AMANAH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN UMNO PULA??

 



1) Anda boleh baca sendiri laporan penuh berkenaan di : https://malaysiadateline.com/amanah-sedia-timbang.../

Saya hanya berminat memetik isi penting yg disebut Salah Din dlm beberapa para yg saya anggap relevan utk diulas :

SALAH DIN : “Saya beranggapan bahawa, atas parameter tertentu, demi rakyat dan negara, kita pula sedang hadapi Covid-19, kita boleh mengadakan kerjasama dengan siapa sahaja".

“Mungkin selepas PRU 15, mungkin berlaku atas dinamika politik, atau orang sebut hari ini penjajaran baru politik di Malaysia,” kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Bagi Salahuddin, semua pihak harus menghentikan politik permusuhan.

“Kita harus melihat ke hadapan tentang dinamika ini dan parti-parti sekecil mana pun penting untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana ini yang diperlukan rakyat sekarang".

“Letakkan noktah kepada langkah Sheraton atau langkah yang memalukan seumpama itu".

“Jadi untuk dengan Umno ini kita boleh membuka ruang dan dengan parameter tertentu kita boleh bekerjasama dalam beberapa agenda penting untuk negara".

“Saya sangat optimis, bukan sahaja dengan Umno bahkan dengan mana-mana parti politik, bahawa dengan panjajaran baru politik Malaysia ini bukan sahaja menjadikan politik Malaysia lebih dinamik dan yang untungnya adalah rakyat dan negara kita Malaysia,” kata Salahuddin lagi.

“Kepada ahli politik, saya berharap juga berlaku penjajaran pemikiran politik di kalangan pemimpin politik negara samada AMANAH, PKR, Bersatu, Umno, Pas hatta DAP supaya kita dapat melihat penjajaran politik baru tetapi dengan parameter yang jelas supaya rakyat tidak rugi kerananya,” kata

2) APA yg mereka nampak skrg? Dulu kemain MENOLAK KERJASAMA sesiapa shj selain parti dalam "PH Plus" yg tak wujud itu?? Kita jangan lupa DinKula pernah membayangkan DSAI mahu bekerjasama dgn Bersatu malah mereka menolak sebarang perjanjian atau kerjasama dgn Bersatu malah UMNO juga yg bukan dari parti anggota "PH Plus". DSAI pernah menjawap tohmahan itu sebagai Agenda "Kelompok Kemaruk Kuasa" - #K3

3) LGE juga pernah melenting dan kata tidak akan ikut DSAI jika bekerjasama dengan UMNO. Anda boleh lihat sendiri cara mereka serang DSAI. Bunyi shj "khabar angin" DSAI akan disokong oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO maka DSAI akan dituduh mahu bekerjasama dgn Parti UMNO. Lihat gelagat Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam....mereka akan mencanang-canangkan yg DSAI mahu bekerjasama dgn UMNO. Malah ada Anai2 PANtuk Negara Selatan yg terus menerus mencanangkan KUNUNnya Amanah dikambing hitamkan semata-mata kerana DSAI mahu bekerjasama dgn UMNO. FITNAH ini terus dimainkan tanpa henti. Taktik "Blame game".

4) Walau ada video yg jelas dlm PC DSAI berkata beliau disokong oleh MP-MP pelbagai parti tapi DSAI terus menerus ditohmah dan difitnah. Berkali-kali DSAI ulang sebut bahawa dia tidak sekali-kali akan menggadai prinsip atau memberi tawaran atau tunduk kpd "demand" mana-mana MP yg mahu menyokong beliau, malangnya dari dalam PH sendiri asyik memburuk-burukkan DSAI.

5) Mereka ni acah-acah berprinsip maka DSAI dilarang utk bekerjasama dgn MP-MP UMNO terutamanya Najib dan Zahid sdgkan inilah DUA org "KEPALA MP" dari UMNO BN. Tanpa mereka, MP-MP UMNO pasti menikus dan tidak berani mahu sokong DSAI walau mereka tidak sokong Abah Kau Mooyiddin sekalipun.

6) SEKARANG puak Oren Masam mahu U-turn dan sanggup bekerjasama dgn UMNO selepas PRU15? Mereka mahu dihentikan permusuhan dan terbuka pula kpd "Penjajaran Politik Baru"?? BUKANKAH ini adalah "Politik Konsolidasi" yg cuba dibawa oleh DSAI dan DHM tapi mereka diserang bertubi-tubi tanpa henti oleh puak Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam?? Bukankah berkali-kali saya tulis bahawa kita perlu hentikan Politik Benci, Dendam dan Permusuhan sambil beralih kpd Politik Perdamaian atau Konsolidasi demi Rakyat dan Negara? Puak tu tetap buat pekak bdadak walau Dr. Mujahid Yusof Rawa dah nasihatkan.

7) Apa yg disebut oleh Salah Din itu sebenarnya adalah pendirian asal DSAI, DHM dan pendokong-pendokong PH yg memahami bahawa politik negara ini perlu direset atau dijajar semula kerana kerosakan yg berlaku angkara pengkhianatan. Sejak beberapa minggu yg lalu Dr. Mujahid Yusof Rawa turut berulangkali menyebut akan hal ini dan mahu PH bergerak ke hadapan tanpa OT95 a.k.a AtuSAKATua.

8) OT95 pun sanggup bekerjasama dgn Bersatu mahu pun UMNO jika kena dengan syarat yg diberikannya. Yg ini puak Oren Masam macam Khalid Samad nak kata apa? Boleh? HALAL? Kalau DSAI kata mcmtu kompom HARAM, tak boleh? Sebijik mcm perangai lebai PA$. Asal untung kedia...buleh selalu?? Perhatikan juga menurut Salah Din, PH boleh mencari Koalisi Baru (New Coalition) selepas PRU15. Bukankah ini telah kita para penyokong PH pro DSAI dah sebut sejak dulu SEANDAINYA PH GAGAL bekerjasama lalu lebih baik bertanding dgn logo masing2?

9) Apa yg mereka #K3 Oren Masam sudah nampak sebenarnya? Adakah mereka sudah gayat, cuak dan bimbang PKR akan bekerjasama dgn UMNO tanpa mereka nanti? Hari-hari Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam mengutuk-ngutk DSAI dan PKR. Anda rasa? Keberangkalian PKR bergrak sendiri itu tetap ada JIKA Amanah masih mahu melekap kpd OT95 dan tidak memberi tumpuan dan keutamaan kpd gerak kerja PRU15 secara bersama dgn PKR dan DAP dlm PH.

10) Yang tambah mencuit hati saya dan rasa kelakar ialah kenyataan ini : “Kita akan memastikan Datuk Seri Anwar adalah Perdana Menteri selepas pilihan raya nanti sebagaimana yang telah kita janjikan,” kata Salahuddin dalam satu wawancara khas dengan beliau.

11) ANDA PERCAYA? MAAF bukankah mereka beriya-iya mahukan OT95 atau Mat SEBULU jadi calon PM?. Di mulut kata mahu DSAI jadi PM tapi perbuatan terus mendewa-dewakan dan mengangkat OT95 dan Mat SEBULU. Sehingga saat ini anda boleh lihat Anai2 PANtuk Nangoi2 yg jadi ahli Amanah mengutuk2 DSAI dan PKR setiap masa di SocMed. PN bukan musuh mereka tapi DSAI dan PKR jadi sasaran. Dah banyak kali saya kata, saya sudah HILANG PERCAYA kpd puak Oren Masam. Mereka mesti ada agenda utk mengangkat OT95 mendahului atau sailang DSAI. Berhati-hatilah.

12) SUDAH berkali-kali saya sebut dan saya kekal dengan pendirian bahawa : "TRUST IS TO BE EARNED AND NOT GIVEN". Oleh itu, pada saya, selagi mana tidak terbukti, puak PANkhianat dan KARTEL Oren Masam TIDAK BOLEH DIPERCAYAI...!!! Mesti ada "reserve" dah berhati-hati terhadap puak yg sudah merosakkan muafakat dan keyakinan dalam PH.

Wallahualam

- Zus Din

26 February 2021

 

No comments: