TAPI ADA SEKOQ LEBAI KATA PUAS HATI DENGAR DIA NI BAGI PENJELASAN



KUALA LUMPUR, JAN 15 - Bekas pegawai kanan 1MDB berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi bahawa sejumlah besar wang milik syarikat itu digunakan untuk membeli harta alih dan tak alih, termasuk barang kemas untuk Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak.



Memberi keterangan membela diri dalam saman sivil 1MDB terhadap bekas pengerusinya, Irwan Serigar Abdullah, dan dirinya, Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya menyedari pembelian itu selepas Jabatan Kehakiman AS (DoJ) mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa defendan dan aset.


Katanya, beliau kemudian mengetahui dana yang diperoleh 1MDB, termasuk daripada dua terbitan bon dan dua pinjaman, turut digunakan untuk membeli kapal layar mewah dan hartanah, termasuk sebuah hartanah didaftarkan atas nama Kassem Dean, suami penyanyi Alicia Keys.


Arul Kanda berkata, beliau kemudian mengetahui bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan rakannya Eric Tan adalah pemilik benefisial wang yang didepositkan dalam beberapa akaun bank.


#BeritaKS