AMK KEMUKAKAN CABARAN KEPADA SPRM


OLEH:Amiruddin Ahmad

Bukit Mertajam-Ketua AMK Pusat Saudara Shamsul Iskandar telah melancarkan satu cabaran dan kempen terhadap SPRM berhubung dengan aduan Balasundramaniam terhadap pendedahan beliau yang di siarkan dalam media internet dan beberapa akhbar berhubung dengan pendedahan Bala mengenai keterlibatan dan kehilagan beliau selama ini.

Dalam 5 siri temuramah yang di diarkan dalam Bog Malaysia Today itu, Shamsul menjelaskan bahawa ianya tidak boleh di pandang ringan dan mahukan pihak SPRM menjalankan sisasatan dan pihak AMK menubuhkan sebuah badan bertindak terhadap aduan dan kes seperti ini tentunya menggemparkan seluruh rakyat dan ini boleh berlaku apabila satu siasatan di lakukan.

Menurut Sdr Sahamsul Iskandar yang juga merupakan ketua AMK Pusat, beliau akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri bagi melakukan penerangan dan juga laporan demi laporan berhubung dengan akuan yang di buat Bala ini dan berjanji akan membawa pihak yang terlibat sehingga satu kertas siasatan dibuka dan satu kenyataan yang munabasah dari pihak kerajaan terhadap kes ini di buka dan disiasat dengan seadil-adilnya.”Kita akan bertindak dengan menyerang habis-habisan dengan membuat laporan minggu demi minggu , bulan demi bulan mulai tarikh Bala membuat pendedahan dan apakah tindakan yang akan di buat SPRM dan juga Kerajaan dan kes ini adalah kes yang besar melibatkan individu yang besar dan kita juga akan menerangkan dari satu negeri ke satu negeri, menyerang habis-habisan dengan menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya”

BTN DI HAPUSKAN DAN DI PERBAIKI


Dalam satu kenyataan media yang sama juga bersempenan dengan perlantikan AMK negeri Pualau Pinang, beliau kemudiannya menjelaskan bahawa mahukan satu undian dibuat kepada rakyat , sama ada mahu di teruskan BTN dan di pihak AMK sendiri ditubuhkan sektertariat di perigkat parlimen bagi membincang,berdebat dan menilai semula program BTN ini.

Menurut Sdr Shamsul, beliau mendapat maklumat bahawa ada dikalangan pensyarah, dan pelajar yang dibuang dari kerja dan juga di berhentikan kerana tidak bersetuju dengan program yang di anjurkan kepada mereka.

“Ada sekreteriat khas Ada di kalangan mereka di buang kerja kerana tidak bersetuju dengan modul BTN, dan mana-mana pensyarah atau pelajar uiversiti dan mana tidak setuju usaha oleh kerajaan Malaysia yang lapok ini agar melaporkan kepada sekreteriat dimana kita mahu ianya di gantikan dengan modul yang baru seperti di Selangor dalam program spice untuk memberikan rakyat menyokong rakyat atau membaiki pulih program yang sudah lapok dan tidak relevendan digunakan sebagai agensi yang menyokong Umno/Bn semata-mata. .Cadangan ini juga akan di kemukakan kepada beberapa kerajaan negeri lagi supaya pakej biro tatanegara di hentikan di atas dasar ianya lapok dan usang dan ianya mungkin akan di cadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.”

Menurut YB Yusmadi pula apabila isu ini ditimbulkan di Parlimen , tujuan ialah pekara yang baik dan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat mendengar dengan penuh minat dan program Umno /Bn ini pastinya yakin anak-anak muda dan saya sendiri mangsa BTN dan seingat-ingat saya , saya dikatakan tidak boleh lulus dan menjadi graduan jika tidak menjalani Biro Tatanegara, jadi kami bersikap proaktif dan mahukan ianya di jadikan cadangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat agar dibaiki program ini di kalangan pelajar Universiti didalam kerangka PKR dimana persaingan tinggi,motivasi .


“ Asas BTN adalah asas yang salah dan seperti di Selangor “Spice” di Selangor dengan mengukuti saiz dan dalam PKR pendekatan ini tidak membawa kepada persaingan yang tidak baik tetapi saya telah mendapat mandat dan sektretariat yang ada di dalam kerajaan pakatan Ialah Spice .Walau pun ianya masih awal.Sekretariat akan mendapatkan maklumat dan mengunpulkannnya untuk kita bertindak”.





KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG AKAN BAHAS DALAM DEWAN

Manakala di kerajaan negeri pula ,menurut Dr Mansor, selaku TKM1 , menjelaskan kerajaan negeri akan mengukuti langkah kerajaan negeri Selangor dan ianya seriaus untuk mebincangkannya di dalam Dewan Undangan Negeri .

“Saya di fahamkan oleh YB Sim yang akan mengusulkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Isnin ini apabila persidangan bermula dan ini akan di bentangkan dalam dewan dan cadangan ini akan diusulkan dalam dewan , dan membuat cadangan kepada kerajaan negeri.Kita pandang perkara ini serius dan apa yang di bangkit kan oleh AMK hari ini, dan kita akan membuat sebagaimana dari kerajaan Selangor selepas mendapat sokongan dari dean undangan negeri Pulau Pinang.”

Menurt YB Sim , “saya di fahamkan di BTN dan semasa saya menuntut di Universiti dimana apabila saya berjumpa Hal Ehwal pelajar , dan saya di tolak ,dan dikatakan bahawa saya orang Cina dan ditolak sebagai seorang yang berbangsa cina dan menafikan hak saya untuk menyertai BTN danini tidak adil dansatu pembohongan Bn yang memupuk peraduan malah memecahbelahkan. Ianya satu slogan pembohongan dimana rakyat di dahulukan tetapi saya sebagai seorang yangberbangsa cina tidak dapat mengukutinya dan konsep ini BTN oleh Umno/Bn ialah komsep ketandusan idea dan cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan kita akan mengesyorkan agar di tolak.

DOA OF THE YEAR- NIK ABDUL AZIZ



Malaysia News(rate this video) (favorite this video) (subscribe this channel)Doa Tok Guru Nik Aziz Untuk Najib Razak dan Zahid Hamidi - Malaysia NewsKlip video ini adalah sedutan terakhir daripada klip video ini

( http://www.youtube.com/watch?v=HG4Ngn... ).

Sila ikuti siri lengkap kepada klip video ini dengan klik link-link berikut: 1/14: http://www.youtube.com/watch?v=2ch93U...

2/14: http://www.youtube.com/watch?v=Dl0SEP...

3/14: http://www.youtube.com/watch?v=Wqn4kQ...

4/14: http://www.youtube.com/watch?v=CGKb5I...

5/14: http://www.youtube.com/watch?v=58Qapg...

6/14: http://www.youtube.com/watch?v=TcNxlR...

7/14: http://www.youtube.com/watch?v=MxX6_b...

8/14: http://www.youtube.com/watch?v=3PZtpx...

9/14: http://www.youtube.com/watch?v=ONCudE...

10/14: http://www.youtube.com/watch?v=7yYf1E...

11/14: http://www.youtube.com/watch?v=ph9Dfd...

12/14: http://www.youtube.com/watch?v=PaR2tR...

13/14: http://www.youtube.com/watch?v=KZvmR8...

14/14: http://www.youtube.com/watch?v=HG4Ngn...

TERKINI : PERBICARAAN KES PENANTI


KES MAHKAMAH PILIHANRAYA KECIL PENANTI

Oleh Amiruddin Ahmad


BUKIT MERTAJAM-Mahkamah seksyen hari 30 hb mendengar perbicaraan kali ke 2 melibatkan Pengarah Pilihanraya Penanti yang juga Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh En Mohammad Hashim atau di kenali sebagai Pak Tam kerana melanggar akta 169 akta polis.

Kes yang melibatkan ceramah yang di katakan tanpa permit itu melibatkan 7 pertuduhan di mana dikatakan penceramah tidak mendapat permit.Menurut pihak pendakwa lagi kes akan di bicarakan secara berasingan, manakala pihak peguambela pula memohon kes dibicarakan sekaligus kerana melihatkan kes yang sama.


En Mohammad hashim dituduh atas kapasiti sebagai pengarah piliharaya bai pilihanraya kecil DUN Penanti.dalam pertuduhan beliau di pertanggungjawabkan atas kesalahan tersebut.Menurut Pak Tam ,kes ini Cuma kesilapan teknikal apabila senarai penceramah yang mendapat kelulusan, namun dig anti dengan orang lain kerana penceramah sebenar tidak dapat hadir.Beliau di wakili 3 peguam PKR iaitu Tuan Lim Boo Chang,Tuan Lim Boon seng dan P.Prabakaran.Mahkamah sesak dengan penyokong yang hadir.

Pilihanraya Penanti menyaksikan Dr Mansor Othman menang tanpa bertanding.Kali pertama dalam sejarah apabilai Umno tidak bertanding dalam pilihanraya kecil sejak meredeka.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN ALIRAN- Tegakkan kebebasan beragama serta toleransi, tegas presiden Aliran

Dr Khoo,Dr Mustaffa,Dr Endrew Area,Raphael Surin,Endrew Wong,Dr Soon,Anill Netto,Amiruddin Ahmad.
Dr Prema,Sorajun Hoda,Dr Francis,President(P Ramakrishnan),Leena Mohan dan Tan Cheng Liang.


Sunday, 29 November 2009 15:31

Dalam ucapan utamanya di MAT ini, Presiden Aliran P Ramakrishnan merakamkan perasaan kesalnya terhadap apa yang berlaku di negeri Perak yang melibatkan kontroversi pengambil-alihan pemerintahan negeri oleh parti BN daripada tangan Pakatan Rakyat ekoran dari ‘lompatan’ beberapa ADUN. Ini adalah satu tindakan politik yang membelakangkan kehendak majoriti rakyat Perak yang memilih PR pada pilihanraya umum 2008.

Di samping itu, Ramakrishnan juga menekankan peri mustahaknya hak dan kebebasan beragama serta toleransi dan hormat terhadap kepelbagaian agama dan perbezaan kepercayaan. Hal ini diketengahkan oleh MAT ekoran daripada isu ‘kepala lembu’ di Shah Alam tidak berapa lama dahulu yang mencerminkan tindakan dan sikap buruk dan merbahaya kumpulan tertentu.

MAT juga merakamkan keprihatinannya terhadap Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (MACC) yang telah dipolitikkan hingga menyebabkan penangkapan ‘ikan bilis’ lebih daripada ikan besar.

Sdr P Ramakrishnan telah dipilih sekali lagi sebagai presiden Aliran dalam mesyuarat agung tahunan (MAT) ke-33nya yang diadakan hari ini.

Mesyuarat pertubuhan hak asasi manusia ini juga memilih Dr. Francis Loh Kok Wah sebagai setiausaha kehormat, Dr. Mustafa K. Anuar sebagai penolong setiausaha kehormat dan Anil Netto sebagai bendahari kehormat.

Turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa eksekutif ialah Dr. Prema Devaraj, Andrew Wong, Dr. Soon Chuan Yean, Dr. Yeoh Seng Guan, Dr. Andrew Aeria, Leena Mohan, Sarajun Hoda bin Abdul Hassan, Amiruddin Ahmad, Dr Subramaniam Pillay dan Ch’ng Teng Liang .


Dr Francis Loh
Setiausaha Kehormat
29 November 2009


Uphold religious freedom and tolerance, urges Aliran President
In his keynote address to the AGM, Aliran President P Ramakrishnan expressed regret over what happened in Perak where the BN controversially took over from the Pakatan Rakyat following the ‘jumping’ of three state assembly members. This political development has effectively negated the wishes of the majority of the Perak people who voted the PR in at the 2008 general election.

Ramakrishnan also emphasised the importance of the right and freedom of religion as well as the need for all Malaysians to develop tolerance and respect for each other’s religions and difference in beliefs. This matter was brought up at the AGM in the wake of the ‘cow head’ incident in Shah Alam which was a most regretful and even dangerous move on the part of an irresponsible and racist group of people.

The AGM also expressed concern over the politicisation of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) which has resulted in its pursuit of many ‘small fries’ to the neglect of the big fish.

Ramakrishnan was re-elected president of Aliran at the 33rd annual general meeting of the human rights group today.

The AGM also elected Dr Francis Loh Kok Wah as honorary secretary, Dr Mustafa K Anuar as honorary assistant secretary and Anil Netto as honorary treasurer.

Also elected to the executive committee were Dr Prema Devaraj, Andrew Wong, Dr Soon Chuan Yean, Dr Yeoh Seng Guan, Dr Andrew Aeria, Leena Mohan, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Amiruddin Ahmad, Dr Subramaniam Pillay and Ch’ng Teng Liang .


Dr Francis Loh
Hon Secretary
29 November 2009

SOSIAL: TULISAN KALIMAH PADA DAGING


Kalimah Allah, Muhammad pada hirisan daging korban
SEORANG penduduk, Marzuki Taib menunjukkan gambar hirisan daging korban yang tertera kalimah Allah dan Muhammmad di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram, Johor Bahru, kelmarin.
JOHOR BAHRU 29 Nov. - Penduduk Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini terkejut apabila seketul daging korban yang diterima didakwa mengandungi kalimah Allah dan Muhammad.

Pengerusi surau taman berkenaan, Che Ahmad Safar, 58 berkata, pada mulanya, seorang penduduk menghiris ketulan daging tersebut untuk digoreng di rumahnya petang semalam.
Bagaimanapun katanya, ketika menghiris ketulan daging itu kepada enam bahagian, penduduk itu berasa pelik apabila ternampak urat lemak daging itu mempunyai kalimah tersebut.
Kerana terkejut, penduduk tersebut memberikan hirisan daging berkenaan kepada Che Ahmad.
Pengerusi surau itu kemudian menunjukkan enam ketul hirisan daging itu kepada penduduk lain dan para jemaah surau itu bagi mengesahkan apa yang dilihat.

"Ternyata setiap penduduk mengakui bahawa lakaran tersebut adalah kalimah Allah dan Muhammad.

"Bila saya nampak maka rasa kesyukuran bertambah kerana ini adalah antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata, selepas disemak, daging berkenaan adalah daripada bahagian paha seekor daripada enam ekor lembu yang dikorbankan oleh penduduk di surau berkenaan.

Tambah Che Ahmad, setakat ini, lima hirisan berkenaan masih disimpan dalam peti sejuk.

YUSMADI KETUAI SEKRETERIAT KUMPUL MAKLUMAT


BTN : Yusmadi ketuai sekretariat kumpul pandangan rakyatSunday, 29 November 2009 10:14
BUKIT MERTAJAM : Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff akan dilantik bagi mengetuai sebuah sekretariat bagi mengumpul pandangan rakyat berkaitan BTN yang selama ini dijadikan ejen indoktrinasi rejim BN.



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, masyarakat yang mempunyai pengalaman dan pandangan berkaitan BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat yang akan ditubuhkan itu selain satu referendum akan dibuat berkaitan perkara itu dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian selepas mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang dalam majlis perhimpunan di Yayasan Aman, petang tadi.
Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan Pulau Pinang mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan tersebut.



Difahamkan, usul itu akan dicadangakan dalam persidangan Dun esok sebelum diluluskan.
Dalam majlis itu, Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.Ahmad Azrizal Tahir, Ong Chin Wen dan M.Muneswaran pula masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai setiausaha dan Philip Thor sebagai bendahari.




AMIR GHAZALI KETUAI AMK PULAU INANG


BUKIT MERTAJAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hari ini menerima ketua baru iaitu Amir Ghazali bagi menggantikan Yusmadi Yusoof yang dinaikkan pangkat ke AMK Pusat.

Amir yang ketua AMK Permatang Pauh berkata, beliau menerima amanah itu sebagai suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul ke arah mengangkat martabat AMK ke puncak kejayaan.

Menurutnya, sebagai Ketua AMK yang baru, misi beliau ialah akan bekerja bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa AMK yang lain bersama-sama mengangkat perpaduan kaum di negeri Pulau Pinang dengan melakukan banyak tindakan dan bukannya melalui percakapan semata-mata.
“Ini selaras dengan slogan AMK Pulau Pinang iaitu Menggenggam Pelangi yang menjadikan perpaduan kaum sebagai teras perjuangan kita,” katanya kepada Erapakatan.com ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik sejak era reformasi berpengalaman sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian (kini Cabang) Permatang Pauh sejak tahun 2004 hingga 2007.
Beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Ketua AMK sejak Mac 2007 sehingga 28 November lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap perlantikannya itu akan mendapat sokongan semua pihak ke arah merealisasikan harapan rakyat yang menginginkan Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Amir yang juga seorang ahli perniagaan merakamkan jutaan terima kasih kepada Yusmadi yang selama ini berjaya memimpin AMK Pulau Pinang termasuk menyediakan asas yang kukuh kepada sayap parti itu.