SHAHBUDIN HUSSEIN
Akhirnya, AG Idrus Harun tampil mengakui beliau yang bersetuju menerima representasi Riza Aziz setelah mendapat taklimat DPP yang mengendalikan kes berkenaan yang mengatakan AG terdahulu, Tommy Thomas turut bersetuju secara prinsipnya menerima tawaran tersebut.
Kenapa masih mengaitkan nama Tommy Thomas dalam persetujuan itu?
Adakah Idrus harus membuat keputusan berdasarkan persetujuan secara prinsip AG lama atau bersandarkan fakta serta prinsipnya sendiri?
Kalau benar Tommy Thomas setuju secara prinsipnya, mengapa penerimaan tawaran itu tidak dilakukannya semasa beliau menjadi AG lagi?
Setelah semalam menafikan beliau pernah setuju menerima representasi itu, rasanya pasti ada penafian seterusnya daripada Tommy Thomas mengenai hal ini.
Selepas ini kita tunggu pula penjelasan DPP, Gopal Sri Ram tentang isu ini...