AKIBAT TIDAK FAHAM BAHASA INGGERIS



*KESIANNYA MACAI2 UMNOBN PEROMPAK; CUBAAN MEMBELA JHO LOW AKHIRNYA SERLAHKAN KEBODOHAN SENDIRI TAK FAHAM BAHASA INGGERIS; ITULAH MAK PAK HANTAR PI SEKOLAH TAK NAK BELAJAR BETUL2*

Macai2 Umnobn perompak keluarkan artikel baru kononnya "Jho Low telah menawarkan diri untuk menjadi saksi utama skandal rompakan RM20B 1MDB, namun malangnya tawaran itu telah ditolak oleh kerajaan PH". Berdasarkan alasan tersebut Macai2 fail BI ni beranggapan Jho Low adalah suci muci dan sebaliknya yg bersalah adalah kerajaan PH yg dakwa mereka telah memfitnah Najib dan Jho Low kononnya merompak wang rakyat melalui 1MDB.
Kesiannnn..
Kepada macai2 fail BI ni aku nak bagitau 2 perkara;

1. Oleh kerana macai2 ni fail BI maka mereka tak faham apa maksud "immunity from persecution" yg diminta oleh Jho Low tersebut. Wahai macai2 dengaq sini elok2; Apa yg Jho Low mau ialah dia sanggup jadi saksi utama dalam pendakwaan keatas Najib (utk buktikan Najib curi wang rakyat melalui 1MDB) *asalkan dia dijamin tidak akan didakwa berhubung skandal tersebut*. Adakah kerajaan patut setuju dengan permintaan beliau? Sudah tentu tidak kerana dia dan Najib sama2 buat kerja mencuri tersebut. Nah macai2 dah cerdik ka?

2. Dalam perbicaraan skrg pun strategi tim pembelaan Najib bukan lagi menafikan kecurian berlaku. Kecurian hampir rm20 bilion benar2 berlaku dan satu dunia dah tahu. Jadi strategi shafee abdullah skrg ialah nak meletakkan semua kesalahan keatas kepala Jho Low dan cuba menggambarkan najib sebagai "mangsa" penipuan jho low. Nah macai2 masih nak kata jho low suci muci lagi? Benarkah najib tak bersalah dan hanya menjadi mangsa penipuan jho low? Macamana najib nak yakinkan mahkamah sedangkan;
a. Yg tandatangan arahan bayar duit berpuluh2 bilion kepada sykt2 milik jho low dan kroni adalah najib. Mustahil seorang pm dan menteri kewangan begitu bodoh nak bayar berpuluh2 bilion wang rakyat kepada sykt2 yg tiada sebarang urusan perniagaan dengan 1mdb? "Kesilapan" pembayaran bukan sekali tetapi berkali2. Jadi Najib ditipu oleh Jho Low atau kedua2nya yg menipu rakyat? Adakah Jho Low boleh beri arahan sesuka hati dlm 1mdb jika tanpa restu najib??? Pakaila otak wahai macai2 oii

b. Najib kena tipu dgn jho low??? Tapi bila jho low masuk duit dalam akaun dia beribu2 juta dia pandai pulak belanjakan duit2 tu??? Ni termasuklah anak rosmah riza yg dapat rm900 juta dari jho low dan konco2. Macai masih nak kata jho low tipu najib??? 

Cerdik la sikit wahai macai oii

rypanya masih ramai lagi penyokong PH yang LEBIH BODOH DARI LEMBU

Kalau PH nak tangkap Jho Low, mengapa Mahathir tolak permohonan Jho Low untuk kembali jadi saksi utama didalam kes 1MDB

⬛ JHO LOW PERNAH SEDIA BANTU SIASATAN 1MDB 

*⃣ Pada 7hb JUNE 2018, portal BERITA HARIAN melaporkan bahawa

🔷 Hartawan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low BERSEDIA MEMBANTU DALAM SIASATAN BERHUBUNG 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

🔷 DALAM LAPORAN DISIARKAN BLOOMBERG, Jho Low MEMBERITAHU SUDAH MENGARAHKAN PEGUAMNYA UNTIK MENGHUBUNGI SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencari beliau untuk membantu siasatan 1MDB.

🔷 "Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel," katanya.

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Jho Low sedia bantu siasatan 1MDB | Nasional | Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435213/jho-low-sedia-bantu-siasatan-1mdb

⬛ MAHATHIR MENOLAK TAWARAN JHO LOW

*⃣ Pada 15hb JUNE 2018, portal THE COVERAGE melaporkan bahawa

🔷 MENURUT LAPORAN WALL STREET JOURNAL Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad TELAH MENOLAK TAWARAN AHLI PERNIAGAAN LOW TAEK JHO SUPAYA PIHAK BERKUASA MALAYSIA UNTUK MENYOAL SIASATNYA DI DUBAI 

🔷 Menurut LAPORAN KEWANGAN HARIAN Amerika Syarikat itu BERKATA SEMALAM JHO LOW, TELAH MEMBERITAHU PASUKAN PETUGAS YANG MENYIASAT 1MDB BAHAWA BELIAU BERSEDIA BERTEMU DENGAN MEREKA DI DUBAI 

🔷 Walau bagaimanapun, Mahathir TELAH MENOLAK TAWARAN TERSEBUT DAN JAWAPAN MAHATHIR ITU DIBERI MELALUI PERANTARA 

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Tun Mahathir Rejects Jho Low’s Dubai Offer - Immunity From Prosecution By Becoming A Crown Witness - The Coverage

https://thecoverage.my/news/tun-mahathir-rejects-jho-lows-dubai-offer-immunity-prosecution-becoming-crown-witness

# VIRALKAN SEMOGA MACAI2 N WALAUN2 INSAF DAN TAK SOKONG PEROMPAK LAGI

LAIN KALI JANGAN LAH PONTENG LAGI



Ada dua perkara menarik berlaku tentang Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali hari ini.
Pertama, sejak sekian lama tanpa pencerahan, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk keluar atau meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti lain.
Ini kerana, katanya, kedudukan beliau adalah berdasarkan mandat yang selesa daripada ahli-ahli PKR.
“Saya telah dipilih dan saya diberi mandat besar dalam PKR dan bukan saya sahaja, seluruh pasukan PKR kita dapat undi dua pertiga dalam pemilihan parti.
“Jadi tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti melainkan ada yang cemburu nak tendang saya keluar daripada parti. Itu terpulang kepada mereka.
“Tapi saya komited kepada parti dan akan tetap dalam parti dan bina parti dan sokong kepimpinan dan juga ahli,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kedua, hari ini juga buat pertama kali Azmin sedia meluangkan masa bertemu, berbincang dan minum kopi bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim di lounge Parlimen selama kira-kira 30 minit.
Setelah tidak pernah hadir mesyuarat PKR sejak November tahun lalu dan dilihat berkrisis dengan beberapa kali berperang dalam kenyataan media dengan bossnya itu, pertemuan hari ini tentunya bukan suatu kebetulan.
Apalagi, pertemuan itu diadakan di ketika yang sama beliau mengeluarkan kenyataan tidak akan meninggalkan PKR serta sedia menyokong kepimpinan sedia ada.
Kalau pun bukan dirancang, ia tidak lain menunjukkan kesediaan dan lapangnya dada beliau pada waktu ini dalam menerima kepimpinan Anwar selaku Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir Mohamad.
Jika tiada kelapangan dalam jiwanya, Azmin tentu saja boleh mengelak untuk minum kopi bersama Anwar sebagaimana beliau mengelak hadir mesyuarat selama 11 bulan sebelum ini.
Walaupun Anwar mengatakan pertemuan minum kopi yang turut dihadiri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR itu bukan mesyuarat perdamaian, tetapi yang nyata ini adalah sesuatu yang positif yang diperlihatkan oleh Azmin, bukan saja untuk PKR, tetapi juga buat PH serta kerajaan.
Dengan keadaan itu, PKR tiada lagi elemen perpecahan yang boleh dijadikan alasan untuk mengganggu-gugat janji peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dipersetujui serta dijanjikan.
Cuma, selepas ini diharap Azmin terus menunjukkan komitmennya kepada PKR serta jawatan Timbalan Presiden yang sedang disandangnya dengan tidak lagi ponteng mesyuarat sebagaimana dilakukannya 11 bulan sebelum ini.
Hadir dan berilah komitmen kepada PKR sebagai parti yang berasaskan reformasi dan menjadi harapan rakyat sejak tercetusnya gelombang bermula 1998 yang lalu. (ShahbudinHusin 15/10/2019)


TIADA BAJET ALTERNATIF, PEMBANGKANG PALING MALAS

AWAL TAHUN 2020 SEBAIK-BAIKNYA MESTI SUDAH ADA TARIKH SERAH KUASA



Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad tidak mahu menentukan tarikh sebenar untuk menyerahkan jawatan kepadanya.

Menurut beliau, Tun Mahathir memberitahunya, soalan media yang berterusan tentang peralihan kuasa seolah-olah menggesanya segera meletakkan jawatan sehingga membuatkannya seperti seorang Perdana Menteri yang tidak berfungsi.

“Tun Mahathir telah mengulangi kata-katanya, tetapi biasalah Tun Mahathir kadang-kadang kata setahun (lagi), dua tahun, tiga tahun dan ia kelihatan seperti beliau mahu mengelak.

"Saya kata tidak, saya adalah Perdana Menteri menunggu dan orang ramai terus-menerus (bertanya), pada setiap sidang media (termasuk) CNN bertanya bila anda (Tun Mahathir) akan bersara. 

"Saya takkan pandang ringan perkara ini. Berikan beliau masa dan teruskan (tugasnya). Itu adalah apa yang beliau katakan kepada saya dan saya menghargai tindakannya. 

"Katanya, Anwar, saya telah janji dan saya akan kotakannya. Tapi jangan macam ini - paksa saya, buat saya umumkan tarikh sebenar kerana saya akan jadi (seperti) Perdana Menteri yang tidak berfungsi (lame duck),” jelas Anwar lagi.

Sehubungan itu, Anwar turut mengingatkan bahawa ada perjanjian bertulis berhubung peralihan kuasa tersebut yang menyatakan bahawa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri  dan seterusnya beliau akan mengambil alih selepas dibebaskan dari penjara.

Tambah Anwar, tidak adil bagi Tun Mahathir, dirinya dan negara jika orang ramai tidak henti-henti membuat spekulasi berhubung perkara itu.

Justeru, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson meminta semua pihak tidak terus bertanyakan kepada Dr Mahathir berhubung peralihan kuasa yang sudah dipersetujui itu.

Bagaimanapun semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata di Dewan Rakyat, kekaburan tentang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar boleh menjejaskan keyakinan pelabur ke negara ini.

“Keputusan pelaburan di Malaysia sangat dipengaruhi oleh kepastian dalam politik.

“Oleh sebab kini wujudnya ketidaktentuan politik berikutan kekaburan berhubung peralihan kuasa, sektor swasta merosot kerana sektor perniagaan tidak sedia membuat pelaburan berikutan hala tuju ekonomi yang tidak jelas,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Dalam hal ini, rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan KJ, tambahan lagi Tun Mahathir sudah berusia lebih 94 tahun dan apa-apa saja boleh berlaku kepadanya dalam bila-bila masa.

Maka itu, kepastian tentang peralihan kuasa atau penyerahan jawatan itu semestinya dipersiapkan lebih awal untuk mengelakkan kekalutan yang sukar dijangka di masa akan datang.

Mengikut janji mulut awal Tun Mahathir sendiri, beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja bagi membolehkannya memperbaiki kerosakan negara dan memulihkan ekonomi.

Tempoh dua tahun bermula daripada tarikh mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018 ialah 10 Mei 2020.

Sesuai dengan pandangan KJ yang dipersetujui ramai bahawa kekaburan tentang peralihan kuasa itu mesti segera diberi pencerahan demi kebaikan negara dan agar kesuraman ekonomi dapat dipulihkan, adalah dirasakan sebaik-sebaiknya menjelang awal tahun 2020 iaitu tahun depan, penyerahan jawatan kepada Anwar itu sudah pun ada tarikhnya yang khususnya.

Tidak boleh lagi ketidaktentuan dibiarkan berterusan kerana nampaknya selagi tiada kepastian, lagi banyak kekalutan dalam politik dan kesuraman ekonomi yang berpanjangan.

Bermakna, menjelang awal tahun depan, tarikh untuk Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8, tidak boleh tidak, mesti segera ditentukan bagi mengelakkan segala ketidaktentuan.

Dengan adanya tarikh penyerahan jawatan itu, ketidaktentuan dalam politik dan ekonomi dapat segera ditamatkan. 

Dengannya juga, Anwar dapat mempersiapkan dirinya untuk menerajui negara ini.

Dan dengan sendirinya selepas itu tiadalah lagi suara seperti mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan atau pihak berkepentingan yang memintanya menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Bukankah ia sesuatu yang lebih baik untuk kita semua?

Tun Mahathir pun seharusnya rasional dalam hal ini dan tidak hanya memikirkan kedudukannya yang mungkin tidak lagi berfungsi apabila tarikh penyerahan jawatan sudah ditentukan, tetapi harus juga memikirkan kedudukan Anwar dan PH yang turut dilihat tidak berfungsi apabila ketidaktentuan mengenai peralihan kuasa masih lagi berterusan.

Lagi pula, ketika Tun Mahathir pada 2002 dahulu dengan sukarela menetapkan tarikh penyerahan jawatannya pada 31 Oktober 2003 kepada Tun Abdullah Badawi, dalam jangka masa hampir setahun tempoh peralihan waktu itu, adakah beliau menjadi Perdana Menteri yang tidak berfungsi?

Bukankah ketika itu masih banyak projek besar untuk negara, antaranya pembinaan rel berkembar Utara ke Selatan dan Jambatan Bengkok di Johor Bahru masih dapat dipersetujui oleh kabinet? (ShahbudinHusin 15/10/2019)

PH BANTU SEKOLAH AGAMA DIKECAM?



ADA BENARNYA KATA KATA KJ INI



Anwar Ibrahim pada minggu lalu meminta orangramai berhenti daripada bertanyakan kepada Tun Mahathir Mohamad tentang tarikh peralihan kuasa, apa yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak boleh pula dinafikan kebenarannya.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, peralihan kuasa bukan merupakan isu politik semata-mata, sebaliknya turut berkaitan ekonomi, perniagaan dan pelaburan untuk negara.
Katanya, kekaburan tentang peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim boleh menjejaskan keyakinan pelabur ke negara ini.
“Keputusan pelaburan di Malaysia sangat dipengaruhi oleh kepastian politik.
“Oleh sebab kini wujudnya ketidaktentuan politik berikutan kekaburan berhubung peralihan kuasa, sektor swasta merosot kerana sektor perniagaan tidak sedia membuat pelaburan berikutan hala tuju ekonomi yang tidak jelas,”kata beliau lagi.
Rasanya tiada masalah untuk kebayakan daripada kita bersetuju dengan apa yang diluahkan KJ kali ini.
Apa yang beliau suarakan ada kebenarannya.
Tambahan lagi, setelah 16 bulan PH memerintah negara ini, ekonomi masih lembab, dunia perniagaan merosot dan ramai ahli-ahli perniagaan yang bersungut.
Apakah kita mahu negara terus terjerumus dalam ketidaktentuan ekonomi yang lebih panjang?
Sudah tentu, salah satu sebabnya ialah kerana peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar masih lagi kabur dan tiada kepastian.
Lebih-lebih lagi, kadangkala seperti tidak pasti sama ada Tun Mahathir mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar atau tidak.
Maka, untuk kebaikan negara, pertumbuhan ekonomi dan dunia perniagaan berkembang, mahu tidak mahu, kepastian berkenaan penyerahan jawatan itu harus segera dimuktamadkan.
Bilakah agaknya penentuan tentang penyerahan jawatan itu sebaik-baiknya mesti diputuskan? (ShahbudinHusin 14/10/2019)