Pemimpin Pas jadi Menteri Besar Kedah baharu

Pemimpin Pas jadi Menteri Besar Kedah baharu



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 dan majlis pelantikannya akan berlangsung hari ini.
Beliau adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah dan menduduki jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah pada masa ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini.
Katanya, baginda turut memperkenan peletakan jawatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Terdahulu, Muhkriz mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam DUN Kedah.
Pada 12 Mei lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk daripada Bersatu.
Sokongan itu terdiri daripada 15 ADUN daripada Pas, Bersatu (4), Umno (2) dan dua bekas ADUN PKR.

No comments: