Rakaman video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan salam kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sorotan ramai.
Momen yang dianggap paling mahal itu buat pertama kali memperlihatkan Anwar berada dalam satu ‘frame’ dengan dua pemimpin yang pernah menjadi rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan sewaktu ketika dahulu.
Perdana Menteri kelihatan ramah menyapa Mahiaddin dan sempat mengusik kecil melihat kehadiran Azmin.
Tingkah laku dan akhlak ditonjolkan beliau menjadi bualan ramai pelayar internet.
Mereka menyifatkan ia momen paling mahal kerana keterbukaan PMX terhadap individu yang pernah mengkhianatinya dan parti.
Momen tersebut memcerminkan kematangan politik, perpaduan serta penghormatan terhadap tokoh negara tanpa mengira parti.
Satu lagi foto yang menjadi sorotan adalah ketika Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyapa bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Turut menjadi bualan, momen ketika Datin Seri Rosmah Mansor berpelukan dengan Tun Hasmah.
Jenazah bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada jam 2.26 petang semalam
Lebih 3,000 hadirin termasuk pemimpin negara, orang kenamaan, serta orang awam menyertai solat jenazah untuk negarawan itu yang disempurnakan di Dewan Solat Utama selepas zohor.
No comments:
Post a Comment