Anwar Ibrahim: Isu Pengangguran Di Negara Kita Dan Bagaimana Kita Nak Selesaikan

Anwar Ibrahim: Bila Orang Tiada Fakta, Dia Jerit Babi Atau Baling Buku, Buku Untuk Baca Bukan Baling



Anwar Ibrahim: Mengulas Teguran Ramai Mengenai Kenyataan Bersama Dengan Tun Dr Mahathir Mohamad



MENUNDA SIDANG PARLIMEN MENJADIKAN RAKYAT TIDAK LAGI DIUTAMA, HANYA AHLI2 PARLIMEN KAUT LABA



Jika sidang Parlimen pada 18 Mei ini tidak dihadkan hanya untuk titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong saja, barangkali soal keabsahan Perdana Perdana akan dapat diputuskan pada hari tersebut.
Dengan yang demikian, sama Muhyiddin Yassin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau akan dijatuhkan, tiada lagi pertikaian mengenai sahih atau tidaknya kedudukan siapa juga yang menjadi ketua kerajaan selepas itu.
Kalau kekal, beliau selepas itu akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat jelata.
Begitu juga jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, penggantinya yang dipilih melalui undian di Parlimen juga akan dapat melaksanakan tugas demi rakyat dan negara tanpa banyak gangguan lagi.
Tetapi, disebabkan Muhyiddin begitu takut kehilangan jawatan berikutan sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya masih belum pasti, beliau telah tergamak menangguhkan sessi perbahasan pada 18 Mei ini ke sidang Julai akan datang.
Menggunakan kuasanya selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat, Muhyiddin telah menulis surat kepada Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk memaklumkan sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya terhad kepada titah perasmian saja.
Ini bermakna, selain perbahasan titah Yang Dipertuan Agong dianjakkan kepada sidang Julai akan datang, segala usul kerajaan dan usul pembangkang, termasuk usul undi tidak percaya yang telah diterima untuk dibentangkan, juga turut tangguhkan selama dua bulan lagi.
Ertinya, sehingga sidang Parlimen 13 Julai akan datang, walaupun Muhyiddin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, kedudukannya tetap diragui ramai.
Logiknya mudah saja, kalau betul Muhyiddin sudah cukup sokongan, tiada sebab beliau perlu menangguhkan sidang Parlimen daripada 9 Mac kepada 18 Mei dan kemudian sidang 18 Mei pula hanya dihadkan kepada titah Yang Dipertuan Agong saja.
Tidak pernah dalam sejarah negara sejak merdeka, sidang Parlimen hanya untuk perasmian dan titah Yang Dipertuan Agong semata-mata tanpa disusuli dengan sessi perbahasan.
Ini tidak lain menunjukkan Muhyiddin benar-benar takut dan negara kita tidak pernah mempunyai Perdana Menteri yang lebih penakut daripadanya.
Dengan menganjakkan sessi perbahasan kepada Julai yang juga bermakna usul undi tidak percaya terhadapnya teranjak sama selama dua bukan, tujuannya ialah agar Muhyiddin masih ada masa untuk menguatkan kedudukannya dengan cara menawarkan kedudukan dan jawatan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang dirasakan boleh “dibeli” jiwa mereka.
Demikian itu, dalam tempoh dua bulan akan datang, apa jadi kepada nasib rakyat yang memerlukan lebih pembelaan kerajaan kesan wabak Covid-19?
Sudah tentu, dalam tempoh dua bulan akan datang, bukan menjaga dan membela rakyat yang menjadi keutamaan Muhyiddin selaku ketua kerajaan, tetapi perhatian beliau lebih tertumpu kepada menjaga Ahli-Ahli Parlimen yang ada undi dalam usul undi tidak percaya terhadapnya.
Sementara Ahli-Ahli Parlimen sudah ada gaji dan elaun sebagai wakil rakyat, selain dijadikan menteri dan timbalan menteri, selebihnya diberikan pula jawatan menerajui GLC dan duta-duta rekaan yang semua bertaraf menteri.
Tidakkah semua ini membazirkan wang negara, sedangkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19 hanya nampak sipi-sipi saja?
Tidak mustahil juga, ada Ahli-Ahli Parlimen yang ditambah lagi tawaran jawatan jika mereka tidak puas hari dengan jawatan dalam GLC yang sudah diberi atau terus buat bising menegur sana dan menegur sini tentang kerajaan yang bermasalah ini.
Pokoknya Muhyiddin tiada kekuatan idealisme atau perjuangan bagi meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen untuk terus menyokongnya melainkan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan semata-mata.
Akhirnya, rakyat sentiasa dikebelakangkan dan teraniya, bukan saja sehingga sidang Parlimen Julai, bahkan sampai kepada ketibaan PRU15 akan datang, sebaliknya hanya Ahli-Ahli Parlimeb yang untung kerana dibelai dan dimanjakan oleh Perdana Menteri sepanjang masa.

(ShahbudinHusin 16/05/2020)

PARLIMEN RAKYAT: ADAKAH PELEPASAN RIZA AZIZ BUKA JALAN KEPADA NAJIB?

MASUK AKAL KE RIZA BUAT JENAYAH, PULANG BALIK DUIT TERUS LEPAS?

LIVE AWANI 7.45 16 MEI 2020



SPRM ???

HAMSINA HAMZAH

𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗚𝗔𝗞 ‼
'𝗗𝗘𝗔𝗟' 𝗱𝗴𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱a𝗽a𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗸𝗮 ‼
Langkah pertama usaha-usaha untuk membebaskan sekolompok 𝗞𝗟𝗘𝗣𝗧𝗢𝗞𝗥𝗔𝗦𝗜 daripada pertuduhan jenayah rasuah, ubah wang haram & salah guna kuasa sedang bermula..
𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡.. Kalau berjaya pulangkan semula sejumlah wang yang dirompaknya maka pertuduhan beliau akan gugur, tiada dihukum penjara atau sebagainya. Malah dibebaskan 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗣𝗨𝗡 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗣𝗔𝗞.
Yang herannya.. 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗥𝗜𝗭𝗔 𝗔𝗭𝗜𝗭 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗬AN𝗚 𝗗𝗜𝗥𝗢𝗠𝗣𝗔𝗞𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡, ini terbukti memang benarlah dia merompak duit rakyat..
Kalau dia tak merompak apa guna nak pulangkn semula duit tersebut kepada kerajaan ❓
NAMPAK TAK..

SEMOGA ANWAR TIDAK LAGI DITIPU ....


UNDANG UNDANG UNTUK YANG TAK BERDUIT



HAMSINA HAMZAH

𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗞𝗠𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗕𝗨𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗣..
Tak heranlah kenapa golongan yg bersekongkol dgn penyangak bermati-matian kekalkan kerajaan PN skrg..
Lps ni bolehlah si 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, 𝗥𝗼𝘀𝗺𝗮𝗵, 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱, 𝗔𝘇𝗲𝗲𝘇 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺, 𝗔𝗱𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝘀𝗼𝗿, 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗦𝗵𝗮𝗳𝗲𝗲, 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻, 𝗜𝘀𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗱 & 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝘀𝗹𝗮𝗻 yg hadapi pelbagai tuduhan jenayah merompak boleh lah '𝗗𝗘𝗔𝗟' 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗜 utk lepaskan diri dari segala pertuduhan jenayah dgn hanya pulangkan semula wang yg disamun.. settle
MUDAH BUKAN



HAAA...TEPUK....MASA ADA KUASA TAK MAU PIJAK MAMPOIH BUANG...LA KENA TINAS KAW KAW



TEUKU SYAFIRULLAH



Beginikah taraf seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ?

Siapa yang draf kenyataan media Menteri ini? Sangat tidak profesional tidak mengambarkan jawatan seorang menteri.

Kerajaan PN sedang ulangi kesilapan sama kerajaan PH. Good luck to you!



MELAYU PERLU BANYAK MEMBACA DAN BERFIKIR

Fb A Kadir Jasin

1. Kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang celik, mahu belajar dan tidak rela ditipu, saya merayu tolonglah membaca, mengkaji dan berfikir HB.

2. Cuba dalami pertelingkahan di antara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengenai kes pengubahan wang haram Riza Shahriz Abdul Aziz.

3. Thomas kata tidak ada "deal" (persetujuan) dengan tertuduh tapi Azam kata ada.

4. Pertuduhan kata, Riza membuat pengubahan wang haram sebanyak AS$248 juta atau bersamaan RM1.25 bilion.

5. Tapi dia hanya setuju bagi balik kepada kerajaan AS$107 million (RM465.3 juta) sahaja.

6. Kerana itu dia dilepaskan daripada tuduhan tanpa dibebaskan.

7. Masuk akal atau tidak?

8. Cuba fikir. Daripada filem "Wolf of the Wall Street" saja,  Riza dan kompani dia di Amerika buat kutipan "box office" AS$392 juta (RM1.7 bilion). Belanja mereka buat filem itu hanya AS$100 juta (RM435 juta). Maksudnya mereka buat lebihan/keuntungan sebanyak AS$292 juta (RM1.27 billion).

9. Itu tidak masuk harta dia yang lain yang disyaki dibeli dengan duit curi 1MDB.

10. Jadi nampak macam tak berapa masuk akal dia dilepaskan daripada pertuduhan dengan hanya membayar balik AS$107 juta atau RM465.3 juta.

Wallahuaklam.Terima kasih.



Anwar Ibrahim: 18 Mei Kita Akan Ke Parlimen, Pakatan Harapan Harus Memuliakan Institusi Diraja



Anwar Ibrahim: Belia Mesti Bertindak Atas Asas Kebenaran Dan Keadilan



1:11 / 4:12 #TunM #MuhyiddinYassin #MarzukiYahya SIAPA KUASA SAH DALAM BERSATU?






Lebih ironis, Marzuki mengingatkan: "Dan ingin saya jelaskan BERSATU TIDAK pernah menamakan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Justeru itu keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen BERSATU tidak boleh merubah ketetapan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi dan keputusan BERSATU tidak terikat dengan keputusan itu," tegasnya. Kenyataan Marzuki itu sebagai jawapan kepada dakwaan Ketua Penerangan BERSATU, Dr Mohd Radzi Jidin, bahawa keputusan membentuk PERIKATAN NASIONAL itu muktamad, dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir. Ekoran daripada rakaman audio itu, satu kumpulan sekurang-kurangnya 15 pemimpin dan ahli BERSATU dilaporkan menulis surat kepada Lembaga Disiplin bagi mendesak tindakan diambil terhadap Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan keluar daripada PAKATAN HARAPAN tanpa persetujuan parti itu.



MUHYIDDIN SEBAIKNYA TINGGALKAN BERSATU DAN KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO



Meneliti dua pendedahan rakaman audio setakat ini yang melibatkan usaha membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, jelas bahawa Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar, melakukan pembohongan dan bersikap curang demi kepentingan peribadinya.
Hakikatnya adalah jelas bahawa Bersatu tidak pernah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi parti untuk keluar daripada PH.
Walaupun melalui percaturan dan pembohongannya itu Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri, tetapi realitinya kedudukan Bersatu semakin tidak menentu dalam gabungan PN yang menjadi kerajaan sekarang ini.
Sementara UMNO dan Pas kian menekan Muhyiddin untuk mendapat habuan dan kedudukan bagi menguatkan kedudukan mereka menghadapi PRU15 akan datang, Bersatu sebaliknya semakin dipinggirkan.
Setelah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini mengatakan UMNO hanya ingin bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam PRU15 akan datang, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa pula berkata, pendaftaran PN tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa buat masa sekarang kerana tarikh pilihanraya masih lama lagi.
Ehhh…apakah masih lama lagi tarikh PRU15, sedangkan ia hanya tidak sampai tiga tahun daripada sekarang?
Kalau benar parti-parti yang bersama kerajaan mahu terus mengekalkan PN, kenapa mesti berlengah lagi untuk mendaftarkannya sebagai sebuah gabungan yang sah?
Tidak mahu mendaftarkannya secara tergesa-gesa atau UMNO sebenarnya tiada niat untuk bersama PN bagi tempoh yang lebih lama?
Selain UMNO dan Pas menampakkan komitednya hanya bersama MN, bukan PN, terdapat juga laporan bahawa arahan sudah diberi kepada pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara agar mereka hanya mengukuhkan hubungan dengan Pas saja bagi menghadapi pilihanraya akan datang.
Ini dengan lain kata bermaksud Bersatu perlu ditinggalkan begitu saja.
Blog ini sebelum ini pernah menyarankan agar, demi kelangsungan masa depan Bersatu, adalah penting kumpulan Tun Mahathir diberi kemenangan dalam pemilihan parti itu yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ia berikutan Tun Mahathir sudah menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu, maka memilih Muhyiddin sebagai Presiden hanya akan menjadikan parti itu menjadi parti dua nakhoda untuk tempoh tiga tahun akan datang lagi.
Dengan kedudukan sebagai parti dua nakhoda itu dan krisis dalaman yang berterusan kemudiannya, Bersatu akhirnya lebih mungkin dilenyek-lenyek oleh UMNO serta Pas dan Muhyiddin hanya dijadikan alat bagi kepentingan kedua-dua parti itu saja.
Sebaliknya, jika Bersatu dikuasai oleh kumpulan Tun Mahathir, ia boleh menentukan masa depannya dengan lebih baik melalui hubungan kerjasama semula bersama PH.
Tetapi, dengan perkembangan terbaru berhubung rakaman audio mesyuarat Bersatu yang dibocorkan, Muhyiddin bukan saja tidak layak lagi memimpin Bersatu, bahkan sebaiknya meninggalkan parti itu secara terhormat.
Muhyiddin pasti akan dipandang lebih buruk jika semakin banyak lagi pendedahan rakaman audio didedahkan kepada umum.
Bersama rakaman audlo itu dan pendedahan mengenai tingkah laku buruk dan talam dua muka Muhyiddin terhadap PH sebagaimana didedahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam tulisannya, Presiden Bersatu itu yang merupakan anak ulama dan pandai membaca doa, sudah hampir tiada harga lagi dalam erti kata menjunjung perjuangan dan menghargai persahabatan terhadap mereka yang pernah bersamanya ketika kesusahan.
Lebih daripada itu, sejak menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin juga bukannya memberi untung kepada Bersatu lantaran sanggup menggadaikan beberapa negeri yang dikuasai parti itu kepada UMNO.
Oleh itu, meninggalkan Bersatu adalah pilihan terbaik bagi Muhyiddin dan beliau bolehlah mulai menebas lalang-lalang bagi mencari jalan pulang semula ke pangkuan UMNO.
Lagi pun, bukankah Muhyiddin sendiri pernah mengatakan beliau adalah “totok UMNO?” 

(ShahbudinHusin 16/05/2020)


Sumbangan RM1 Juta: Pertemuan Zuraida dengan Syarikat ECK Development berlaku lebih dari sekali?

Sumbangan RM1 Juta: Pertemuan Zuraida dengan Syarikat ECK Development berlaku lebih dari sekali?


DI UK 33 RIBU MATI AKIBAT COVID, PARLIMEN BERSIDANG

BANTUAN HARI RAYA FELDA 2020 LEBIH RENDAH DARI 2019

Kisah Muhyiddin Yassin yang menghairankan (Bahagian II)


Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan Harapan diperakui. 
Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu (8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar. 
Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama saya menaiki jet peribadi. 
Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau. 
Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai menawar diri untuk membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup memberangsangkan. 
Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang sukar antara 2015 dan 2018.
Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya; hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya. 
Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan Naib Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.
Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun (2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya kesepian menyahut persoalan itu. 
Muhyiddin telah dikesan dengan penyakiti kanser pada Julai 2018. Saya menziarahi beliau di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Kali pertama saya pergi seorang, kali kedua saya mengikuti Guan Eng. Saya menganggap Muhyiddin sebagai sahabat berusia dan sangat bimbang dengan kesihatan beliau. 
Ketika beliau sedang beransur pulih, dalam kebanyakan pertemuan kami, beliau telah mengadu kepada saya tentang keinginannya untuk meletak jawatan. Penyakit tersebut telah mengubah perspektif beliau terhadap kehidupan.
Kebuntuan di Johor
Pada 24 April 2019, setelah Muhyiddin dan Dr. Mahathir bercanggah berkenaan pemilihan Mazlan Bujang sebagai ketua Bersatu di Johor, saya berjumpa dengan Muhyiddin di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri. Sekali lagi, beliau menzahirkan keinginannya untuk meletak jawatan kerana Dr. Mahathir tidak menerima pandangannya walaupun Johor merupakan negeri beliau. Muhyiddin merupakan pengerusi Majlis Pakatan Harapan Johor. 
Muhyiddin berasa kecewa tetapi tidak menghalang pelantikan Mazlan. Beliau beritahu kepada saya, menurut perlembagaan Bersatu, selaku presiden beliau mesti berunding dengan dan menerima keputusan pengerusi, iaitu Dr. Mahathir. 
Ketika mesyuarat-mesyuarat kami pada bulan-bulan seterusnya, beliau berulang kali menyatakan kekecewaannya terhadap pemilihan Mazlan Bujang oleh Pengerusi Bersatu. 
Pada 2 Syawal (6 Jun 2019), Muhyiddin telah memberitahu saya, beliau sudahpun hampir pulih daripada penyakitnya. Doktor beliau turut menyatakan perkara yang sama ketika majlis rumah terbuka anak lelaki Muhyiddin. Saya cukup lega menerima berita itu.
Imbas ke hadapan, pada bulan Oktober 2019. Percubaan untuk merampas kuasa oleh trio Azmin Ali, Hishammuddin Hussein, dan Hamzah Zainuddin telah menyemarakkan lagi api perkauman bagi pihak Melayu dan bukan Melayu. Usaha tersebut bertujuan mewujudkan satu  kerajaan gabungan perpaduan Melayu baharu tanpa melibatkan DAP dan Amanah. 
Muhyiddin sangat bimbang akan “perbezaan pandangan antara kita kerana perbezaan ideologi dan kepercayaan kian jelas sekarang’. Daya maju hubungan gabungan Bersatu-DAP sedang dipersoalkan dengan serius dan terdapat banyak tekanan daripada pihak yang agresif dalam Bersatu agar beliau bertindak menentang DAP.
Beliau menganjurkan makan malam kecil-kecilan antara pemimpin tertinggi Bersatu dan DAP pada 29 Oktober 2019 bagi mencari jalan menyelamatkan gabungan parti. Kedua-dua parti bersetuju bahawa naratif melampau Melayu dan bukan Melayu menyebabkan kita menderita di jalan tengah. Kita harus lakukan lebih banyak lagi untuk menyelamatkan gabungan ini.
Mesyuarat tersebut berjaya mengatasi cubaan rampasan kuasa pada Oktober oleh trio Azmin, Hishamuddin dan Hamzah yang menggunakan DAP sebagai momokan.  Tetapi kejayaan ini hanyalah untuk sementara.
Imej Pakatan Harapan tidak ditambah baik, terutama sekali apabila dimanipulasi pihak lawan dengan isu perkauman. 
Pada malam 16 November 2019, saya berada di bilik gerakan bersama Muhyiddin dan beberapa orang dalamannya untuk menyaksikan siaran langsung keputusan Piihan Raya Kecil Tanjong Piai. Muhyiddin yang kecewa mengatakan “ini lebih buruk daripada tsunami.”
Pergerakan mencurigakan, motif menghairankan 
Majlis Presiden Pakatan Harapan khas diadakan pada 23 November 2019 dengan satu agenda untuk membincangkan pembentangan oleh Muhyiddin sebagai ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya Pakatan. 
Beliau menggariskan beberapa cabaran politik yang berikut: 
  • Isu sentimen perkauman memberi kesan negatif terhadap PH
  • Orang Melayu menganggap PH dikuasai DAP
  • Orang Cina mengganggap PH dikuasai Bersatu dan Dr Mahathir
  • Isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan PH tidak stabil
  • Kabinet PH dilihat tidak cekap
Cadangan beliau buat Pakatan
  • Tangani isu kaum dan agama secara bijaksana dengan mengambil sikap yang lebih moderat dan berhemah
  • Kikis imej anti-Melayu DAP ; anti-Cina Bersatu
  • Kuatkuasakan tindakan disiplin terhadap ahli parti yang mengkritik sesama sendiri atau mengkritik pimpinan parti anggota yang lain
  • Tangani isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 secara bijaksana
  • Rombak kabinet supaya kabinet PH dilihat berprestasi tinggi  
Muhyiddin mencadangkan agar Pakatan berusaha untuk mencapai tahap penilaian penerimaan 60% dalam jangka masa setahun.
Selepas mesyuarat khas itu dan Parlimen masuk ke sesi rehat, Muhyiddin pun pergi ke luar negara pada akhir tahun bulan Disember dan beberapa hari pada bulan Januari. Dia kembali kelihatan sangat segar dan dalam keadaan sihat.
Mat Sabu bertemu Muhyiddin pada 22 Januari. Pertemuan mereka membuatkan Mat Sabu berasa sangat hairan. Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu kepada saya bahawa dia bimbang Muhyiddin mempunyai idea baharu yang bertentangan dengan prinsip asas Pakatan Harapan.
Nampaknya Muhyiddin memikirkan suatu bentuk pemerintahan perpaduan Melayu, dan beliau tidak lagi berminat dengan Anwar untuk menjadi PM berikutnya.
Pada 31 Januari 2020, saya dan Muhyiddin menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina di Grisek, kawasan Pagoh. Selepas itu, saya mengunjungi Muhyiddin di rumahnya untuk berbual panjang pada 5 Februari 2020.
Seperti biasa, beliau peramah dengan saya. Tetapi, saya dapat mengesan terdapat sesuatu perubahan dalam pandangannya. Bagi beliau, jika tiada perubahan dalam Pakatan, maka Bersatu akan kalah teruk untuk pilihan raya akan datang.  Saya memberi hujah untuk menyanggah pendapat beliau, mengatakan Bersatu akan dimamah hidup-hidup oleh UMNO dan PAS dalam gabungan penyatuan Melayu. Malah, rakan terbaik Bersatu ialah DAP kerana pertindihan kawasan adalah minima.
Pada hari itu saya pulang dengan suatu perasaan bahawa sesuatu yang aneh telah berlaku, sesuatu telah berubah dalam dirinya tetapi saya percaya beliau masih mempertimbangkan pilihannya.
Saya berpandangan bahawa dalam sosok tubuh itu masih wujud Muhyiddin yang terhormat, individu yang selalu melihat gambaran yang lebih besar dan bersedia untuk beralah dengan Dr Mahathir seperti pada tahun 2017. Saya telah berharap agar Muhyiddin yang berulang kali berfikir untuk berhenti itu tidak tergoda oleh kedudukan duniawi tetapi akan memikirkan legasinya.
Namun, beliau hanyalah manusia. Mungkin, godaan tersebut terlalu hebat sehingga beliau tidak dapat menahannya. Boleh jadi, kekecewaan beliau terhadap Dr. Mahathir, dorongan daripada trio Azmin, Hishammuddin dan Hamzah, dan cita-citanya sendiri untuk menjadi PM akhirnya membuat beliau cenderung  ke arah kudeta politik Sheraton pada 23 Februari 2020.
Saya sedih apabila sahabat lama saya yang berusia, Tan Sri Muhyiddin memilih jalan ini. Sikap baiknya ketika perlawanan epik menentang Najib sang kleptokrasi telah memberi laluan kepada gambaran perebutan kuasa tanpa keabsahan. Mungkin Dr. Jekyll telah bertukar  menjadi Mr Hyde. 
Terdapat beberapa pemimpin dan penyokong gabungan rapuh Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin sekarang kembali dengan taktik jahat lama mereka dengan memomok DAP dalam usaha mereka membakar kebencian antara kaum.
Saya ingin berpesan kepada sahabat lama saya yang berusia ini, Tan Sri Muhyiddin. Saya ahli DAP. Dalam empat tahun, dari tahun 2016 hingga 2020, setiap kali anda meminta pertolongan daripada DAP, kami tidak pernah mengecewakan anda,  kami lakukan semua perkara semana mungkin untuk membantu anda. Dengan memainkan sandiwara anti-DAP sebagai justifikasi kewujudan gabungan Perikatan Nasional, ini hanyalah menunjukkan hipokrasi. – Roketkini.com
*Liew Chin Tong adalah mantan Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor.