
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026.
TANGKAK, 22 Jun – Semua pihak diingatkan supaya mengekalkan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor bulan depan sebagai pertempuran parti politik dan bukan platform untuk mengaitkan Institusi Raja-Raja Melayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, setiap pihak seharusnya memahami batas dan peranan masing-masing dan mengelak tindakan yang boleh menimbulkan salah faham.
“PRN ini membabitkan antara parti, jangan cuba kaitkan dengan pihak lain. Itu nasihat saya.

“Dalam sistem raja berperlembagaan, ada batasnya. Jika ada masalah atau tidak bersetuju, kita runding dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Johor di Bukit Gambir, di sini malam tadi.
Anwar turut menekankan kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Institusi Raja-Raja Melayu, khususnya di Johor.
Beliau turut berkongsi pertemuannya dengan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh rasa hormat.

“Tadi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ke Kuala Lumpur dan saya mengadap. Kenapa? Kerana hubungan kita dengan Raja-Raja Melayu harus kekal baik.
“Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail sebut ‘PMX ini sahabat saya. (Terharu) Apalah saya ini anak kampung… kahwin dengan Azizah satu-satunya.
“Tetapi seorang Pemangku Raja anggap saya sebagai sahabat, sebab itu bila Tunku Mahkota berangkat ke Kuala lumpur dan baginda kata boleh menghadap, saya pun terima dengan baik,” katanya.
No comments:
Post a Comment