‘Sanggup bunuh kawan baik, negara dijajah’
Lieutenant General British, Sir Frederick Stanley Maude, telah ditugaskan menakluki Baghdad pada tahun 1917.
Setelah tiba di Iraq bersama angkatan tenteranya, dalam perjalanan menuju ke Baghdad, dia bertemu dengan seorang pengembala kambing. Dia mengarahkan pembantunya menghadiahkan sekeping wang syiling kepada pengembala tersebut dengan syarat pengembala itu sanggup menyembelih seekor anjing yang ada bersama dengannya.
Anjing adalah binatang yang sangat penting untuk seorang pengembala kambing. Ia membantu menjaga ternakan tersebut daripada musuh seperti serigala atau pencuri. Tetapi, nilai sekeping syiling waktu itu, mampu membeli seekor kambing.
Pengembala itu bersetuju dan serta merta menyembelih anjingnya di hadapan General tersebut.
Selepas itu, General Maude berkata kepada pengembala,
” Saya akan memberikan kamu sekeping syiling lagi jika kamu sanggup melapah anjing itu. ”
Sipengembala menerima tawaran itu lalu melapah anjing yang telah disembelihnya tadi.
Kemudian General menawarkan pula syiling ketiga jika pengembala sanggup memotong anjing itu kepada empat bahagian. Pengembala juga pantas menyambut tawaran General tersebut.
Bahkan pengembala itu mengatakan, jika General sudi menambah sekeping syiling lagi, dia sanggup memakan anjing itu.
General berkata,
” Saya sebenar ingin tahu tentang sikap, perangai dan budaya anda dan masyarakat anda di negara ini. Sekarang saya telah memahaminya, bahawa dengan hanya 3 keping syiling, anda sanggup membunuh anjing yang merupakan rakan karib, pembantu setia, serta yang telah banyak berjasa kepada anda. Bahkan, anda sanggup memakannya dengan tambahan satu syiling lagi. Terima kasih, itu sahaja yang perlu saya tahu dan pastikan. ”
Kemudian General Maude berpaling kepada tenteranya seraya berkata,
” Selagi mana sikap, cara berfikir dan perangai masyarakat di sini sama seperti pengembala ini, maka selagi itu mudahlah kita menjajah dan menguasai mereka. Kita tidak perlu malu atau takut kepada sesiapa kerana dengan syiling yang kita ada, kita boleh membeli sesiapa sahaja! ”
Moral of the story,
Sesebuah negara tidak akan merasa aman apabila para pemimpin, pegawai2 dan rakyatnya, sanggup menjual prinsip, agama, maruah, amanah, ahli keluarga, rakan2, bahkan apa sahaja yang boleh ditukarkan dengan sebuah vellfire, rumah, serta boleh memenuhi akaun bank simpanan masing2.