WOIII PI LAWAN DAP KAT MANA MANA KERUSI DAP


 

HAH... TAK MO KASI KE AKU

 


LANGKAWI BAWAH KEDAH.. KWDAHNPH KA PERINTAH?

 


Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mendakwa UMNO tidak dilayan sebagai rakan setara dalam Kerajaan Perpaduan dan perkara itu semakin jelas dirasai oleh parti itu.






Menurut anak kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan, parti itu dirunding ketika diperlukan, tetapi diketepikan selepas itu.


Dakwanya, UMNO juga digunakan apabila convenient, tetapi diabaikan apabila tidak lagi menguntungkan.


#MalaysiaGazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




4 LORI NAK PILIH SEKOQ PUN TAK DAK.. LAGI ZEMBANG BAB MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI.


 

PH BOLEH JA BUAT LA NI. PRETASI MENTERI PAS MASA JADI KERAJAAN. 33 BULAN. 




SEMBANG KARI.... 





BETUL CAKAP AKMAL. PAS CAKAP ELOK ELOK JA PADA UMNO. GAMAKNYA ZAMAN NI DIA BELUM LAHIR DSN BELUM MATANG.

 




Betul cakap Akmal. DAP mana pernah kata yang elok tentang UMNO. Ini contohnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




CINA DAP STEVEN SIM SEMUA ORANG TAU.. BANYAK BUDAK MELAYU TANPA MENGIRA BANGSA DIA BANTU. TAPI YANG SEKOQ NI SELAIN WALAUN DERMA 800K...DIA JUMPA ORANG SUSAH DIA SEMBANG DALAM PODCAST TANPA ADA BUKTI PUN.


 

TAK MAU ULAS. HANYA GAMBAR BERBICARA.

 


MMMMMM..FAWWAZ...KIOK..KEPALA BATAS NI LEN KALI HANG BUAT VIDEO...AWAT TAK BAWA CREW PI AMBIK VIDEO BAGAI..HANG NI KAKI FITNAH...


 

KEH KEH KEH....

 


KUALA LUMPUR, 18 Jan - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong menyindir PAU yang menurutnya terlalu banyak memberi tumpuan kepada DAP berbanding isu dalaman parti itu sendiri.





Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata hampir setiap ucapan di perhimpunan berkenaan menyebut DAP, termasuk nama pemimpin parti itu, sehingga seolah-olah DAP menjadi topik utama PAU.


Woo turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa parti itu tidak pernah bekerjasama dengan DAP, sedangkan kedua-duanya kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.


“Tapi yang paling penting adalah kekalkan semangat profesionalisme waktu bekerja. Usah sengaja katakan “tak pernah bersama” demi tunjukkan taring, ini namanya tipu diri sendiri,” ujar Woo. 


Beliau turut mengingatkan UMNO agar tidak terus memainkan naratif lama yang dianggap sebagai “musuh rekaan”, sambil menegaskan bahawa pengundi kini semakin matang dan mampu menilai keikhlasan parti politik.


#BeritaKS




ADA PAS NAK BERKONGSI DENGAN UMNO DI GANU? JANGAN MIMPI.

 



KUALA LUMPUR, 17 Jan - UMNO Terengganu sedia menjalin kerjasama politik dengan PAS sebagai sebahagian strategi untuk memperkukuh semula kedudukan parti itu selepas mengalami kekalahan dalam dua pilihan raya umum lalu.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata pendekatan tersebut sejajar dengan cadangan Musyawarah Nasional yang menggesa perbincangan menyeluruh melibatkan pelbagai pihak bagi memperkasa agenda politik Melayu.


“Kita bersedia. Kalau melakukan perubahan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, dengan memikirkan kepentingan semua, kenapa tidak?


“Walaupun kita te­ngok mungkin ini satu masalah besar pada kita, tetapi keutamaannya adalah agama, bangsa dan negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.


Menurutnya, landskap politik semasa menuntut sikap lebih realistik dan fleksibel, terutama bagi mengembalikan pengaruh UMNO di Pantai Timur yang kini didominasi PAS.


Rozi menegaskan keutamaan UMNO Terengganu ketika ini adalah memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sebagai pilihan utama pentadbiran negeri, meskipun berdepan cabaran sebagai parti pembangkang.


#BeritaKS



ELEHHH PAS MELAKA..4 LORI SEKOQ TAK KADI PENGERUSI PN..KO SIBUK PARTI ORANG OA HAL?

 


PAS MELAKA GESA DAP MELAKA LETAK JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN, EXCO





PAS Melaka menggesa DAP negeri itu membuktikan pendirian moral dan integriti politik mereka dengan melepaskan jawatan EXCO dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.


Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sedik, berkata ia selari tindakan berprinsip oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang meletak jawatan EXCO Melaka secara sukarela.


Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Melaka berkata, Dr Muhamad Akmal sudah mengotakan janji dengan berundur daripada jawatan itu kerana berpegang kepada prinsip mendahulukan tanggungjawab memperjuang serta mempertahankan agama, bangsa dan raja Melayu.


Katanya, tindakan diambil Dr Muhamad Akmal tanpa tekanan daripada pimpinan UMNO atau kerajaan negeri itu membuktikan keberanian dan kejujuran Ahli DUN (ADUN) Merlimau terbabit dalam berpolitik.


"Bagi saya, tindakan itu adalah sindiran sangat tajam kepada DAP yang kini perlu membuktikan tahap moral mereka sendiri.


"Sekurang-kurangnya, sudah tiba giliran DAP Melaka pula untuk melepaskan jawatan EXCO serta Timbalan Speaker DUN," katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, Dr Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, berkuat kuasa minggu depan.




PENYATUAN BUKAN UNTUK MENJATUHKAN BANGSA LAIN

 


PAS menyatakan akan meneliti cadangan kerjasama atau “gabungan besar” yang dicadangkan Presiden UMNO untuk menyatukan orang Melayu. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata cadangan itu akan diperhalusi kerana ia dibuat secara terbuka dalam Perhimpunan UMNO.






Namun, beliau mempersoalkan maksud dan tujuan sebenar cadangan tersebut memandangkan UMNO pada masa sama masih mengekalkan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, situasi ini seolah mengelirukan rakyat.


Amanah pula menyatakan kesediaan untuk menyertai kolaborasi tersebut, namun menegaskan ia mesti berlandaskan prinsip perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Menurut Amanah melalui Pengarah Komunikasi Khalid Samad, kerjasama itu tidak seharusnya dijadikan alat untuk menjatuhkan kaum atau pihak lain, sebaliknya perlu menjadi ruang dialog matang dan membina demi kepentingan negara.


Dalam masa sama, Bersatu pula mengambil pendirian terbuka tetapi berhati-hati. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan tersebut akan diteliti terlebih dahulu, dan setakat ini belum ada sebarang rundingan rasmi atau mandat diberikan kepada mana-mana pemimpin untuk berunding dengan UMNO. Bersatu menegaskan sebarang keputusan hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti dan kepimpinan tertinggi.