Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini
Kuala Lumpur – Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini.
Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara itu.
“Menteri tersebut merupakan ahli parlimen dari Bersatu dan beliau akan mengadakan satu sidang akhbar petang ini bagi memaklumkan perkara ini.
“Perletakkan jawatan tersebut disebabkan krisis yang melanda Bersatu,” katanya ringkas.
Sementara itu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan beberapa isu berkaitan parti itu.
Berita Lanjut Menyusul.
PETANG NI ADA TIMBALAN MENTERI ATAU MENTERI LETAK JAWATAN
JATUH SUNGGUH LA KALAU BETUL ADA MENTERI DAN TIMBALAN NAK LETAK JAWATAN PETANG INI...
MAZA VS ALI MUDA
Berikut adalah jawapan balas saya terhadap jawapan Dr Maza kepada persoalan pendiriannya yang dikatakan menyokong al-ghadr atau pengkhianatan perjanjian. Yang bernombor adalah tulisan Dr. Maza dan di bawahnya jawapan balas saya:
***************************************************************************
1. Saya bersetuju bahawa manusia berpegang kepada ikrar dan janji. Itu pun hendaklah dilihat, sejauh mana ikrar dan janji bercanggah atau tidak dengan syarak. Adapun saya dan majoriti rakyat tidak pernah terlibat dengan perjanjian atau ikrar antara orang-orang politik tersebut. Itu urusan mereka. Majoriti rakyat tidak terbabit dengan perjanjian ‘memfaraidkan kuasa’ antara orang-orang berkaitan.
Jawapan: Dr. Maza bersetuju manusia wajib berpegang dengan ikrar dan janji yang tidak bercanggah dengan syarak. Baik, jika hari ini Dr. Maza kata harus melanggar perjanjian 4 parti PH itu, sila buktikan di mana perjanjian itu bercanggah dengan syarak. Daripada dokumen perjanjian bertarikh 6 Januari 2018 yang ditandatangani oleh Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Tan Kok Wai dan Tuan Haji Mohamad Sabu selepas ayat “Maka dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat Bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami” itu, perkara yang mana bercanggah dengan hukum syarak wahai mufti? Jika anda tidak tahu akan isi perjanjian itu, atau anda tidak membaca pun perjanjian itu, bagaimana anda memberi fatwa dalam kegelapan? Adakah anda sudah lupa apa yang anda sendiri tulis dalam buku kecil terbitan Jabatan Mufti Perlis itu tentang bagaimana sepatutnya seorang mufti memahami realiti sebelum memberi fatwa?
Anda kata anda dan majoriti rakyat tidak pernah terlibat dengan perjanjian itu? Ya, anda dan minoriti rakyat (bukan majoriti) yang mengundi BN atau Pas dalam PRU14 tidak terlibat dengan perjanjian itu, tetapi anda dan semua rakyat Malaysia telah terikat dengan perjanjian mematuhi Perlembagaan Persekutuan di mana Suruhanjaya Pilihanraya diberi mandat untuk menentukan kerajaan selepas mana-mana gabungan parti politik memenangi PRU secara majoriti. Bagaimana anda mendakwa anda dan majoriti rakyat tak terlibat dengan perjanjian? Atau anda berani mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan atas kuasa yang diperuntukkan kepada SPR?
Satu aspek lagi, adakah anda ingin memberitahu bahawa para Sahabah r.a. tidak terikat dengan perjanjian al-Hudaybiyyah yang ditandatangani Rasulullah s.a.w.? Ya, itu perbuatan nabi yang menerima wahyu dan perjanjian PH bukan ditandatangani nabi atau nabi-nabi, tetapi bukankah di sana ada nas yang jelas:
المسلمون على شروطهم
“Umat Islam itu wajib berpegang dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama di antara mereka”? (Hadis sanadnya Hasan atau Sahih menurut al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ 9/376). Pernahkah ada rakyat Madinah berkata kami tak terikat dengan perjanjian yang ditandatangani Muhammad ketika itu? Kalau ada, sudah tentu itu orang munafik atau Yahudi!
Wahai mufti, orang Arab ada berkata: “Jangan kamu teraba-raba seperti unta yang teraba-raba di waktu malam”! Kata-kata anda “Majoriti rakyat tidak terbabit dengan perjanjian ‘memfaraidkan kuasa’ antara orang-orang berkaitan” adalah kata-kata orang yang teraba-raba dalam kegelapan tanpa cahaya semata-mata untuk melepaskan diri daripada keputusan syarak dan undang-undang.
2. Perdana Menteri yang ada sekarang dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong iaitu kuasa tertinggi yang diiktiraf oleh Perlembagaan Negara. Di sisi Perlembagaan, dia merupakan Perdana Menteri yang sah. Apabila ia sah, di sisi syarak ia wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh kepada dosa dan maksiat.
Jawapan: Kita bersetuju dengan kewajipan mentaati YDP Agong sebagai kuasa tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Perdana Menteri. Namun kenapa anda sebelum ini sangat lancang mempertikaikan dasar Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia sebagai gagasan yang telah dititahperkenankan oleh YDP Agong pada 11 Mac 2019 di Dewan Rakyat? Ketika itu anda tidak sedarkah siapa diri anda di bawah Perlembagaan Persekutuan? Ketika itu tidak wajibkah mentaati perkara yang telah diperkenankan oleh YDP Agong dalam Dewan Rakyat?
3. Bercakap tentang ikrar dan janji, adapun saya, bahkan semua rakyat yang sebenar, telah berikrar RUKUN NEGARA yang kedua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’. Saya percaya saudara pun pernah berikrar. Dengan saudara tidak mengiktiraf perlantikan yang dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bererti saudara telah melanggar ikrar dan janji yang saudara telah buat sejak dahulu. Justeru, saya mengiktiraf kerana saya menunaikan janji dan ikrar.
Jawapan: Tiada pertikaian tentang kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam melantik sesiapa yang dipercayai mendapat kepercayaan majoriti wakil rakyat itu. Persoalan bukan selepas perlantikan itu, tetapi sebelum itu lagi di mana usaha-usaha dijalankan secara tersusun di bawah pengetahuan anda (dan mungkin anda sendiri terlibat memberi konsultansinya) untuk melanggar perjanjian yang wajib dipatuhi dalam agama. Bukankah melanggar perjanjian yang disebutkan sebagai al-ghadr dalam agama itu merupakan satu dosa besar? Bagaimana pula orang yang menyokong atau mengharuskannya?
Sukalah saya mengingatkan anda dengan firman Allah s.w.t. daripada Surah al-Nahl 16: ayat 91-94 yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (mengesahkan, menandatanganinya), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (16:91)
Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah dia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah/perjanjian kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan/penyokong yang lebih ramai dari golongan/ penyokong lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (16:92)
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. (16:93)
Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).” (16:94)
Ketika mentafsirkan ayat 16:94 itu al-Imam al-Hafidz Ibn Kathir menulis, maksudnya: “(Perbuatan mengkhianati perjanjian sangat tercela) kerana orang kafir melihat orang beriman (Islam) telah mengikat perjanjian dengan mereka, lalu orang Islam itu khianat, tiadalah lagi padanya (orang kafir itu) dia (orang Islam) berpegang pada agama. Dengan sebab perbuatan khianat itu, maka jalan untuk orang masuk Islam menjadi terhalang. Kerana itu Allah berfirman, “...dan kamu akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang dahsyat (di akhirat)”
Manakala dalam hadis pula banyak larangan keras terhadap perbuatan al-ghadr yang merupakan dosa besar itu. Antaranya hadis yang bermaksud:
“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu terdapat bendera di punggungnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat setakat mana pengkhianatannya. Ketahuilah bahawa tiada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan pemimpin orang ramai” (Sahih, riwayat Muslim)
“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu bendera pada hari kiamat yang tercatat padanya “Inilah pengkhianatan si polan” (Sahih, riwayat al-Bukhari dan Muslim)
“Allah berfirman, “Tiga golongan yang Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat; seseorang yang memberikan perjanjian dengan namaKu kemudian dia mengkhianat, seseorang yang menjual orang merdeka lalu memakan hasilnya, dan seseorang yang mengupah orang bekerja, apabila pekerja itu menunaikan kerjanya, dia tidak membayar upahnya.” (Sahih, riwayat al-Bukhari)
Dengan begini banyak dalil pengharaman al-ghadr yang telah saya suakan kepada anda sebelum ini, adakah anda hanya mahu mendiamkan diri? Di mana penjelasan atau takwilan anda terhadap dalil-dalil ini sehingga anda mengatakan perjanjian sesama PH itu harus dilanggari oleh pihak-pihak terlibat?
4. Untuk pengetahuan saudara, pada 8 Oktober 2019, Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamed telah menulis sepucuk surat peribadi kepada saya. Antara isi kandungan surat tersebut, beliau menyatakan: "Saya buat janji siapa yang ganti saya jika saya jadi PM” saya tidak boleh mungkir janji. Orang lain tidak janji apa-apa. Mereka boleh pilih siapa sahaja. Tetapi saya nak pilih orang lain, ini salah jika saya lakukannya."
5. Dari surat Tun Mahathir itu, ternyata orang lain tidak terikat dengan janji selain dari Tun M sahaja. Sudah pasti DYMM YDPA tidak terikat dengan janji tersebut. Rakyat awam seperti saya juga tidak terikat dengan janji itu. Maka, tiada siapa yang boleh dituduh sebagai khianat kerana mengiktiraf kerajaan yang ada.
Jawapan: Tanpa merujuk dokumen perjanjian itu terlebih dahulu dan tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam perjanjian itu dan menandatanganinya, anda dengan mudah membuat keputusan bahawa ia cuma perjanjian peribadi Tun Mahathir. Ternyata anda tidak melakukan kajian sepatutnya dan anda tiada pengetahuan yang mencukupi sebelum membuat fatwa. Surat peribadi Tun Mahathir kepada anda itu tidak melepaskan anda daripada tanggungjawab membuat semakan dokumen yang lain sebelum berhukum.
Tidakkah anda mengetahui bahawa mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa ilmu yang mencukupi itu haram dan berdosa besar kerana dua sebab? Pertama kerana berani berdusta dan berbohong atas nama Allah s.w.t. dan kedua, menipu dan memperdaya manusia ke arah kesesatan.
Ketika menerangkan ayat 116-117 Surah al-Nahl, Ibn al-Qayyim menyatakan: “Allah s.w.t. memberi ancaman seksa terhadap orang yang berdusta dalam menerangkan hukum-hakamNya, iaitu mengatakan apa yang Allah tidak haramkan sebagai haram atau mengatakan apa yang Allah tidak halalkan sebagai halal. Ayat ini adalah keterangan daripada Allah s.w.t. bahawa tidak harus mengatakan “ini halal, ini haram” melainkan dengan secara ilmu yang pasti bahawa Allah taala telah menghalalkan atau telah mengharamkannya.” (I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabbi l-‘Alamin, 1/38)
6. Kita semua tahu, apa yang berlaku Perdana Menteri ke-7 yang meletakkan jawatan. Maka negara tiada Perdana Menteri. Seorang Perdana Menteri perlu dilantik. Apakah cara? DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil langkah yang wajar dan dipertujui oleh Majlis Raja-Raja. Satu cara pemilihan telah dibuat di Istana Negara. Parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertai pemilihan tersebut dengan hadir ke Istana Negara dan memaklumkan calon pilihan mereka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jika pemilihan itu satu pengkhianatan dan tidak sah, mengapa parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertainya? Tidakkah pemilihan Perdana Menteri sekarang ini hasil dari proses tersebut? Jika diandaikan calon parti saudara menang, adakah sah? Jika calon saudara tidak menang, maka tidak sah?!!! Lojik apakah ini?!
Jawapan: Seperti disebutkan di atas, persoalan yang ingin saya bincangkan bukanlah selepas perlantikan PM8. Tetapi persoalan hukum asal melanggar perjanjian oleh segolongan wakil rakyat itu yang kini berada dalam kerajaan. Anda telah merestui perbuatan mereka tanpa sedikit teguran sebagai orang yang dipikulkan amanah ilmu dalam agama.
Tidakkah anda merenung dan gerun akan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Al-Baqarah 2:159)
Berkata al-Imam al-Qurtubi ketika menerangkan maksud ayat ini: “Maksudnya ialah sesiapa sahaja yang menyembunyikan kebenaran, maka ayat itu umum untuk sesiapa sahaja yang menyembunyikan ilmu dalam agama Allah yang diperlukan untuk disebarkan. Hal ini ditafsirkan juga oleh hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya tetapi dia menymbunyikannya, maka Allah akan merejamkannya pada hari kiamat dengan rejaman api neraka” (Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih)
Tidakkah anda juga tahu, sebagai mufti, tentang satu kaedah Usul iaitu ( لا يجوز تأخير البيان عن وقت الحاجة إليه ) “Tidak harus melewatkan keterangan (hukum) daripada waktu (manusia) memerlukannya”. Di zaman sekarang, cukup dibuat pencarian melalui Google sahaja tentang syarah kaedah itu oleh para ulama Usul zaman dahulu dan ulama kontemporari. Sedangkan anda sendiri mengikuti dengan rapat gerakan-gerakan yang dilakukan oleh golongan manusia pengkhianat perjanjian itu sebelum pengkhiatan mereka itu benar-benar berlaku. Sedangkan saya sendiri, dengan keterbatasan liputan pandangan saya, telah beberapa kali memberi amaran tentang keburukan perkara itu pada pandangan agama sebelum ia dilaksanakan. Adakah nanti di akhirat anda sanggup memikul tanggungjawab untuk menjawab bagi pihak para pengkhianat perjanjian itu di depan Allah s.w.t.?
Nampaknya anda sudah pandai mencekik dalil-dalil syarak sehingga tak berbunyi lagi. Ini satu kemajuan baru bagi anda dalam ilmu pusing-pusing dalil setelah sebelum ini anda memulas fakta tentang Ka’b bin al-Asyraf seorang Yahudi kafir harbi anda samakan dengan warganegara Malaysia yang bukan muslim. Bagi sesiapa yang hendak baca pemulasan fakta Ka’b al-Asyraf oleh Dr Maza, boleh baca di wall saya pada 28 Nov 2019 bertajuk "Rahmatan Lil Alamin Tak Ikut Sunnah Nabi s.a.w.?"
7. Adapun sudut ketelusan parti saudara yang tidak akan mengiktiraf lompat parti, mungkin saudara terlupa sejarah parti saudara. Parti saudara muncul hasil dari lompat parti. Bukan sahaja lompat parti, bahkan melanggari baiah dengan parti asal mereka. Bukan baiah biasa, tetapi baiah atas nama Allah dan RasulNYA bahawa isteri tertalak jika mereka lompat. Pun begitu mereka telah melompat. Pemimpin saudara pernah menghantar surat kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis untuk memutuskan apakah isteri mereka tertalak. Jawapan yang kita berikan ialah sama ada jatuh atau tidak talak itu berdasarkan niat semasa sumpah talak tersebut dibuat. Saudara boleh rujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri perlis kali ke-24 & 25/2016 pada20-21 disember 2016. Namun, perbuatan menggunakan nama Allah, RasulNYA serta talak isteri untuk berpolitik adalah perbuatan yang keji. Hal itu pernah dilakukan oleh parti saudara.
Jawapan: Kewujudan parti Amanah adalah kerana para pemimpinnya melarikan diri daripada majoriti pemimpin parti lama (Pas) yang telah mengkhianati perjanjian Pakatan Rakyat atas alasan Dap menentang hudud, sedangkan hudud tiada dalam persepakatan PR. Bermakna jika mereka terus duduk bersama Pas, mereka duduk bersama para al-ghadirin. Tindakan Pas keluar dan mengkhianati perjanjian PR juga tidak mengikuti peraturan dan perlembagaan parti itu, iaitu muktamar agung, sebaliknya tindakan diambil berdasarkan keputusan seorang presiden yang memanipulasi walak pengikut. Persoalan baiah dengan talak tiga itu sudah diselesaikan dan ia ada pelbagai pandangan. Anda bukan ahli politik, maka ingatan dan cernaan terhadap peristiwa dalam parti-parti tertentu agak cetek dan dangkal.
8. Jika saudara masih ingat atau membaca, ada percubaan menjatuhkan kerajaan pada 16 September 2008, yang cuba membentuk kerajaan melalui lompat parti. Pemimpin-pemimpin parti saudara juga bersama dengan pemimpin berkenaan. Pemimpin tersebut juga calon PM yang saudara sebut. Saya bukan mahu memburukkan beliau, tetapi jika saudara bercakap soal prinsip yang parti saudara pegang, mungkin saudara boleh menilainya.
Jawapan: Hal itu tidak berlaku pun. Maka hukum tidak tersandar pada perkara yang tidak berlaku. Niat untuk melakukan kemungkaran belum dicatat sebagai dosa selagi ia tidak dilakukan. Seperti anda berniat tidak memberitahu hukum haram al-ghadr tidak dikira berdosa lagi, sehingga anda memang tidak memberitahunya ketika manusia berhajat mengetahuinya.
9. Pengiktirafan saya tiada kaitan dengan perjanjian antara orang-orang politik. Saya mengiktiraf apabila seseorang telah sah sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan di sisi Perlembagaan. Jika satu hari kumpulan saudara menjadi kerajaan yang sah, saya iktiraf. Soalan mengkritik, itu perkara kedua. Berbeza antara kritik dan iktiraf. Mengapa saya iktiraf dan taat selagi tidak mungkar? Jawapannya kerana saya bukan orang parti seperti saudara. Saya muslim yang berpegang kepada arahan Nabi s.a.w :
إِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَاسْمَعُوا لَهُ وَأَطِيعُوا مَا قَادَكُمْ بِكِتَابِ اللهِ تَعَالَى
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, dengar dan taatlah jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll, sahih atas syarat al-Imam Muslim).
Juga sabda Nabi s.a.w:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jawapan: Telah dijawab dalam perkara no. 2 di atas.
10. Prinsip rakyat dalam urusan pemerintahan ialah kita menyokong yang baik dan ijtihad yang tidak berdosa dalam pentadbiran. Kita memberikan pandangan balas dan kritikan jika perlu. Kita membantah dan tidak menyokong hal-hal yang mungkar. Apa yang penting, negara mesti stabil dan memelihara kepentingan rakyat dan agama.
Jawapan: Dasar Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia yang anda dan rakan anda lancang memperlekeh sehingga ke tahap mengatakan ‘Rahmatan Lil Kafirin’, ‘Rambutan Pak Amin’ itu di mana maksiat dalam dasar-dasar itu? Apa bukti ia rahmah kepada orang-orang kafir selagi pengamalannya menurut undang-undang dan Perlembagaan? Persepsi negatif yang dicipta oleh anda dan rakan-rakan bukanlah satu bukti ia bercanggah dengan syarak. Apatah lagi ketidakpuasan hati anda tentang Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan berceramah umum itu bukan keputusan dasar RLA itu, sebaliknya keputusan kabinet dan di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri yang menterinya sekarang telah menjadi PM8. Sebagai bukti RLA bukan penghalang atau penindas Dr. Zakir Naik, sampai sekarang sudah bertukar kerajaan pun beliau masih belum dibenarkan berceramah umum dan berdebat dengan penganut agama lain.
11. Telah berlaku pertukaran kerajaan dalam sepanjang sejarah manusia melalui pelbagai cara. Ada yang melalui cara terpuji dan ada yang melalui cara yang keji. Kerajaan ‘Abbasiyyah ditegakkan hasil rampasan kuasa dari Kerajaan Umawiyyah. Pun begitu, rakyat terus hidup. Berkurun-kurun kerajaan itu berlangsung. Para ulama yang fakih terus dengan sikap jujur mereka. Mereka mentaati hal yang patut ditaati dan membangkang hal yang patut dibangkang. Para imam yang empat, hidup di bawah Kerajaan Abbasiyyah. Demikianlah kebanyakan ulama dan sarjana pelbagai bidang. Mereka khidmat dalam hal yang perlu dan membantah perkara yang perlu. Sebahagian buku yang parti saudara baca juga dari ulama-ulama kerajaan Abbasiyyah.
Jawapan: Tiada takwilan tentang kewajipan mentaati pemerintah semasa hatta pemerintah kafir di United Kingdom wajib ditaati orang Islam di sana. Begitu juga tanpa pertikaian, semua rakyat Malaysai mesti mentaati kerajaan semasa termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 sekarang. Itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang ialah anda sebagai ilmuan agama hebat dan mufti yang dilantik yang sangat lantang sebelum ini tentang halal, haram dan isu-isu politik semasa tiba-tiba diam tidak berbunyi tentang hukum haramnya al-ghadr, sedangkan ia bukan suatu yang terpencil dalam agama. Sedangkan al-Imam al-Nawawi mengkhususkan satu bab dalam kitab Riyadhus Solihin yang anda gunakan untuk berkuliah itu, iaitu Bab Tahrim al-Ghadr.
12. Jika saudara menyatakan parti saudara hidup atas prinsip Islam berpegang pada janji, mungkin saudara boleh semak semula. Selain dari apa yang saya sebutkan di atas, tidakkah pemimpin parti saudara juga yang pernah cuba menjustifikasikan perlanggaran janji politik dengan membuat satu kenyataan yang menghina Nabi s.a.w bahawa ‘Nabi s.a.w pun pernah tak tunai janji’. Mungkin kemudian dia bertaubat, saya harap begitu.
Jawapan: Perkara itu telah dijelaskan oleh pemimpin itu iaitu YB Khalid Samad bahawa beliau tidak bermaksud menghina Nabi Muhammad s.a.w. ketika itu, sebaliknya beliau menyebutkan hal itu sebagai respon kepada ahli-ahli Amanah yang lantang mengkritik kerajaan PH dalam konvensyen tahunan di Ipoh tahun 2018 yang dikatakan tidak menunaikan janji manifesto PRU14. Beliau menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pun berjanji hendak mengerjakan umrah tetapi tidak dapat menunaikan janji itu kerana tidak mampu akibat disekat oleh puak Quraisy Makkah. Tidak menunaikan janji kerana tidak atau belum mampu, bukan menghina baginda sengaja tidak menunaikan janji.
Sekali lagi anda sebagai pemerhati politik di tepi gantang dangkal dan gagal memahami scenario sebenar politik kepartian, tetapi sibuk hendak membuat komentar di luar maksud si penutur asal. Adakah anda tak tahu kaedah yang masyhur dalam kalangan ulama Usul ( العبرة بالمقاصد والمعاني ليس بالألفاظ والمباني ) “Perkiraan hukum adalah berdasarkan tujuan dan maksud (penutur), bukan berdasarkan lafaz dan binaan ayat”? Boleh dan sempat lagi mengaji dengan carian Google.
Akhir kritikan saya, sebagai mufti yang sepatutnya anda bercakap dan mengupas secara mendalam tentang dalil-dalil syarak dan tafsirannya berkaitan hukum al-ghadr atau pengkhianatan perjanjian yang merupakan satu dosa besar, malangnya kali ini anda hendak cuba-cuba menjadi pensyarah Perlembagaan Persekutuan atau guru subjek Pengajian Am pula. Sekali lagi anda kelihatan bagai melukut yang gagal memberi jawapan yang tuntas kepada persoalan sebenar orang ramai. Kenapa anda malu-malu untuk menyentuh dalil-dalil syarak yang saya sebutkan di atas seolah-olah ia tidak wujud dalam agama?
Sekian, semoga anda sedar dan bertaubat.
*Ustaz Ali Muda - Abu Mishkat*

*APA KATA Pas BILA SYARIKAT ISRAEL BANTU NAJIB INTIP PEMBANGKANG PADA 2018?*
Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.
Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.
*Laman berita teknologi Israel, CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.*
Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.
Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.
Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.
Rundingan itu menggunakan kod nama “Project Magnum.”
Menurut dokumen tersebut, rancangan pentadbiran BN pimpinan Najib untuk sistem Senpai tidak dirahsiakan daripada syarikat itu dan penggunaan sistem itu untuk “penyiasatan politik" disebut secara khusus dalam surat-menyurat e-mel dalaman.
Senpai, yang ditubuhkan pada tahun 2015, telah membekukan aktivitinya di tengah-tengah pemfailan kebankrapan dan tuntutan saman antara para pengasas firma itu.
Pada pertengahan tahun lalu, syarikat tersebut dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan kontrak baru dengan polis Cawangan Khas Malaysia, yang mempunyai implikasi baru selepas kekalahan Najib pada PRU14.
Objektif pengawasan dibayangkan akan berubah selepas pilihan raya daripada penyiasatan politik kepada penyiasatan terhadap jenayah-keganasan.
“Pelanggan mendapat dokumen dan kami sedang menunggu responsnya,” kata pengasas dan ketua jualan Senpai, Roy Shloman merujuk "Magnum" dalam e-mel yang dikirimkan kepada pengasas bersama Guy David, Omri Raiter, dan Eric Banoun (gambar, bawah) pada 10 Jun 2019.
"Seperti yang kamu tahu, selepas pilihan raya banyak perkara berubah dan menjadi sedikit rumit," tulis Shloman.
"Mengenai proses pengurusan pelanggan dan berdasarkan beberapa perbincangan atas talian (conference call) yang lalu dengan mereka, saya fikir kami patut mengadakan kunjungan ke KL.
"Tujuan utama perjalanan ke itu untuk bertemu klien (secara bersemuka), mengadakan sesi soal jawan dan menyediakan mereka beberapa panduan (tip) dan helah (trick)," tambahnya.
Katanya, tujuan utama lawatan ke Keitu adalah untuk bertemu dengan klien secara bersemuka sambil mengadakan beberapa sesi soal jawab, serta memberikan beberapa tips kepada klien mereka dalam memaksimumkan sistem tersebut.
Dalam cadangan fasa dua perjanjian selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Banoun menghitung rundingan itu dianggarkan bernilai antara AS$300,000-AS$ 400,000 daripada SB, antara AS$2 juta dan AS$2.5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri, antara AS$800,000 dan AS$2.2 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan jumlah yang serupa daripada pasukan polis.
CTech adalah laman berita teknologi yang dikendalikan oleh Calcalist. Ia merupakan sebahagian daripada Yedioth Ahronoth Group, yang juga menerbitkan Yedioth Ahronoth, surat khabar dengan edaran paling luas di Israel.
GILIRAN LEBAI BETINA AKHIR ZAMAN PULAK PUTAR BELIT
𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕 ‼️
Akhbar HaramKah yang kuat memfitnah api perkauman kini lemas dengan dengan ubatnya sendiri.
𝗗𝗨𝗟𝗨
Bukan setakat pemandu mabuk, LTTE, jawi, sekolah vernakular, ICERD, arwah Adib, RUU355, hudud, judi.. MALAIKAT & SETAN pun lebai kaitkan dengan politik.
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚
Bila dah jadi kerajaan, tiba-tiba lebai betina nak jadi HERO nasihat rakyat jangan 'apikan isu pemandu mabuk dengan perkauman'❓..😂😂😂
Bagi jawatan GLC senyaplah ketua Muslimat tu, sedangkan Lebai Marang pun boleh jinak kena mandrem terus melutut dengan MCA, inikan walauntit (lebai betina) level ternakan.
#PASkhadamMCA
RAKYAT, WAKIL RAKYAT DAN JUALAN MURAH
Oleh : Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
29 May 2020
Meneliti senario politik terkini, perasaan rakyat bercampur antara marah dan kecewa. Ada kekaburan dalam memahami hubungan antara rakyat dan wakil rakyat.
Dalam demokrasi, wakil rakyat boleh datang daripada sebuah parti politik yang meletakkan seorang dipilih oleh parti untuk dicalonkan dalam pilihan raya.
Dalam hal ini, difahami bahawa jika dia menang maka dia mewakili rakyat kerana dipilih dengan majoriti undi di sesuatu kawasan pilihan raya. Akan tetapi dia juga mewakili parti kerana dia bertanding atas tiket sebuah parti. Maka perjanjiannya adalah kepada rakyat dan parti.
Lain pula jika dia bertanding atas status bebas dan jika dia menang maka dia mewakili rakyat di kawasan yang dia menangi tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.
Pada asasnya seorang wakil rakyat pada hakikatnya mewakili rakyat. Parti adalah sekunder. Tetapi bila dia menang atas tiket sebuah parti maka kebertanggungjawabannya berkait juga dengan parti.
Ini sah kerana dalam demokrasi yang membenarkan parti politik ditubuhkan, jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh sebuah parti adalah majoriti, maka ia boleh membentuk kerajaan. Bermakna mereka yang dilantik dalam kerajaan adalah dalam kalangan wakil rakyat daripada parti atau pakatan parti yang menang.
Di sinilah demokrasi sering dimanipulasi untuk merebut kerusi dan jawatan. Demokrasi juga sepatutnya dibatasi oleh kontrak dan ikatan amanah dan kebertanggungjawapan seorang wakil rakyat kepada rakyat.
Sewajarnya sentimen rakyat tidak boleh dipermainkan ketika berkempen dalam pilihan raya. Sepatutnya secara moral undi rakyat tidak boleh dijual beli dengan tawaran jawatan dan kesempatan untuk naik dalam karier politik.
Ketika rakyat dipengaruhi untuk mengundinya, seorang calon perlu sedar bahawa dia telah mengikat janji akan setia kepada kepercayaan rakyat. Walaupun mungkin rakyat mengundi berdasarkan parti politik bukan berasaskan calon, namun keterikatan wakil rakyat tetap akauntabilitinya kepada rakyat secara langsung, bukan hanya kepada parti.
Dewasa ini jelas wakil rakyat menjadi komoditi murahan. Ada musim jualan murah membeli wakil rakyat oleh parti politik yang memancing dengan umpan jawatan. Musim jualan murah wakil rakyat nampaknya menjadi kaedah persilatan politik ini.
Cerita lompat parti dan khianat parti lumrah dalam politik Malaysia. Bermula dengan berita angin kemudian menjadi realiti. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah mengheret gerombolan penyokongnya untuk turut serta dalam dakwaannya akan ramai lagi bakal mengisytihar keluar parti.
Semua ini dilakukan tanpa mengendahkan sedikit pun janjinya kepada rakyat. Maka dia sanggup melelong diri dengan harga tinggi untuk dibeli di pasar politik yang sangat murah.
Akan tetapi lantaran politik gaya ini menjadi sangat lumrah, tidak ada wakil rakyat berasa bersalah untuk berada dalam lembah politik kotor. Politik menjadi kotor kerana ahli politik yang kotor.
Kini gejala wakil rakyat menjual diri segar semula. Mereka yang sudah selesa memegang jawatan tinggi setelah tawar-menawar politik dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula dipenuhi sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya murah.
Pertelagahan menuntut jawatan dalam kerajaan walaupun dalam perikatan yang sama bergolak terus. Rasa tidak puas hati mengenai bagaimana ghanimah politik dibedak dan dibahagi-bahagikan tidak akan reda.
Dakwaan parti politik ini yang lebih menguasai kerusi dan parti politik itu yang berperanan menjadi king maker menjatuhkan lawan, akan saling bertelagah dan berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan riuh-rendah di pasar raya jualan politik murahan, kini jualan sesama parti politik dalaman pula bermula.
Inilah kejelekan politik yang memualkan rakyat.
#SinarHarian
PH, JANGAN LAGI TERTIPU DENGAN MAHATHIR
@Raheem Arshavin
Tun Mahathir tiba-tiba mahu muncul sebagai wira. Mahathir Tua mendadak mengadakan sidang media dengan anggota gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menyerang keras Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Tun juga nampaknya berusaha membina persepsi bahawa dialah yang memimpin kumpulan pembangkang (Pakatan Harapan).
Namun semua orang tahu bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah pemimpin pembangkang yang diiktiraf (Pakatan Harapan). Setakat ini, tidak ada tokoh lain yang dikedepankan oleh Pakatan Harapan.
Semua orang pastinya mengingati hal ini. Kerana Mahathir mengundur diri, kerajaan Pakatan Harapan bubar dan tersekat di tengah jalan. Janji politik PH akhirnya terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kuasanya dirampas di tengah jalan.
Kerana egoisme Mahathir juga, usaha untuk membina kerajaan pro-rakyat gagal. PH digulingkan dan digantikan oleh pemerintahan kerajaan Pengkhianatan Nasional (PN) yang berorientasi kepada elit politik dan pembahagian kuasa.
Mahathir menjadi semakin gelisah setelah dikalahkan oleh Muhyiddin dalam pemilihan parti Bersatu. Mahathir kelihatan semakin risau apabila anaknya Mukhriz Mahathir ditumbangkan di Kedah.
Kerana itu jelas bahawa motif politik Mahathir dekat dengan PH. Mahathir seperti Mahathir yang menggoda PH untuk menjadi calon Perdana Menteri pada tahun 2018 lalu. Mahathir terus licik gilakan kuasa dan juga hanya ingin memperkayakan diri serta keluarganya.
Disebabkan itulah, jangan jadi seperti keldai yang jatuh ke dalam lubang yang sama, PH harus menolak keberadaan Mahathir. Mahathir jangan lagi dibenarkan menjadi penunggang kuda Pakatan Harapan.
Daripada memikirkan tentang Mahathir, PH yang ada sekarang seharusnya lebih fokus untuk menyatukan sokongan ahli Parlimen dan rakyat. Kedua-dua aktiviti ini harus dilakukan agar usaha mengembalikan mandat dan kuasa rakyat dapat dijayakan.
*****
PEMBENTUKAN KERAJAAN PH MUNGKIN DILAKUKAN SEGERA?
Pembentukan Kerajaan PH mungkin dilakukan segera?
Pertukaran kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) kepada Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak menunggu sehingga sesi sidang Parlimen Julai dan melalui Undi Tidak Percaya.
Hal ini berikutan, beberapa petanda perubahan politik melibatkan sekutu dalam PN dan kekuatan PH dalam melakukan rundingan.
Semalam, Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN dalam satu kenyataan sepakat di atas usaha untuk mengembalikan kerajaan PH di Putrajaya dalam tempoh segara.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 39 para Ahli parlimen KEADILAN itu, langkah berkenaan bertujuan mengembalikan kuasa kepada pemerintah yang berhak agar Malaysia tidak terus dimusnahkan ekonomi dan pentadbirannya oleh kerajaan PN.
“Kami mengambil maklum bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan demi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.
“Ini bukan pertarungan elit politik untuk merebut kuasa tetapi adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.
“Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku – sepertimana yang dijanjikan – berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, Johari berkata, Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN juga menekankan keperluan bermuhasabah dan meneliti usaha selama ini untuk menepati janji-janji yang dibuat serta mengelak dari mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah berlaku.
“Kami berpendirian bahawa PH perlu terus diperkukuh kerana mandat rakyat telah diberi kepada PH dengan jelas pada PRU14 lalu.
“Kami juga membincangkan usaha penelitian dan penggubalan dasar-dasar yang mengutamakan nasib rakyat, serta keperluan untuk mengemaskini gerak langkah memperkukuh agenda Reformasi di dalam dan di luar Parlimen,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen KEADILAN, kata Johari, turut diingatkan agar menitikberatkan kebajikan rakyat terutama yang terkesan akibat Covid-19, termasuk yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan, di mana usaha menyeluruh diperlukan bagi memulihkan kehidupan mereka.
Beberapa hari ini, situasi politik Malaysia kembali memanas apabila media-media atas talian dan sosial mula meramal akan berlakunya peralihan kuasa sekali lagi apabila wujud tanda-tanda penarikan sokongan beberapa Ahli Parlimen daripada PN.
Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi dan telah menyatakan pendirian tidak akan terlibat dalam kerjasama mendalam atau mengikat dengan PN.
Ahli-Ahli Parlimen Bebas dari Malaysia Timur juga mungkin tidak lagi menyokong PN selepas melihat sikap Pas dan Umno yang memainkan isu agama sempit seperti mahu menghalang penjualan arak kepada bukan Islam bagi mengatasi isu pemandu mabuk. Cadangan yang dilontarkan oleh pemimpin Pas itu juga menimbulkan serangan balas daripada pimpinan GPS baru-baru ini.
TUN M KEKAL AHLI BERSATU, KUMPULAN MUHYIDDIN TERDESAK?
Tun M kekal ahli Bersatu, kumpulan Muhyiddin terdesak?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pergolakan dalaman Bersatu semakin hebat apabila Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya bertindak memecat pengerusi parti itu Tun mahathir, Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain.
Sejurus selepas itu, Setiausaha Agong Bersatu Marzuki Yahya pula mengeluarkan kenyataan bahawa Suhaimi tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemecatan.
Beliau berkata perlembagaan Bersatu memberikan kuasa sedemikian kepada setiausaha agung, sedangkan setiausaha kerja tidak diiktiraf dalam perlembagaan parti.
“Orang yang mengeluarkan surat itu harus dipecat dan kandungan surat itu sama sekali tidak ada asas. Tun dan yang lain masih sah sebagai ahli,” katanya dipetik Malaysiakini.
Marzuki berkata beliau masih merupakan setiausaha agung parti itu dan urusan berkaitan keahlian berada di bawah bidang kuasanya.
Tambahnya, pemecatan anggota juga sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan.
Untuk rekod, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan dirinya sebagai pemangku pengerusi parti dan kemudian menyingkirkan Marzuki sebagai setiausaha agung pada 18 Mac lalu.
Mahathir mendakwa pemecatan Marzuki tidak sah dan masih mengiktirafnya sebagai setiausaha agung, manakala Muhyiddin melantik Hamzah Zainudin bagi jawatan itu.
Marzuki mengulas surat pemecatan yang dikeluarkan hari ini kepada Mahathir, anaknya Mukhriz; Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
Mereka dipecat kerana didakwa duduk di “blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional” semasa persidangan parlimen 18 Mei.
Sementara itu, sumber yang dekat dengan pejabat Mahathir mengatakan pemecatan itu tidak dilakukan sesuai dengan konvensyen parti.
“Parti itu tidak mengikuti konvensyen untuk meminta tertuduh membela diri di hadapan lembaga disiplin.
“Sebenarnya, tidak ada mesyuarat Majlis Tertinggi untuk membincangkan hal ini,” kata sumber berkenaan.
LANGGAN SYARIKAT ISRAEL ...BOSSKU...NANTI MAKAN SUPERING KAT SUNGAI BULOH..
Najib langgan sistem dari Israel menjelang PRU 14, dokumen mahkamah dedahkan
Mahkamah Israel didedahkan, Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan syarikat pembekal teknologi dari Israel untuk membuat intipan dan analisa terhadap sikap orang awam menjelang pilihan raya umum ke 14 yang lalu.
Namun begitu, tekanan rakyat yang mahukan perubahan telah menyebabkan Najib gagal juga mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 itu.
Menurut laman web Calcalistech.com dalam laporannya semalam (28 Mei 2020), kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah membelanjakan $1.5 milion (RM6.5 juta) untuk membolehkan pasukan penyelidikan Malaysia menggunakan sistem intipan dan analisis Israel itu.
Menurut laporan itu, sistem itu telah digunakan oleh agensi penyiasatan Malaysia iaitu Cawangan Khas (SB) untuk membolehkan semua maklumat aktiviti orang awam dikumpul dan dianalisa sebulan sebelum pilihan raya.
“Syarikat yang membangun dan membekalkan sistem itu kepada kerajaan Malaysia adalah Senpai Technologies Ltd, sebuah syarikat kecil cybersecurity Israel,” lapor Calcalist, laman web Israel yang melihat dokumen mahkamah itu.
Perjanjian itu, lapornya, telah ditandatangani pada April 2018 dengan harga $1.5 juta dengan nama kodnya adalah “Project Magnum”.
“Oleh kerana Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik, perjanjian ini telah dibuat melalui syarikat dari Cypriot yang bernama Kohai Corp. Ltd, yang diasaskan oleh dua pemegang saham Senpai yang tujuannya hanya untuk menjadi penama dalam perjanjian sebegini,” lapor Calcalist.
Menurut laman itu, perancangan kerajaan Malaysia untuk menggunakan sistem Senpai untuk “Penyiasatan Politik” tidak dirahsiakan kerana ia dinyatakan dengan jelas melalui korespondan melalui email dalaman mereka.
Selain Malaysia, Senpai juga membekalkan sistem yang sama kepada negara Oman, yang juga tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
*PNKHIANAT NEGARA NEWS 28 MEI 2020*
*1. PN NAK BELA MELAYU ATAU BELA MCA? MCA RAYA SAKAN DAPAT RM58 JUTA YG DULUNYA DISEKAT OLEH GUAN ENG*
*2. MALANG ORG KEDAH DAPAT MB BARU KAKI PEMBOHONG??? KEDAH BAKAL JD MCM KELANTAN HABIS HUTAN GONDOL AKIBAT PASCAI GHAIRAH MEMBALAK???*
*3. KITA BUKAN RASIS TAPI PERCAYA RAMAI ANAK MELAYU YG PAKAR DALAM BIDANG PENERBANGAN NI TAPI KENAPA KERAJAAN PNKHIANAT TAK MAU IKTIRAF KEMAMPUAN ANAK MELAYU???*
Jawatan CEO CAAM dulunya dipegang oleh Ahmad Nizar Zolfakar, lepas dia letak jawatan pada tahun lepas jawatan tersebut dipangku oleh Dr Zainul Fuad Md Wahi, namun selepas Presiden MCA menjadi Menteri Pengangkutan beliau telah melantik Chester Voo Chee Soon ke jawatan tersebut. Chester dulunya adalah Pengarah Operasi di Air Asia. Hidop MCA!!!
https://www.theedgemarkets.com/article/caam-gets-new-ceo-after-seven-months
https://www.malaysiakini.com/news/527565
TAR UC ni universiti rasis milik MCA.
LGE dari DAP (41 kerusi MP) sblum ini dah sekat peruntukan dan minta spy mereka tukar pemilikan jadi Universiti Awam. Tapi mereka menolak.
Skrg dgn 2 (dua) MP, MCA ni mereka berjaya dpt peruntukan 58juta (RM58,000,000.00).
Bayangkan apa yg UMNO-Pas-PN akn bagi lagi utk dapatkn sokongan MCA ni?
*Mukhriz: kerajaan kedah BOHONG tuntutan pampasan balak RM1 bilion*
https://www.malaysiakini.com/news/527527
*Jom bersama MEJAR ZAIDI dalam grup NGO PEMBELA RAKYAT kita tegur kerajaan sekarang. Jika teguran tidak diendah, kita jatuhkan kerajaan ini pada PRU yg akan datang:
https://chat.whatsapp.com/ELwrtNJQYyq2qBdTX5EqSc
Mahathir cabar PAS: Buktikan saman RM1bilion itu wujud
Diterbitkan 2 jam lepas
Dikemaskini 2 jam lepas
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mahu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor membuktikan bahawa terdapat saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini sekiranya kerajaan negeri tidak membuka semula konsesi balak.
“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1bilion? Sanggup tunduk ke pembalak?
“Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” kata Dr Mahathir dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi sebagai berkata kerajaan negeri Kedah sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak kepada syarikat tertentu susulan keputusan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang membatalkannya.
Ini berikutan keputusan menteri besar ketika itu, Mukhriz Mahathir yang pada Mac lalu mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.
Setiausaha akhbar kepada MB Kedah, Muhamad Mat Yakim kemudiannya tampil dan menjelaskan bahawa Muhammad Sanusi Md Nor hanya melontarkan cadangan bagi menyelesaikan masalah peninggalan pentadbiran PH.
Katanya, kenyataan itu "bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baru pembalakan."
Beliau mendakwa masalah berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.
Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan, katanya.
Menjelaskan lanjut, Muhamad berkata tidak timbul soal memberikan kawasan ganti pembalakan jika Kedah "bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1 bilion."
Dr Mahathir dalam hantaranya di Facebook juga menulis “dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk menyelamatkan kawasan tadahan air untuk membantu empat juta penduduk.”
Tetapi katanya, kini, konsesi balak mahu dibuka semula.
“Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk memberi bekalan air kepada sawah di Kedah & Perlis. Pengeluar 50 peratus sumber beras negara!
“Kini, si pembalak diagungkan dan kepentingan rakyat dan petani digadaikan,” katanya.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhammad Sanusi mengambilalih kepimpinan negeri pada 17 Mei lalu setelah 23 Adun menandatangani pernyataan berkanun.
AHLI AMANAH AKAN LOMPAT JIKA MAHATHIR DILEBIH LEBIHKAN
HAMSINA HAMZAH
Saya ada ramai kawan-kawan dari Amanah, mereka dalam mode ready berhijrah ke PKR jika pemimpin-pemimpin mereka melebihkan atok dari ahli-ahli sendiri. Saya Ada borang keahlian parti keadilan rakyat telah lama tersedia untuk kawan-kawan.
Amanah......duduk sahaja dibawah ranting saya insyaallah kita bergerak kehadapan sama-sama. Mat sabu menentang atok lebih lama dari DSAI , adalah dekat-dekat 40 tahun tetapi saya hairan mat sabu setelah dia memasak seperiuk Kari kpd atok dia sepertinya tercari cari sesuatu dengan atok! Kalau Abang Mat masak Kari tak dak sapa nak makan kot-kot sunyi sangat ajak ja kami nihhhhh. Adoiiiii.
Pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman berat – Anthony Loke
Pada
oleh Anthony Loke
Oleh Anthony Loke
(mantan Menteri Pengangkutan)
Takziah kepada keluarga mangsa. Satu lagi nyawa terkorban diakibatkan oleh pemandu mabuk.

Antara cadangan pindaan yang saya ingin bawa untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa saya masih menjadi Menteri Pengangkutan untuk memerangi isu ini ialah seperti berikut:
1) Meminda Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan minima enam tahun (Hukuman penjara sekarang ialah tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada 10 tahun)
2) Menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80mg alkohol dalam 100ml darah kepada 50mg alkohol dalam 100ml darah (atau kurang) mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
3) Meningkatkan denda dan penjara kepada pemandu yang melebihi had yang dibenarkan walaupun tidak terlibat dalam kemalangan.
4) Menggantung lesen memandu untuk seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk. Saya berpendapat seseorang pemandu mabuk yang telah meragut nyawa orang lain tidak layak untuk memandu di atas jalan raya.
Namun, undang-undang yang seketat mana pun tidak akan efektif sekiranya tiada penguatkuasaan yang tegas dan berkesan.
Pihak penguatkuasa undang-undang mesti mempunyai tahap integriti yang paling tinggi dan menjalankan tugas “without fear or favour”.
Itu sebabnya saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan “pilot project” di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mewajibkan semua penguatkuasa JPJ untuk memakai “body camera” semasa menjalankan tugas namun semua itu tinggal cadangan sekarang.
Pendirian kami amat jelas. Kami tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras. Tetapi, selepas minum alkohol, anda tidak ada hak untuk memandu dan membahayakan orang lain.
Pemandu mabuk mesti dihukum seberat-beratnya!
P. Pinang akan bawa usul kosongkan kerusi Adun khianat mandat rakyat
Pada
oleh PENTADBIR
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang hari ini melucutkan status ahli kerajaan negeri dua Adun Bersatu yang berpaling tadah menyokong Perikatan Nasional (PN).
Menurut gabungan itu, tindakan kedua-dua Adun Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim itu jelas bercanggah dengan pendirian bersama PH dan Bersatu negeri.
Selaras dengan keputusan itu juga, kata PH Pulau Pinang, segala hak dan kelayakan mereka sebagai Adun kerajaan negeri juga adalah dibatalkan dengan serta-merta.
“Selaras dengan Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, mana-mana ahli yang berhenti menjadi ahli parti yang diwakilinya semasa pilihan raya atas apa jua alasan hendaklah mengosongkan kerusinya.
“Justeru itu, kerajaan negeri akan membentangkan usul untuk mengosongkan kerusi ahli-ahli yang terlibat bagi pertimbangan Dewan Undangan Negeri pada sidang yang akan datang,” kata PH Pulau Pinang dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Pengerusi 1, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Pengerusi 2, Dr Roslan Ahmad.
Dalam pada itu, PH Pulau Pinang turut membuat ketetapan untuk menggantung status ahli kerajaan yang dipegang Dr Afif Bahardin selaras dengan keputusan PKR menggantung keahlian Adun Seberang Jaya itu.
“Oleh itu, segala hak dan kelayakannya sebagai Adun kerajaan negeri adalah digantung dengan serta merta sehingga keputusan muktamad dibuat oleh pimpinan PKR,” ujarnya.
PH Pulau Pinang turut mengumumkan tiga nama yang akan menjadi “Adun angkat” di ketiga-tiga kawasan tersebut bagi tujuan mengurus serta menyelaras program dan urusan kerajaan negeri.
Teluk Bahang akan diletakkan di bawah Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, sementera Bertam dan Seberang Jaya masing-masing di bawah Adun Pinang Tunggal, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Subscribe to:
Posts (Atom)