AMK KEMUKAKAN CABARAN KEPADA SPRM


OLEH:Amiruddin Ahmad

Bukit Mertajam-Ketua AMK Pusat Saudara Shamsul Iskandar telah melancarkan satu cabaran dan kempen terhadap SPRM berhubung dengan aduan Balasundramaniam terhadap pendedahan beliau yang di siarkan dalam media internet dan beberapa akhbar berhubung dengan pendedahan Bala mengenai keterlibatan dan kehilagan beliau selama ini.

Dalam 5 siri temuramah yang di diarkan dalam Bog Malaysia Today itu, Shamsul menjelaskan bahawa ianya tidak boleh di pandang ringan dan mahukan pihak SPRM menjalankan sisasatan dan pihak AMK menubuhkan sebuah badan bertindak terhadap aduan dan kes seperti ini tentunya menggemparkan seluruh rakyat dan ini boleh berlaku apabila satu siasatan di lakukan.

Menurut Sdr Sahamsul Iskandar yang juga merupakan ketua AMK Pusat, beliau akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri bagi melakukan penerangan dan juga laporan demi laporan berhubung dengan akuan yang di buat Bala ini dan berjanji akan membawa pihak yang terlibat sehingga satu kertas siasatan dibuka dan satu kenyataan yang munabasah dari pihak kerajaan terhadap kes ini di buka dan disiasat dengan seadil-adilnya.”Kita akan bertindak dengan menyerang habis-habisan dengan membuat laporan minggu demi minggu , bulan demi bulan mulai tarikh Bala membuat pendedahan dan apakah tindakan yang akan di buat SPRM dan juga Kerajaan dan kes ini adalah kes yang besar melibatkan individu yang besar dan kita juga akan menerangkan dari satu negeri ke satu negeri, menyerang habis-habisan dengan menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya”

BTN DI HAPUSKAN DAN DI PERBAIKI


Dalam satu kenyataan media yang sama juga bersempenan dengan perlantikan AMK negeri Pualau Pinang, beliau kemudiannya menjelaskan bahawa mahukan satu undian dibuat kepada rakyat , sama ada mahu di teruskan BTN dan di pihak AMK sendiri ditubuhkan sektertariat di perigkat parlimen bagi membincang,berdebat dan menilai semula program BTN ini.

Menurut Sdr Shamsul, beliau mendapat maklumat bahawa ada dikalangan pensyarah, dan pelajar yang dibuang dari kerja dan juga di berhentikan kerana tidak bersetuju dengan program yang di anjurkan kepada mereka.

“Ada sekreteriat khas Ada di kalangan mereka di buang kerja kerana tidak bersetuju dengan modul BTN, dan mana-mana pensyarah atau pelajar uiversiti dan mana tidak setuju usaha oleh kerajaan Malaysia yang lapok ini agar melaporkan kepada sekreteriat dimana kita mahu ianya di gantikan dengan modul yang baru seperti di Selangor dalam program spice untuk memberikan rakyat menyokong rakyat atau membaiki pulih program yang sudah lapok dan tidak relevendan digunakan sebagai agensi yang menyokong Umno/Bn semata-mata. .Cadangan ini juga akan di kemukakan kepada beberapa kerajaan negeri lagi supaya pakej biro tatanegara di hentikan di atas dasar ianya lapok dan usang dan ianya mungkin akan di cadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.”

Menurut YB Yusmadi pula apabila isu ini ditimbulkan di Parlimen , tujuan ialah pekara yang baik dan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat mendengar dengan penuh minat dan program Umno /Bn ini pastinya yakin anak-anak muda dan saya sendiri mangsa BTN dan seingat-ingat saya , saya dikatakan tidak boleh lulus dan menjadi graduan jika tidak menjalani Biro Tatanegara, jadi kami bersikap proaktif dan mahukan ianya di jadikan cadangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat agar dibaiki program ini di kalangan pelajar Universiti didalam kerangka PKR dimana persaingan tinggi,motivasi .


“ Asas BTN adalah asas yang salah dan seperti di Selangor “Spice” di Selangor dengan mengukuti saiz dan dalam PKR pendekatan ini tidak membawa kepada persaingan yang tidak baik tetapi saya telah mendapat mandat dan sektretariat yang ada di dalam kerajaan pakatan Ialah Spice .Walau pun ianya masih awal.Sekretariat akan mendapatkan maklumat dan mengunpulkannnya untuk kita bertindak”.





KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG AKAN BAHAS DALAM DEWAN

Manakala di kerajaan negeri pula ,menurut Dr Mansor, selaku TKM1 , menjelaskan kerajaan negeri akan mengukuti langkah kerajaan negeri Selangor dan ianya seriaus untuk mebincangkannya di dalam Dewan Undangan Negeri .

“Saya di fahamkan oleh YB Sim yang akan mengusulkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Isnin ini apabila persidangan bermula dan ini akan di bentangkan dalam dewan dan cadangan ini akan diusulkan dalam dewan , dan membuat cadangan kepada kerajaan negeri.Kita pandang perkara ini serius dan apa yang di bangkit kan oleh AMK hari ini, dan kita akan membuat sebagaimana dari kerajaan Selangor selepas mendapat sokongan dari dean undangan negeri Pulau Pinang.”

Menurt YB Sim , “saya di fahamkan di BTN dan semasa saya menuntut di Universiti dimana apabila saya berjumpa Hal Ehwal pelajar , dan saya di tolak ,dan dikatakan bahawa saya orang Cina dan ditolak sebagai seorang yang berbangsa cina dan menafikan hak saya untuk menyertai BTN danini tidak adil dansatu pembohongan Bn yang memupuk peraduan malah memecahbelahkan. Ianya satu slogan pembohongan dimana rakyat di dahulukan tetapi saya sebagai seorang yangberbangsa cina tidak dapat mengukutinya dan konsep ini BTN oleh Umno/Bn ialah komsep ketandusan idea dan cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan kita akan mengesyorkan agar di tolak.