BAJET KERAJAAN PULAU PINANG 2011. KE ARAH MEMARTABATKAN RAKYAT PULAU PINANG


Peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM 63.21 juta untuk tahun 2011.

*Peruntukan pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong sebanyak RM 20 juta.

*Peruntukan Jabatan Hal Agama Islam sebanyak RM 24.76 juta.

Pembangunan RM 7.05 juta,Mengurus RM 13.38 juta.

Elaun pegawai masjid,guru kelas KAFA,pemberian para Huffaz,Sumbangan Ehya Ramadhan,kerja-kerja pembaikan Masjid Negeri dan program program sambutan kebesaran Islam sebanyak RM 4.33 juta.

*Peruntukan Jabatan Mufti sebanyak RM 1.95 juta.

*Peruntukan Kehakiman Syariah sebanyak RM 16.5 juta.

Mengurus RM 4.6 juta , Pembangunan RM 11.9 juta

1MALAYSIA

Press Release: Sarawak State Government’s continuing ban is detrimental to the development of human rights

Press Release: Sarawak State Government’s continuing ban is detrimental to the development of human rights PDF Print E-mail
Thursday, 04 November 2010 09:30am
Image The Malaysian Bar calls on the Sarawak State Government to immediately rescind the entry ban from entering the state of Sarawak currently imposed upon Jannie Lasimbang, one of Malaysia’s Human Rights Commissioners.

The fact that a Commissioner of Malaysia’s Human Rights Commission (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, or “SUHAKAM”), is denied entry into Sarawak is, in principle, quite wrong. There should not be any “no go” areas for SUHAKAM. The Federal Government, in exercising its rights under the Federal Constitution, has made a federal law to establish SUHAKAM and to define its terms of reference and scope of powers.

The entry ban is a negative development, and one that Malaysia can ill afford. It is happening at a time when SUHAKAM is once again coming under the scrutiny of the Sub-Committee on Accreditation of the International Coordinating Committee of National Human Rights Institutions. SUHAKAM’s continuing “A” status is already in jeopardy, and the restrictions faced by Jannie Lasimbang may well kick SUHAKAM out of the “A” status league.

Malaysia is being closely observed by the international community for the manner in which the government is handling the issue of indigenous peoples’ rights and land reform. Great focus has already been concentrated on Sarawak, what with the issue of the Penans, the illegal logging of native customary land, and other encroachment on the rights of the Orang Asal there.

As one of the four persons who constitute the Expert Mechanism on the Rights of Indigenous Peoples appointed by the United Nations Human Rights Council, Jannie Lasimbang’s proven expertise in the area of indigenous people’s rights and land reform would have lent weight and credibility to the comprehensive national enquiry SUHAKAM was planning to undertake in this regard. The continued intransigence of the Sarawak State Government can only have a detrimental effect on the issue of Orang Asli/Orang Asal rights and on the orderly and positive development of human rights in our country.

Lim Chee Wee
Vice-President
Malaysian Bar

4 November 2010

Kemenangan BN di Galas sudah dijangka

Kemenangan BN di Galas sudah dijangka

Shaharul Shafie

Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat ’bangsawan’ di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin ’feudal’ Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah ’Presiden’ Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau. Walaupun pernah ’keluar Umno lama’ dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno ’Baru’ tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988)melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno ’lama’ Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya. Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda ’protes BN’ kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya. Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas. Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008) .

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas. Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian ’zakat’ oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri. Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang ’ganas’ dalam sejarah kempen pilihanraya negara. Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling ’hemah’ selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

Kajian semula (post-mortem) di pihak PAS dan BN

Tetapi ingatlah kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja oleh PAS tentang kekalahannya tetapi juga oleh Umno di Gua Musang kerana memenanginya. Terlalu jauh sekali untuk mengandaikan keputusan di Galas sebagai indikasi kepada kemampuan kerajaan PAS boleh ditumbangkan oleh BN pada PRU ke 13. Kajian boleh dilakukan oleh Umno supaya melihat perkara-perkara yang menyebabkan mereka menang dengan majoriti besar kali ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan PRU 2004 apabila setelah memenangi dengan hebat sekali dalam sejarah pencapaian BN sehinggakan melupakan janji-janji kepada rakyat. Alamatnya BN selepas itu hampir tersungkur terus semasa PRU 2008 angkara dihukum rakyat dan ahli mereka sendiri yang protes. Nasib baiklah, ada deposit di Sabah, Sarawak dan Johor.

Terpulanglah kepada Umno selama mana mereka hendak merayakan kemenangan ini tetapi usaha kuat dan kesedaran kejayaan ini perlu disedari sebagai amanah dan bukannya ’habuan’ daripada rakyat. Mereka boleh menganggap kemenangan ini sebagai satu motivasi di hari hadapan tetapi tetap ingatlah pada prinsip ’kami memilih dan kamu berkhidmat sebagai Yang Berhormat’. Saya pasti Ku Li sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sedar akan hakikat ini. Oleh kerana itulah Ku Li sendiri pun sudah bertahan menjadi pemimpin rakyat lebih 40 tahun kerana tahu kerjanya itu penuh dengan amanah.

Survival politik Ku Li dan kesan ke atas Perkasa

Sungguhpun begitu, kesan kemenangan ’jentera’ Ku Li bakal memberi kesan kepada Umno pusat lambat-launnya. Suka atau tidak, pasti ada pemimpin pusat yang tidak senang duduk dengan kejayaan Ku Li ini. Kemenangan ini menunjukkan Ku Li adalah watak atau pelaku politik yang masih relevan sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman untuk menyumbang kepada proses ’penyembuhan ’ Umno dan BN. Usaha Ku Li yang nampak tidak selari dengan kerajaan pusat mengenai isu royalti petroleum kepada negeri Kelantan adalah satu lagi isu yang disimpan oleh semua pihak sepanjang kempen Galas. Kita akan lihat sejauh mana kedudukan kerajaan pusat di dalam bertoleransi dengan ketidakselarasan dengan Ku Li ini dalam isu royalti.

Satu kesan lagi yang nampak selepas ini ialah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Pribumi) yang tidak menyertai PRK Galas kali ini sepertimana mereka menyertai beberapa siri PRK yang lalu dengan menyokong calon dari BN. Perkasa pastinya hilang taringnya dengan kemenangan Umno di Galas kerana selama ini Perkasa cuba menunjukkan betapa pentingnya pertubuhannya itu sebagai punca utama sokongan orang Melayu. Nampaknya, kali ini dengan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang masih berehat selepas pembedahan jantung perlu mencari jalan baru untuk ’memaksa’ Umno melihat Perkasa miliknya itu mempunyai pengaruh yang besar bagi menentukan kelangsungan Umno dalam politik perdana.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

PILIHANRAYA UMUM AKAN MENYUSUL



Kemenangan bukti rakyat yakin hala tuju BN - PM

Muhyiddin: Isyarat keyakinan rakyat kepada kerajaan

Kemenangan BN bukti rakyat Kelantan mahukan perubahan - Ku Li


KENYATAAN INI MUNGKIN NAMPAK AGAK BONGKAK BAGI Bn.NAMUN HAKIKATNYA APA YANG DI ANJURKAN KERAJAAN SUDAH MEMBUAHKAN HASIL DIKETIKA MEDIA YANG ADA TIDAK DAPAT MENJELASKAN KEPADA RAKYAT DI KAWASAN PEDALAMAN.

1.DIKETIKA PILIHANRAYA KECIL HAMPIR MUNCUL,MEDIA Bn MEMAINKAN PERANAN DENGAN MEMBURUKKAN KEADAAN DI PULAU PINANG MENGENAI ISU MELAYU.

2. ISU MELAYU DISENTUH AGAR KEADAAN INI DILIHAT TIDAK MEMIHAK KEPADA PAKATAN.

3. KEHADIRAN CLINTON DENGAN MENYOKONG ANWAR DI MANIPULASIKAN SEBAGAI ISU YANG TELAH BIASA KITA DENGAR SELAMA INI.ANWAR EGEN AMERIKA.

4. SEMUA DI BERIKAN..DI GALAS DI BATU SAPI..TERMASUK WANG RINGGIT. MAKA INI ADALAH UMPAN YANG AMAT BERHARGA KEPADA PENGUNDI YANG SUSAH.

5. PENGUNDI YANG KEKURANGAN MAKLUMAT, (KERANA PR TAK ADA MASA NAK JENGUK KAWASAN SEPERTI INI) DAN DI TAMBAH PULA DENGAN ASAKAN MEDIA.PR KELIHATAN TERCUNGAP BAGI MENAMBAHKAN KEKUATAN JENTERA DI SAAT AKHIR, MAKLUMAT YANG TIDAK SAMPAI(MACAM DI ULU SELANGOR) DAN JUGA KEADAAN PEMILIHAN PKR YANG DIMANIPULASI DAN BERJAYA DIMAINKAN ISU BAHAWA PKR DALAM KEADAAN KECOH DALAM PARTI SENDIRI.

6. ELOK JUGA PAKATAN BERMESYUARAT SEMULA KERANA MAKLUMAT YANG TIDAK SAMPAI DILIHAT SEBAGAI SATU AGENDA BESAR DI KAWASAN PEDALAMAN.BANYAK KAWASAN PEDALAMAN YANG TIDAK DAPAT DITEMBUSI SEPERTI DI JOHOR,PAHANG JUGA TERENGGANU.

7. ELOK WAKIL RAKYAT BUANG SIKIT EGO.BERBAIK DENGAN MEDIA.KERANA MEDIA PAKATAN HANYA ADA HARAKAH,DAP..ROKET UNTUK DAP,PKR ???.SINAR SEKALI SEKALA MEMBANTU.


INSAN KERDIL.