KENAPA AKU SETUJU DAP DARI MCA



AHMAD NIZAM


1. DAP bersama dalam PH dan parti saya juga dalam PH. Kami ada perjanjian bersama. Anggota PH mestilah sama-sama sokong PH. Itu tak pelik. Hubungan bersama yang sah dan rasmi. Yang pelik ialah bila parti pak lebai kempen untuk Umno dan MCA. Mereka tidak ada sebarang perjanjian. Penubuhan Muafakat Nasional pun tidak pernah didaftarkan. Jadi, hubungan mereka tak sah. Itu sepatutnya yang pelik dan wajar dipersoalkan.

2. Saya sokong DAP sebab saya tak nak MCA menang. Kalau DAP kalah, yang menang adalah MCA. Nak tunggu parti pak lebai bertanding kerusi DAP, memang takde laa. Cakap je besar, tapi penakut pahit. Parti MCA ini pada saya jauh lebih jahat berbanding DAP. Bayangkan kalau MCA ada 42 kerusi Parlimen macam DAP sekarang ... mesti naik tocang giler. Ada 2 kerusi pun habis jawatan penting depa sapu. Dengan 2 kerusi tu pun dia berani hina hukum hudud. Dengan 2 kerusi pun dah berani sergah orang tak tentu pasal. Bayangkan kalau MCA ada 42 kerusi. Mau dilempangnya pak-pak lebai tu.

3. DAP adalah parti berbilang kaum. Saya memang tak akan menyokong apa-apa parti perkauman yang hanya dianggotai oleh kaum atau penganut agama tertentu sahaja. MCA adalah parti perkauman. MIC adalah parti perkauman. Daripada sokong MCA atau MIC, tentulah lebih logik untuk saya sokong DAP.
4. DAP adalah parti politik yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara. Maknanya, DAP bukan parti yang merbahaya kepada negara. Kalau DAP parti yang merbahaya, tentulah ia sudah diharamkan. Hakikatnya DAP adalah sama macam parti-parti lain juga dari sudut undang-undang dan perlembagaan negara.

5. DAP tak jual hukum agama untuk kepentingan kuasa politik. Adalah satu kecurangan paling besar bagi mana-mana parti politik yang menunggang agama untuk kepentingan politik.
Jadi ... apa masalahnya saya sokong DAP. Bukan berdosa pun. TGNA pernah sokong DAP. Ust Fadzil Noor pernah sokong DAP. Hj Hadi pun dulu pernah jadi barua DAP. Muhyidin pun sama. Mereka tak pernah mengaku salah, bertaubat, atau minta maaf pun.


No comments: