VIDEO SPECIAL: AHLI TIBAI PRESIDEN PAS . DULU SAYA PAS. SEKARANG DAK LAGI.BUKAN MACAM NIK AZIZ.TAPI DOK SEMEJA AWAT TAK TEGUR?..






Pak Haji, mengaku lebih baik, kata Hanipa kepada Presiden Pas

Pak Haji, mengaku lebih baik, kata Hanipa kepada Presiden Pas


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyarankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengakui keadaan sebenar sikap dan tindakan Pas berhubung skandal 1MDB.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media mengenai sesi dialog presiden parti berkenaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) India di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.





















Berikut adalah komen dan ulasan Ahli Jawatankuasa AMANAH itu mengenai kenyataan Presiden Pas dalam sesi dialog berkenaan, yang beliau tulis dalam Facebooknya.

Hanipa Maidin
“Dia kata dia dan pemimpinnya juga bercakap tentang 1MDB di Parlimen. Dia juga kata parti suci adalah pembangkang yang menasihati, bukan hanya marah.
“Dia juga kata partinya juga menasihati MO1 secara tertutup. Dia kata parti suci bukan sahaja tegur MO1 di Parlimen tapi juga tegurnya secara bersemuka.
“Beliau juga kata PKR adalah opportunist dan tidak konsisten dan DAP pula chauvinist.
“Saya dok cari ada tak satu ayat daripada beliau berbentuk pengakuan salah, tak jumpa satu pun, semua orang lain yang salah.
“Tegur MO1 dalam Parlimen dan ada juga tegur 1MDB, maaflah, dengan orang yang tak tahu bolehlah, dengan kami yang selalu ada kat Parlimen kadangkala sampai lewat malam dan lewat pagi, jangan nak temberanglah.
“Isu 1MDB ini isu terbuka Pak Aji di dalam dan di luar negara. So tegurlah cara terbuka bukan tertutup kalau betullah ada tegur cara tertutup. Yang kami tahu secara terbuka Pak Aji bela MO1 dalam isu 1MDB. Tak payah nafilah, semua orang tahu.
“Satu lagi nak tegur dalam Parlimen kena selalu ada dalam Parlimen Pak Aji. Baru betul. Jika tidak selalu ada dalam Parlimen, lebih mulia kata begini dalam dialog tu “maaflah saya selalu tak hadir Parlimen, maka saya akui saya amat kurang tegur dalam Parlimen.” Tak mulia ke jika jujur?
“Kami pembangkang yang menasihati bukan marah. Tambahlah sikit Pak Aji, kami juga pembangkang yang hubbul berkecuali (suka berkecuali) sebab tu MO1 puji saya dalam TV.
“PKR opputunist dan tidak konsisten. Kami yang setuju dalam muktamar putuskan hubungan dengan PKR sebab tu kami masih tak malu masih duduk kat Kerajaan Selangor.
“Tu bukan opportunist. Kami yang mula-mula cadang Presiden PKR sebagai calon nombor satu MB Selangor, lepas tu tukar beberapa kali hingga satu ketika bagi semua nama calon MB Selangor dari parti suci kepada Istana. Itulah konsisten. Hangpa mana tahu.
“DAP chauvinist, dulu masa dalam Pakatan Rakyat (PR) tak pernah dengar tuduhan dari Pak Aji ke atas DAP. La ni sejak dah “berasmara dana” dengan parti sarkas dah dengar macam-macam tuduhan ke atas DAP. Hidup Pak Aji!”


PERSEMPADANAN SEMULA, TIGA PENJURU TAK JEJAS PH DI SELANGOR