PN masih ada majoriti? Anwar gesa TPM baca undang-undang

By

 Muhammad Azizul Osman



Ahli Parlimen Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Khas Parlimen di dalam Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 JULAI 2021. revocation of Emergency Ordinance Takiyuddin Hassan Istana Negara Yang di-Pertuan Agong


Opposition Chief and Member of Parliament of Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Dewan Rakyat sitting in the Parliament. PIX: Courtesy of the Department of Information / MalaysiaGazette /26 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai majoriti dibidas Ketua Pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang berlaku bukan soal cukup majoriti tetapi lebih kepada menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat nyata melangkaui bidang kuasa baginda Sultan.

“(Datuk Seri) Ismail Sabri tahu undang-undang, dia patut kemukakan di Dewan Rakyat, kenapa takut? Dia menteri dan anak Pahang, dia faham tak erti kata derhaka? Faham tak titah Diraja peranan Parlimen?

“Orang seperti ini berdegil untuk derhaka dalam soal yang jelas dan saya nak nasihatkan dia baca undang-undang, hormati Perlembangaan dan hormati titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Khas Parlimen ditangguhkan hari ini.

Turut hadir pemimpin Pakatan Harapan iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Anwar juga mengulas mengenai kenyataan Ismail Sabri bahawa kerajaan masih mendapat sokongan 110 daripada 222 ahli Parlimen.

Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini.

Kenyataan Menteri Kanan Keselamatan itu dibuat beberapa jam selepas Istana Negara menegur pengendalian pembatalan ordinat darurat yang tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta tidak dimansuhkan melalui parlimen hari ini.

Dalam kenyataan ringkas empat perenggan, Ismail Sabri berkata, beliau menjunjung titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media Istana Negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, blok pembangkang akan tetap hadir dalam di hari terakhir Sidang Khas Parlimen pada Isnin depan.

“Kita syak bahawa ini mainan mereka kerana tidak ada jawapan. Kita beritahu kepada Speaker yang mana dia baca kenyataan Istana Negara, derhaka.

“Keduanya, ketepikan Perlembagaan dan ketiga menghina Parlimen dan Speaker tidak layak untuk teruskan tugas kalau keadaannya begini.

“Nak cuba pertahankan kerajaan yang sudah hilang majoriti dan keabsahan yang nyata. Terutama dengan pendirian kami dan pendirian yang disebut dalam kenyataan Presiden UMNO sebentar tadi bahawa tarik sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya lagi.

Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sebanyak tiga kali selepas pembangkang meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat satu keputusan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dikatakan telah mengelirukan Dewan Rakyat. 

No comments: