LAWATAN KERJA KE LONDON.



 Memulakan lawatan kerja di London, UK dengan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer sambil menyatakan penghargaan atas jemputan ke sini dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang mencakupi pelbagai bidang.











Kami senada dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga, dan kecerdasan buatan dan turut membincangkan penyelesaian isu Gaza.


Hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.


Memandangkan ini adalah lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu.



I began my working visit to London, UK, with a constructive bilateral meeting with my esteemed counterpart, Keir Starmer. 


I expressed gratitude for the warm invitation, which presents us with a valuable opportunity to enhance the relationship between our two nations across a range of vital sectors.


We concurred on the importance of deepening our strategic cooperation in education, economy, energy, artificial intelligence and defense, and engaged in meaningful discussions regarding potential solutions to the ongoing Gaza issue.


#MalaysiaMADANI