Ariff Jamil
Gambar lama ini bukan sekadar nostalgia tetapi lambang sebuah persahabatan yang jujur, tulus dan penuh keikhlasan.
Antara Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi ada satu ikatan luar biasa umpama abang dan adik dlm sebuah perjuangan besar yang sama meskipun kemudian mereka mengambil laluan yg berbeza.
Pak Lah seorang negarawan yg tenang, berjiwa lembut dan mendalam dalam pemikiran.
Anwar Ibrahim , pejuang muda yg lantang dan penuh tenaga.
Mereka mungkin berbeza dari satu sudut namun mereka berkongsi nadi perjuangan yg sama iaitu reformasi nilai, keadilan sosial dan membina Malaysia yg lebih bermaruah.
Anwar Ibrahim membawa semangat reformasi ke seluruh pelosok rakyat dgn keberanian yg luar biasa.
Pak Lah pula memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, membina dasar² lunak untuk pentadbiran yg lebih beretika.
Mereka pernah seiring melangkah dalam UMNO, bahu-membahu menjulang reformasi dari dalam.
Anwar Ibrahim sebagai ikon gerakan reformis dalam pentadbiran, Pak Lah pula sebagai suara Islam Hadhari yg menekankan integriti dan tamadun.
Namun ketika fitnah menghancurkan Anwar Ibrahim pada 1998, Pak Lah tidak menyertai gelombang kebencian itu.
Beliau bahkan memilih untuk berdiam penuh hormat, tetap mengekalkan maruah dan tidak mencerca sahabatnya.
Di saat Anwar Ibrahim dizalimi dan ditahan, Pak Lah tidak pernah menghina. Malah beliau sering menasihati dgn cara yg paling beradab dan manusiawi.
Ketika Pak Lah menjadi PM, ramai menyangka beliau akan menyerang Anwar Ibrahim seperti pendahulunya, namun tetapi beliau memilih jalan yang lebih berakhlak.
Dalam dunia politik yg kejam, itu sudah cukup membuktikan jati diri sebenar Pak Lah.
Itulah keistimewaan hubungan mereka.
Politik tidak pernah membunuh hormat, dan perbezaan tidak pernah memadamkan kasih...
Pak Lah pergi disaat sahabatnya kini memimpin negara dgn berjaya...
Mereka dua wajah dalam satu cermin perjuangan. Satu menabur benih harapan, satu menyiram dgn kesabaran.
Dan keduanya menyatu dalam impian yang sama..
Malaysia yang adil, berakhlak dan berdaya saing.
Yang pergi tidak dilupa.
Yang tinggal terus menyala..
Semoga Pak Lah tenang dan aman dialam sana..
Dan semoga Anwar Ibrahim diberi kekuatan untuk menyempurnakan perjuangan yang mereka mulakan dahulu..