NAK BACKUP MACAMANA ..SERUPA ZAMAN KAU DULU LAH JUGAK BAB 1MDB-Najib hairan Muhyiddin tak bekap Takiyuddin yang didakwa mengelirukan Dewan

 Najib hairan Muhyiddin tak bekap Takiyuddin yang didakwa mengelirukan Dewan


PM8 dan peguam negara perlu selamatkan Menteri undang-undang yang didakwa mengeliru dewan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ordinan-ordinan darurat sudah mansuh sejak 21 Julai.

Pembangkang dengan amat bisingnya mengasak Speaker dan menteri sebab mereka kata tiada bukti kukuh bahawa pemansuhan sudah berlaku selain hujah-hujah menteri dalam Dewan.

PM8 boleh membantu dengan mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan pemansuhan sudah backdated dan telah berlaku pada 21 Julai.

Tolonglah bekap sikit.

Peguam Negara pula boleh mengeluarkan warta kerajaan secara serta-merta bagi pemansuhan sudah berlaku pada 21 Julai.

Takkan peguam negara tak efficient sehingga begitu banyak ordinan-ordinan perundangan yang memberi impak kepada seluruh negara belum diwartakan sejak seminggu dahulu?

Kan?

No comments: