Senator Yusmadi Yusoff berpandangan sidang Parlimen sehari pada 18 Mei dengan hanya titah Yang di-Pertuan Agong tanpa mengadakan sesi seterusnya menyalahi peraturan mesyuarat dan perlembagaan persekutuan. Sebarang keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen perlu diusulkan terlebih dahulu dan keputusan Perdana Menteri boleh dicabar di mahkamah.