LAWATAN KERJA KE LONDON.



 Memulakan lawatan kerja di London, UK dengan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer sambil menyatakan penghargaan atas jemputan ke sini dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang mencakupi pelbagai bidang.











Kami senada dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga, dan kecerdasan buatan dan turut membincangkan penyelesaian isu Gaza.


Hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.


Memandangkan ini adalah lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu.



I began my working visit to London, UK, with a constructive bilateral meeting with my esteemed counterpart, Keir Starmer. 


I expressed gratitude for the warm invitation, which presents us with a valuable opportunity to enhance the relationship between our two nations across a range of vital sectors.


We concurred on the importance of deepening our strategic cooperation in education, economy, energy, artificial intelligence and defense, and engaged in meaningful discussions regarding potential solutions to the ongoing Gaza issue.


#MalaysiaMADANI



MADANI,STR Dan SARA





STR 4 FASA dapat selang 4 bulan.SARA tiap2 bulan dapat RM 50.Kalau tak undi PHBN lagi PRU16 memang kufur nikmatlah pengundi2 tu nanti.Sekarang RM 50 BUJANG,ISI RUMAH RM 100 6 bulan pertama 2025,6 bulan last 2025 ISI RUMAH di beri RM 200 SEBULAN dapat banyak itu.STR lagi.Selepas kekalkan PHBN sebagai kerajaan pusat jumlah ini akan pergi sehingga RM 300 sebulan bagi yang BUJANG untuk SARA,STR sekarang pun RM 600 waktu itu nanti boleh jadi sudah cecah RM 1200.Isi rumah lagilah banyak berbanding jumlah sekarang.


Tahun 2024, SARA, bantuan kewangan bulanan cuma di beri kepada yang berdaftar dalam eKasih.Tahun 2025, hasil pengurusan kewangan baik kerajaan perpaduan,penerima STR bukan eKasih pon dapat bantuan bulanan.Semoga dapat bantu meringankan beban.3 kategori pertama akan terima penuh untuk setahun

2 kategori seterusnya akan terima 9 bulan sahaja.Ada yang ketawa kat FB bila tengok bayaran RM50 tu.Dia ingat RM50 tu dapat sekali je.Dia punyala lembab otak tu tak reti nak faham table yang mudah macam gambar no 4 ini.


Anda mahukan bantuan maksimum dan yang terbaik untuk diri dan keluarga?MADANI PHBN pimpinan Anwar Ibrahim ialah jawapannya PRU16 nanti.




WOIII... BANYAK TU HEBAT LA.



 Target jumlah untuk kutipan derma untuk mastura bayar saman fitnah lagi banyak dari ni la wei. 🤔




RUMUSAN LAWATAN PMX KE UAE

 


JADINYA....


RMS


 Jika betul seperti laporan media ni, bermakna Najib dan Jho Low adalah rakan kongsi BUKAN seperti dakwaan dia sebelum ini, kononnya ' Jho Low tipu saya'




DIA MEMANG MUDAH LUPA.

 RMS


Perjanjian air antara Malaysia dan Singapura boleh disemak semula setelah 25 tahun, ketika itu Mahathir yang jadi Perdana Menteri, tapi dia tak semak, skrg merapu rapu nak salahkan kerajaan hari ini.




KEKALKAN


 RMS


Kerajaan Wilayah Sarawak menghargai  kenyataan YAB Perdana Menteri yang dibuat ketika di Abu Dhabi  pada Selasa lepas.


*Yang penting kena balance, kekalkan gentleman agreement yang telah terjalin selama ini.




APA ITU QAZAF?


Che Ibrahim. 


Keputusan mahkamah wpun oleh 100 Hakim atau lebih, keterangan pendakwa atau apa apa pembuktian kes tidak boleh sama sekali membatalkan firman Allah dalam dalam ayat ke 4 surah Annur yang mensyaratkan tuduhan Zina (termasuk liwat) hendaklah dengan keterangan 4 Saksi lelaki. 

Tanpa keterangan 4 saksi, ianya dianggap qazaf.




Pelaburan KWSP Dalam MAHB Untuk Sokong Pembayaran Dividen

 


KWSP berkata keputusan terkini untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium itu mencerminkan rancangan strategik jangka panjang yang berasingan untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan. Foto MAHB

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.

Aktiviti dagangan ini menyokong matlamat pelaburan KWSP yang lebih luas dan bertujuan untuk menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP berkata keputusan terkini untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium itu mencerminkan rancangan strategik jangka panjang yang berasingan untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.

Sebagai institusi yang komited terhadap tadbir urus yang baik, KWSP juga melaksanakan polisi “Chinese Wall” bagi memastikan pengurus dana tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat penting yang tidak didedahkan kepada umum, seperti tawaran pengambilalihan yang mungkin berlaku.

“Polisi ini bertindak sebagai penghalang maklumat antara jabatan yang berbeza dalam KWSP, menghalang pendedahan maklumat material yang tidak didedahkan kepada umum dan mengekalkan integriti aktiviti pasaran,” katanya.

KWSP, seperti kebanyakan pelabur institusi besar lain yang mempunyai polisi “Chinese Wall”, memisahkan pasukan yang menguruskan kerjasama strategik atau urusan sulit dengan pasukan yang mengurus pelaburan dalam ekuiti awam.

Polisi itu menetapkan sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat material yang tidak didedahkan kepada umum dan pasukan yang terlibat dalam pasaran awam.

“Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh pengurus dana adalah berdasarkan maklumat yang tersedia kepada umum sahaja, mengelakkan sebarang kelebihan tidak adil atau dagangan orang dalam.

“Langkah ini melindungi integriti operasi KWSP dan mengekalkan kepercayaan terhadap amalan tadbir urusnya,” katanya.

KWSP menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, apabila syarikat tersebut disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.

Selama 24 tahun, KWSP telah menguruskan pelaburannya dalam MAHB berpandukan rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti bagi memastikan pulangan yang optimum untuk ahlinya.




Lawatan PM Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia-UAE Tetapi…

 


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) pada Isnin mempererat kerjasama antara ASEAN dan OIC. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 15 Jan – Usai sudah lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Abu Dhabi dan Dubai bukan sahaja berperanan dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terjalin sejak Anwar hadir buat pertama kali sebagai Perdana Menteri pada 5 Oktober 2023.

Rupanya, secara tidak disedari, lawatan Anwar kali ini juga memperkukuh peranan Malaysia dalam mempereratkan sinergi kesatuan negara-negara Islam di peringkat antarabangsa terutama sekali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Sebagai penyokong kuat Gaza dan rakyat Palestin, Anwar mengambil kesempatan memposisikan kedudukan dan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dengan membawa suara rakyat tertindas dalam platform antarabangsa seperti Minggu Kelestarian Abu Dhabi 2025 (ADSW 2025).

Selain mengadakan perbincangan dengan pemimpin UAE termasuk Presiden merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di ADNEC Center, terdahulu Anwar turut diterbangkan ke Dubai sejauh 150 kilometer dari Abu Dhabi bagi mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bercakap pada sesi Prime Ministerial Dialogue sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi (ADNEC) pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Rata-rata warganet terkesima dengan sambutan yang diberikan Kerajaan UAE terhadap Anwar yang bersungguh-sungguh menjemput beliau menghadiri ADSW 2025 dan menyampaikan pidato bertajuk ‘ASEAN’s Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity’.

Lebih 50,000 peserta terdiri daripada pemimpin negara, pemain industri, pembuat dasar serta delegasi dari 175 buah negara mendengar pidato Anwar di hadapan Sheikh Mohamed bin Zayed termasuk Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) pada Isnin mempererat kerjasama antara ASEAN dan OIC. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu puluhan pemimpin benua Afrika seperti Presiden Kenya William Ruto, Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu, Presiden Rwanda Paul Kagame, Presiden Seychelles Wavel Ramkalawan, Presiden Uganda Yoweri Museveni turut hadir bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Perdana Menteri Albania Edi Rama dan Perdana Menteri Finland Petteri Orpo.

Persidangan yang diadakan di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) itu sarat dengan kupasan pelbagai isu serantau dan global, terutamanya dalam konteks kerjasama ekonomi dan perdagangan, yang menjadi fokus utama di peringkat global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Uganda Yoweri Kaguta Museveni di ADSW 2025 di mana kedua-dua pemimpin bersetuju melonjakkan lagi sinergi di peringkat ekonomi, perniagaan dan perdagangan serta pendidikan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Manakala selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar menekankan pentingnya kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN termasuk negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim, keselamatan, tenaga boleh baharu dan pembangunan mampan.

Malaysia, dengan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 serta negara anggota utama OIC, memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedua-dua blok ini untuk mencapai matlamat bersama.

Rumusan hasil lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 12 hingga 14 Januari 2025 selaku Pengerusi ASEAN 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Lawatan ini juga memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pelaburan dan kerjasama ekonomi, terutamanya dalam sektor-sektor seperti teknologi, tenaga boleh diperbaharui, dan kewangan Islam.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar pada Isnin mengadakan beberapa sesi pertemuan di luar ADSW 2025 antara tiga syarikat gergasi UAE seperti Dana Kekayaan Berdaulat merangkumi Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), Masdar dan Mubadala untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Arakian, lawatan Anwar ke UAE kali ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Malaysia untuk menjadi penghubung dalam memperkukuh hubungan antara negara-negara Islam, tetapi ia juga memajukan kepentingan ASEAN dalam pentas global sebagai peneraju kesatuan dan kerjasama serantau juga dapat direalisasikan.

“Alhamdulillah, lawatan saya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencapai matlamat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan persahabatan Malaysia-UAE.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia termasuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi ADIA iaitu Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan serta barisan kepimpinannya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Beberapa kerjasama baharu berjaya dimeterai termasuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan memperkasa inisiatif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia,” ujar Anwar di Facebook pada Rabu.

Mengakhiri lawatan sebelum ke United Kingdom (UK) pula bagi lawatan kerja lima hari, Anwar merangkumkan kejayaan pertemuan dengan Pemerintah UAE dan Dubai mencetuskan peranan lebih besar Malaysia mencipta peluang baharu buat ASEAN sesuai dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang Mulia Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia MADANI Artificial Intelligence (MMAI) antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan UAE Mohamed Hassan Alsuwaidi di Abu Dhabi pada Selasa. Foto Abu Dhabi Media Office

Sudah pasti Kepengerusian ASEAN 2025 yang sedang digalas bukan sahaja menuntut Malaysia menjadi jurucakap serantau tetapi berperanan memperkukuh hubungan dengan 57 negara anggota OIC

Kita tunggu apa pula hasil lawatan Anwar di London, UK; Brussels, Belgium dan Davos, Switzerland buat rakyat, negara dan ASEAN secara umumnya dalam seminggu dua ini.




KES ANWAR VS SAIFUL: ANTARA HUDUD, QAZAF, TAKZIR, DAN 'TRAVESTY OF JUSTICE', APA PILIHAN PAS?


MENJAWAB SETAN BERCAKAP





Oleh: Dr Ahmad Safwan Mohamad 


Kebelakangan ini ada muncul lagi insiden membangkitkan kes tersebut di kalangan masyarakat. Kalau dahulu ia dibangkitkan oleh kelompok yang memperjuangkan politik nasionalis, tetapi kali ini ia disambut pula oleh kelompok yang kononnya memperjuangkan politik Islam. 





Kalau dahulu, kelompok inilah yang memperjuangkan hudud dengan memberikan hujah bahawa setiap tuduhan zina atau liwat WAJIB membawakan 4 orang saksi yang adil, tetapi kini kumpulan ini jugalah yang mengatakan 4 orang saksi tidak diperlukan kerana hukuman telah dijatuhkan.


Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah hukum boleh bertukar kerana kedudukan dan politik?


Di sini penulis ingin mengulas dari aspek ilmiah dan aspek politik. Sejak kebelakangan ini, parti PAS sudah menjadi sebuah parti politik tulen, dan bukan lagi sebuah Jamaah Islam. Banyak insiden yang menunjukkan bahawa PAS lebih mementingkan politik berbanding mesej Islam yang sebenar. Di sinilah punca masalah ummat.


Umum mengetahui bahawa PAS amat sinonim dengan perjuangan Islam sejak dahulu. Pemahaman itu mengakibatkan orang awam terutama yang berada di kampung menganggap apa sahaja yang diputuskan oleh PAS adalah sesuatu yang selari dengan Islam. Dahulu, PAS memang mendahulukan Islam, dari segi kaedah istinbat hukum dan sebagainya. Namun kini kedudukan itu nampaknya berbeza.


Penilaian PAS lebih menjurus kepada kepentingan politik mereka. Sebagai contoh, PAS akan sedaya upaya mahu menjadikan parti mereka sebagai dominan. Di dalam Perikatan Nasional, kedudukan PAS dilihat mahu mendominasi PN adalah amat jelas. Atas sebab yang samalah maka mereka tidak mahu menyertai kerajaan Perpaduan, kerana mereka tidak mahu menjadi sebuah parti yang tidak dominan.


Ini bertentangan dengan prinsip musyawarah. Dalam konteks musyawarah, dominasi adalah sesuatu yang tidak boleh diamalkan. Garis panduan yang jelas ada di mana ada garisan yang tidak boleh dilanggari dalam mana-mana musyawarah. Namun kebebasan untuk bersuara adalah utama. PAS tidak boleh menerima konsep ini, yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan.


Maka berbondong-bondonglah kejian, makian, tohmahan, malah gelaran binatang, diberikan kepada Anwar Ibrahim , Pakatan Harapan, dan Kerajaan Perpaduan. Ini juga bertentangan dengan prinsip Islam. Islam tidak membenarkan cacian kepada sesama makhluk. Itu amat jelas. Namun PAS secara bebas melakukannya.


Berbalik kepada tajuk di atas, apakah sebenarnya yang berlaku?


Kes Anwar vs Saiful Bukhari ini adalah sangat jelas di mana ia adalah satu tuduhan yang tidak cukup bukti untuk disabitkan di bawah kesalahan Hudud. Ia tidak mempunyai 4 orang saksi yang adil. Maka secara asasnya, sesiapa sahaja yang melakukan komentar berkenaan isu ini boleh dikenakan kesalahan Qazaf, kerana mereka tidak mempunyai saksi yang layak.


Namun dalam kes ini, aduan itu dibuat oleh Saiful. Maka beliau tidak boleh dikenakan kesalahan Qazaf selagi ada ruang pembuktian. Maka dibawa kepada perbicaraan secara TAKZIR. Apabila dibawa kepada takzir, maksudnya di dalam konteks Malaysia, ia dibicarakan di bawah Mahkamah Sivil. Lagipun, di Malaysia, Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa untuk membicarakan kes berkaitan jenayah.


Kes bermula apabila Saiful membuat laporan polis pada bulan Jun 2008 mengatakan dia diliwat oleh DSAI. DSAI telah menafikan dan menyaman fitnah ke atas Saiful beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat. Namun kes tetap dibicarakan kerana wujudnya aduan tersebut.


Kes dibicarakan pada bulan Ogos tahun 2008 di Mahkamah Seksyen. Anwar mengaku tidak bersalah. Kata Saiful, dia diliwat pada 26 Jun 2008, pada jam 3.10pm-4.30pm (1 jam 20 minit). Pada November 2008, Peguam Negara memohon agar kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Perlu diingat bahawa Peguam Negara ketika itu adalah ketika Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri DS Najib Razak.


Anwar beberapa kali memohon agar kes tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, namun ia ditolak. Lalu perbicaraan bermula pada Feb 2010. Anwar juga memohon beberapa dokumen penting untuk perbicaraan, seperti sampel DNA, rekod kenyataan pegawai perubatan, dan sebagainya, tapi permohonan itu ditolak. Anwar juga cuba memanggil DS Najib dan isteri DS Rosmah untuk menjadi saksi, namun ia ditolak.


Akhirnya Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh kerana kebanyakan permohonan beliau ditolak oleh mahkamah. Apabila berada di kandang tertuduh, beliau tidak boleh disoal balas, bersesuaian dengan keadaan di mana permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting itu tidak diberikan. Ini menjawab tuduhan bahawa Anwar tidak berani untuk disoal balas, sedangkan segala permohonan beliau ditolak oleh mahkamah.


Apakah pula hujah Saiful ketika itu?


Saiful mengatakan bahawa beliau "dipaksa" untuk "diliwat". Selepas "diliwat", dia tidak mandi selama 2 hari dan tidak masuh duburnya "untuk menyimpan bahan bukti". Tiada saksi lain yang boleh membuktikan perkara itu. Tapi katanya ada "bukti DNA" di dalam duburnya...


Selepas diperiksa oleh 4 orang doktor, semua menyatakan "tiada kesan penetrasi" pada duburnya, malah "tiada tanda melawan" pada anggota badannya. Tiada luka lain. Semuanya nampak "molek", tapi ada DNA.


Pelik? Tapi itulah faktanya... Tiada penetrasi, tetapi ada DNA.


Walaupun begitu, mahkamah tetap teruskan perbicaraan berfokuskan pada "bukti DNA" dan "kredibiliti pengadu". Peguambela DSAI berhujah tentang kredibiliti sampel DNA itu. Bagaimana ia boleh berada di situ? Bagaimana ia diambil? Bagaimana sampel itu dijaga?


Akhirnya, Mahkamah Tinggi mendapati ada keraguan tentang pengendalian sampel itu. Macam mana ia boleh sampai ke dalam rektum itu, kita tidak pasti. Namun, mahkamah mendapati kredibiliti sampel itu diragui. Ketika itu, Tun Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri.


Mahkamah Tinggi ketika itu akhirnya membebaskan DSAI. Itulah faktanya... DSAI dibebaskan kerana ada kecacatan pada bahan bukti!


Kenapa PAS tidak mahu ambil kira keputusan mahkamah ini? Sekiranya mengikut SEMANGAT HUDUD dan QAZAF, maka sudah pasti sebarang keraguan yang ada sudah cukup untuk mereka tolak fitnah liwat ini...


Sebab itulah saya katakan, PAS sebenarnya adalah PARTI POLITIK, bukanlah Jamaah Islam. Mereka hanya memikirkan kepentingan politik mereka, manakala Islam hanya digunakan untuk membaluti keputusan politik tersebut....


Namun tribulasi tidak berhenti di situ. Rayuan oleh pihak pengadu dibawa ke peringkat atasan. Perbicaraan diteruskan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ketika itu, DS Najib Razak sudah menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah.


Di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, penilaian hanyalah dibuat pada keputusan hakim, dan bukan lagi pada bukti atau saksi. Mahkamah Rayuan dan Persekutuan tidak memanggil mana-mana saksi sama ada untuk disoalbalas atau sekiranya ada sebarang isu berbangkit. Dalam ertikata lain, ia bukanlah "perbicaraan semula" atau "retrial".


Mahkamah Rayuan dan Persekutuan telah memutuskan bahawa sampel DNA itu valid dan konsisten dengan Aduan pengadu. Itu sahaja. Bagaimana dengan proses keseluruhannya, ia tidak lagi dijadikan isu. Maka atas sebab itulah sahaja keputusan Mahkamah Tinggi ditolak dan DSAI dipenjarakan.


Banyak persoalan yang tidak terjawab. Bagi pihak mahkamah, persoalan-persoalan itu tidak penting untuk dijawab. Oleh sebab itulah juga DSAI dipenjarakan.


Antara persoalan yang tidak dijawab adalah:

- Tiada tanda penetrasi (sedangkan sampel diambil di dalam rektum)

- Tiada tanda melawan (sedangkan Saiful kata dia dipaksa)

- Pengendalian sampel yang dipersoalkan (walaupun hakim mengatakan ia menepati standard)


Kalau kita mengikut standard syariah, sekiranya ada keraguan dalam saksi sekalipun, kes itu akan digugurkan. Namun, oleh kerana kes ini dikendalikan oleh Mahkamah Sivil, maka ia masih diterima.


Apapun keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, ia tidak boleh menafikan bahawa:

1) Wujudnya keraguan berkenaan aduan

2) Wujudnya keraguan dalam integriti sampel

3) Wujudnya keraguan dalam aspek pemeriksaan fizikal

4) Mahkamah Tinggi pernah membuat keputusan membebaskan DSAI


Apabila kes dibawa ke pertimbangan Lembaga Pengampunan, Tuanku YDPA terus membuat keputusan, dengan melihat keseluruhan pengendalian kes, dan membebaskan DSAI secara mutlak (Pengampunan Penuh). Baginda menyatakan ia adalah satu "Penghinaan kepada Keadilan" (Travesty of Justice) (https://www.youtube.com/watch?v=fcTeXIED5pg). 


Dalam rekod video semasa pembebasan DSAI, pihak Jabatan Penjara secara jelas mengatakan, DSAI tidak bersalah dan tiada dokumen untuk ditandatangani, kerana beliau adalah orang yang tidak bersalah. (https://www.youtube.com/watch?v=f4SEdL-1BbA)


Kalaulah ada yang di kalangan pemimpin PAS yang konsisten dengan "SEMANGAT HUDUD", sudah pasti akan mengetepikan keputusan mahkamah tersebut. Inilah sikap yang diambil oleh ramai ulama muktabar dunia seperti Dr Yusuf Qaradhawi (https://www.youtube.com/watch?v=VQ186HVc4ss).

Begitu juga pendirian Tuan Guru Nik Aziz (https://www.youtube.com/watch?v=yiM6TuitRGQ).


Namun, pemimpin PAS pada hari ini sebenarnya bukanlah berminat dengan akhlak Islam mahupun ajaran Islam sebenar. Mereka lebih berminat untuk berkuasa untuk buktikan mereka kuat dan mampu menang. Itu sahaja. Caranya pelbagai, termasuklah dengan cara menipu, memfitnah, dan mengadu domba.


PAS perlu kembali ke jalan Islam yang sebenar. Kalau PAS masih tidak mahu bertaubat, maka Umat Islam wajib mengajar PAS supaya mereka kembali ke pangkuan Islam yang sebenarnya.


15/1/2025



MEMALUKAN MAT JARGON KANTOI MENIPU? LAGI KEMARUK JAWATAN PERDANA MENTERI!



Pernah berhujah bersandarkan surat layang berkenaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Wan Ahmad Fayhsal kini “mendapat khabar” pula tentang status lima Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAHB. Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa pihaknya mendapat khabar lima Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAHB telah ditamatkan kontrak. Walau bagaimapun, dia sendiri masih belum dapat mengenalpasti kesahihan khabar itu. “Setelah membantah penjualan saham MAHB dengan nilai yang disifatkan sebagai “tidak adil, tidak munasabah”, kami mendapat khabar 5 Ahli Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MAHB telah ditamatkan kontrak, apakah benar berita ini? “Kalau benar memang zalim!” kata Ahli Parlimen Machang berkenaan menerusi kenyataan semalam. Sehubungan itu, Wan Fayhsal mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat hal terbabit yang didakwa menjejaskan para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). “PAC perlu siasat dalang penjualan saham MAHB yang merugikan pencarum KWSP, KWAP, PNB serta aset pelaburan negara dalam Khazanah!” katanya. Dalam masa sama, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkenaan memberitahu beberapa NGO dan pencarum akan berhimpun menyatakan bantahan mereka kepada entiti-entiti kewangan rakyat terbabit. “Kami telah menerima persetujuan saksi-saksi daripada organisasi-organisasi ini untuk sedia memberi kerjasama melalui penyerahan bahan bukti, keterangan kepada PAC berkenaan kebarangkalian salah guna kuasa, penipuan (fraud) yang berlaku dalam transkasi penjualan saham ini,” tambah Wan Fayhsal lagi. Tahun lalu, Wan Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Julai. Keputusan yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul itu susulan tindakan pemimpin PN berkenaan mendakwa menerima surat layang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan penjualan sebahagian saham MAHB. Malah ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2024, lebih mengejutkan orang ramai apabila Wan Fayhsal secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan KWSP.



PROF KANGKUNG MENGAKU BUKU HANNAH TIDAK PERNAH DIHARAMKAN WALAU KETIKA P...


Seorang profesor sains politik mengakui di Mahkamah Tinggi semalam bahawa buku ditulis Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan diterbitkan lebih 10 tahun lalu tidak pernah diharamkan kerajaan. Dalam pemeriksaan balas, Kamarul Zaman Yusoff yang juga pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata beliau membeli buku Yeoh, ‘Becoming Hannah, A Personal Journey’, di Kinokuniya pada 2017. Ketika memberi keterangan dalam saman libel dikemukakan Yeoh berkait dua hantaran Facebook diterbitkan pada Mei tahun sama, Kamarul mengakui membuat dua hantaran itu dan bersetuju ia merujuk Yeoh, yang juga Ahli Parlimen Segambut. Beliau turut bersetuju hantaran melabel Yeoh ‘hipokrit’ dan ‘gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama ini adalah urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian maka tidak mengapa’. Kamarul menolak dakwaan peguam Sangeet Kaur Deo, mewakili Yeoh, bahawa Muslim di negara ini tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap kandungan buku tersebut. Namun, beliau bersetuju sama ada mufti, menteri undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa lain tidak mengambil tindakan terhadap buku itu, sejak ia diterbitkan pada 2014. Sangeet: Adakah anda bersetuju itu adalah kedudukannya, walaupun ketika PAS menjadi menteri undang-undang? Kamarul: Saya setuju. Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjadi menteri portfolio undang-undang pada Mac 2020 hingga Ogos 2021. Kamarul, yang mempunyai kecenderungan profesional melibatkan pembangunan parti politik negara, khususnya PAS, juga bersetuju Rafizi Ramli dan Saari Sungib menulis kata pengantar untuk buku itu dan tidak mempunyai masalah dengan kandungannya. Ketika itu, Rafizi menjadi naib presiden PKR yang kini menteri ekonomi, manakala Saari daripada Amanah merupakan bekas Adun Selangor tiga penggal. Kamarul yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada perdana menteri pada 2021 hingga 2022, menafikan dua hantaran dibuat memfitnah Yeoh. Katanya, ulasannya berdasarkan petikan daripada buku itu sendiri, bersifat fakta dan benar. Pendengaran bersambung di hadapan Hakim Aliza Sulaiman pada Khamis. Kamarul diwakili Khairul Azam Aziz. Yeoh memfailkan saman pada 2022, mendakwa kenyataan Kamarul menuduhnya ‘berdakwah mengenai agama Kristian, termasuk menyeru komuniti Kristian untuk terlibat dalam politik’. Beliau mendakwa Kamarul juga menuduhnya mempunyai ‘agenda Kristian’ dan mahu ‘menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian’. Yeoh berkata, ayat-ayat itu menyinggung, tidak benar sama sekali, dan berniat jahat untuk memfitnahnya. Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan daripada Kamarul.







TAHNIAH YB RAFIZI! MAKIN PANAS WALAUN! KHAIRY ATAU KJ SELESAI LAWAT BUKI...


Menteri ekonomi dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini. Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri. ============================================================================= Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan pihaknya selesai merakam keterangan Khairy Jamaluddin berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan untuk membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. Katanya keterangan daripada bekas menteri kesihatan itu dirakam petang tadi oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di studio Keluar Sekejap, Bukit Damansara di Kuala Lumpur. "Ya, polis telah selesai merakam kenyataan beliau petang tadi dan kertas siasatan dijangka dapat disiapkan dalam tujuh hari," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatApps hari ini. Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati tiga pegawai polis tiba kira-kira jam 4.40 petang diikuti Khairy 17 minit kemudian. Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit. Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan kira-kira jam 6 petang.






VP: AKMAL KATA HAM ITU BAB*. BERHATI-HATI DALAM BERKATA KATA

TEMUBUAL PMX DAN MEDIA DI ARAB-DUNIA MENGKAGUMI MALAYSIA DAN PMX! BAYANGKAN KALAU PMNYA ANTARA MEREKA P...



Sewaktu menyertai “Youth For Sustainability Forum” Di Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW), saya singgung kepentingan dan peranan para belia mahu pun golongan muda dalam mencorak masa depan dunia. Sambil memegang erat nilai-nilai manusiawi, golongan ini perlu pantas mengadaptasi perubahan teknologi termasuk kecerdasan pembuatan, keselamatan siber, tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar. Kekuatan mental dan fizikal adalah penting dalam menopang tantangan membentuk sebuah negara negara yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi mendatang. Usai, saya terus ke ADSW Summit Plenary dan menyampaikan suara Malaysia terkait masa depan ASEAN yang memerlukan kebersamaan jitu dalam mempromosikan rantau itu sebagai blok yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya. Malah, saya turut berkongsikan prakarsa Malaysia yang agresif dalam mempromosikan pembangunan ekonomi sejagat dan juga pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan. _ During my participation in the "Youth For Sustainability Forum" and the Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) Summit Plenary, I emphasized the vital role that young people play in shaping our global future. As we hold steadfast to our humanitarian values, it is essential for this generation to embrace and adapt swiftly to technological advancements in areas such as intelligent manufacturing, cybersecurity, green energy, and environmental sustainability.






Kita ada MITI pun Najib guna bantuan Jho Low. Ahaks


Zainuddin Omar


******* 

Najib Razak memberitahu mahkamah dia menggunakan bantuan Low Taek Jho (Jho Low) untuk membantu kewangan Malaysia walaupun mengetahui reputasi buruk ahli perniagaan dalam buruan itu.


Bekas perdana menteri itu menjelaskan di Mahkamah Tinggi Putrajaya petang ini mengapa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya ketika itu, Amhari Efendi Nazarudin dalam perjalanan ke China pada Jun 2016.


Dalam perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB hari ini, Najib berkata dia mendapatkan bantuan Jho Low kerana hubungan rapatnya dengan pegawai-pegawai China.


Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib menyoal Najib mengapa dia tetap menggunakan khidmat Jho Low meskipun mengetahui reputasinya yang kontroversi, seperti "imej seperti foto ahli perniagaan tersebut yang terlibat dalam pesta mewah bersama selebriti Hollywood."



Akram: Mengapa anda mahu Jho Low membantu Amhari?

Najib: Saya mahu bantuan untuk menjana kekayaan bagi Malaysia secepat mungkin. Dia mempunyai hubungan di China dan dengan demikian kita boleh gunakan dia tapi bukan untuk China selesaikan hutang 1MDB.


Akram: Anda menggunakan Jho Low untuk membantu Amhari di China?

Najib: Ya, selagi projek itu memberi manfaat kepada Malaysia seperti projek ECRL dengan China.

Akram: Anda dapatkan bantuan Jho Low

Najib: Ya

Akram: Kita ada duta di China, mengapa guna Jho Low?

Najib: Dia ada hubungan tertentu dengan pihak tertentu (di China), sebab itu saya perlukan bantuannya.


Bekas perdana menteri itu menjelaskan dia mahu Jho Low membantu Amhari mendapatkan sebanyak mungkin dana.


Sebelum ini, Najib menafikan dakwaan pendakwaan dia menghantar Amhari dalam misi rahsia ke China pada 28 dan 29 Jun 2016 supaya negara itu membantu menyelesaikan hutang syarikat pelaburan negara 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.


Amhari salah seorang daripada 50 saksi yang memberi keterangan terhadap Najib.


Pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu mendakwa Amhari seorang pegawai korup dan menerima rasuah daripada Jho Low.


6 tahun bicara

Pada 30 Oktober tahun lalu, Najib diperintahkan untuk membela diri atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.


Hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib berkaitan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).


Hakim mendapati Najib perlu menjawab tuduhan itu berdasarkan kekuatan keterangan 50 saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama enam tahun sejak 2019. Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.


Sejak keputusan prima facie itu, Najib telah memberikan keterangan membela dirinya terhadap pertuduhan jenayah 1MDB.


Tertuduh menegaskan dia tidak mengetahui sebarang salah laku dalam 1MDB dan mendakwa Jho Low serta anggota pengurusan syarikat sebagai dalang penggelapan dana 1MDB.


Najib juga bergantung pada pembelaan bahawa dia percaya akan menerima derma daripada kerabat diraja Arab kerana sumbangannya kepada dunia Islam.


Peguam Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan Najib.




SAMA SAMA KITA BANTU ADIK INI


Rosly  Yusof


 Adik Fauzi Ikhwan sepatutnya mewakili pasukan sepaktakraw Pulau Pinang di Sukma baru-baru ini tetapi sebulan sebelum bertolak ke Sukma Serawak beliau telah di kesan menghidapi kansel limfoma tahap 4 yang menyebabkan hasratnya untuk berbakti kepada pasukannya terpaksa di lupakan.



Ibunya terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya manakala bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pula terpaksa bercuti lagi banyak dari kerja kerana perlu menguruskan anak mereka ini untuk rawatan di hospital.


InsyaAllah pihak kami akan cuba bantu sebaik mungkin dan sangat berharap pihak Zakat dapat meluluskan dengan segera permohonan mereka kerana awal bulan depan adik Fauzi perlu mendapatkan rawatan di Hospital Ampang yang sudah pasti memerlukan kos perjalanan dan penginapan ibunya yang perlu manjaganya di sana nanti.


Yang baik hati untuk membantu adik Fauzi boleh hubungi saya 0105136533.