LUAHAN PENJAWAT AWAM




Assalamualaikum wbt

Saya seorang penjawat awam (PTD) yang telah berkhidmat selama 17 tahun.

Sebagai penjawat awam, kami berkhidmat untuk government of the day. Tak kiralah BN, PH mahupun PN.

Cuma nak meluahkan isi hati ramai rakan-rakan dalam perkhidmatan awam.

Bila PH menjadi kerajaan, asalnya ramai yang khuatir dengan menteri-menteri baru. Terutamanya daripada mereka yang sudah lama berada di pihak pembangkang.

Kami takut mereka akan membalas dendam dan memasukkan orang-orang mereka menggantikan penjawat awam sedia ada.

Memang menjadi lumrah setiap kerajaan akan meletakkan "orang sendiri" sama ada untuk melaksanakan dasar mereka mahupun sebagai "reward" kepada penyokong mereka.

Namun dalam 22 bulan, kami perhatikan menteri-menteri PH bukan sahaja tidak bertindak atas dasar dendam, malah ramai mereka mengurangkan protokol orang atasan yang sudah kian lama menjadi kebencian penjawat awam. Kita nampak menteri-menteri bergerak tanpa rombongan besar, penjawat awam tidak lagi dikerah beratur beramai-ramai berjam awal demi menyambut lawatan menteri, pegawai-pegawai mereka tidak berlagak menunjuk kuasa seperti zaman kerajaan dulu. Kalau dulu level pegawai khas saja pun boleh memekik pada ksu, kita nampak di bawah PH, ksu kembali berkuasa mentadbir kementerian. Agak mudah bekerja dengan menteri-menteri baru. Orang dalam akan nampak perubahan ketara.

Sekarang kerajaan tukar lagi. Asalnya ok juga sebab kita hormat pada tokoh-tokoh seperti Tan Sri Muhyddin Yassin. Namun 2 bulan saja kelakuan zaman bn sudah kembali. Pegawai-pegawai menteri kurang ajar dengan penjawat awam, menteri kena diusung macam bangsawan, pejabat menteri penuh tokeh-tokeh beratur bawa kertas kerja tiap-tiap hari.

Kami penjawat awam bukan macai, kami boleh menilai sendiri. Tapi apa-apapun kami tetap akan melaksanakan amanah kami. Cuma saya berharap kita jangan terlalu taksub dengan propaganda mana-mana pihak. Kami orang dalam lebih nampak benda-benda yang orang politik buat. Wallahualam.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

C@P.



No comments: