Sesi LIVE Bersama Mahfuz Omar & Faiz Fadzil: Cerita Dulu-Dulu, Pengajara...

TUBUH KERAJAAN CARA KHIANAT, KEKALKAN KERAJAAN PUN CARA KHIANAT…TIDAKKAH INI SEBURUK-BURUK PERANGAI PEMIMPIN?

 

Secara tiba-tiba saja sekarang ini timbul semula isu beberapa Ahli Parlimen PH/PKR didesas-desuskan akan melompat parti untuk menyokong kerajaan pintu belakang PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Lebih menarik, isu ini timbul hanya beberapa hari setelah Yang Dipertuan Agong menitahkan bahawa Parlimen dibenar bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan.

Seolah-olah disebalik tiada mana-mana menteri kabinet, temasuk Muhyiddin sendiri memberi respon terhadap titah Agong itu, usaha di belakang tabir nampaknya sedang giat dilakukan untuk mengelakkan kerajaan daripada ditumbangkan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud usaha-usaha terancang untuk melemahkan kekuatan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, termasuk daripada Keadilan.

Katanya, usaha tersebut sedang dilalukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkaitan isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau tawaran projek dan jawatan dalam kerajaan.

Setelah tiga Ahli Parlimen UMNO diketahui secara jelas tidak lagi menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, usaha terbaru ini dilihat bertujuan untuk menampung kekurangan majoriti yang kian menghilang itu.

Oleh kerana sudah hilang tiga sokongan setakat ini, hangat diperkatakan dua Ahli Parlimen PH sedang dalam perhatian untuk dipujuk melompat parti itu.

Secara logiknya, mengganti dua dengan tiga yang sudah menarik sokongan memang tidak mencukupi untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin.

Dengan itu, bermakna selepas dua Ahli Parlimen yang dispekulasikan itu berjaya disuruh melompat parti, bakal ada lagi beberapa yang lain akan turut berbuat demikian.

Maka, sebagai menyambut baik titah Agong agar Parlimen dibenarkan bersidang, mungkin hanya setelah selesai segala urusan “membeli-belah” yang meriah itu, barulah Muhyiddin akan menghadap Agong untuk menetapkan tarikh persidangan Dewan Rakyat.

Dengan yang demikian, ternampaklah akhirnya Muhyiddin telah memenuhi titah Agong untuk membennarkan Parlimen bersidang, seterusnya berjaya pula mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dengan kedudukan kewangan dan kuasa tanpa had yang dimiliki kerajaan PN, kemampuan mereka untuk membeli, menyogok atau menawarkan apa-apa jawatan serta kedudukan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Muhyiddin memang tidak diragui.

Bagi yang tidak kuat iman, tidak kukuh pendirian dan hanya mementingkan kebendaan, tawaran lumayan yang ditawarkan memang boleh mencairkan pendirian.

Tetapi, haruslah diingat, perbuatan itu adalah suatu pengkhianatan terhadap undi rakyat yang memenangkan mereka sebelum ini.

Pemimpin sedemikian yang hanya meletakkan murninya perjuangan di lidah ketika berkempen semata-mata, tetapi sebenarnya sibuk memikirkan perut sendiri, tidak harus lagi terus diberi ruang untuk menipu pengundi melalui gelaran YB yang dimiliki.

Namun, jika benar ini berlaku, yang terburuk dan terkutuk sekali perlakuannya, selain Ahli Parlimen yang tiada pendirian itu, tentulah kerajaan PN itu sendiri.

Setelah menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan, pintu belakang dan tidak dengan proses pilihanraya, bertahan pula kerana adanya Covid19 dan kemudian cuba bertahan lagi dengan menggunakan darurat, terlihat kini jalan pengkhianatan juga yang dipilih untuk mengelakkan daripada dijatuhkan.

Bukankah ini seburuk-buruk perangai pemimpin dan kerajaan yang kita?

Kalau sudah begitu caranya mereka bertahan dan mengekalkan kerajaan, apakah pembelaan yang boleh rakyat harapkan daripada PN ini? 


(Shahbudindotcom 27/02/2021)



LIVES : Anwar Ibrahim: Kalau Banjir Berlaku, Oh Ini Nature! Ya, Tapi Kamu Rompak...



Ucapan Perasmian dan Ucaptama - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi IIIT) Mengangkat Gagasan Ekonomi Manusiawi dalam Dunia Baharu SINOPSIS Fokus utama sistem ekonomi neoliberal ialah mengejar keuntungan bagi golongan pemodal dan dalam proses tersebut secara tidak langsung telah mengorbankan kesejahteraan manusia dan alam sekitar. Kesannya, sebahagian besar umat manusia menderita akibat kesenjangan, kemiskinan, kelaparan dan alam sekitar juga mengalami kemusnahan. Penularan pandemik Covid-19 di peringkat global telah menyerlahkan lagi kepincangan sistem ini. Wacana Global Ekonomi Manusiawi ini bertujuan mencari alternatif kepada sistem ekonomi arus perdana tersebut agar manfaat pembangunan dapat sama-sama dinikmati oleh majoriti penduduk bumi. Manusia harus diberi pemberdayaan untuk berperanan sebagai khalifah bagi memakmurkan bumi ini demi kesejahteraan semua warga dunia serta memulihara Planet Bumi sebagai tempat hunian.


JOM KITA HERET MOTOR PUSING KLCC...MINYAK NAIK...

 May be an image of text that says "Hd Harakahdaily 1M like this Business Service Sep 14, 2013 Tolak motor bantah harga minyak: TEMERLOH: "Heret motosikal ini adalah simbolik daripada anak muda yang turut merasai keperitan akibat kenaikan harga minyak," kata Ustaz... BM.HARAKAHDAILY.NET 404- Page not found 74 19 Comments. 6 Shares"


MAN TOBA


Masa PH jadi kerajaan dok pakat heret motor protes harga minyak.

Bila dah jadi kerajaan pakat-pakat  delate posting. Ini lah puak-puak  lebai kelarah.

 Semenjak ketiadaan TGNA habis hilang arah pening macam Hadi . Tanya lain jawab lain.

 


Baru setahun tebuk atap BN UMNO-PAS-PPBM-GPS GABUNGAN PARTI SARAWAK perintah , INI YANG TERJADI

 



ZUWAIRI YUSOF

 

1.Pelabur-pelabur asing jual ekuiti lari keluar semuanya

2.Kilang-kilang  asing yang puluhan tahun beroperasi tutup satu demi satu pindah ke negara jiran terdekat

3.Kedutaan-kedutaan  asing tutup dan pindah ke negara jiran terdekat

4.Enakmen syariah negeri pun terbatal

5.Kilang arak terus beroperasi,pusat judi terus di buka sebab masyuk

6.RUU355 cuma rasuah jawatan bukan sebab tegakkan ISLAM

7.Rasuah jawatan dan kontrak menjadi jadi

8.Salah guna kuasa makin rancak

9.Jurang antara yg kaya dan miskin semakin meluas

10.18 MP-MP PAS jadi setan bisu,yg 18 MP GPS jadi tunggul kayu,yg MP-MP BN UMNO dalam kabinet sekor pun tak boleh pakai

11.Cabutan judi dari 8 jadi 22 kali setahun.sebulan dekat 2 kali

12.Dong Zong tak di haramkan,sekolah vernakular bertambah

13.Polisi-polisi berubah ubah setiap masa ikut selera kabinet

14.Undang-undang dua darjat mekar mewangi

15.hasil negara berkurangan hutang bertambah

16.Anggota kabinet boros berbelanja bengap mentadbir

17.MCA berucap di pentas KOMUNIS CHINA yg UMNO,PAS,PPBM,GPS krik krik krik

 

Bau hancing cukup kuat pada menteri,timbalan dari BN UMNO,bau hanyir cukup ketara pada menteri,timbalan dari PAS pis pus manakala bau hamis ade pada menteri,timbalan dari GPS dalam kabinet tebuk atap.Jangan kamu beri peluang mereka-mereka  yng dalam kabinet tu peluang menang lagi PRU15.Banyak lagi skandal akan kita bongkarkan sebaik sahaja PH menang PRU15 di bawah ANWAR IBRAHIM.

 



Jangan sambil bangunkan ekonomi, kita robohkan nilai kemanusiaan

 


POSTED BY AMIR WRLR


Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap kerajaan yang sering memihak kepada golongan kaya berbanding golongan susah, terutamanya ketika pandemik Covid-19.

Ketika menyampaikan ucaptama dalam Wacana Antarabangsa Ekonomi Manusiawi, Anwar selaku Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) memberikan contoh bagaimana kerajaan memihak kepada institusi bank.

"Dalam penyata kewangan 2020, Maybank mencatatkan keuntungan RM6.48 bilion, Public Bank catat RM4.87 bilion keuntungan manakala RHB Bank catat keuntungan RM2.30 bilion.

"Tapi menteri kewangan mengulas bank rugi RM6.4 bilion kerana langkah moratorium.

"Penyata kewangan kata untung berbilion tapi sang penguasa cakap bank rugi kerana beberapa langkah menolong rakyat yang meminjam.

"Ini kesukaran untuk menembusi tembok sang penguasa yang lebih memihak golongan kaya," katanya.

Anwar juga memberi contoh bagaimana petani dan pesawah terus-terusan hidup sudah kerana beras dan padi dimonopoli satu pihak.

"Beras dan padi dimonopoli dan untung kepada syarikat yang menguasai industri ini, untung itu ratusan juta tapi yang bekerja petani dan pesawah dalam kategori miskin tegar, ini tidak munasabah.

"Sepatutnya sebahagian besar pegangan saham untuk import beras adalah diagihkan secara adil kepada kelompok yang mengerjakan sawah dan mendapat habuan setimpal," katanya.

Disebabkan itu, Anwar percaya dalam membangunkan negara, prinsip kemanusiaan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

"Jangan sambil membangun kita robohkan. Ini soal kemanusiaan, yang kita bangun industri tapi yang kita robohkan kemanusiaan.

"Dalam situasi ketika ini, yang dibangunkan ekonomi, tapi yang dirobohkan nilai kemanusiaan.

"Kita tindas pekerja, kita ambil keuntungan bagi golongan kaya, syarikat untung ratusan juta, gaji pekerja sekadar mahu hidup, hidup paling sesak seperti hamba abdi, hamba moden, harus ada asakan dalam kalangan masyarakat untuk menyedarkan sesama kita.

"Malah dalam Covid-19 ini memberi ruang untuk memperkaya segelintir pihak dianggap satu hal yang biasa dan syarikat berkembang, catat untung berbilion ringgit. Tokoh usahawan dan peniaga mengaut untung.

"Perkara ini mesti menjadi perbicaraan dan disampaikan khalayak lebih luas supaya mudah untuk kita memecah tembok penguasa.

"Ini satu permasalahan yang sangat besar dan memerlukan reform dalam pemikiran masyarakat," katanya.

Beliau juga menganggap tindakan kerajaan menaikkan denda RM10,000 bagi yang melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Ini mendera rakyat sedangkan VVIP dan pembesar yang melanggar SOP pun belum dengar mereka dihukum. Paling tidak pun hukum bayar sikit sahaja.

"Padahal ada nelayan yang dipenjara, ada petani didenda. Kita memerlukan reform yang menyeluruh dan idealistik," katanya.

 

Selepas Fakhrulrazi, 3 lagi Adun AMANAH keluar parti, sertai PKR

 


Selepas Fakhrulrazi, 3 lagi Adun AMANAH keluar parti, sertai PKR

Sekurang-kurangnya tiga lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) Amanah dari Johor, disahkan menyertai PKR.

Penyertaan ke PKR – yang merupakan sekutu Amanah dalam PH – membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Perkara itu disahkan oleh Khairudin dan tiga sumber daripada PKR.

Ini pertukaran parti terbaru daripada Amanah ke PKR, setelah tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairuddin memberitahu bahawa permohonannya yang dihantar September tahun lalu, diterima kira-kira pada Oktober tahun sama, namun tidak mengheboh-hebohkannya untuk menjaga hubungan antara parti.

Meskipun menyatakan dia berpindah ke PKR bukanlah kerana faktor kerusi, dia berharap agar dapat diberikan ruang untuk bertanding kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang nanti.

“Saya berniat nak bertanding (kerusi) Parlimen.

“[…] Harap ada ruanglah. Ini perjuangan rakyat, saya berjuang untuk rakyat, untuk isu rakyat.

“Jadi ada ruanglah bagi saya sini, kawan-kawan dalam PKR. Itu harapan sayalah. Pada saya, untuk itu saya kira bersama dengan PKR,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Senggarang merupakan kerusi di bawah kawasan Parlimen Batu Pahat, yang kini disandang oleh Rashid Hasnon. Rashid menang kerusi itu atas tiket PKR dalam PRU lalu, sebelum dia menyertai Bersatu tahun lepas.

Malaysiakini masih menunggu maklum balas daripada Said dan Faizul.

Faizul melepaskan jawatan dalam Amanah tahun lepas, ekoran hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti di Johor. Dia memberitahu bahawa dia tidak lagi berminat menjadi calon PRU-15 untuk Amanah.

Tahun lepas, Mustain dipecat daripada parti kerana dikatakan melanggar perlembagaan parti.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika parlimen mungkin bersidang tidak lama lagi, ada pihak yang berusaha mengumpan ahli parlimen pembangkang untuk bertukar sokongan.

*Laporan tambahan oleh Ng Xiang Yi dan Zikri Kamarulzaman 



Kecoh! Pemimpin PAS pro-UMNO dan pro-Bersatu makin teruk bertembung

 


Kecoh! Pemimpin PAS pro-UMNO dan pro-Bersatu makin teruk bertembung

Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro-PPBM dan pro-Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu, kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan.

Satu kelompok dikatakan menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN), manakala yang satu lagi mahu kerjasama Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan.

Salah seorang sumber memberitahu FMT bahawa keretakan semakin melebar susulan sokongan yang diberikan kepada PPBM dan juga tindakan sebahagian pemimpin PAS yang tidak mengendahkan beberapa pemimpin Umno.

“Satu kelompok lagi kekal menyokong Umno.

“Seolah-olah PAS kini mempunyai dua pemimpin. Seorang agresif, manakala seorang lagi yang menyokong Umno memilih untuk berdiam diri,” jelasnya.

PAS yang merupakan salah satu parti dalam gabungan PN turut menjalin kerjasama dengan Umno di bawah MN.

Kelompok pro-PPBM berharap kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno yang didakwa terbabit dengan skandal rasuah dipercepatkan sebelum pilihan raya umum ke 15 bagi merealisasikan keinginan untuk melihat pemimpin Umno yang terbabit diketepikan daripada arena politik.

“Ada gerakan yang menggesa pilihan raya diadakan menjelang September, atau selepas kes membabitkan pemimpin Umno selesai, “ tambah beliau.

Sumber itu turut memberitahu, susulan perpecahan yang berlaku, Umno dan PAS belum mencapai kesepakatan berhubung isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini dilaporkan bahawa perebutan kerusi dijangka berlaku dalam gabungan MN dengan keadaan tegang di sekurang-kurangnya empat negeri, iaitu Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.

Dilaporkan Umno mahu meletakkan calon di semua kerusi di Terengganu.

FMT sebelum ini memetik sumber yang menghadiri mesyuarat Umno di Janda Baik minggu lalu berkata, antara yang disepakati ialah untuk tidak menjalin kerjasama dengan PPBM dan menolak jawatan timbalan menteri jika ditawarkan.

Bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kerjasama dengan PAS dalam MN.

Namun sumber dalaman PAS berkata, pemimpin parti yang rapat dengan PPBM tidak mahu Umno menikmati monopoli yang dimiliki parti itu sebelum ini.

Pada PRU 14, PAS menang 18 kerusi Parlimen, dengan majoritinya di Kelantan dan Terengganu.

Satu lagi sumber memberitahu FMT bahawa kelompok yang menyokong Umno telah diingatkan supaya tidak mencetuskan keretakan dalam parti.

“Sebaik kes di mahkamah selesai, pemimpin PAS yang rapat dengan PPBM akan kembali bersama kami dan menyokong Muafakat Nasional. Kami dimaklumkan begitu,” kata beliau.

Namun katanya, ketegangan itu mula dirasai apabila semakin ramai anggota akar umbi mengetahui mengenai keretakan yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Kali terakhir PAS berdepan perpecahan ialah ketika pemimpinnya berbelah bahagi untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Ini menyaksikan sebahagian pemimpin PAS keluar parti untuk membentuk Amanah dan menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan yang menggantikan PR. 



KENAIKAN KOMPAUN LANGGAR SOP PKP ADALAH BERITA BAIK BUAT RAKYAT

 

Di mana-mana ketika ini banyak kedengaran rakyat bersungut dan tidak setuju dengan tindakan kerajaan menaikkan kadar kompaun terhadap pelanggaran SOP ketika PKP dilaksanakan.

Bermula 11 Mac depan, kadar kompaun individu yang selama ini RM1000 akan dinaikkan kepada RM10 ribu.

Bagi syarikat atau pertubuhan yang melanggar SOP pula, mereka boleh didenda sehingga maksimum RM50 ribu.

Apa pun alasan untuk menaikkan kadar tersebut, ramai yang melihat ia sebagai tanda kegagalan kerajaan sendiri dalam menguatkuasakan SOP yang ditetapkan selama ini.

Kegagalan itu antararanya disebabkan tindakan kerajaan sering berubah-ubah dan tidak konsisten dalam SOP yang mereka tetapkan.

Ia akhirnya menjadikan rakyat keliru dan tidak menentu.

Lalu, menaikkan kadar kompaun dilihat sebagai pilihan untuk menutup kegagalan tersebut serta bagi memastikan SOP yang ditetapkan benar-benar dipatuhi.

Lebih buruk lagi, dalam menguatkuasakan SOP itu juga kerajaan menampakkan sikap pilih kasih yang ketara antara rakyat biasa dengan golongan kayangan atau menteri-menteri.

Ada beberapa menteri yang sudah berkali-kali didedahkan media melanggar SOP, tetapi tetap tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini.

Kalau rakyat biasa yang didapati melanggar SOP terus saja didenda RM1000, tetapi menteri yang juga bersalah melanggar SOP kononnya perlu kebenaran Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil.

Ehh…apa ni?

Apa istimewanya menteri berbanding rakyat biasa dari sudut undang-undang?

Kalau denda RM1000 pun ramai menteri-menteri yang terlepas daripada tindakan, apakah selepas denda dinaikkan kepada RM10 ribu, mereka akan diambil tindakan?

Atau kenaikan denda RM10 ini hanya untuk menekan lagi kehidupan rakyat bawahan yang memang sudah sedia tertekan kehidupan mereka ini?

Dalam hal ini, ada yang berkata, jenis kerajaan apakah yang kita ada sekarang ini di mana ketika rakyat dibelenggu dengan pelbagai kesukaran mencari rezeki, namun ditekan lagi dengan ancaman denda yang semakin tinggi?

Apakah kerajaan sudah begitu miskin dan tiada wang sampai mahu mengambil duit daripada saku rakyat sebagai perbelanjaan?

Walaupun kadang-kadang ada luahan yang diperkatakan itu tidak masuk akal, yang nyata itulah petanda kemarahan mereka yang sudah tidak tertahan lagi.

Dengan harga barang sentiasa naik seolah-olah tiada kawalan atau pemantauan dan petrol pula menaik setiap minggu, kenaikan kadar denda yang diambil kerajaan ini benar-benar tidak dapat diterima.

Ia jelas memburukkan lagi tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin sekarang ini.

Di media sosial dan perbualan dalam grup Whatsapp, jelas boleh dilihat kemarahan yang memuncak itu sehingga terkeluar kata-kata kesat dan makian terhadap kerajaan.

Beserta deretan pelbagai kegagalan lain, menaikkan denda ini pada hakikatnya hanya menambah-burukkan lagi tahap kegagalan kerajaan di mata rakyat.

Begitu pun, sebenarnya semua ini adalah berita baik belaka untuk rakyat yang sedang derita dan sengsara ketika ini.

Ini pasti akan membuatkan mereka tidak berfikir dua kali untuk menjatuhkan Muhyiddin dan PN di peti-peti undi bila sampai waktunya nanti.

Dalam penilaian majoriti, PN ini adalah segagal-gagal kerajaan yang pernah wujud di negara ini dan cukuplah mereka beroleh kuasa melalui cara khianat, tetapi tidak sama sekali melalui undi rakyat.

 (Shahbudindotcom 27/02/2021)




ASAL BUKA MULUT MESTI MACAM LUPA MAKAN UBAT

 

IBRAHIM MAT ISA


Lagi-lagi muka ketat pak haji ini yang bercakap. Kalau cakap benda lurus tak apa, tapi bila dia buka mulut seolah-olah silap makan ubat, atau terlebih dos ubat. Merapu tak ada titik!

Gini ye haji mereng. Dulu hang kutuk UMNO, hang kafirkan UMNO, sampaikan kelahi merata kampung, tak makan sembelihan, nikah di tangan orang UMNO tak sah, tanam di kubur lain-lain, sembahyang berimamkan orang UMNO tak diterima. Banyaklah kalau nak ditulis!

Sekarang dengan UMNO tu kau berpeluk cium.

Sama juga perjuangkan hudud. Hudud nyawa kami, kami akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok subuh, dan segala macam kecaman terhadap siapa yang halang hudud PAS. Berpuluh tahun menyanyi natang tu saja. Asasnya boleh ke laksanakan hudud dalam tekanan pemerintah sekular?

Akhirnya apa jadi? Dalam muktamar diumumkan siapa yang persoalkan bab hudud itu suara syaitan!

RUU355 tambah lah satu liabiliti kepada PAS. Berjuang bermati-matian dengan gerombolan seluruh negara pakai baju burung ungu. Sementara lebai kampung siap kempen tanam Kak Wan di jirat Cina kalau tak sokong. Wala'un apatah lagi bersemangat gila tuduh orang tu, tuduh orang ni jadi kafir kalau tak sokong RUU355.

Akhirnya apa jadi? Dah diberi peluang masa di parlimen untuk pembentangan, last sekali kau sendiri tangguh!

Kau lupa semua tu?

Soalan aku, adakah ini maksud istiqomah pada pemahaman kau wahai haji mereng?

Atau kau cuma berdiri dengan jubah kembang, serban bak bakul, bercakap macam kakak tua dikikis lidah, guna agama sebagai tunggangan tapi dari segi perjuangan, seolah-olah lelaki mengaku gagah diranjang macam dia sorang ada kote, tapi dapat bini pancut awal.. bini pun lari tinggalkan kau..

Maaflah, tulisan aku ini agak keras dan unsur tidak sihat terpaksa aku hidangkan kerana pada anggapan aku, cara itu sesuai untuk menangkis kenyataan haji mereng macam dia ni.

Cakap konon dialah beristiqomah, padahal dialah jantan lidah bercabang.. cakap tak serupa bikin!

 




KENAPA PIMPINAN PN BISU BAB TITAH AGONG..

 

Kenapa agaknya mereka, termasuk Hadi Awang dan lain2 pemimpin Pas juga masih bisu

 dan kelu lidah masing-masing?

Adakah pemimpin kerajaan, termasuk Muhyiddin, sedang derhaka dalam diam?


May be an image of text that says "Najib Razak 48 m Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang dari pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini. Kenapa ya? Berita Seksye Parlimen boleh bersidang semasa darurat, titah Agong Dikemas kini hari yang lalu Diterbitkan pada 24 Feb 2021 4:46PM 0 Komen"

 

SINGAPURA ADA PAMPASAN VAKSIN, MALAYSIA BILA LAGI?

 

Selepas Proton dan Tesco, kini giliran AirAsia dikuasai orang luar

 Selepas Proton dan Tesco, kini giliran AirAsia dikuasai orang luar


AirAsia Group Bhd mengumumkan Dr Stanley Choi sebagai pemegang saham penting kumpulan melalui entiti milik penuhnya, Positive Bloom Ltd pada 18 Februari 2021.

Beliau memperoleh 167.1 juta saham AirAsia melalui tahap pertama penempatan persendirian, yang meningkatkan pegangan sahamnya dalam kumpulan itu kepada 332.5 juta saham bersamaan dengan 8.96 peratus.

Choi adalah Pengerusi Head & Shoulders Financial Group, selain Pengerusi dan Pengarah Eksekutif International Entertainment Corporation (IEC), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.

Beliau juga satu-satunya ahli pengasas bersama dari Hong Kong bagi YunFeng Capital, sebuah syarikat ekuiti swasta yang ditubuhkan pada 2010 oleh sekumpulan usahawan dan pemimpin industri berpengaruh.

YunFeng Capital dinamakan sempena pengasas bersamanya iaitu pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma dan dan pengasas Target Media, David Yu.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Target Insurance (Holdings) Limited dari 2014 hingga 2019; Pengarah ZhongAn Online P&C Insurance Co Limited dari 2013 hingga 2016; dan Pengarah Eksekutif Media Asia Group Holdings Limited dari 2011 hingga 2015.

Dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Choi memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan projek penggabungan dan pengambilalihan, dengan tumpuan khusus pada pelaburan ekuiti swasta.

Beliau juga pelabur awal untuk Kidswant, sebuah syarikat permulaan dari China yang kini menjadi peruncit produk ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di China bernilai lebih daripada AS$3 bilion.

“Saya berasa sukacita untuk menjadi salah seorang pemegang saham penting dalam AirAsia Group – syarikat tambang rendah terbaik dunia dan salah satu jenama yang paling terkenal di Asia yang kini turut menjalankan perniagaan digital.

“Saya percaya cabaran terburuk dalam sejarah industri penerbangan kini sudah berlalu. Saya yakin perjalanan udara akan pulih dan di bawah kepimpinan Tan Sri Tony (Fernandes) dan Datuk Kamarudin (Meranun), serta pelaksanaan vaksin di seluruh Malaysia, AirAsia mempunyai masa depan yang amat cerah.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua orang di AirAsia,” kata Choi dalam satu kenyataan dikeluarkan AirAsia.


TERDESAK SUNGGUH KERAJAAN TEBUK ATAP NI RUPANYA

 

Langkah terdesak kerajaan hilang majoriti dengan ugutan, tawar habuan


Langkah terdesak kerajaan hilang majoriti dengan ugutan, tawar habuan



AMALAN DUA DARJAT DENDA SOP.

 1. Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10,000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50,000.

2. Walaupun ianya cuba ditonjolkan seolah-olah kerajaan ingin bersikap tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, namun ianya memberikan isyarat lebih jelas bahawa Kerajaan Perikatan Nasional langsung tidak mendengar rintihan, teguran dan desakan yang sering diutarakan oleh rakyat kebelakangan ini.

3. Telah berkali-kali teguran serta singgungan rakyat secara terbuka kepada Kerajaan Perikatan Nasional agar pendekatan 2 darjat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dihentikan terlebih dahulu sebelum sebarang perubahan dilakukan dilihat seperti tidak disambut baik oleh kerajaan.

4. Siri pendedahan berhubung tindakan Menteri serta Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang melanggar SOP kebelakangan ini seperti tidak dilayan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Berbeza pula jika kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat, kompaun dan tindakan akan segera diambil bagi menghukum rakyat yang melakukan kesalahan.

5. Ketidakpuasan hati rakyat tambah membuak sebaik sahaja Perdana Menteri pulang dari Indonesia awal bulan ini, terus sahaja diberi kebenaran terhadap Jemaah Menteri untuk menjalani kuarantin hanya selama 3 hari selepas kembali dari sebarang lawatan rasmi luar negara berkuatkuasa pada 9 Februari 2021.

6. Segala tindakan 2 darjat Kerajaan Perikatan Nasional memberi gambaran seolah-olah menteri dan rakyat punyai 2 set undang-undang yang berbeza. Oleh sebab itulah apabila ordinan ini dipinda bagi menaikkan jumlah kompaun secara tidak langsung telah memberikan kerisauan kepada rakyat berhubung sejauh manakah elemen keadilan akan diaplikasikan dalam penguatkuasaan tersebut.

7. Sehubungan itu, kerajaan digesa bersikap adil dalam pelaksanaan peraturan yang ditetapkan. Amalan 2 darjat perlu dihentikan supaya rakyat dapat terus meletakkan keyakinan terhadap undang-undang negara walaupun jurang keraguan kepada Kerajaan Perikatan Nasioan hari ini semakin melebar.

Sekian.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

26 Februari 2021.




CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...

Parah sanggat ke kewangan negara hingga kerajaan perlu naikkan denda lan...

UMNO TERTEMBAK KAKI SENDIRI






"Menurut kenyataan KPM, proses penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah melalui proses kawalan mutu yang ketat merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar. “Proses ini melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM.









KASIHAN BETUL..DENGAN BANGSA SENDIRI PUN PAS TIPU...

 


Dewan Himpunan Pendukung PAS akan tarik sokongan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Pendukung PAS akan tarik sokongan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah menerima sebanyak 417 kad keahlian baharu ekoran pertambahan permohonan menjadi ahli sayap PAS terbabit.

Pengerusi DHPP Kedah, K Kumaresan berkata, selain itu sebanyak 121 borang keahlian baharu diserah kepada Pengerusi DHPP Pusat, Senator N Balasubramaniam.

Katanya pertambahan ahli DHPP itu hasil kerjasama semua pihak termasuk DHPP pusat, negeri dan kawasan serta pemimpin PAS Kedah yang banyak membantu.

“Kami berharap sokongan pemimpin PAS di setiap peringkat bagi membantu DHPP menarik sokongan pengundi non Muslim memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kad keahlian itu itu diserah Pengerusi DHPP Pusat pada majlis ringkas di Pejabat Agung PAS Pusat di Kuala Lumpur semalam.

K Kumaresan juga berkata, DHPP Pusat turut melantiknya sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya DHPP menggantikan S Barathidasan yang tidak lagi bersama DHPP.

“Pelantikan tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak tahun lepas bagi menggantikan penyandang sebelum ini,” ujarnya.

S Barathidasan sebelum ini juga bekas Setiausaha DHPP Pusat. Jawatan itu sekarang dipikul S Selvendran dari Johor.

Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merakam ucapan terima kasih kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa DHPP Pusat kerana memberi kepercayaannya memikul jawatan yang begitu mencabar.

DHPP Kedah juga sedang berusaha memperkembangkan sayap badan itu ke seluruh Kedah sebagai usaha membina kekuatan sokongan terhadap PAS dan PN.



ADOIII HINANYA BILA MENYOKONG PADA KUMPULAN SENDIRI YANG KITA SUKA...

 


Samsuri puji kerajaan PN telah lakukan tugas dengan baik

Samsuri puji kerajaan PN telah lakukan tugas dengan baik

Selama hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walau berdepan dengan detik sukar seperti penularan pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, setakat ini telah melakukan tugas mereka dengan baik.

“Kita (PN) mengambil kerajaan di peringkat pusat dari kedudukan yang sukar, termasuk keadaan ekonomi pun sebelum ini sukar, banyak perkara-perkara terpaksa dibatalkan dan sebagainya..

“Dalam masa yang sama kita berdepan dengan pandemik, jadi saya rasa dalam tempoh setahun ini kerajaan PN di peringkat pusat telah melakukan yang terbaik, termasuk berjaya mengeluarkan Malaysia daripada suasana yang tidak harmoni, iaitu sekitar tahun 2018 dan 2019,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat negeri, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan Umno ingin ‘merampas’ semula Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti, Ahmad Samsuri yang juga naib presiden PAS berkata masih terdapat ruang perbincangan untuk kedua-dua pemimpin parti, menyelesaikan isu tersebut.

“Itu biasalah semua orang ada hasrat masing-masing. Pada saya, kita masih lagi boleh runding dan bincang, sama ada di peringkat negeri atau pusat, jadi proses itu belum lagi berakhir,” katanya. .