SALLEH SAID KERUAK TAK BUAT KERJA? INTERNET PALING LEMBAB?


SEMUA INI SALAH SALLEH SAID KERUAK!!!

Kenapa internet 4G di Malaysia paling lembab di dunia?

Dilaporkan bahawa purata kelajuan internet 4G di negara ini ialah 14.83 megabit sesaat dan ia merupakan antara yang terendah di kalangan 88 negara yang dikaji.

Tidak itu saja, kelajuan yang dicatatkan itu juga menunjukkan ia jauh tertinggal berbanding negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar.

Kalau tertinggal dengan Singapura mungkin boleh difahami keadaannya, tetapi macam tak masuk akal kalau dengan Vietnam dan Myanmar pun Malaysia boleh kalah juga.

Tak malukah kita?

Bagi sesiapa yang pernah pergi ke Vietnam misalnya, bukan saja internetnya laju, malah banyak kedai tidak kedekut meletakkan "password" di merata-rata tempat untuk kemudahan pelanggan menggunakan kemudahan itu.

Kenapakah semua itu tidak berlaku di Malaysia?

Mungkin ada sebab-sebab yang lain, tetapi punca paling utama mengapa internet 4G negara kita masih perlahan, selain kadarnya yang mahal ialah kerana menteri yang bertanggungjawab mengenainya ialah Salleh Said Keruak.

Lihat dan perhati apa yang dilakukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia selama ini.

Apakah beliau sebenarnya banyak bekerja untuk rakyat dan pembayar cukai atau lebih menumpukan seluruh jiwa raganya  mengampu serta membodek Najib Razak sekeluarga?

Berbanding membodek dan mengampu Najib, berapa kali Salleh pernah bercakap tentang tahap kelajuan, mutu internet dan dunia komunikasi serta multimedia?

Kalau ada pun, yang paling diingati tentunya kenyataan beliau tidak lama sebelum ini bahawa rakyat Malaysia lebih suka internet perlahan berbanding laju.

Logikkah kenyataan seperti itu?

Kenapa Salleh tidak terlihat bersungguh-sungguh memajukan dunia internet melalui jawatan menteri yang disandangnya sebagaimana menteri-menteri lain dengan bidang kuasa masing-masing mereka?

Apa pun, jika bukan Salleh jadi menterinya atau setidak-tidaknya tumpuan beliau tidak terlalu mengampu dan membodek Najib, internet 4G negara kita sekarang ini mungkin lebih baik keadaannya. (ShahbudinHusin 21/02/2018).

NURUL IZZAH BERTANDING DI PANDAN?

BERANIKAH LAGI NAJIB UMUM PERUNTUKAN BERBILION-BILION?




Berikutan pengumuman Najib Razak memberi peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3 bilion bagi Pulau Langkawi kerana ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin bertanding di pulau tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau akan menjelma di banyak kawasan lain selepas ini.
Saya akan menjelma di banyak kawasan lain, termasuk Pekan dan Putrajaya, kata Tun Mahathir.

Apa lagi akan Najib curahkan agaknya?

Bagaimana jika kemudiannya "bakal Perdana Menteri"  itu turut menunjukkan kecenderungan dan minat untuk bertanding di Kubang Pasu, Titiwangsa dan beberapa kawasan lain lagi?
Maka, adakah Najib akan turut mengumumkan peruntukan pembangunan segera berbilion-bilion ringgit juga bagi kawasan-kawasan itu? (ShahbudinHusin 20/02/2018)

PAS jangan putar belit isu anak Indira Gandhi, kata exco agama PKR- Ustaz Q7 goreng sakan..

Image may contain: text
Goreng ustaz selagi boleh goreng....meniaga agama memang lebih menguntungkan drp niaga karbon kredit dan balak serta alat kosmetik.....
Sedarkah al fadhil dan penyokong Pas bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Terengganu 2001 yang diluluskan semasa Haji Hadi jadi MB juga memperuntukkan kebenaran bapa DAN ibu adalah diperlukan bagi anak bawah umur memeluk Islam.
Pas hanya parti politik, Islam telah diperjuangkan di Malaysia melalui berbagai wadah dan wasilah, bahkan sebaliknya Pas bukan sedikit telah mengakibatkan orang bukan Islam dan masyarakat awam salah faham tentang Islam.

PAS jangan putar belit isu anak Indira Gandhi, kata exco agama PKR
PAS tidak wajar memutarbelitkan isu agama bagi tujuan politik, kata Wan Ji Wan Hussin, mengulas sikap pemimpin parti Islam itu terhadap isu yang berbangkit dalam kes hak penjagaan anak Indira Gandhi.
Menurut Wan Ji, PAS perlu konsisten dalam isu itu kerana keputusan kes itu sama dengan enakmen syariah Terengganu yang diluluskan semasa ia memerintah negeri itu.
"Semasa PAS memerintah Terengganu, PAS telah meluluskan enekmen syariah bahawa kanak-kanak yang belum sampai umur 18 tahun, keislaman itu dianggap sah apabila mendapat persetujuan ibu dan bapa terlebih dahulu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Seksyen 101 Keupayaan Untuk Memeluk agama Islam dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal agama Islam (Terengganu) menetapkan seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan -
(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
Wan Ji Wan Hussin meminta pemimpin PAS jangan 'berlidah biawak' ketika membicarakan isu Islam di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Februari, 2018.
Wan Ji Wan Hussin meminta pemimpin PAS jangan 'berlidah biawak' ketika membicarakan isu Islam di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Februari, 2018.

Wan Ji yang juga Exco Agama Pemuda PKR meminta pemimpin PAS seperti Naib Presidennya Idris Ahmad agar konsisten dalam pendirian mereka daripada asyik menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam isu ini.
"Justeru, Ustaz Idris Ahmad sebagai pemimpin PAS tidak wajar 'berlidah biawak' ketika membicarakan isu Islam di Malaysia. PAS perlu konsisten dengan pandangan agamanya, bukan berputar belit demi kekuasaan," kata beliau.
Idris dilaporkan menyalahkan PH berikutan kelulusan Akta 164 yang didakwanya telah menyebabkan polemik dalam masyarakat khususnya berhubung kes penukaran agama satu pihak membabitkan Indira Gandhi dan bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah.
Idris berkata segalanya berpunca daripada keputusan mahkamah selepas akta itu diluluskan di Parlimen, meskipun anggota Parlimen PAS cuba menghalang dengan undi belah bahagi.
"Manakala di pihak PH, mereka bergembira akan keputusan ini. Bahkan mereka sanggup bekerjasama dengan Umno BN meluluskan akta ini dengan prejudis terhadap Islam, walaupun saban hari PAS yang difitnah mahu masuk Umno," katanya dilaporkan portal Malaysiakini hari ini


Ada Bukti Rakaman PAS-UMNO Bekerjasama

Ada Bukti Rakaman PAS-UMNO Bekerjasama

WAWANCARA HADI AWANG MENGARUT, KATA AHLI PARLIMEN AMANAH

Image result for hanipa maidin amanah


1. Maaf, saya masih terpanggil untuk ulas beberapa jawapan Presiden parti suci dalam wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia semalam.

2. Antara lain, ketika ditanya tentang parti suci bertanding secara sendiri dlm PRU , dia jawab dengan berkata parti suci berpijak di atas kekuatan sendiri dan jentera sendiri dan tak menumpang parti lain. 

3. Dia juga kata yang parti dia ada pusat penyelidikan yang buat kajian secara terperinci dan turun ke lapangan.Kajian parti dia, dia kata, bukan sekadar sekadar duduk dalam bilik hawa dingin je, tapi turun juga ke lapangan...
 
4.  Bila dia kata parti dia berpijak atas kekuatan sendiri dan jentera sendiri dan tak menumpang orang lain, bagi saya lah, itu ucapan orang ek dan tak boleh nak kerja dengan orang lain. 

Patutlah mcm tak naik kelas. Berpijak dengan kekuatan sendiri...tak pe lah jika kuat..jika x kuat dan cuma perasan kuat je , lagu mana pak Aji? Bertanding PRU bukan mcm lawan gusti pak Aji..di mana kekuatan diukur dari satu sudut yang dominan- kekuatan fizikal. 

Tujuan berpakat atau bertahaluf ini supaya setiap parti boleh tampung menampung antara satu sama lain. Tapi kena sepak tepilah sikap ek, ego, keras kepala, tak mahu bertolak ansur , flip flop dan asyik nak mendominasi.

5. Buat kajian satu hal, betul ke kaedah dan disiplin kajian/ penyelidikan tu satu hal yg lain. Kajian atau penyelidikan ini bukan berkaitan semata-mata ia dibuat kat bilik aircond atau turun ke lapangan Pak Aji hoi. 

Turun ke lapangan sekalipun, lepas tu kaedah dan tatacara mengkaji x betul, resultnya pun nanti tak boleh nak pakai sgt. Ia kena ada ilmu dan dikawal disiplin tertentu. Jgnlah berlagak jika tak tahu. Pernah berlaku dulu ditolak tepi kajian , lepas tu  pilih calon atas dasar mimpi!!!

6. Bila disoal mengenai kerjasama dgn parti sarkas , dia jawab parti suci ambil pendekatan ta'awun ( kerjasama ) dalam perkara baik dan menentang dlm perkara tak baik. Ehem ..itu mulut je yang cakap dan hanya ayat di atas kertas. 

Di alam realiti, semua orang nampak byk kali dah yang tak baik dan korup, parti suci tak tentang pun..malahan mudah puas hati, berkecuali dan lebih teruk lagi "menyokong" dgn berlapik agama atau guna hujah spt campurtangan asing.. Tak  usah nak berbelit dan temberang lah. 

Anyway, ta'awun atau mu' awanah dlm perkara baik ni bukan parti suci yg perkenalkan pun. Dah lama dah orang lain buat juga cuma tak kecoh je. Dlm parlimen contohnya, kami dari dulu tak ada masalah nak bagi sokongan apa yg parti sarkas buat yg kami fikir baik.

7. Saya sakit perut ketawa bila dia kata  rakyat mahu lihat parti yang berkerja...ya lah kerja sangat lah tu hingga terlupa gamaknya nak hadir sidang Parlimen..ke kehadiran seorang MP dalam sidang Parlimen , yang kami dlm PH anggap ia sebahagian dari kerja kami, tidak pula dianggap kerja oleh parti suci. 

Maklumlah, definisi kerja orang suci mungkin berbeza.

MOHD HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG.

TEGAS NAJIB KEPADA ZIONIS HANYA SANDIWARA – MAHFUZ

‘RAKYAT SELANGOR TAK MAKAN UMPAN PLASTIK 20 SEN’ – PH

HUSAM AKAN DEDAH RAKAMAN AUDIO PAKATAN UMNO – PAS

TUN M ACAH BERTANDING LANGKAWI, KERAJAAN BN BERI RM1.3 BILION

Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno


Husam dakwa ada bukti rakaman Pas  bekerjasama dengan Umno

Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno


Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.
Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
“Pas sudah ambil duit Umno.
“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.
Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.
“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.
“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.
“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.
Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.
“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar.
“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN).
“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katannya.
Beliau turut mempertikaikan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.
“Melalui wawancara dalam akhbar mingguan beliau kata bertanding nak selesai masalah negara.
“Tolong selesai masalah Kelantan dululah,”katanya.
Yang terbaru katanya, pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Ladang Rakyat.
“Ladang Rakyat melalui koperasinya yang menguruskan dana ahlinya dari golongan miskin membeli sebuah setesen minyak di Tunjong.
“Akibat salah urus, setesen itu telah terhenti operasi hampir setahun.
“Apa yang malang apabila perkara ini didedahkan oleh satu bloh, mereka boleh jawab, apa masalahnya kalau tak operasi,” katanya.
Sikap seperti ini kata beliau telah menyebabkan kerugian demi kerugian kepada wang rakyat.
“Telah banyak yang telah saya dedahkan, dan banyak lagi yang cuba disembunyikan.
“Kalau mengurus Kelantan penuh dengan kegagalan bagaimana nak janjikan untuk selesaikan masalah negara,” soalnya.

2 Syarikat Milik Menantu Bekas Timbalan MB Kelantan dapat 400Ha ~ 988 ekar??


Walak!
VIDEO: 2 Syarikat Milik Menantu Bekas Timbalan MB Kelantan dapat 400Ha ~ 988 ekar??
YB Hj Husam Musa mendedahkan 2 syarikat terlibat;
i. Nenggiri Tin Sdn Bhd - 200Ha
ii. NoLimits Sdn Bhd - 200Ha
Hj Husam mempertikaikan apakah kelayakan syarikat yang baru tubuh, kewangan tidak stabil, tiada pengalaman, modal tak besar, menantu kepada bekas timbalan menteri besar Kelantan boleh dapat kawasan lombong ini?
Bagaimanakah Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan boleh meluluskan tanah Lombong kepada syarikat berkenaan, yang diluar bidang perladangan?
No automatic alt text available.
Dato Mohd Amar yang juga satu Kawasan Pengkalan Chepa dengan bekas Timbalan MB dulu minta jawab.
Habis harta negeri jual sana sini, pengikut yang tidak tahu apa, mereka ikut sahaja pemimpin mereka cakap.
Pemimpin meerka kaut keuntungan jual hasil mas'ul negeri mereka tidak sedar. Kesian dengan Peserta Ladang Rakyat, duit dapat ciput, pemimpin kaya raya.
Walak!
#KekohTanahNo automatic alt text available.

KAJIAN TIDAK BERCERITA ‘ARUS SENYAP’ AKAR UMBI – SALAHUDDIN AYUB