Razman kena gantung enam bulan dari DUN Perak


 

Pesuruhjaya Pas Perak yang juga Ketua Pembangkang, Razman Zakaria digantung daripada persidangan DUN selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta.


Difahamkan ia berkait dengan dakwaan fitnah dan kenyataan berbaur perkauman dalam sidang DUN tahun lepas.


Usul menggantung wakil rakyat Pas itu dibentangkan Ong Boon Piow (PH-Bercham) yang kemudiannya disokong Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup).


Menurut Sinar Harian, majoriti anggota DUN pada persidangan hari ini bersetuju terhadap usul memperakukan laporan jawatankuasa berkenaan.

Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol sebelum ini dikenakan tindakan selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 4 Disember 2024.


Pada 2 Disember tahun lalu, Razman memberitahu Dewan bahawa ada rakyat Malaysia telah menaikkan bendera China semasa acara diadakan di Teluk Intan pada 24 Oktober.


Sebelum itu beliau pernah mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah merasmikan acara berkenaan. Razman kemudiannya memohon maaf selepas diancam tindakan undang-undang.


Ini bukan kali pertama Razman menarik balik dakwaan terhadap pemimpin Pakatan Harapan. Banyak dakwaan beliau dibuktikan fitnah selain berdepan tindakan saman.


No comments: