Tamrin Tun Ghafar
1. 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT.
2. Tarikh itu 2 tahun yang lepas, buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN sejak Merdeka 61 tahun dahulu.
3. Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru rakyat MENOLAK mereka.
4. Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan ROBOT, bertindak keras termasuk menangkap dan mendakwa sesiapa saja yang lantang menentang pemimpin - pemimpin yang terang - terang MEROMPAK harta negara/ rakyat.
5. Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.
6. Selain Tun Mahathir yang DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis 'Nothing To Hide' , polis juga pernah merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain - lain lagi.
7. Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dibuang begitu saja seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
8. Saya sendiri bersama rakan - rakan lain seperti Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.
9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun pada 23hb Februari 2020 mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy di zaman The Roman Empayar kira - kira 1000 tahun dahulu di mana Brutus dan rakan - rakan MENIKAM Julius Caesar sampai mati.
10. "Et Tu Brute ?" atau Kau Juga Brutus ?" - apakah soalan sama Tun terhadap Azmin yang dianggap sebagai ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT MENIKAM DARI BELAKANG?
11. Jika dikaji, rampasan kuasa itu tidak berlaku dalam sekelip mata, sebenarnya TELAH DIRANCANG lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO dan PAS - masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli - Ahli Parlimen.
12. Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM TUN DARI BELAKANG mereka telah menggunakan 'orang tertentu' sebagai 'pendinding atau alibi' seolah - olah orang inilah yang bertanggungjawab 'menjatuhkan' seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.
13. Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2 mesyuarat MPT BERSATU yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT SEDAR siapakah SEBENARNYA yang BERBOHONG - Tun atau Muhyiddin?
14. Sejak Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap - cakap KONONNYA Muhyiddin TIDAK BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.
15. Ramai juga yang bertanya :
i. Jika tidak berminat mengapa SANGGUP membawa BERSATU keluar dari Pakatan Harapan atau PH dan bergabung dengan UMNO dan PAS yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?
ii. Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU ke PH dan serahkan Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?
iii. Bagi MENENTUKAN kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri TIDAK TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli - Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO dan Parti - Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.
NOTA :
a ) Amerika Syarikat yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA mempunyai 18 orang Menteri sahaja.
b ) China dan India yang maju dan masing - masing mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.
c ) Jiran kita Indonesia hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.
16. Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri - Menteri baru terutama Menteri yang kurang cerdik dari Parti Lebai menyiapkan diri.
17. Atas desakan Ahli - Ahli 'Pembangkang' yang sebenarnya 'Kerajaan' , Speaker telah bersetuju membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN daripada hanya 1 hari ke 8 hari.
18. Atas SEBAB - SEBAB PENTING UNTUK RAKYAT dan PERLU DIBAHASKAN maka Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.
19. Difahamkan Menteri Undang - Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.
20. Tiba - tiba tanpa ambil kira penerangan Menteri Undang - Undang kepada wakil PH, ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI, Speaker TERPAKSA menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA bagi mendengar Titah Yang DiPertuan Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.
21. Memandangkan berkemungkinan alasan wabak COVID 19 ini boleh menjangkiti mana - mana Ahli Parlimen dan mungkin terkena pada YDP Agong sendiri, maka YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara 'LIVE' - YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.
22. Adalah AMAT ANEH Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK Speaker dan pegawai - pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai 'face mask' semasa berucap dan hadir nanti.
23. Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.
24. Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti hadir lebih awal begitu besar sedangkan rakyat TERPAKSA menunggu ehsan bantuan Kerajaan.
25. Persoalannya JIKA MUHYIDDIN YAKIN PUNYAI SOKONGAN KUAT DI PARLIMEN, MENGAPA BERDOLAK DALIK TAKUT BERHADAPAN DENGAN UNDI TAK PERCAYA ?
Wassalam
Terima Kasih.