Walaupun singkat PH perintah, lebih 10,000 doktor kontrak diserap jawatan tetap


 


Sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus menerajui kepimpinan negara sudah pasti banyak lagi pegawai perubatan akan mendapat pembelaan sepertimana yang telah dilakukan oleh mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad semasa PH memerintah sebelum ini

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang Dr Zaidi Zakaria, PH melalui mantan Menteri Kesihatan telah meletakkan asas dan halatuju yang jelas semasa menerajui Kementerian Kesihatan, sebaliknya telah dimusnahkan oleh penggantinya.

“Untuk makluman, Doktor Kontrak atau Skim Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas Pegawai Perubatan telah dimulakan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 semasa Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

“Setelah Dr Zulkefly menerajui KKM sebagai Menteri Kesihatan, beliau telah berusaha menyerapkan seramai mungkin pegawai kontrak kepada perkhidmatan tetap dengan meyakinkan kabinet dan 10,675 telah berjaya diserap ke Perjawatan Tetap.

“Daripada 33,000 orang tinggal lagi 23,000 dan bagaimana Dr DZul membantu mereka adalah dengan menaikkan pangkat dari UD41 kontrak kepada UD 43 tetap serta dalam perancangan memansuhkan moratorium ini dan mendapatkan lebih banyak perjawatan tetap kerana beribu-ribu lagi yang berada di peringkat Doktor Siswazah atau HO dan bakal HO dari 33 buah institusi pengajian tinggi, ” ujar beliau.

Tambah Dr Zaidi, sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab Dr Dzul telah membentuk sebuah Suruhanjaya Khas dibawah kementerian beliau bagi menyelesaikan isu Skim Kontrak KKM dan mencari solusi jangka pendek dengan menyerap ke perkidmatan tetap dan jangka panjang dengan memansuhkan moratorium KKM.

Namun begitu apabila kerajaan PN mengambil alih kerajaan segala usaha dan perancangan tersebut ditinggalkan umpama projek perumahan yang terbengkalai.

Manakala Menteri Kesihatan yang baru tidak pula berusaha menyelesaikan status doktor kontrak sehinggalah gerakan hartal diadakan oleh para doktor kontrak, spontan pengumuman dibuat oleh PM melanjutkan kontrak selama 2 tahun yang belum ada hitam putih digazetkan.

Sehubungan itulah kata Dr Zaidi, PH menyokong doktor-doktor kontrak kerana ia merupakan usaha dan telah lama dalam perancangan untuk membela nasib golongan tersebut.