Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Mahiaddin perlu dimakzulkan (dipecat) daripada jawatan Perdana Menteri secepat mungkin.
Usul yang disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat itu dikemukakan susulan teguran Istana Negara terhadap kerajaan dalam isu pembatalan Ordinan Darurat yang belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan yang mengelirukan Dewan Rakyat.