DATO MAMU DAH BARA. DENGAN. PAPAGOMO


 

SESUAI DENGAN KEMAJUAN PENANG..


 

MAMPU KAH KITA LALUI SEGALA DUGAAN KETIKA DI PERLAKUKAN BEGINI


 

HAHHH.. INI LA DIA SANUSI


 

KISAH LEBAI CAKAP ARAB


 

HAIM HILMAN.. INI RUPANYA


 

NAMPAK TAK CERDIK. TEMBAK BOSS SENDIRI.


 

SEMUA ORANG TAU DAH


 

KEH KEH KEH.

 


JOM DENGAQ KULIAH... DENGAQ SAMPAI HABIH


 

NAMA BESAR DR MALIK SETUJU DEBAT JIKA MB JOHOR.SETUJU




 

DEBAT DR MAZLEE MALIK DAN ONN....JIKA SETUJU KATAKAN IA.



 

EL-NINO.Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 di Bangunan Parlimen hari ini.

 

PMX- Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 di Bangunan Parlimen hari ini.












Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif Kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran dan ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global.


Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan terhadap bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta risiko cuaca panas melampau dan jerebu.


Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara.


Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat ini akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat.


#MalaysiaMADANI�#MADANIBekerja�#YakinMADANI




MEMAHAMI KEKELIRUAN DATA: RM40 BILION VS RM14 BILION (ISU HASIL KUTIPAN JOHOR).

 



Baru tahu kenapa angka RM40 bilion (TMJ) dengan RM14 bilion (PMX) tu beza jauh gila?


MEMAHAMI KEKELIRUAN DATA: RM40 BILION VS RM14 BILION (ISU HASIL KUTIPAN JOHOR).


Belakangan ini, timbul perbincangan hangat mengenai perbezaan ketara antara angka RM40 bilion setahun yang dibangkitkan oleh pihak Istana/Kerajaan Negeri Johor dengan angka RM14 bilion (bagi tempoh 3 tahun) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.


Mengapa wujud jurang perbezaan mencecah puluhan bilion ringgit? Adakah wang tersebut hilang?


Jawapannya tidak. Perbezaan ini berpunca daripada pertembungan antara Logik Realiti Ekonomi Makro dan Peraturan Perakaunan Undang-Undang (Perlembagaan).


1. PERSPEKTIF JOHOR: Logik Ekonomi Makro (RM40 Bilion / Setahun)

Pihak Johor melihat isu ini daripada pendekatan “Di mana nilai ekonomi itu dijana?”.


Realiti Fizikal: Aktiviti industri berskala besar di Pasir Gudang, kelancaran logistik di Pelabuhan Tanjung Pelepas, kemasukan pelaburan asing, serta ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memutarkan ekonomi dan menjana ekosistem perniagaan yang sangat besar di Johor.


Anggaran Agregat: Gabungan unjuran cukai pendapatan, cukai korporat, dan duti kastam daripada keseluruhan aktiviti fizikal di atas tanah Johor ini dianggarkan bernilai sekitar RM40 bilion setahun. Bagi Johor, sumbangan fizikal ini sepatutnya dicerminkan secara langsung dalam pengagihan dana.


2. PERSPEKTIF PERSEKUTUAN (MOF/LHDN):


 Logik Undang-Undang & Perakaunan (RM14 Bilion / 3 Tahun)

 

Kerajaan Persekutuan pula terikat dengan pendekatan “Di mana fail percukaian itu didaftarkan mengikut undang-undang?”.


Isu Pendaftaran Ibu Pejabat (HQ): Banyak syarikat gergasi, institusi perbankan, dan rantaian pasar raya multinasional beroperasi serta mengaut keuntungan di Johor, tetapi Ibu Pejabat (HQ) mereka berdaftar di Kuala Lumpur atau Selangor.


Sistem Pemusatan LHDN: Apabila syarikat-syarikat ini membayar cukai korporat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan tersebut di bawah lokaliti HQ syarikat berkenaan.


 Akibatnya, dalam buku akaun rasmi Kementerian Kewangan (MOF), angka hitam putih yang sah bertanda "Kutipan Geografi Johor" hanya merekodkan sekitar RM14 bilion bagi tempoh 2023–2025. Selebihnya "melimpah" masuk ke dalam akaun akaun KL/Selangor secara teknikal.


🚨 FAKTA PENTING: BUKAN FORMULA CIPTAAN PMX (LEGASI SEJAK ZAMAN UMNO)


Dari sudut Perlembagaan Persekutuan sedia ada, Johor tidak mempunyai hak undang-undang untuk menahan atau mengambil terus hasil RM40 bilion tersebut kerana cukai utama adalah di bawah bidang kuasa pusat.


Perlu ditegaskan dan difahami dengan jelas:


1. Sistem Bertahun-tahun: Formula agihan kewangan dan kaedah pemusatan cukai berasaskan kod geografi LHDN ini telah diguna pakai sejak puluhan tahun lalu, semenjak era pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional (BN) lagi.


2. Bukan Tindakan Zalim PMX: Apabila Perdana Menteri (PMX) membentangkan angka RM14 bilion berbanding pulangan RM16 bilion, beliau sekadar memetik data rasmi mengikut acuan sistem undang-undang sedia ada yang diwarisinya. Penggunaan formula ini bukanlah bermaksud PMX sengaja mahu menzalimi, menindas, atau menganaktirikan negeri Johor. 


Beliau hanya bertindak mengikut garis panduan sistem perakaunan negara yang belum dipinda sejak dahulu lagi.


KESIMPULAN & STRATEGI DI SEBALIK DESAKAN

 

Tindakan Pemangku Sultan Johor (TMJ) dan kepimpinan negeri mengetengahkan angka RM40 bilion ini adalah satu bentuk desakan politik dan ekonomi (political & economic leverage). 


Matlamatnya adalah untuk mendesak Putrajaya menyemak semula formula agihan kewangan lama tersebut (seperti cadangan pemulangan 25%-30%) atau memberikan autonomi cukai yang lebih besar dalam pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di masa akan datang yang "tidak pernah" dilakukan oleh kerajaan negeri/Istana Johor ketika PN dan BN menjadi kerajaan Pusat.


Isu ini memberikan kita pengajaran penting tentang keperluan reformasi sistem perakaunan dan agihan fiskal negara agar lebih adil, telus, dan sepadan dengan sumbangan realiti sesebuah negeri mengikut kesesuaian peredaran zaman.


#IsuJohor #KewanganNegara #EkonomiMalaysia #PerlembagaanPersekutuan #LHDN #MOF #JSSEZ #AnwarIbrahim #TMJ #JohorBangkit #SistemFiskal #FaktaKes





MEZAH AWAL AWAL DAH KENA CING



 RED FLAGS PRU16





🚩 Puak² bertelagah kini semuanya duduk dalam PN. Pergaduhan mereka tidak selesai malah berterusan. APA JAMINAN SELEPAS PRU16 MEREKA AKAN BERDAMAI?


🚩 Masing-masing masih berdendam sesama sendiri. Mereka saling berebut & mencurigai. DI MANAKAH KESTABILAN PASCA PRU16 NANTI?


🚩 Mesyuarat PN malam tadi menyaksikan Timbalan Pengerusi PN "sound" Pengerusi PN samada mahu sain watikah pencalonan atau tidak. ADAKAH PENGERUSI PN SEKADAR PUPPET?


🚩 PAS bgtau WAWASAN tidak boleh bertanding dalam PRN Johor sebab baru masuk PN. Kemungkinan Hamzah akan pergi berjumpa Hadi untuk overrule kenyataan TITM hari ini. GODFATHER PN TIDAK ADA DALAM MESYUARAT TAPI MAMPU MENGUBAH KEPUTUSAN SAMBIL KETAWA SAHAJA. ADAKAH INI MAMPU MEYAKINKAN PELABUR?


🟥 ITULAH ANTARA RED FLAGS DALAM PERIKATAN NASIONAL. ADAKAH KESTABILAN POLITIK MAMPU DICAPAI SEKIRANYA PUAK-PUAK BERTELAGAH & BERDENDAM INI MENJADI KERAJAAN? ATAU PARLIMEN AKAN DIGANTUNG LAGI & PERDANA MENTERI BERTUKAR 3 KALI DALAM SEPENGGAL LAGI?


🟥 JIKA DIINGAT TRAGEDI 33 BULAN, POLITIK MALAYSIA AMAT TIDAK STABIL. YANG SUSAH BUKAN POLITIKUS TETAPI KITA RAKYAT. EKONOMI HANCUR, SYARIKAT BANYAK BUNGKUS & PEMIMPIN KERAJAAN PN LEBIH SIBUK BERMAIN POLITIK DARIPADA MEMBANTU RAKYAT YG SUDAHPUN MENGANGKAT BENDERA PUTIH.


Salam Maghrib


Ariff Kadir Al-Katami




Wayang 'Play Victim': Onn Hafiz Mengadu Disekat Presiden UMNO Sendiri?



Jason Yew







1. Saya baca rintihan Menteri Besar Johor. Katanya, nak serah geran tanah kepada peneroka Felda pun dihalang.


2. Dia nampak kecewa. Kononnya ada pihak yang sengaja menyekat usaha murninya.


3. Kita faham. Sekarang musim PRN Johor. Sebab itu pemimpin mereka sibuk turun padang. Nak jadi wira serah geran masa kempen. Nak pancing undi peneroka.


4. Tapi yang peliknya, siapa yang halang?


5. Kita tahu Felda sekarang di bawah portfolio Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Boss kepada Onn Hafiz.


6. Pengerusi Felda pula siapa? Orang UMNO juga.


7. Menteri yang jaga Felda orang UMNO. Pengerusi Felda orang UMNO. Menteri Besar Johor pun orang UMNO.


8. Semua dari parti yang sama. Tapi nak masuk kawasan Felda di negeri sendiri pun kena sekat?


9. Adakah boss sendiri dan Pengerusi Felda berpakat sekat Menteri Besar dari masuk berkempen?


10. Kalau ya, nampak sangat kepincangan mereka. Sembang mahu tanding solo kerana parti kononnya sudah stabil dan bersatu padu.


11. Rupa-rupanya sesama sendiri pun bergaduh cantas-mencantas. Takut anak buah dapat nama lebih, atau takut bayang-bayang sendiri.


12. Kesian Onn Hafiz. Nampak gah berlari sana sini di media sosial buat lawatan mengejut.


13. Tapi di kawasan Felda, rupa-rupanya dia tiada kuasa. Tersungkur di tangan pemimpin partinya sendiri. 


#onnhafiz #felda #umno #zahidhamidi





TU DIA...APA CRITA ?





ZAINUDDIN Omar


 Pengerusi Felda adalah Ahmad Shabery Cheek, orang UMNO. 


Menteri yang jaga Felda ialah Zahid Hamidi, Presiden UMNO.  


Kenapa pemimpin UMNO halang Onn Hafiz masuk Felda?




UMNO HALANG UMNO


 Harun Mohd Shah



Onn Hafiz Mengeluh Nak Serah Geran Pada Peneroka Pun Kena Halang.



Pengerusi Felda Shabery Cheek - Umno 

Menteri Urus Felda Zahid Hamidi - Presiden Umno


Umno sekat Umno ka macam mana ni Onn Hafiz ?




HIKMAH DI SEBALIK PETAKA : Bagaimana Fitnah Jahat Gagal Melaga-lagakan Istana Johor & Kerajaan Persekutuan.



Abies Abdullah








Pernah dengar pepatah, "MANUSIA MERANCANG DENGAN HELAH, TETAPI PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH INDAH"?


Inilah gambaran paling tepat untuk menjelaskan "ribut dalam cawan" yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu baru-baru ini. Beberapa hari lalu, kecoh satu malaya apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap apa yang disifatkan sebagai kelengahan kerajaan Persekutuan dalam membangunkan negeri Johor.


Bagi penyokong Kerajaan Perpaduan (khususnya PH) dan golongan atas pagar, luahan terbuka ini memang mendebarkan. Manakala bagi pihak pembangkang pula, ini dianggap "durian runtuh" atau modal politik terbaik untuk dijadikan senjata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 pada 11 Julai ini. Mereka tersenyum lebar, menyangka ada keretakan besar antara Istana Johor dan Kuala Lumpur.


Namun, kegembiraan mereka tidak lama. "Petaka" yang disangka akan menenggelamkan PH rupa-rupanya menjadi lubang kubur buat propaganda murah pihak lawan.


TUTIK LERAI DI KUALA LUMPUR : APABILA KEBENARAN BERBICARA

Ketegangan yang sengaja dihangatkan itu akhirnya terurai sepenuhnya dalam satu pertemuan penuh harmoni antara Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur semalam. Pertemuan yang penuh dengan rasa kasih, hormat dan semangat persahabatan ini telah membongkar satu hakikat penting : BERLAKUNYA SALAH TAFSIR AKIBAT MAKLUMAT SEPARUH MASAK YANG SENGAJA DISUAPKAN KEPADA PIHAK ISTANA DEMI KEPENTINGAB POLITIK SEMPIT.


Dalam pertemuan tersebut, PM Anwar telah membentangkan fakta, angka dan kedudukan sebenar. Segala kekusutan terurai, dan tabir manipulasi akhirnya terselak.


MEMBONGKAR FAKTA : SIAPA YANG SEBENARNYA "MENGANAKTIRIKAN" JOHOR?

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, ada tiga impak besar yang perlu rakyat — khususnya bangsa Johor — fahami secara matang :


— BUKAN KERAJAAN MADANI YANG MELENGAH-LENGAHKAN : Projek dan pembangunan yang tertangguh di Johor rupanya adalah "pusaka lama" tinggalan era tiga Perdana Menteri sebelum ini — iaitu zaman Tun Mahathir, Tan Sri Mahiaddin Yassin, dan Datuk Seri Ismail Sabri. Kerajaan Madani hari ini sebenarnya sedang sibuk "mencuci kain kotor" dan menyambung semula projek yang terbengkalai.


— JOHOR DAPAT LEBIH DARIPADA APA YANG DIBERI : Ini fakta paling padu yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim. Sepanjang tahun 2023 hingga 2025, hasil yang diperoleh Persekutuan daripada negeri Johor adalah sebanyak RM14 BILLION. Tetapi tahu tak berapa yang disalurkan semula oleh Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Johor? Sebanyak RM16 BILLION!


— LEBIHAN RM2 BILLION : Ertinya, Persekutuan pulangkan semula RM2 bilion lebih banyak daripada apa yang mereka ambil demi memastikan kebajikan dan pembangunan rakyat Johor sentiasa di hadapan. Ini bukan penganaktirian, ini namanya layanan istimewa!


HIKMAH DI SEBALIK "PETAKA"

Pihak lawan menyangka dengan memutarbelitkan fakta pembangunan, mereka boleh menggunakan pengaruh Istana untuk menumbangkan kerajaan dalam PRN nanti. Namun, hikmah daripada teguran terbuka Pemangku Sultan Johor ini rupa-rupanya membawa kebaikan yang jauh lebih besar :

IA MEMBERI PELUANG EMAS KEPADA RAKYAT UNTUK MELIHAT DATA YANG SAHIH, BETUL DAH TELUS.


Langkah licik pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh akhirnya memakan diri sendiri. Sekarang, rakyat sudah nampak dengan jelas siapa yang bekerja dengan angka dan fakta, dan siapa yang hanya tahu bermain persepsi dan adu domba.


KHULASAH : Rakyat Johor Sudah Matang

Politik matang bukan lagi tentang siapa yang paling kuat menjerit di pentas, tetapi siapa yang membawa kestabilan dan kemakmuran berasaskan fakta. Hubungan erat antara Istana Johor dan Kerajaan Persekutuan hari ini kekal utuh, malah menjadi lebih kuat selepas salah faham ini diperbetulkan.


Kepada pengundi menjelang 11 Julai ini, jadikan peristiwa ini sebagai sempadan. Tolak politik toksik yang sanggup mengheret institusi Istana ke kancah fitnah. Berdirilah di atas paksi kebenaran demi masa depan Johor yang lebih gemilang!


HFM | Pengasas QLP

Kuala Lumpur, Malaysia




UMNO KENA BALUN NGAN ORANG FELDA.

 


Kaw kaw kena balun. Ramai yang komen tu benci tindakan UMNO yang menderhaka. Semoga UMNO bungkus terus di Negeri Sembilan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.













Dr SAMSURI...SEMAK FAKTA DAN AUTA.



 

DR MAZLEE ORANG YANG BERANI..ZAMAN AYOK BUANG SEBAB TOLAK KRONI JADI PENYAKAW DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN.




 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲 bakal Adun tempat aku. Ok aku terima. Walaupun memang aku harapkan Pn. 𝗡𝗮𝗽𝘀𝗶𝗮𝗵. Tapi bila PH letak Dr. Maszlee sebagai calon di sini, aku rasa serba salah la pulak.






Ada yang beritahu Napsiah akan bertanding PRU16 di kerusi parlimen. Mana tu tak pasti. Mungkin Pasir Gudang kot. Aku agak je. Tapi harapnya betul.


Kalau Dr. Mazslee bertanding PRN, secara peribadi aku dah boleh agak siapa bakal MB sekiranya PH berjaya bentuk kerajaan.


Tapi, politik di Johor ni lain. Untuk umumkan secara pasti siapa calon MB adalah 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮. Berbahaya kepada calon MB tu sendiri. Bahayanya tahap 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗙𝗕.


Tapi at least ada orang sekaliber Dr. Maszlee dalam kerajaan dah cukup positif dah. Dr. Maszlee ni no nonsense, firm dan visionary. Yang mungkin akan jadi masalah nanti ialah integritinya yang terlalu tinggi.


Buat Pn. Napsiah, sekali lagi berundur untuk orang lain di DUN ni, yang mana dia dah banyak berkorban masa dan tenaga untuk warganya. 


Aku percaya rakyat di Puteri Wangsa takkan lupakan segala jasanya. Aku berdoa semoga dia dikurniakan balasan yang lebih baik dan sentiasa berjaga dalam segala apa yang dilakukannya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




DAPAT LAGI 100 LITER







 Kerajaan memperkenalkan kuota tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, menerusi mekanisme BUDI MADANI, selain kuota asas 200 liter sebulan pada harga RM2.10 seliter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dasar yang berkuat kuasa pada 1 Julai itu dirangka bagi memenuhi keperluan warganegara Malaysia yang layak menggunakan kenderaan diesel.
Menurut beliau, ia termasuk bagi perjalanan jarak jauh dan aktiviti pengangkutan di kawasan pedalaman.

BUDI Diesel: Pemilik Trak Pikap Dapat Kuota Tambahan 100 Liter

 


Langkah itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan menyeragamkan harga dan kaedah subsidi diesel di seluruh negara mulai 1 Julai 2026.

PUTRAJAYA, 22 Jun – Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baharu bermula 1 Julai ini menyaksikan penambahan kuota sebanyak 100 liter untuk pemilik persendirian kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak.

Tambahan 100 liter sebulan itu akan menjadikan jumlah kelayakan subsidi diesel sehingga 300 liter sebulan bagi kategori terbabit.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kemudahan tambahan itu dijangka mencukupi bagi sebahagian besar pengguna diesel kerana berdasarkan anggaran semasa, kira-kira 95 peratus pengguna diesel menggunakan kurang daripada 300 liter bahan api sebulan.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan menyeragamkan harga dan kaedah subsidi diesel di seluruh negara mulai 1 Julai ini.

“Pembaharuan ini bertujuan menyelaraskan mekanisme subsidi diesel menerusi sistem yang seragam, telus dan mudah digunakan.

“Berikutan keberkesanan BUDI95 yang terbukti pelaksanaanya ketika ini, kaedah menggunakan MyKad bagi penyasaran subsidi untuk warganegara dilanjutkan kepada subsidi diesel,” katanya pada sidang media pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah Datuk Armizan Mohd Ali.

Amir Hamzah berkata, di bawah mekanisme baharu itu, setiap individu yang layak akan menerima had kelayakan asas sehingga 200 liter sebulan yang boleh digunakan secara fleksibel bagi pembelian diesel bersubsidi atau RON95 bersubsidi, tertakluk kepada baki kelayakan bulanan masing-masing.

Katanya, hampir 90 peratus pemandu di Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter bahan api sebulan, justeru had asas berkenaan dijangka mencukupi bagi kebanyakan penerima yang layak.

“Selain pemilik kenderaan diesel persendirian, kemudahan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad turut diperluaskan kepada pengusaha bot sungai dan pemilik set jana kuasa (genset) di kawasan pedalaman.

“Pada masa sama, kerajaan mengekalkan subsidi diesel bagi sektor strategik dan kritikal, termasuk diesel pada harga RM1.65 seliter untuk nelayan, BUDI Agri-Komoditi bagi petani kecil serta pemegang tanah komoditi berdaftar, dan SKDS 1.0 pada harga RM1.88 seliter untuk pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah dan bas ekspres,” katanya.

Bermula hari ini, pemilik kenderaan diesel persendirian boleh menyemak status kelayakan dan had kelayakan bulanan menerusi portal rasmi BUDI MADANI, manakala pemilik pikap dan jip yang layak boleh mengemukakan permohonan tambahan 100 liter sebulan melalui portal sama atau secara fizikal di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan UTC.



Johor Terima Peruntukan RM14.6 Bilion Selama Pentadbiran PM Anwar – Saifuddin Nasution

 


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada majlis pengumuman calon PH PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026.

TANGKAK, 22 Jun – Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan kononnya Johor tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan, sebaliknya negeri itu menerima peruntukan pembangunan yang lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia berdasarkan semakan dibuat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Johor menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM14.6 bilion ketika ini, berbanding RM10.2 bilion sebelum Anwar menerajui pentadbiran.

“Ini menunjukkan dakwaan Johor diabaikan adalah tidak berasas. Kalau ada mengatakan Johor tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya kita jawab dengan fakta.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) hadir mendengar pengumuman calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun 2026.

“Apabila semak dengan ICU, Johor menerima RM10.2 bilion. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, jumlah itu meningkat kepada RM14.6 bilion,” katanya berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH Pilihan Raya Negeri (PRU) DUN Johor, di Bukit Gambir, di sini malam ini.

Saifuddin berkata, angka terbabit perlu dijadikan jawapan oleh jentera PH sekiranya isu peruntukan kepada Johor dibangkitkan sepanjang kempen PRN nanti.

Dalam pada itu itu, beliau turut menjawab kritikan mengenai kelewatan pelaksanaan projek pembangunan termasuk Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) hadir mendengar pengumuman calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun 2026.

Katanya, projek sepanjang enam kilometer yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands itu diumumkan sejak era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tidak berjalan mengikut perancangan pada beberapa pentadbiran selepas itu.

“Di bawah Kerajaan MADANI, pelbagai isu termasuk berkaitan tanah dan perancangan berjaya diselesaikan sehingga projek ini dijadualkan beroperasi pada hujung tahun ini.

“Kita tidak melambatkan pembangunan. Sebaliknya, kita yang menyelesaikan masalah dan memastikan projek itu dapat direalisasikan,” katanya.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) hadir mendengar pengumuman calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun 2026.

Beliau mengingatkan jentera parti supaya kekal fokus terhadap isu yang dibawa lawan politik dan menjawabnya berdasarkan data serta fakta yang sahih.




Usah Kaitkan PRU Johor Dengan Institusi Raja-Raja Melayu – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026.

TANGKAK, 22 Jun – Semua pihak diingatkan supaya mengekalkan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor bulan depan sebagai pertempuran parti politik dan bukan platform untuk mengaitkan Institusi Raja-Raja Melayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, setiap pihak seharusnya memahami batas dan peranan masing-masing dan mengelak tindakan yang boleh menimbulkan salah faham.

“PRN ini membabitkan antara parti, jangan cuba kaitkan dengan pihak lain. Itu nasihat saya.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) hadir mendengar pengumuman calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun 2026.

“Dalam sistem raja berperlembagaan, ada batasnya. Jika ada masalah atau tidak bersetuju, kita runding dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Johor di Bukit Gambir, di sini malam tadi.

Anwar turut menekankan kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Institusi Raja-Raja Melayu, khususnya di Johor.

Beliau turut berkongsi pertemuannya dengan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh rasa hormat.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) hadir mendengar pengumuman calon yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Jun 2026.

“Tadi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ke Kuala Lumpur dan saya mengadap. Kenapa? Kerana hubungan kita dengan Raja-Raja Melayu harus kekal baik.

“Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail sebut ‘PMX ini sahabat saya. (Terharu) Apalah saya ini anak kampung… kahwin dengan Azizah satu-satunya.

“Tetapi seorang Pemangku Raja anggap saya sebagai sahabat, sebab itu bila Tunku Mahkota berangkat ke Kuala lumpur dan baginda kata boleh menghadap, saya pun terima dengan baik,” katanya.




Ni baru betul politik matang dan sejahtera.

 

Che Ibrahim Mohamed


Ni baru betul politik matang dan sejahtera.

Walaupun Pejuang dan Wawasan (PCM) adalah bekasan pimpinan yang dipecat dari Bersatu, tapi mereka boleh berada bawah satu payung PN.
Tahniah Pas dapat menyatukan semula semua pimpinan dan bekas pimpinan Bersatu dalam PN.
(Malangnya Pas sendiri tidak boleh bertolak ansur dengan Amanah)







PRN Johor: Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan


 

Wajarkah Raja Pemerintah terlibat secara langsung dalam politik?- Hassan Abdul Karim


 

PRN Johor: PM Anwar Ibrahim umum 56 Calon Pakatan Harapan


 

MENARIK DALAM RENTASAN 1826

 


MENARIK DALAM RENTASAN 1826

1. PETRONAS TEROKA BLOK GAS GERGASI TURKMENISTAN 2. PH YAKIN TAWAN JOHOR 3. TOLAK MONOPOLI KUASA BERMULA DI JOHOR