Saturday, May 16, 2020

MELAYU PERLU BANYAK MEMBACA DAN BERFIKIR

Fb A Kadir Jasin

1. Kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang celik, mahu belajar dan tidak rela ditipu, saya merayu tolonglah membaca, mengkaji dan berfikir HB.

2. Cuba dalami pertelingkahan di antara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengenai kes pengubahan wang haram Riza Shahriz Abdul Aziz.

3. Thomas kata tidak ada "deal" (persetujuan) dengan tertuduh tapi Azam kata ada.

4. Pertuduhan kata, Riza membuat pengubahan wang haram sebanyak AS$248 juta atau bersamaan RM1.25 bilion.

5. Tapi dia hanya setuju bagi balik kepada kerajaan AS$107 million (RM465.3 juta) sahaja.

6. Kerana itu dia dilepaskan daripada tuduhan tanpa dibebaskan.

7. Masuk akal atau tidak?

8. Cuba fikir. Daripada filem "Wolf of the Wall Street" saja,  Riza dan kompani dia di Amerika buat kutipan "box office" AS$392 juta (RM1.7 bilion). Belanja mereka buat filem itu hanya AS$100 juta (RM435 juta). Maksudnya mereka buat lebihan/keuntungan sebanyak AS$292 juta (RM1.27 billion).

9. Itu tidak masuk harta dia yang lain yang disyaki dibeli dengan duit curi 1MDB.

10. Jadi nampak macam tak berapa masuk akal dia dilepaskan daripada pertuduhan dengan hanya membayar balik AS$107 juta atau RM465.3 juta.

Wallahuaklam.Terima kasih.



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers