AMALAN DUA DARJAT DENDA SOP.

 1. Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10,000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50,000.

2. Walaupun ianya cuba ditonjolkan seolah-olah kerajaan ingin bersikap tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, namun ianya memberikan isyarat lebih jelas bahawa Kerajaan Perikatan Nasional langsung tidak mendengar rintihan, teguran dan desakan yang sering diutarakan oleh rakyat kebelakangan ini.

3. Telah berkali-kali teguran serta singgungan rakyat secara terbuka kepada Kerajaan Perikatan Nasional agar pendekatan 2 darjat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dihentikan terlebih dahulu sebelum sebarang perubahan dilakukan dilihat seperti tidak disambut baik oleh kerajaan.

4. Siri pendedahan berhubung tindakan Menteri serta Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang melanggar SOP kebelakangan ini seperti tidak dilayan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Berbeza pula jika kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat, kompaun dan tindakan akan segera diambil bagi menghukum rakyat yang melakukan kesalahan.

5. Ketidakpuasan hati rakyat tambah membuak sebaik sahaja Perdana Menteri pulang dari Indonesia awal bulan ini, terus sahaja diberi kebenaran terhadap Jemaah Menteri untuk menjalani kuarantin hanya selama 3 hari selepas kembali dari sebarang lawatan rasmi luar negara berkuatkuasa pada 9 Februari 2021.

6. Segala tindakan 2 darjat Kerajaan Perikatan Nasional memberi gambaran seolah-olah menteri dan rakyat punyai 2 set undang-undang yang berbeza. Oleh sebab itulah apabila ordinan ini dipinda bagi menaikkan jumlah kompaun secara tidak langsung telah memberikan kerisauan kepada rakyat berhubung sejauh manakah elemen keadilan akan diaplikasikan dalam penguatkuasaan tersebut.

7. Sehubungan itu, kerajaan digesa bersikap adil dalam pelaksanaan peraturan yang ditetapkan. Amalan 2 darjat perlu dihentikan supaya rakyat dapat terus meletakkan keyakinan terhadap undang-undang negara walaupun jurang keraguan kepada Kerajaan Perikatan Nasioan hari ini semakin melebar.

Sekian.

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

26 Februari 2021.




No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

SYARIKAT RM160B DIASASKAN RAKYAT MALAYSIA, AS YANG UNTUNG?

Syarikat RM160b diasaskan rakyat Malaysia, AS yang untung? Oleh:  Redzuan RF8 Media April 19, 2021 Share Rancangan syarikat e-hailing dan pe...