TERKINI : CERAMAH HARAPAN - HIDUPKAN HARAPAN RAKYAT

YB ANWAR IBRAHIM YB MOHAMAD SABU YB YEO BEE YIN Tarikh: Ahad, 17 MEI 2020 Jam: 10 MALAM


🔥SIRI 60🔥] "PERINTAH PELEPASAN RIZA AZIZ DAN KONTROVERSI YANG MENYELUBUNGINYA!"


ORANG MELAYU NAK APA SEBENARNYA?






Kerana itu ia bekerjasama dengan DAP dalam PAKATAN HARAPAN kerana mahu membuang pegangan politik konservatif yang menjadikan tanah dan harta milik golongan bangsawan. Di sebalik itu wujud di kalangan pemimpin yang masih berfikiran lama yang kemudiannya melakukan langkah Sheraton bagi menubuhkan kerajaan yang dikatakan Melayu Islam. Mereka membentuk Kerajaan dengan menjual slogan ‘kerajaan tanpa DAP’ yang dinamakan PERIKATAN NASIONAL . Pemimpin ini percaya kepada undi teras Melayu yang dipegang oleh Umno dan Pas yang berteraskan demografi luar bandar.

UNTUNG JADI MONYET YANG DIHARGAI





Beliau tidak menyebut nama parti itu. Tetapi dipercayai pihak yang beliau maksudkan ialah parti PAS. "Penggunaan hukum agama halal dan haram secara sewenang-wenangnya dalam aktiviti politik adalah akar kepada pemikiran takfiri yang wajib dibanteras sehingga ke akar umbinya." tegasnya. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pula menggelar mereka yang melompat parti sebagai monyet. Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.

Muhyiddin mungkin takut orang kelilingnya khianat

Muhyiddin mungkin takut orang kelilingnya khianat


APAKAH HANYA SETELAH DUA TAHUN,PERJUANGAN MENUMBANGKAN KLEPTOKRAT MENJADI SIA SIA?


Bagi mereka yang tidak menyokong BN kerana ingin melihat kepimpinan kleptokrat dapat ditumbangkan dalam PRU14 lalu, sekurang-kurangnya dua perkara paling memedihkan hati ketika ini.
Pertama, tumbangnya PH melalui pengkhianatan daripada dalam dengan dibantu oleh penebuk-penebuk atap yang rakus serta ada kes mahkamah dan bukan melalui undi dalam pilihanraya.
Seolah-olah mereka yang khianat itu sanggup berbaik semula dengan kelompok yang sudah ditolak pengundi demi memenuhi kerakusan nafsu peribadi.
Tetapi, pengkhianatan sehingga tumbangnya PH itu mungkin dapat ditebus semula dalam usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Parlimen nanti.
Cuma, oleh kerana sessi perbahasan pada Sidang Parlimen 18 Mei ini telah ditiadakan kerana Muhyiddin Yassin masih tidak yakin ada sokongan yang cukup buatnya, usul itu mungkin akan dibentangkan pada sidang selama 15 hari pada 13 Julai akan datang.
Jika tempoh dua bulan sehingga Julai dirasakan oleh Muhyiddin mampu membuatnya menambah sokongan, tempoh dua bulan itu juga tidak mustahil membuatkan sokongan terhadapnya tambah merudum berikutan macam-macam masalah dan kelemahan akan terus berlaku selepas ini.
Oleh itu, tidak mustahil kerajaan akan bertukar semula kepada PH pada Julai nanti melalui undi tidak percaya yang sudah pun sah diterima Speaker untuk dibahaskan.
Kedua, yang tidak kurang membuatkan ramai berasa pedih hati ialah dengan berita pihak pendakwa membebas tanpa melepaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz daripada pertuduhan penggubahan wang haram yang dikaitkan sumbernya daripada wang curi 1MDB.
Pembebasan itu, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku setelah PH tumbang dan UMNO kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan, kebimbangan ramai ialah ianya merupakan permulaan kepada petanda bebasnya semua pemimpin UMNO yang sedang didakwa di mahkamah ketika ini.
Lebih-lagi itu, cara pembebasan Riza Aziz dengan persetujuan membayar semula sebahagian daripada amaun penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya, bukan saja terus menjadi perdebatan ramai, malah nampaknya masih ada percanggahan antara Peguam Negara baru, SPRM dan Peguam Negara terdahulu, Tommy Thomas.
Sementara SPRM mengatakan pembebasan Riza Aziz itu adalah atas persetujuan Tommy Thomas, yang mana ia kemudian dinafikan oleh bekas Peguam Negara yang telah meletak jawatan pada 28 Februari lalu, Peguam Negara baru, Idrus Harun akhirnya tampil menjelaskan bahawa beliau diberi taklimat oleh Gopal Sri Ram selaku Timbalan Pendakwaraya kes itu bahawa oleh kerana Tommy Thomas setuju secara prinsipnya menerima representasi anak tiri Najib itu, maka beliau membuat keputusan menyetujuinya.
Disebabkan Tommy Thomas telah bertegas sebanyak dua kali sebelum ini menafikan sebarang persetujuan pernah diberikannya untuk membebaskan Riza Aziz, adalah dipercayai beliau akan tampil sekali lagi menolak dakwaan itu.
Dengan itu, tidak mustahil perkara ini akan berterusan beberapa lama lagi.
Isunya penting di sini, kenapa Idrus seolah-olah tiada prinsip sendiri dalam membuat keputusan, sehingga masih perlu bergantung kepada persetujuan secara prinsipnya, jika benar, daripada Tommy Thomas dalam membebaskan Riza Aziz?
Kenapa beliau tidak berani mengatakan ia adalah keputusan mutlaknya selaku Peguam Negara?
Lebih daripada itu, jika benar Tommy Thomas setuju secara prinsipnya untuk membebaskan Riza Aziz, kenapa beliau tidak melakukannya semasa memegang jawatan Peguam Negara?
Bukankah ketika itu Gopal Sri Ram boleh saja membuat pengumuman mengenainya?
Begitu pun, persoalan paling besar di sebalik bebasnya Riza Aziz ini ialah apakah Najib Razak, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang turut diseret ke mahkamah kerana kes penggubahan wang haram, hanya menunggu masa untuk dibebaskan dengan persetujuan mereka memulangkan sejumlah wang kepada kerajaan?
Sebab itu, duluan kes Riza Aziz ini adalah penting untuk melihat sama ada perjuangan menumbangkan regim kleptokrasi pada PRU14 lalu masih berbaloi untuk dibanggakan atau ia sebenarnya sudah menjadi sesuatu yang sia-sia setelah Muhyiddin sendiri merelakan dirinya berpeluk erat dengan pemimpin UMNO yang terpalit kekotoran itu?
Adakah ini juga bermakna rakyat Malaysia perlu bangkit sekali lagi melakukan perubahan dalam PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 17/05/2020)

Sidang Parlimen Sehari Langgar Peraturan Mesyuarat







Senator Yusmadi Yusoff berpandangan sidang Parlimen sehari pada 18 Mei dengan hanya titah Yang di-Pertuan Agong tanpa mengadakan sesi seterusnya menyalahi peraturan mesyuarat dan perlembagaan persekutuan. Sebarang keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen perlu diusulkan terlebih dahulu dan keputusan Perdana Menteri boleh dicabar di mahkamah.

China miliki 5 vaksin Covid-19 yang diuji ke atas manusia


Belum ada ‘reaksi buruk yang besar’ dilaporkan dalam kalangan 2,575 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam ujian tersebut. (Gambar Reuters)

China memiliki 5 vaksin Covid-19 yang berpotensi dalam ujian ke atas manusia dan lebih banyak lagic sedang dalam proses, kata seorang pegawai kesihatan.

Kenyataan itu muncul ketika dunia kini berlumba-lumba mencari formula untuk menghentikan penularan wabak tersebut.
Setakat ini belum ada “reaksi buruk yang besar” dilaporkan dalam kalangan 2,575 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam 5 ujian bagi fasa dua, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zeng Yixin.
“Menurut rancangan, jika semuanya berjalan lancar, projek ini akan melengkapkan fasa kedua ujian klinikal pada bulan Julai tahun ini,” kata Zeng.
Lebih banyak calon vaksin sedang dalam proses dan menunggu persetujuan untuk diuji ke atas manusia, katanya.
China sebelum ini mengatakan 4 percubaan ke atas manusia sedang dijalankan.
Zeng bagaimanapun tidak memperincikan bilakah tempoh ujian itu, yang mesti melengkapkan 3 fasa agar ia disetujui untuk digunakan, akan selesai.

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU DAN WARISAN



17 Mei 2020

REAKSI PIMPINAN PARTI TERHADAP ISU MUTAKHIR TERMASUK SIDANG PARLIMEN 18 MEI

Pada hari ini telah berlangsung satu mesyuarat di antara pimpinan utama Pakatan Harapan bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN). Mesyuarat ini telah dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Pengerusi Pakatan Harapan dan bertujuan membincangkan reaksi blok Pembangkang terhadap persidangan Parlimen yang bakal diadakan esok, 18 Mei 2020.

Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menegaskan tekad dan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula Kerajaan. Ini kerana mesyuarat bersependapat bahawa wujudnya masalah keabsahan (legitimacy) Kerajaan yang berlaku akibat kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguji sokongan beliau di kalangan Ahli-Ahli Parlimen di Parlimen pada esok hari.

Mesyuarat turut menimbulkan kekhuatiran terhadap tingkah laku Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelihatan cuba meraih sokongan dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri. Ini adalah amalan yang tidak baik dan merosakkan perjalanan reformasi institusi yang telah dimulakan lebih 22 bulan yang lalu.

Mesyuarat juga sepakat dalam pandangan bahawa kes 1MDB berkait Riza Aziz, yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, menjadi petanda atau isyarat bahawa beberapa kes besar lain yang melibatkan beberapa tokoh politik akan menggunakan jalan penyelesaian yang sama.

Selain itu, mesyuarat telah membincangkan isu di mana beberapa Kementerian baharu telah diwujudkan namun peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian-Kementerian ini belum lagi dibentang sebagai Rang Undang-Undang dan belum lagi diluluskan di Parlimen. Ini semestinya akan menimbulkan persoalan berkenaan perjalanan urusan serta sebarang perbelanjaan yang berkait dengan Kementerian-Kementerian ini.

Mesyuarat juga bersetuju bahawa pakej rangsangan berjumlah RM260 bilion yang telah diumum Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini juga masih belum dibentang dan diluluskan Parlimen. Ahli-Ahli Parlimen mesti diberi peluang untuk membahaskan pakej rangsangan ini bagi memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat.

Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimen lah institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan, di mana sokongan buat seseorang Perdana Menteri perlu diuji dan disahkan, serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan.

Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan Kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja, serta menegaskan pendirian Pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan Kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ketua Pembangkang

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YB Datuk Seri Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)


KENAPA AKU SETUJU DAP DARI MCA



AHMAD NIZAM


1. DAP bersama dalam PH dan parti saya juga dalam PH. Kami ada perjanjian bersama. Anggota PH mestilah sama-sama sokong PH. Itu tak pelik. Hubungan bersama yang sah dan rasmi. Yang pelik ialah bila parti pak lebai kempen untuk Umno dan MCA. Mereka tidak ada sebarang perjanjian. Penubuhan Muafakat Nasional pun tidak pernah didaftarkan. Jadi, hubungan mereka tak sah. Itu sepatutnya yang pelik dan wajar dipersoalkan.

2. Saya sokong DAP sebab saya tak nak MCA menang. Kalau DAP kalah, yang menang adalah MCA. Nak tunggu parti pak lebai bertanding kerusi DAP, memang takde laa. Cakap je besar, tapi penakut pahit. Parti MCA ini pada saya jauh lebih jahat berbanding DAP. Bayangkan kalau MCA ada 42 kerusi Parlimen macam DAP sekarang ... mesti naik tocang giler. Ada 2 kerusi pun habis jawatan penting depa sapu. Dengan 2 kerusi tu pun dia berani hina hukum hudud. Dengan 2 kerusi pun dah berani sergah orang tak tentu pasal. Bayangkan kalau MCA ada 42 kerusi. Mau dilempangnya pak-pak lebai tu.

3. DAP adalah parti berbilang kaum. Saya memang tak akan menyokong apa-apa parti perkauman yang hanya dianggotai oleh kaum atau penganut agama tertentu sahaja. MCA adalah parti perkauman. MIC adalah parti perkauman. Daripada sokong MCA atau MIC, tentulah lebih logik untuk saya sokong DAP.
4. DAP adalah parti politik yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara. Maknanya, DAP bukan parti yang merbahaya kepada negara. Kalau DAP parti yang merbahaya, tentulah ia sudah diharamkan. Hakikatnya DAP adalah sama macam parti-parti lain juga dari sudut undang-undang dan perlembagaan negara.

5. DAP tak jual hukum agama untuk kepentingan kuasa politik. Adalah satu kecurangan paling besar bagi mana-mana parti politik yang menunggang agama untuk kepentingan politik.
Jadi ... apa masalahnya saya sokong DAP. Bukan berdosa pun. TGNA pernah sokong DAP. Ust Fadzil Noor pernah sokong DAP. Hj Hadi pun dulu pernah jadi barua DAP. Muhyidin pun sama. Mereka tak pernah mengaku salah, bertaubat, atau minta maaf pun.


LIHAT KOMEN YANG TELAH MENDENGARNYA : MEETING PH 2 JAM..SAPA RAJIN DENGAR BOLEH NILAI LA YANG KHIANAT...MAHATHIR DAN KITOL PENYEBAB PERPECAHAN



AHMAD ZULFADLI JAMALULLAIL

 Dengar rakaman meeting Majlis Presiden PH tadi pagi, dekat 2 jam lebih aku fokus dengar...
Dapatlah aku buat kesimpulan yang:
1. Tuduhan dari Bersatu kononnya DSAI giler nak jd PM tu, amatlah dangkal sekali
2. Syed Saddiq paling banyak bising...ade je nak betah otai-otai. Jenis tak paham perjanjian asal PH yang mengatakan transisi harus berlaku dalam penggal yg sama, tak habis-habis menuduh rakan parti PH kononnya mendesak Atuk untuk tetapkan tarikh, pendek kata, dia nampak salah orang lain je, salah Atuk taknak tetapkan tarikh tu dia tak nampak...
3. Meeting terakhir PH tu jelas menunjukkan yang Amanah yang diwakili Mad Sabu & Khalid Samad, dan DAP diwakili Anthony Loke dan Gobind Singh serta Saifuddin Nasution, masing-masing mahukan transisi berlaku dalam penggal ni jugak..
4. Berbanding macam Syed Saddiq, Marzuki, Azmin dan Zuraida, tak abes-abes dok suruh Atuk kekal perintah sampai abes penggal
5. Ada dua pihak yang bertentangan, satu puak pro Atuk yang menganggap Atuk ade kuasa ulung untuk tentukan bilamasa dia nak letak jawatan,hanya Atuk aje ketua PH yang semua orang kena taat setia dan patuh perintah dia.
6. Pihak satu lagi, pihak yang pro-PH yang menekankan bahawa PH adalah parti coalition, parti yang berketuakan Atuk-DSAI.... bukan kena dengar cakap Atuk semata-mata.. pihak ni juga menekankan yang Majlis Presiden ada hak untuk menyuruh Atuk letak jawatan bila tiba masanya... kira Atuk takde kuasa ulung (bukan supreme leader)
7. Pihak yang proPH jugak bagi hujah yang DSAI perlu berada dalam cabinet Atuk sebagai TPM, baru transisi akan berlaku
8. Syed Saddiq paling banyak koyak... mental tak kuat... ugut nak buat keputusan sendiri bagi PPBM, Mad Sabu balas balik, “kalau masing-masing buat keputusan sendiri, PH berpecah la... kita tak kisah sebab da biasa jadi pembangkang”
9. DSAI yang paling banyak tenangkan pihak-pihak yang bertelagah tadi.... kalau DSAI degil jugak atau ade sikit melawan, memang berpecah PH malam tu... tapi sejarah menyaksikan yang menyebabkan PH berpecah adalah Atuk, bukan DSAI.

Ringkasannya oleh  Khairul Nizar
Minit 7 : TSMY sokong Tun kekal Pm
"13: SS emosi hentam Pkr
"17: Radzi Jidin hentam Pkr&sokong Tun kekal
"22: KS cadang Dsai dalam kabinet supaya kabinet kukuh
"33: Anthony Loke cadang Tun kekal dalam kabinet sewaktu peralihan Pm
"36: Azmin Ali hentam DSAI ,puji Tun,peralihan kuasa sebenarnya tak wujud,mempertahankan PM mengikut perlembagaan,tolak Usul Tun letak jawatan selepas APEC
"46: Saifuddin Nasution nafi Azmin,perli dulu nak kekalkan Pas dalam pakatan rakyat,sewaktu retreat Azmin Ali sendiri tak setuju Tun Pm7 sebab faktor umur
"57: Gobind Singh
"1:03:01: ZK backup Azmin
"1:09:50: Azmin&SS emosi dgn Gobind
"1:21:14:Azmin hentam Pkr,nyatakan sokongan dan kpd Tun "berikan ketaatan&kesetiaan kepada Tun"
"1:41:50: SS emosi dengan Khalid Samad
"1:48:09: Azmin Ali perli DSAI
":157:55: Anwar terangkan tak kalut jawatan PM, mungkin ada kerja dalaman yang nak jatuhkan PH
"2:05:20: Azmin persoalkan kenapa Tun x dikekalkan sehingga habis pru&adakah ini pengkhianatan kepada Tun
"2:06:06: Khalid Samad cakap kat Azmin "the real pengkhianatan is bawak masuk Umno,Pas dalam PH
"2:08:55: Tun kata akan resign lepas APEC
"2:16:35: Mat Sabu kata kalau semua nak buat keputusan ikut parti masing2,baik jadi pembangkang balik
"2:18:20: Serah semua keputusan kepada Tun. Utk PC bagi dia ada sekali dengan Tun untuk kukuhkan keputusan bersama
*Azmin Ali berulang kali nyatakan sokongan dia kepada Tun,tapi harini? Hahahaha...kitol pembelot
*Syed Saddiq terlalu emosi ,kesian kat dia
*Ni aku dapat dari wasap*

Kalah budak-budak tadika nya meeting


MEMBELA NAJIB ???


MILO KOSONG KAW

Perrgghh..

✓ Bukan main lagi sentap sibodoh Takiyuddin bila Tun M pertikai keputusan mahkamah dalam isu anak tiri Semah Mansur,bila mahkamah bersetuju melepaskan beliau jika beliau bersetuju membayar kpd kjaan sebanyak RM465.3 JUTA,walaupun beliau dituduh balong wang 1MDB sebanyak RM1.25 BILLION..
✓ Bukan main lagi dibodoh menuduh Tun M sebgai hipokrit walaupun apa yang dipertikaikan oleh Tun M itu ada asas yang kuat..


✓ Tapi bgaimana pula dengan status kamu yang terang-terang Mempersoalkan Kuasa YDPA,bila baginda memberi Pengampunan Penuh terhadap Dsai?Kamu bukan setakat persoalkan keputusan mahkamah,malah lebih teruk dan dashyat bila kamu Persoalkan Kuasa YDPA..


✓ Apa gelaran yang paling sesuai untuk kamu melainkan sebagai Penderhaka?
✓ Apa akan jadi jika yang Persoalkan Kuasa YDPA itu adalah pemimpin2 drp PH?
✓ Walaun bila kantoi dgn posting,biasanya akn cpt2 spin isu dan bawa lari jauh-jauh tajuk posting..Tak caya?tungguuuu..






KELANTAN BAWAH DAP



AKHIRNYA IDRUS HARUN MENGAKU


SHAHBUDIN HUSSEIN

Akhirnya, AG Idrus Harun tampil mengakui beliau yang bersetuju menerima representasi Riza Aziz setelah mendapat taklimat DPP yang mengendalikan kes berkenaan yang mengatakan AG terdahulu, Tommy Thomas turut bersetuju secara prinsipnya menerima tawaran tersebut.
Kenapa masih mengaitkan nama Tommy Thomas dalam persetujuan itu?
Adakah Idrus harus membuat keputusan berdasarkan persetujuan secara prinsip AG lama atau bersandarkan fakta serta prinsipnya sendiri?
Kalau benar Tommy Thomas setuju secara prinsipnya, mengapa penerimaan tawaran itu tidak dilakukannya semasa beliau menjadi AG lagi?
Setelah semalam menafikan beliau pernah setuju menerima representasi itu, rasanya pasti ada penafian seterusnya daripada Tommy Thomas mengenai hal ini.
Selepas ini kita tunggu pula penjelasan DPP, Gopal Sri Ram tentang isu ini...


Naib Presiden Pas terkena pukauan MCA, tertelan kail Umno

Naib Presiden Pas terkena pukauan MCA, tertelan kail Umno

MUHYIDDIN PM KERAJAAN MINORITI, BUKAN MAJORITI



1. Esok, Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting. Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Parlimen adalah simbol demokrasi berfungsi di Malaysia, sebuah negara demokratik, bebas, berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
3. Menjelang sidang Parlimen esok, persoalan yang masih menunggu jawapan ialah : Bilakah Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen?
4. Selagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum lepas dan belum lulus ujian Undi Tidak Percaya yang telah dikemukakan ke Dewan Rakyat dan diterima oleh Speaker, maka status Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti.Kabinetnya ialah kabinet kerajaan minoriti.
5. Sebuah kerajaan minoriti hanya bersifat sementara keabsahannya (legitimacy).Muhyiddin mesti dalam masa yang segera pada peluang yang ada membuktikan beliau mempunyai cukup ahli parlimen menyokongnya untuk menunjukkan bahawa kerajaannya adalah sebuah kerajaan majoriti, hatta dengan majoriti yang mudah seramai 112 orang sahaja.
6. Muhyiddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 berdasarkan peruntukan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘’Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;’’
7.Ukuran standard yang diguna pakai dalam Perkara 43 (2)(a) itu ialah ukuran subjektif bukannya objektif. Perkataan di dalam peruntukan Perlembagaan itu ialah ‘’ pada hematnya mungkin..’’
8.Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kerajaan minoriti mesti melalui satu ujian objektif iaitu menghadapi dengan seberapa segera usul Undi Tidak Percaya yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana usul tersebut telah diterima oleh Parlimen sebagai satu usul Dewan Rakyat.
9. Bolehkah Muhyiddin Yassin bersandar keabsahan (legitimacy) kerajaannya hanya kepada alasan bahawa beliau telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(a)? Dengan rendah hati, penuh hormat dan beradab jawapan saya ialah: Tidak boleh.
10. Mengapa tidak boleh? Jawapan kepada soalan ini adalah penting. Malaysia ialah sebuah negara demokratik yang mengamalkan dwi-fungsi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan Sistem Raja Mutlak (absolute monarchy).
11.Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan itu merupakan pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa institusi raja di Malaysia. Tetapi kuasa itu tidaklah lengkap dan tidak mutlak dalam soal perlantikan seorang Perdana Menteri.
12. Mengapa saya berhujah demikian? Kerana dengan jelas Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal berkenaan Keanggotaan Dewan Rakyat iaitu: ‘’ Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.’’ Perkataan kunci di sini ialah perkataan ‘’dipilih’’. Dipilih bermaksud dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya melalui peti undi.
13. Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan itu adalah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa rakyat. Demokrasi Berparlimen adalah demokrasi yang lahir dari peti undi dan pilihanraya.Kuasa rakyat yang sebenarnya memilih kerajaan.Kuasa rakyat juga seperti kuasa raja adalah suatu institusi yang diiktiraf oleh undang-undang dan Perlembagaan.
14. Sebagai seorang ahli Parlimen secara ikhlas dan jujur saya menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menyelesaikan krisis perlembagaan ini yang menyentuh keabsahan kerajaan pimpinannya. Lagi cepat lagi baik supaya krisis perlembagaan ini tidak berleret-leret yang akan merugikan rakyat dan negara. Sebagai suatu Bangsa Malaysia dan sebuah negara Malaysia yang kita sayangi, maka kita perlu segera bangun dan bergerak ke hadapan.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Ahad 17 Mei 2020



(function() { var d = document, w = window; w

MGNews: Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Dan Liwat Bayi 9 Bulan