BANDAR TEMERLOH BANDAR DENGGI???


BANDAR YANG DIKENALI SEBAGAI BANDAR IKAN PATIN KINI MENGANCAM NYAWA PENDUDUK KAWASAN TAMAN PERUMAHAN SEKITAR KERANA WABAK DENGGI. MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH DILIHAT TIDAK BERTINDAK DENGAN SEWAJARNYA APABILA KES SEMAKIN BANYAK. WALAU PEJABAT KESIHATAN MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MENYEMBUR RACUN DDT ,NAMUN IANYA TIDAK MEMBAWA KESAN KERANA KEMUNGKINAN KES SAMA DI RAWANG ATAU SISTEM PEPERITAN YANG TIDAK DI SELENGGARA OLEH PIHAK MAJLIS PERBANDARAN.SATU SIASATAN AKAN DI JALANKAN DAN BUKTI BUKTI AKAN DI LAMPIRKAN DI BLOG INI.



Selepas 2 bulan, 10 Denggi, pengarah SPAN turun sendiri
Harakahdaily

RAWANG, 22 Sept: Selepas dua bulan menghidu bau busuk dan kira-kira 10 orang penduduk sekitar telah diserang Denggi, masalah pembentung tersumbat di Bandar Tasik Puteri selesai semalam.

Ia diselesaikan berikutan tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) campurtangan dengan meminta Indah Water Konsotium (IWK) membersihkan pembentung tersumbat itu dan bilnya diserahkan kepada pemaju kawasan perumahan ini.

Hari ini, Pengarah SPAN Wilayah Tengah, Nik Mohd Nasim bin Nik Ismail bersama kakitangannya (gambar) turun untuk melihat sendiri masalah kawasan ini dan mempastikan masalah ini tidak berulang lagi.

Turut serta adalah para pegawai dari syarikat pemaju, IWK serta para pemimpin masyarakat kawasan perumahan ini.

Lawatan ini telah turut disertai oleh hampir semua wakil media tempatan samada elektronik atau media cetak.

"SPAN telah mengarahkan pemaju supaya memperbaiki saluran pembentuangan di kawasan terbabit dan melakukan kerja-kerja pemulihan saluran pembentungan yang tersumbat seterusnya menyerahkan sistem kumbahan kendalian mereka kepada operator pembentungan dengan segera," kata Nik Mohd Nasim dalam sidang media yang diadakan dikawasan pembentung tersumbat yang telah dibersihkan itu.

Beliau mengingatkan, mengikut seksyen 65 Akta Industri Perkhdimatan Air 2006, mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pembentungan boleh dikenakan denda maksimun RM50,000 jika didapati gagal mengendalikan sistem pembentungan di bawah jagaan mereka.

Para penduduk Jalan 7/8 Bandar Tasik Puteri menghadapi masalah pembentungan yang selalu tersumbat di belakang rumah mereka sejak hampir 10 tahun.

Akibatnya, air dari tandas dan dapur mereka tidak dapat dibuang dengan baik dan menyebabkan septik tank di belakang rumah mereka menakungkan air. Pada peringkat awal, air dalam septik ini yang jernih menyebabkan nyamuk ramai membiak di situ.

(Gambar: Pengarah SPAN Wilayah Tengah, Nik Mohd Nasim (bertali leher) melihat sendiri pembentung yang tersumbat)

Mereka bimbang kalau-kalau ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana sejak pembentung itu tersumbat dua bulan lalu, sudah 10 penduduk jalan 7/8 itu terkena Denggi termasuk seorang Denggi Berdarah.

Ekoran itu, Harakahdaily telah menyiarkan dua rencana khas tentang masalah ini yang ditulis sendiri oleh ketua pengarangnya, Zulkifli Sulong yang kebetulan tinggal di kawasan itu. Dua anak beliau antara mangsa Denggi ini.

Mereka tidak tahu, siapakah pihak yang benar-benar bertanggungjawab untuk mempastikan masalah ini diselesaikan. Pihak IWK yang dihubungi mereka berkata, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kawasan itu belum diserahkan pemaju kepada mereka.

Pihak pemaju pula sering memberikan pelbagai dalih apabila penduduk mengadukan hal ini kepada mereka.

Jalan penyelesaian mulai nampak apabila laporan terus dimajukan kepada SPAN menjelang hari raya Aidil Fitri lalu dan dua hari lepas pegawai mereka datang dan seterusnya menyelesaikan masalah ini.