGGANU . KEDUA ISU AKSB MELIBATKAN DIRECT NEGO...DAN....


 

ADA MENTERI TERLIBAT DALAM MELINDUÑGI KEGIATAN JUDI


 

AKTA JUDI 1953 TELAH LAMA. MAKA SATU UNDANG UNDANG BARU HARUS DIGUBAL


 

PN NI DIA SUKA BAKAR DAN TUANG MINYAK DIPENTAS CERAMAH.


 

3 BUAH NEGERI UMUM PEMBUBARAN DUN MASING MASING.





 

PERTAHANKAN KEPIMPINAN ANAK BERANAK.


AHMAD  AMAN


Menjelang pembubaran DUN Kelantan 22hb Jun ini, sebagai anak jati Kelantan yang menetap di Kelantan, aku mengesahkan lebih 80% janji dan manifesto PAS PRU14 adalah GAGAL DITUNAIKAN oleh PAS dalam tempoh 5 tahun ini.









TINDAKAN BAGI YANG BERADA DI LUAR NEGARA UNTUK PULANG MENGUNDI. NUSI MAKI PENYOKONG DIA DENGAN PERKATAAN BODO....SEBAB MINTA DUIT...


 

KEH..KEH.HASIL NEGERI LEBIH BESAR DARI HASIL NEGARA SETAHUN. SANUSI PUNYA KELENTONG PAK CIK MAK CIK DI KEDAH.


 

SEBENARNYA KERENAH GURU BESAR DAN PENGETUA.


 

ELAUN DITAMBAH...JANGAN HISAP VAPE


 

UMNO AKAN SOKONG ANWAR.


 

RAZMAN...JANGAN MAIN FITNAH LAGI....JUAI AYAQ SAJA...BUKAN JUAL AGAMA...


 

LAAAA...LATA HERO...SANUSI AWAT TAK JAWAB SURAT PENDUDUK BANTAH...JAWAB LA.


 

POLITIK MATANG


Nampak..?? itulah PMX kita, politik bukan alat untuk menyebar

 kebencian, tak perlu taksub sehingga hilang nilai kebaikan..






JASIN LAMBANG ‘KEBODOHAN’ BERPOLITIK

 

Daya intelektual pembangkang terus diragui





NORMAN RADZUAN



Dari malam tadi saya ingin komen tentang Jasin. Tapi memandangkan sibuk dgn tugas hingga lewat malam, pagi ini baru berkesempatan.

 

Berkali kali saya melihat klip video ini dgn pelbagai perasaan. Mula2 marah, geram… apa ni lebai kau nak cakap??? Akhirnya saya ketawa sendirian.

 

Selepas diminta beri hujah dimana fitnah tersebut dia gagal berikan fakta… dia pusing dan pusing. Yg paling lucu jika berani dgn kebenaran hujahnya mengapa apabila diugut oleh Timbalan Speaker, Jasin menarik balik hujahnya.

 

Jika di luar bandar hujah Jasin dikagumi kerana gaya dia berhujah itu sepertimana lebai2 politik berhujah di pentas politik berdegah degah tanpa fakta. 

 

Hari ini kita dpt melihat hujah2 kosong mereka selama ini di pentas ceramah di Parlimen yg disaksikan jutaan rakyat. Bila di Parlimen hujah di balas hujah bukan di seperti di pentas ceramah, akhirnya dpt memperlihatkan kecetekan ilmu mereka.

 

Fitnah! Fitnah ! Bila ditanya apa yg fitnah? Jawapannya tetap fitnah tanpa fakta. Begitulah selama ini saya sendiri pernah bersoal jawab dgn mereka yg anti DAP. Saya tanya apa yg bahaya DAP? Mereka tak boleh jawab bila saya bandingkan dgn MCA dan Gerakan.

 

Sebab itu cuba kita cabar Zukifli Ismail, Nasaruddin serta Dusuki utk berdebat dgn Dr Asri, Mujahid dan Danial Zainal Abidin… saya jamin cabaran ini tidak akan disahut. Saya berani menaja dan menguruskan pendebatan itu jika Zukifli, Nasaruddin dan Dusuki bersetuju.

 

Mereka hanya berani berhujah berdegah degah di hadapan ahli atau penyokong sendiri. Ia disebabkan ahli yg dikenali sebagai ‘walaun’ ini kurang daya intelektual dan hanya terpukau ayat2 berapi pemimpin mereka. 

 

Lihat apa terjadi pada Wacana Sinar bila Annuar Musa terpaksa akur bila penonton yg hadir minta beliau bercakap benar isu ‘No Anwar, No Dap dan No Bersatu.’ Jika di hadapan Annuar Musa itu hanya walaun pasti mereka percaya kata2 Annuar ‘No Anwar dan No Dap’ sahaja.

 

Sebab itu saya katakan Nasaruddin jika dibuka pendebatan dia yg dianggap Singa Pas akn menjadi seperti Kucing. Saya berkata demikian kerana baru2 ini apabila Hussin seorang anak muda mencabar Nasaruddin berdebat tidak disahut cabaran tersebut.

 

Sebab itu umat Islam perlu mengadakan debat secara terbuka menerusi platform perdebatan secara intelektual. Ia jalan terbaik utk mendidik masyarakat yg semakin hari semakin diracun dgn pemikiran Islam yg sempit dan ekstrim.

 

Debat sebagai rangkaian utk kita menguji tesis atau hipotesis berdasarkan ilmu dan sifatnya baik sebagai  utk mendapatkan sebuah kesimpulan yg benar dan dpt dipertanggungjawabkan. Bukan berhujah menggunakan ayat2 Al Quran sesuka hati bukan pada tempatnya seperti apa yg berlaku sekarang.