DATUK ZAHRAIN BALUN KERAJAAN


 

LAWATAN PIMPINAN PH DI BEBERAPA KAWASAN


 

BANTUAN DARI NEGERI SEMBILAN KATANYA AKAN TIBA


 

MAKLUMAT SUDAH ADA-TETAPI PM LEMBAB DAN TIDAK MENYEBARKANNYA


 

BERSABAR...BANTUAN AKAN TIBA DARI RAKYAT


 

VIDEO DISERTAKAN : MP tuntut penjelasan menteri mengapa bantuan mangsa banjir lambat



Isu kelewatan operasi menyelamat mangsa banjir menjadikan dewan rakyat hari ini agak riuh apabila permasalahan itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Sebilangan Ahli-Ahli Parlimen sewaktu persidangan menuntut penjelasan Kerajaan Persekutuan tentang bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Mohamad memberitahu beliau sendiri telah terkandas selama lapan jam di stesen minyak, menyebabkan beliau sendiri tidak dapat pergi membantu penduduk di kawasannya yang terjejas.

“Ramai nelayan ingin menawarkan bot-bot mereka untuk tujuan menyelamat. Tetapi bot nelayan tak sesuai untuk operasi sebegitu. Saya sendiri tersangkut lapan jam di stesen minyak. Ramai tanya mana wakil-wakil rakyat, tetapi kami sendiri pun terkandas.

“Di mana bot penyelamat dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan yang lain-lain?” soal bekas Menteri Pertahanan itu lagi,” soal beliau.

Bagaimanapun beliau percaya penjawat awam dan unit beruniform semuanya cekap dan penuh pengalaman namun mereka sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan daripada atas.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan juga meminta kerajaan untuk mendedahkan jumlah sebenar mangsa banjir yang layak untuk menerima bantuan yang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan sebelum ini, dan bila mereka boleh menerimanya.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu tidak dapat dibahaskan kerana tidak disenaraikan dalam Aturan Mesyuarat hari ini.

“Agenda kita hari ini adalah Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021. Saya mohon maaf, kalau Yang Berhormat mahu penjelasan dari menteri, terpulang kepada menteri untuk menghantar notis kepada saya.

“Kita tidak boleh melompat dari satu isu ke isu yang lain, tanpa mengambil kira isu utama dalam agenda kita. Itu adalah prosedur Parlimen,” katanya lagi.


TU DIA PM TANYA DARI KERETA SAJA...KAH..KAH


 

AKIBAT BANTUAN KERAJAAN LAMBAT- RAKYAT YANG LAPAR MULA MEMBERONTAK


 

PM BAGI LA DUIT KEPADA RAKYAT- JANGAN DOK BANYAK SONGEL


 

NAJIB KONONNYA ROBIN HOOD LA SANGAT - KAH..KAH


 

PERBAHASAN DALAM DEWAN? MANA SEMUA YANG CANGGIH CANGGIH...TAK ADA PUN PAK PAK MENTERI JENGOI...


 

MB SELANGOR LEBIH CEPAT DARI PM ?




 

TEDIA AIHHHH- ZALIM PULAK DAH...LA NI SERUPA TAK DA KERAJAAN...PAS PULA DIAM ?

 Panas! Zahid kata kerajaan PN zalim

Panas! Zahid kata kerajaan PN zalim

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa Umno dianiaya selama 18 bulan pentadbirannya.

Berucap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan PN sebelum ini tumbang kerana kehendak Allah.

“Kita mahu kerajaan 18 bulan itu ditukar atas kezaliman, kebejatan, kelemahan yang dilakukan,” katanya, memetik Malaysiakini.

Ucapan itu disusuli petikan daripada ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa Allah merupakan pemilik segala kekuasaan dan memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid yang juga ketua bahagian Umno Bagan Datuk turut menyelar pengkritiknya dan mereka yang mempersendakan rancangannya untuk menguasai semula kerajaan selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kata Ahmad Zahid, mereka yang memperlekehkannya termasuklah di kalangan pemimpin Umno sendiri.

“Di Dewan Merdeka telah dinyatakan Umno akan jadi kerajaan semula sebelum PRU15. Ketika itu orang mencebik pada saya, termasuk pemimpin dan ahli-ahli Umno, mengatakan ketua Umno bahagain Bagan Datuk yang menjadi presiden Umno cuma berangan-angan dan berada di awang-awangan.

“Tapi ternyata hasrat jadi kerajaan semula telah terjadi,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Menurut Ahmad Zahid, hakikatnya Umno dan BN tidak lemah seperti yang disangkakan sesetengah pihak.

Malah katanya, Umno telah berjaya menumbangkan dua perdana menteri dan menggantikannya dengan perdana menteri daripada parti itu sendiri.

“Jika Umno antara kepimpinan utamanya (dikatakan) tak ada hala tuju dan lemah, maka dengan tak ada hala tuju dan lemah itu dua perdana menteri telah jatuh dan diganti dengan Umno.

“Biarlah nista disimbah pada pemimpin utama Umno, namun fakta dan realiti memperlihatkan dua perdana menteri tak berkuasa lagi dan kita letakkan pemimpin Umno sebagai perdana menteri,” katanya kepada perwakilan.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN CAKNA LIPIS MEMOHON SUMBANGAN ANDA BAGI MEMBANTU MANGSA BANJIR- AKAUN DAN NOMBOR DISERTAKAN.


 

Rujuk Halimah ke jawatankuasa, gesa Kula berhubung kenyataan keliru Dewan Rakyat

 

Rujuk Halimah ke jawatankuasa, gesa Kula berhubung kenyataan keliru Dewan Rakyat




Halimah Sadique juga mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan mengenai sambutan Hari Thaipusam, menurut Kula Segaran (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini menggesa supaya Menteri Perpaduan Negara, Halimah Sadique dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

M Kula Segaran (PH-Ipoh Barat) berkata Halimah telah mengelirukan Dewan Rakyat berikutan akur janji Halimah berhubung ingin mengadakan sesi libat urus dengan Ahli Parlimen untuk berbincang mengenai isu geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) tidak ditunaikan.

“Pada 17 Nov lalu, Menteri Perpaduan (Halimah) telah (buat) akur janji kepada Dewan Rakyat, dia akan adakan satu sesi libat urus dengan Ahli Parlimen.

“(Halimah) katakan selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka dia akan adakan (sesi libat urus). Jadi sudah lebih 33 hari dan juga sekarang sudah habis PRN Sarawak.

“Mungkin kita kena tunggu pilihan raya umum (PRU) dan perkara ini akan dibuat,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 17 Nov lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoal keengganan Halimah mendedahkan butiran mengenai pengurusan geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang didakwa disalahgunakan.

Halimah berkata, beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dinasihat pihak berkuasa itu untuk tidak mendedahkan laporan tersebut.

Dalam pada itu, Kula berkata sepatutnya Halimah membuat sesi libat urus mengenai isu MITRA hari ini yang merupakan hari terakhir dewan bersidang.

Kula juga berkata Halimah juga mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan mengenai sambutan Hari Thaipusam.

“Lagi satu mengenai Thaipusam, di mana beliau kata tak ada perarakan dan sebagainya, tetapi lepas itu Menteri Sumber Manusia, M Saravanan kata boleh buat sebab Kabinet memberi kebenaran. Semua kelirukan,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata perkara yang dibangkitkan Kula untuk merujuk Halimah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu diberi notis usul terlebih dahulu.

“Jika Yang Berhormat (Kula) serius nak rujuk ke dewan perlu beri notis usul. Saya pun perlu meneliti apa diperkatakan Menteri Perpaduan sebelum saya boleh buat keputusan.

“Saya perlu selidik. Kalau beri notis boleh memulakan proses penelitian. Saya tak boleh tangani dengan serta merta sebegini sahaja,” katanya.

Ketika panik , Jeritan tidak dihiraukan, pemuda berkongsi kisah sedih meranduk air banjir demi selamatkan ahli keluarga

 


Jeritan tidak dihiraukan, pemuda berkongsi kisah sedih meranduk air banjir demi selamatkan ahli keluarga


Bencana banjir yang melanda sebahagian besar kawasan negeri Selangor beberapa hari lalu meninggalkan kesan yang sangat dasyhat terhadap mangsa yang terkesan.

Kenaikan air yang begitu mendadak menyebabkan mangsa gagal membuat keputusan dengan pantas. Ada yang mengalami trauma yang teruk gara-gara terperangkap samada di dalam kenderaan masing-masing ataupun di rumah.

Tatkala keadaan semakin beransur pulih, dengan hujan yang telah pun berhenti ketika ini, mereka yang terselamat berkongsi kisah menakutkan ini di ruang media sosial masing-masing.

Antara yang menarik perhatian pembaca mengenai satu kisah yang dikongsikan seorang pemuda di dalam ciapannya di Twitter menceritakan saat getirnya berdepan usaha menyelamatkan ahli keluarganya keluar dari kawasan banjir.

Pemuda tersebut, Syarifuddin Wan menceritakan bagaimana usaha yang dilakukannya bagi membawa ahli keluarganya ke tempat selamat, tambahan dia mempunyai seorang bayi kecil.

Dengan paras air mencecah leher, dia bertawakkal membawa anak isterinya meranduk air banjir. Tambah menyedihkan apabila terdapat bot kenamaan yang sedang meninjau situasi terkini banjir turut menggunakan laluan yang dilaluinya ketika meranduk air banjir tersebut ketika itu.

Namun katanya, bot tersebut tidak mengendahkan jeritan mereka meminta pertolongan. Sekalipun penat, akhirnya pemuda tersebut berjaya juga tiba ke kawasan selamat, seterusnya ke rumah mertuanya yang terselamat daripada banjir di Keramat.

Pembaca yang terharu dengan kesanggupan pemuda tersebut menyelamatkan ahli keluarganya turut bertanyakan bantuan lain jika diperlukan. Malah ramai yang turut mendoakan keselamatan mereka sekelarga.

MENANTU PM KATA TAK GUNA HELI KERAJAAN PUN....JANGAN DOK KALUT..KAH..KAH...KAH....AWAT HANGPA DOK KALUT ?

 

Saya tak guna helikopter kerajaan, kata menantu PM




Menurut Jovian Mandagie, isu helikopter berkenaan sepatutnya tidak perlu dipanjangkan kerana beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menantu kepada Perdana Menteri Jovian Mandagie menafikan dakwaan menggunakan helikopter milik kerajaan bagi menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Jovian menegaskan tuduhan berkenaan satu fitnah dan beliau tidak akan sesekali menggunakan harta benda yang “bukan hak saya”.

Beliau berkata, isu helikopter berkenaan sepatutnya tidak perlu dipanjangkan kerana beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya, itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” menurut hantaran itu.

Kalangan netizens melemparkan pelbagai tuduhan mendakwa beliau mendapat akses bantuan untuk ‘terlepas’ daripada banjir kerana kedudukannya sebagai ahli keluarga perdana menteri.

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada sesiapa, individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.

Dewan kecoh pembangkang persoal bantuan mangsa banjir lambat

 


Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan di Dewan Rakyat mengenai bantuan mangsa banjir yang lambat tiba, khususnya penduduk yang terjejas teruk di sekitar Lembah Klang. (Gambar Berama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan bantuan mangsa banjir yang lambat tiba.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) membangkitkan isu banjir yang berlaku di Lembah Klang dan meminta kerajaan memberi penjelasan langkah perlu diambil untuk menangani masalah itu.

“Kita perlu satu jawapan yang penting daripada kerajaan, khususnya langkah-langkah perlu yang diambil untuk tangani masalah ini.

“Ini kerana telah berlaku kematian. Saya harap ada seorang Menteri berkaitan untuk memberikan penjelasan langkah diambil untuk memulihkan dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat.

Lim juga berkata, penjelasan perlu diberikan kerana bencana itu telah menjejaskan ribuan mangsa.

“Kita amat terharu dengan gambar-gambar, banyak lihat mereka berlindung di atas bumbung.

“Ini tak sepatutnya berlaku dalam Lembah Klang yang dianggap kawasan paling maju sekali,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, beliau juga mahu mengetahui apakah langkah diambil kerajaan dalam menangani bencana itu dan bertanya jumlah mangsa yang menerima wang ihsan RM1,000 diberikan kerajaan.

“Bila wang itu akan diberikan? Tadi saya melawat di Ampang, ada keperluan memperbaiki longkang besar yang menyebabkan banjir teruk dan menjejaskan kesihatan rakyat.

“Saya kira RM100 juta diberikan bantuan banjir tak cukup untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir. Perkara ini perlu dijelaskan segera,” katanya.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, kawasannya paling terjejas teruk.

Katanya, isu masalah banjir kali ini bukan mengenai soal bantuan wang segera tetapi mempersoalkan bantuan seperti bot yang lambat tiba.

“Soalnya mana bot tentera, bot polis? Saya sendiri sangkut lapan jam di satu stesen minyak.

“Saya tak tahu apa Menteri dan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) buat ketika begini. Dapat markah 90% (petunjuk prestasi utama kerajaan) tetapi kita lihat banjir dah masuk hari kedua tak sampai lagi bantuan banjir. Sepatutnya dah sampai,” katanya.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menamatkan celahan-celahan daripada Ahli Parlimen berkaitan banjir itu.

Beliau tidak membenarkan perkara itu dibahaskan untuk memberi fokus dalam perbahasan Akta 342.

“Kalau nak penerangan Menteri, selalunya itu terserah kepada Menteri untuk membuat penerangan dan memberi notis kepada saya.

“Kita tak boleh lompat satu isu ke satu isu tanpa isu itu ada dalam aturan mesyuarat,” katanya.

Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak Jumaat lalu mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS).

WANG DAN TOLAK UNDI 18 PRN SARAWAK PUNCA KEKALAHAN PKR

 



Kekalahan Pakatan Harapan (PH), khususnya KEADILAN di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dilingkari faktor yang pelbagai tetapi sebahagian besanya di luar kawalan.

Menurut Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, faktor utama

yang menyebabkan PRN kali ini tidak begitu disertai golongan muda pengundi PH adalah kerana taktik kerajaan Sarawak yang mengadakan pilihan raya tanpa menunggu Undi 18 dibolehkan membuang undi.

"Kerajaan GPS berniat untuk menindas pengundi dengan

mengandakan pilihan raya sebelum akhir tahun untuk menyekat undi belia kerana pilihan raya berlangsung sebelum Undi-18 dilaksanakan pada 1 Januari 2022. Akibatnya, kira-kira 150,000 pengundi muda terlepas peluang mengundi dalam pilihan raya ini.

"Di samping itu, lebih setengah juta pengundi tambahan yang

baru-baru ini ditambah ke dalam daftar pengundi tidak dapat mengundi serta senarai tersebut tidak akan dilaksanakan sehingga awal 2022," katanya.

Faktor berkenaan, kata mereka, menyebabkan golongan muda memboikot

keluar mengundi kerana kecewa dengan ketidakmampuan mereka membuat perubahan kerajaan sekiranya membuang undi.

Selain itu, KEADILAN Sarawak juga kecewa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal melaksanakan undi pos, walaupun hampir 250,000 Rakyat Sarawak tinggal di Malaysia Barat, yang majoritinya tidak dapat pulang ke Sarawak kerana harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi. Tiada had harga dilaksanakan oleh kerajaan untuk memudahkan perjalanan pulang bagi menunaikan tanggungjawab.

"Kesan pandemik Covid-19 dan pilihan raya yang diadakan pada

hari Sabtu juga membawa peratusan keluar mengundi yang lemah. Sekiranya pilihan raya diadakan pada hari Ahad ia akan memberi rakyat Sarawak yang tinggal di luar untuk menempuh perjalanan panjang pulang mengundi. Dalam beberapa keadaan, pengundi perlu melalui udara, jalan raya dan air untuk kembali ke kawasan mereka," kata kenyataan itu.

Kerajaan GPS juga dikecam kerana gagal memastikan capaian internet

yang stabil di sebahagian besar kawasan luar bandar di seluruh Sarawak untuk menjadikan kempen secara maya berkesan . Pembangkang pula tidak mempunyai akses langsung kepada media arus perdana.

Di samping itu, kata mereka, politik wang terus diamalkan secara

berleluasa oleh parti parti yang mempunyai dana dan kuasa.

"Kami melihat beberapa contoh di mana politik wang memainkan

peranan penting. Kami telah melaporkan kejadian ini kepada polis, SPRM dan SPR serta sedang menunggu pihak berkuasa mengambil tindakan," kata mereka lagi.

KEADILAN Sarawak mengkritik keras taktik yang sengaja dilakukan bagi mempertahankan kuasa GPS dan meneruskan rompakan ke atas hasil bumi Sarawak. Dengan lebih 1.5 juta penduduk luar bandar terus merana tanpa air bersih, elektrik, internet akses, jalan raya dan hospital.

Sehubungan itu, mereka menyeru kepada pembaharuan pilihan raya

bagi untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil serta menamatkan politik hegemoni serta politik wang pada masa hadapan.

 

BUKAN SENANG NAK UBAH MINDA ORANG SARAWAK. SIKAP MEREKA TERHADAP SEMENANJUNG AMAT MENGECEWAKAN.BIARKAN MEREKA TENTUKAN NASIB MEREKA SENDIRI





PKR kecewa tak menang sebarang kerusi di Sarawak

PKR melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekali gus gagal untuk meningkatkan nasib dan kualiti hidup rakyat negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan rakyat Sarawak yang dibuat melalui proses demokrasi pilihan raya itu.

“PKR merasa kecewa kerana kegagalan memenangi sebarang kerusi daripada 28 yang kami tanding.

“Namun, kita mesti menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Sarawak meskipun kita rasa seperti ironinya kerana saya yang berpeluang ke kawasan pedalaman, kita melihat kehidupan yang tiada bekalan air bersih dan tidak ada bekalan elektrik berpuluh tahun, malah melihat keadaan jalan masuk yang hanya menggunakan laluan lori kayu balak, melihat kotornya sungai akibat aktiviti-aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal.

“Jadi apa pun sementara kita terkilan nasib dan kualiti hidup rakyat Sarawak di kawasan pedalaman, tetapi mereka sudah membuat keputusan, jadi kita hormat keputusan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

PKR sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di 28 kerusi berbanding 47 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 itu.

Bagaimanapun, PRN kali ini menyaksikan parti itu gagal memperoleh sebarang kerusi di pilihan raya yang berlangsung pada semalam.

Menurut Saifuddin, pihaknya juga akan segera kembali ke drawing board untuk mengkaji faktor-faktor prestasi sedemikian rupa dalam pilihan raya itu.

“Adakah ia berkaitan dengan calon, jentera atau isu-isu yang kami sampaikan itu tidak tepat, tidak mengena atau tidak sesuai, jadi kami akan lihat semua sekali faktor dalaman serta luaran.

“Daripada situ baru kami bangun semula dan akan terus memantapkan sebagai sebuah parti politik pelbagai kaum termasuk di Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memperoleh kemenangan besar untuk kembali memegang mandat selama lima tahun,” jelasnya.

BANTUAN SUDAH LAH LEMBAB...PENTINGKAN MENANTU DAN POTONG KEK JADI KEMARAHAN RAKYAT

 

Banjir di Selangor: 'Bantuan Kerajaan Persekutuan lembab, rakyat marah'


Banjir terburuk yang melanda Selangor mendedahkan betapa lembabnya agensi Kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan.

Biar pun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan pasukan keselamatan menggunakan aset milik mereka untuk menyelamatkan rakyat atau membekalkan makanan kepada mangsa banjir, namun tidak banyak operasi penyelamatan yang dibuat menggunakan aset berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Malah di kawasan Sri Muda, Shah

Alam yang paling teruk ditenggelami banjir, sehingga 2 hari malapetaka bantuan dari pasukan keselamatan masih tidak tiba.

Bantuan hanya diberikan melalui aset Kerajaan Negeri Selangor yang terbatas. Malah tinjauan Exco dan sukarelawan Selangor beberapa kali ke kawasan penduduk terperangkap, sama ada di sekolah atau tingkat atas bangunan mendapati mereka tidak diberi makanan oleh pasukan bantuan Kerajaan Persekutuan, sementara menunggu masa dikeluarkan ke pusat pemindahan.

Semalam, tular video mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan yang tidak berpuas hati kerana bantuan peralatan peribadi dan makanan lambat tiba dari agesi Persekutuan.

Mangsa banjir mempersoalkan kelewatan bantuan

"Kami mengharap bantuan

dari dermawan, kerajaan di mana? Apa tanggungjawab anda?

"Kami memilih anda untuk

menjaga keselamatan kami, nyawa kami. Itu yang utama. Kami ditimpa bencana. 3 hari di sini. Kami hanya dapat bantuan dari dermawan. Tolong. Mana Majlis Keselamatan Negara?

"Mana Jabatan Kebajikan Masyarakat? Tolong. Di sini saya nampak anggota polis. Terima kasih polis. Anggota bomba. Terima kasih. Anggota Rela. Terima kasih dan lain lain sukarelawan," kata seorang lelaki di hadapan mangsa banjir dalam klip video berdurasi 44 saat itu.

Manakala netizen yang mempunyai keluarga yang 'tersadai' di tingkat atas rumah atau bangunan tinggi terus mengecam pentadbiran Ismail Sabri yang lembab.

Dalam tinjauan Exco Selangor, Ir Izham Hashim ke kawasan Seri Muda pula amat mengejutkan kerana mendapati jumlah mangsa banjir yang terperangkap mencecah ribuan orang.

"Alangkah terkejutnya saya

apabila meninjau di dalam taman berkenaan bahawa bukan setakat ratusan malah mungkin ribuan lagi yang “stranded” dan kelaparan.

"Tanpa bekalan air dan

elektrik tentu amat sukar kehidupan mereka tambahan pula jikalau ada yang sakit, yang nak bersalin atau ada anak kecil,” kata beliau.

Malangnya usaha untuk

mengeluarkan mangsa, kata Izham, sukar dilakukan kerana bot yang kurang sesuai dan kerap tersangkut di bumbung kereta, serta operasi waktu malam yang merbahaya kerana kawasan berkenaan gelap gelita.

PEMIMPIN YANG IKHLAS DARI PH BERTUNGKUS LUMUS ..CUMA DARI PARTI LAIN TAK JUGA NAMPAK....TIDOR KOT

 

LIYANA MARZUKI


SINERGI

Benda yang boleh dibuat supaya bantuan cepat sampai:
1. Gunakan teknologi drones untuk buat tinjauan mereka yang masih terkandas atas bumbung dan dalam kereta. Kalau Govt takde banyak drones, boleh mobilise syarikat swasta dan orang perseorangan yang nak membantu. Senaraikan mereka yang perlukan bantuan dalam satu app/ laman web. Agar bantuan boleh sampai segera.
2. Kalau bot ambil masa nak sampai, mobilise kayak dan panggil sukarelawan. Boleh kenal pasti tempat yang bot belum ada. Umumkan di mana yang nak dibantu agar orang yang ada kayak dan bot persendirian boleh terus tolong.
3. Senaraikan pusat pemindahan seluruh negara dalam laman web Kerajaan. Kalau ada sukarelawan dan dermawan boleh terus ke sana.
4. Sentiasa update apa barangan yang diperlukan. Kalau Kerajaan ambil masa nak membeli dan sampaikan, ramai je rakyat lain nak membantu dulu. Politik kita letak tepi dulu. Jangan asyik nak salahkan Kerajaan. Tak membantu pun.
5. Siap siaga bantuan “post-banjir”. Untuk mangsa banjir kembali ke rumah masing2. Perincikan jenis bantuan and pelaksanaan. Kalau boleh jangan sekadar ad-hoc. Ini juga penting untuk mereka mulakan kehidupan kembali.
Ini semua NADMA boleh buat dalam masa singkat. Tak perlu guna duit pun. Harap mendapat pertimbangan.
Pemimpin di atas diharapkan boleh guna kuasa media sosial, update bantuan dan tindakan yang diambil dalam whatsapp dan telegram komuniti, FB dan Twitter.
Masa tengah susah, apa yang rakyat hendak ialah pemimpin tunjuk empati dan bagi maklumat tepat secara berterusan. Susah sama2. Senang sama2.
Jangan pulak hilang dari radar.
Kalau dapat pemimpin yang ikhlas dan ambil peduli, Itu pun dah dapat ringankan beban.

(function() { var d = document, w = window; w

Tidak ‘susah’ untuk dapatkan 50 paket minyak masak bersubsidi Malaysia di Pekan Golok

  credit info : sengardaily julai 6 2022 Tidak ‘susah’ untuk dapatkan 50 paket minyak masak bersubsidi Malaysia di Pekan Golok. Hari demi ha...