[[LIVE]] 29.7.2021 YDPA Murka. Apa implikasi?

LIVE !! WFAUZDIN NS - Najib tolak Muhyidin, tapi sokong PN?

[🔥SIRI 25🔥] "DURHAKA TERHADAP YDPA, PERLEMBAGAAN & PARLIMEN - TS MAHIADD...

Anwar Ibrahim: Sidang Media Ketua Pembangkang & P...

Sekretariat NGO Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap Takiyuddin

 

SEJARAH NEGARA PUNYA MENTERI UNDANG UNDANG CUBA BOHONG SATU NEGARA DARI PARTI TAK BERGUNA


muhammaffaiz-e1627565353165

rakan NGO membuat laporan polis di IPD Kuantan, petang ini.

KUANTAN – Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia petang ini, membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Pahang ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Laporan yang dibuat bersama NGO Pronita dan OGG Pahang itu, bagi meminta polis menyiasat Takiyuddin dan pihak berkaitan dengan pembatalan Ordinan Darurat tanpa pengetahuan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim, laporan itu dibuat atas rasa tangungjawabnya sebagai rakyat yang sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan institusi diraja.

“Apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada hari ini cukup mendukacitakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Parlimen dipermain dan dikelirukan sehinggakan mencemarkan institusi istana dan raja,” katanya.

Turut bersama membuat laporan polis ialah wakil NGO Pronita, Datuk Syed Mohsin Syed Agil dan wakil OGG Pahang, Ben Dred.

Menurut Muhammad Faiz, pembatalan darurat yang dibuat sebelum perkenan Yang di-Pertuan Agong amat mencabar dan membelakangkan kuasa Seri Paduka.

Ternyata katanya, perbuatan itu adalah penderhakaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan satu penipuan serta kekeliruan yang dibuat dalam Dewan Parlimen.

“Maka, kita juga mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil rasa tangungjawab ini dengan meletak jawatan,” katanya. 

PN masih ada majoriti? Anwar gesa TPM baca undang-undang

By

 Muhammad Azizul Osman



Ahli Parlimen Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Khas Parlimen di dalam Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 JULAI 2021. revocation of Emergency Ordinance Takiyuddin Hassan Istana Negara Yang di-Pertuan Agong


Opposition Chief and Member of Parliament of Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Dewan Rakyat sitting in the Parliament. PIX: Courtesy of the Department of Information / MalaysiaGazette /26 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai majoriti dibidas Ketua Pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang berlaku bukan soal cukup majoriti tetapi lebih kepada menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat nyata melangkaui bidang kuasa baginda Sultan.

“(Datuk Seri) Ismail Sabri tahu undang-undang, dia patut kemukakan di Dewan Rakyat, kenapa takut? Dia menteri dan anak Pahang, dia faham tak erti kata derhaka? Faham tak titah Diraja peranan Parlimen?

“Orang seperti ini berdegil untuk derhaka dalam soal yang jelas dan saya nak nasihatkan dia baca undang-undang, hormati Perlembangaan dan hormati titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Khas Parlimen ditangguhkan hari ini.

Turut hadir pemimpin Pakatan Harapan iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Anwar juga mengulas mengenai kenyataan Ismail Sabri bahawa kerajaan masih mendapat sokongan 110 daripada 222 ahli Parlimen.

Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini.

Kenyataan Menteri Kanan Keselamatan itu dibuat beberapa jam selepas Istana Negara menegur pengendalian pembatalan ordinat darurat yang tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta tidak dimansuhkan melalui parlimen hari ini.

Dalam kenyataan ringkas empat perenggan, Ismail Sabri berkata, beliau menjunjung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media Istana Negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, blok pembangkang akan tetap hadir dalam di hari terakhir Sidang Khas Parlimen pada Isnin depan.

“Kita syak bahawa ini mainan mereka kerana tidak ada jawapan. Kita beritahu kepada Speaker yang mana dia baca kenyataan Istana Negara, derhaka.

“Keduanya, ketepikan Perlembagaan dan ketiga menghina Parlimen dan Speaker tidak layak untuk teruskan tugas kalau keadaannya begini.

“Nak cuba pertahankan kerajaan yang sudah hilang majoriti dan keabsahan yang nyata. Terutama dengan pendirian kami dan pendirian yang disebut dalam kenyataan Presiden UMNO sebentar tadi bahawa tarik sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya lagi.

Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sebanyak tiga kali selepas pembangkang meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat satu keputusan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dikatakan telah mengelirukan Dewan Rakyat. 

KAH..KAH..KAH TAKKAN TAK SOKONG PULAK...JAWATAN DAN FULUS MELAYANG LA..TAK KELUAR KENYATAAN PUN RAKYAT DAH FAHAM...SAMA SAMA TEBUK ATAP DAN DURHAKA PUNYA KERAJAAN.....

 

PAS terus sokong Muhyiddin, dukung semua keputusan Kabinet, kata Tuan Ibrahim



Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu-padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: PAS akan terus bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam mendukung semua keputusan Kabinet, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataan ringkas susulan krisis berhubung pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuan Ibrahim berkata parti itu turut mendukung sistem Raja Berperlembagaan “dalam kerangka keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang”.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu-padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya yang juga menteri alam sekitar dan air dalam Kabinet Muhyiddin.

Kenyataan mengenai pembatalan Ordinan Darurat itu dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan selaku menteri undang-undang pada Mesyuarat Khas Sidang Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Hari ini, Istana Negara menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Takiyuddin kerana dibuat tanpa mendapatkan perkenan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seperti disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Agong menegaskan kenyataan Takiyuddin pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, PAS Selangor menafikan parti itu derhaka kepada Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat secara mengejut itu.

“Apa yang berlaku adalah dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan menteri Kabinet yang datangnya dari PAS.

“Jika ada tindakan yang mendukacitakan Agong maka perlulah ia dirawat dan diperbetulkan agar selaras perjalanan kedua institusi dalam kerajaan iaitu Istana dan Kabinet,” kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang bingkas menuduh PAS sebagai derhaka kepada Istana dalam cubaan mencetuskan permusuhan antara parti itu dan Raja-raja Melayu.

“Janganlah hari ini (ada yang) memandai membakar api kebencian dan mengadu-domba semata-mata kerana gila dan kemarukkan kuasa.

“PAS sepanjang sejarahnya taat setia pada raja dan akan terus mempertahankan institusi ini dalam keadaan senang mahupun susah. Jangan sesiapa mencalarkan hubungan baik PAS dan Istana,” katanya.

LETAK JAWATAN...DUA DUA PEMBOHONG KUAT- BAGUIH PUNYA BUAT TAIK...BLAH MACAM TU SAJA KAH ?????

 



Azhar, Takiyuddin letak jawatan?

Sumber berkata Azhar Azizan Harun dan Takiyuddin Hassan dijangka meletak jawatan.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dijangka meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber itu memberitahu FMT, beberapa pemimpin tertinggi lain juga dijangka berbuat demikian.

“Ini yang dimaklumkan kepada kami setakat ini, tetapi segala-galanya masih belum muktamad,” kata sumber itu.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Azhar and Takiyuddin.

Desakan supaya Takiyuddin dan Azhar meletakkan jawatan timbul selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang belum diperkenan baginda.

Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai, menyebabkan timbul kekecohan dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempersoalkan sama ada ia mendapat perkenan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sejak empat hari lalu, Ahli Parlimen gagal mendapatkan jawapan daripada Takiyuddin, sebaliknya beliau memberitahu perkara itu akan dijelaskan pada Isnin ini.

Bagaimanapun, kenyataan dikeluarkan Istana Negara yang mendedahkan perkara itu belum mendapat perkenan, sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila laungan “derhaka” dan “letak jawatan” kedengaran dalam Parlimen yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Takiyuddin dan Azhar meletak jawatan.

BARISAN DURHAKA KEPADA RAJA-BAIK LETAK JAWATAN LAH

 


KANUN gesa polis siasat tindakan derhaka titah Agong

PANDAI LA BUAT TAIK NAK BERHENTI-NGADAP AGONG DULU LA LEBAI....JUMPA HADI BUAT APA..DIA DEWAN PUN TAK MASUK-NGADAP AGONG LA SEMBAH DERHAKA

 

Terkini! Selepas Tuanku dukacita, Takiyuddin didakwa mahu letak jawatan


Terkini! Selepas Tuanku dukacita, Takiyuddin didakwa mahu letak jawatan


Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa menawarkan diri untuk melepaskannya jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Menurut laporan Suara TV, ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan Seri Paduka Baginda belum memperkenankannya.

Berdasarkan sumber dalaman Pas, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas memaklumkan hasrat tersebut kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, beliau diminta merujuk keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.

Sementara itu, sidang khas Dewan Rakyat pada Khamis ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang kerana semua ahli Parlimen diarahkan membuat ujian calit berikutan dua kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku di Parlimen.

Kediaman rasmi Muhyiddin sejak 1 tengah hari Khamis juga menjadi tumpuan petugas media.

Beberapa kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki pekarangan kediaman Muhyiddin kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/152621/BERITA/Nasional/Takiyuddin-didakwa-tawar-diri-letak-jawatan

Ketua Pembangkang kemuka usul hilang kepercayaan pada PM

 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Mahiaddin perlu dimakzulkan (dipecat) daripada jawatan Perdana Menteri secepat mungkin.

Usul yang disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat itu dikemukakan susulan teguran Istana Negara terhadap kerajaan dalam isu pembatalan Ordinan Darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan yang mengelirukan Dewan Rakyat.

PM, Kabinet tiada pilihan, perlu berundur, kata peguam


Dua peguam berkata, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya bukan sahaja menipu rakyat, tetapi juga Agong. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua peguam berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinet perlu meletak jawatan kerana mengelirukan Parlimen serta membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Perlembagaan, Dominic Puthucheary, berkata mengelirukan Parlimen adalah perkara serius dan kerajaan turut menipu Agong.

Katanya, kesalahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan semata-mata kerana pembatalan itu dibuat atas nama kerajaan.

“Oleh itu, ia adalah tanggungjawab bersama. Ini bermakna perdana menteri dan seluruh Kabinet terbabit.

“Isu darurat sangat penting. Ia salah satu peruntukan paling luar biasa dalam Perlembagaan dan perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab. Jika kerajaan gagal melakukannya, maka mereka bertindak secara tidak jujur dan perlu meletak jawatan,” katanya kepada FMT.

Puthucheary, yang menyifatkan Muhyiddin sekadar perdana menteri de facto, berkata jika beliau gagal bertindak secara terhormat dan meletak jawatan, Agong boleh menarik balik pelantikannya.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan kerajaan “sama sekali tidak menghormati” Agong, Perlembagaan Persekutuan, Parlimen dan rakyat.

Katanya, tindakan itu sama dengan penyalahgunaan kuasa kerana ia mengelirukan Dewan Rakyat dan rakyat.

“Persoalan mengenai majoriti kerajaan menjadi isu sampingan, kini Parlimen bersidang dengan mengabaikan Perlembagaan dan Agong sepenuhnya.

“Tiada pilihan lain kecuali untuk perdana menteri dan kerajaan berundur. Ini satu-satunya keputusan betul,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Istana Negara berkata, Putrajaya tidak mendapat perkenan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat apabila Takiyuddin mengumumkan pembatalan itu Isnin lalu.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan Takiyuddin di Parlimen Isnin lalu tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Terkini! Sumber beritahu Speaker mahu letak jawatan, tidak mahu dikambing hitam

 


Terkini! Sumber beritahu Speaker mahu letak jawatan, tidak mahu dikambing hitam

Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu melepaskan jawatan susulan perkembangan terkini di Parlimen.

Menurut sumber, perkara itu menjadi bualan dalam kalangan kakitangan Parlimen.

“Ada pihak akan dijadikan kambing hitam dalam krisis yang berlaku ini.

“Sama ada Azhar Azizan atau pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tetapi ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan selepas Parlimen berhenti bersidang pada pukul 1 petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lepas tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, Sidang Khas Parlimen terpaksa dihentikan selepas mendapat desakan daripada ahli-ahli Parlimen.

Terkini! Zahid arah MP Umno tarik sokongan ke atas Muhyiddin

 Terkini! Zahid arah MP Umno tarik sokongan ke atas Muhyiddin


KENYATAAN MEDIA

1. UMNO amat kesal dengan tindakan Kerajaan pimpinan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang mengingkari titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutan.

2. Lebih mendukacitakan apabila Tuanku sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan, kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.

4. Sehubungan dengan itu, UMNO akan meminta Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dan Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat.

5. Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

6. Keputusan ini bagi memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan; memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.

7. Pendirian ini juga seiring dengan asas dan matlamat penubuhan UMNO untuk sentiasa memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
29 Julai 2021

‘Seperti kaduk naik junjung,’ Zahid ibaratkan pemimpin batal Ordinan Darurat tanpa perkenan Agong

 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan kenyataan Istana Negara itu, rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong.

PETALING JAYA: Kerajaan Perikatan Nasional dilihat melakukan “penderhakaan yang cukup besar ke atas rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja” susulan keputusannya membatalkan Ordinan Darurat tanpa mendapatkan perkenan Istana Negara, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak pasti mengapa kerajaan PN sanggup melanggar keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang ke tahap itu.

“Namun timbul desas-desus kerajaan PN mahu mengelak Ordinan Darurat daripada diungkaikan di Dewan Rakyat. Seolah-olah ada sesuatu cuba diselindungi,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, kenyataan Istana Negara yang mengesahkan Agong tidak tahu-menahu mengenai tindakan pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan PN itu sekali gus mendedahkan matlamat serong pimpinan kerajaan.

“Maka sudah terang lagi bersuluh wujud elemen “seperti kaduk naik junjung” oleh mereka yang sedang menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan ketika ini,” kata Zahid.

Beliau berkata, isu itu sekali lagi menunjukkan Umno bertindak tepat dalam menarik balik sokongan kepada ketua kerajaan PN dan menuntut perdana menteri digantikan oleh individu lain yang lebih berkemampuan.

“Ini antara sebab kita kata kerajaan PN gagal. Gagal menjaga rakyat dan negara daripada kesan buruk pandemik. Gagal menjunjung kedaulatan undang-undang dan institusi raja-raja.

Zahid berkata, susulan kenyataan Istana Negara itu, rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri, Peguam Negara ke rumah PM

 

Beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kira-kira 1.30 tengah hari tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat hari ini.

Petugas media dilihat mula “berkampung” di rumah perdana menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini, sejak 1 tengah hari tadi.

Pemerhatian Bernama mendapati beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman itu kira-kira 1.30 tengah hari.

Dalam kenyataan Istana Negara tadi, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu yang kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal ia belum diperkenan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkai tidak dilaksanakan.

Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021

 

Umavathi Ramayah

Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga hari selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan behubung pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita kerana ia diumumkan sebelum mendapat perkenan Baginda.
Susulan itu, selain sesi penerangan Menteri, kenyataan Takiyuddin menjadi antara perdebatan hebat dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
26 Julai - Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.
Pengumuman mengenai pembatalan Ordinan Darurat menimbulkan bantahan daripada pihak pembangkang, yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bila Ordinan berkenaan dibatalkan dan apa mekanisme yang diambil untuk pembatalan itu berkuatkuasa.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) menyifatkan tindakan kerajaan dalam pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut prosedur yang sepatutnya ibarat tindakan 'pasar malam'.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat kerajaan menarik balik Ordinan Darurat secara 'senyap-senyap' kerana khuatir berdepan kekalahan ketika pengundian di Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP - Bagan) turut mempersoalkan sama ada semua denda dan hukuman yang dikenakan termasuk berkaitan pelanggaran peraturan pencegahan COVID-19 turut terbatal berikutan pemansuhan Ordinan Darurat.
27 Julai - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui beliau sendiri tertanya-tanya mengenai pengumuman kerajaan berhubung Ordinan Darurat yang didakwa telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.
Sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Takiyuddin akan menerangkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat serta isu-isu berkatain pada Isnin depan.
Walaubagaimanapun, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) pula menganggap tindakan untuk membincangkan Ordinan Darurat pada Isnin hanya 'membuang masa'.
28 Julai - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) mengenai Proklamasi Darurat dan pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang 'mengelirukan' Dewan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut membidas mengenai warta bagi membuktikan Ordinan Darurat dimansuhkan pada 21 Julai seperti didakwa Takiyuddin.
29 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan tanpa mendapat perkenan Baginda.
Sehubungan dengan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Anwar Ibrahim memberitahu kenyataan Takiyuddin bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah ia menghina institusi diraja, serta mengelirukan Dewan dan rakyat.

AGONG SAH MURKA, MAHIADDIN SAH DERHAKA DAN PN KINI SUDAH HILANG MUKA SEBAGAI KERAJAAN


Segala-segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi.Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu sudah pun terbukti nyata sekarang ini.

Sehubungan tiada perkenan Istana Negara itu, Agong telah menzahirkan rasa dukacita atas pengumuman tersebut yang dianggap telah mengelirukan Parlimen.

Dengan ini juga terbukti tindakan Speaker, Azhar Azizan Harun membenarkan Takiyuddin menangguhkan penjelasan berkenaan perkara itu sehingga Isnin depan adalah disebabkan perkenan Agong belum lagi diperolehi.

Sebagaimana yang dijangka dan ditulis dua hari lalu, sembah perkenan terhadap Agong itu dijangka baru mahu dipohon pada Jumaat ini ketika Mahiaddin menghadap ke Istana Negara sebelum mesyuarat mingguan kabinet sepatutnya diadakan.

Begitu pun, dengan Agong sudah lebih awal berasa amat dukacita kerana dibelakangkan oleh kerajaan dengan mengumumkan terlebih dahulu pembatalan darurat sebelum perkenan diperolehi, itulah yang mendorong kenyataan media Istana Negara dikeluarkan pagi ini.

Kunci kenyataan media itu ialah Agong amat dukacita dengan tindak-tanduk Takiyuddin dan kerajaan atas tindakan mengelirukan Parlimen dan membelakangkan baginda berkaitan pembatalan darurat.

Apabila Agong berasa amat dukacita, ia bermakna baginda kini sangat murka.

Agong berasa sangat murka itu tidak lain kerana kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yasin telah bertindak kurang ajar dan derhaka dengan membelakangkan baginda selaku ketua negara.

Dalam hal ini, tanpa keraguan lagi bahawa Mahiaddin dan kerajaan PN telah sah derhaka dan merupakan penderhaka kepada Raja.

Dengan mengelirukan Parlimen mengumumkan pembatalan darurat, sedangkan Agong belum memperkenannya, kerajaan PN dan Mahiaddin adalah merupakan kerajaan dan Perdana Menteri yang penipu.

Mereka telah menipu Ahli-Ahli Parlimen, menipu rakyat dan menipu Agong.

Sesungguhnya tidak pernah berlaku sejak merdeka ada Perdana Menteri dan kerajaan bersikap derhaka dan penipu sebegini teruk kepada Raja sehingga Istana Negara sendiri menzahirkan rasa dukacita melalui kenyataan media.

Dalam keadaan ini, kerajaan PN dan Mahiaddin sebenarnya sudah tiada muka lagi untuk terus menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini.

Mereka sudah hilang moral kelayakan untuk menjadi kerajaan dan Mahiaddin sekarang sudah boleh diumpamakan seperti seorang yang tidak lagi berpakaian sedang berjalan-jalan di khalayak terbuka.

Pilihan yang ada untuk beliau hanya satu – letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan kerajaan penderhaka dan penipu ini tidak layak lagi digelar kerajaan untuk terus memerintah negara.

Kerajaan penipu dan penderhaka ini mesti dibubarkan dengan segera.

Agong juga bahkan sudah boleh menutup pintu Istana Negara untuk Mahiaddin bertemu dengan baginda mulai hari ini, kecuali untuk satu tujuan – menyampaikan surat perletakan jawatan.

Tiada ruang lagi untuk Agong selaku ketua negara yang baik dan lemah lembut ini untuk terus bekerjasama dengan Mahiaddin yang dicop sebagai ketua kerajaan yang derhaka dan penipu dalam mengurus negara.

Cukuplah juga kita sebagai rakyat setakat ini saja membenarkan Perdana Menteri dan kerajaan derhaka dan penipu ini mempermain dan membelakangkan Agong sesuka hati tanpa adab dan rasa malu sama sekali. 


(ShahbudinHusin 29/07/2021)