ADA PAS NAK BERKONGSI DENGAN UMNO DI GANU? JANGAN MIMPI.

 



KUALA LUMPUR, 17 Jan - UMNO Terengganu sedia menjalin kerjasama politik dengan PAS sebagai sebahagian strategi untuk memperkukuh semula kedudukan parti itu selepas mengalami kekalahan dalam dua pilihan raya umum lalu.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata pendekatan tersebut sejajar dengan cadangan Musyawarah Nasional yang menggesa perbincangan menyeluruh melibatkan pelbagai pihak bagi memperkasa agenda politik Melayu.


“Kita bersedia. Kalau melakukan perubahan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, dengan memikirkan kepentingan semua, kenapa tidak?


“Walaupun kita te­ngok mungkin ini satu masalah besar pada kita, tetapi keutamaannya adalah agama, bangsa dan negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.


Menurutnya, landskap politik semasa menuntut sikap lebih realistik dan fleksibel, terutama bagi mengembalikan pengaruh UMNO di Pantai Timur yang kini didominasi PAS.


Rozi menegaskan keutamaan UMNO Terengganu ketika ini adalah memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sebagai pilihan utama pentadbiran negeri, meskipun berdepan cabaran sebagai parti pembangkang.


#BeritaKS



No comments: