Mohd Fairul Al Qasas
1. Mula-mula kata sebab LGBT..tapi bila kita kata dulu Ellie billish, Columm Scott boleh.
Mereka diam.
2. Kemudian ubah pula akan beri pengaruh, sebab ikon. Kita kata pasukan bola MU, kereta honda dll pun ada sokongan pada LGBT..
Mereka diam.
3. Ubah pulak naratif sokong Israel...lah mana pulak datang sokong Israel..Coldplay ni memang terkenal sokong Palestine, siap buat lagu lagi.
Harakah pun pernah keluarkan berita tu, mereka diam.
4. Tukar pulak naratif..saudara kita sedang sengsara...kenapa kita bergembira..
Lah...gegarvaganza..sebelum ni konsert aina Abdul, m nasir...deme tu buat apa? Baca Yasin ke?
Macam-macam lah cara mereka tanamkan naratif negatif.
Sampaikan netizen yang terhasut melihat yang pergi ni sebagai fasiq hakiki. Sampai doa buruk. Kalau boleh biar mereka ni mati kafir lah...
Aku terkesan dengan komen seorang Non muslim ni...dia kata makan mcd dituduh sebagai tidak berperikemanusiaan...tapi doa stadium runtuh, kena panah petir tu semua boleh pulak? Doa orang mati dan sengsara?
Dia tambah nasib baik dia tak silap pilih 'agama yang salah'
Ini lah kesan dakwah korang. Sebab tu Non muslim tak bersama korang
Macam korang ni suci sangat. Tak pernah dengar lagu.
Aku pun tak faham...apa yang korang bayang dengan konsert Coldplay ni. Macam dalam kelab malam ke? Macam konsert punk ke?
Aduh..aku pun tak pernah pergi konsert..walaupun ada kawan selalu tawarkan tiket percuma.
Tapi tak adalah nak senang-senang hukum orang semata-mata pergi konsert. Tak adalah nak doakan keburukan orang semata-mata konsert.
Teringat aku dulu pesta teluk batik, ada orang bawak bom nak letupkan majlis maksiat katanya.
Dan teringat aku satu kisah, imam ni tanya kerja syaitan apa? Nak masukkan orang dalam neraka.
Kerja dakwah apa? Nak masukkan orang dalam syurga.
Jika anta bom kelab malam, muslim yang mati dalam tu sempat ke bertaubat?
Tak sempat bertaubat dia masuk syurga ke neraka?
Kalau dimasukkan neraka, siapa berjaya? Syaitan ke kerja dakwah?
Jadi fikir fikirkan lah...
Maksiat memang ada. Tapi dakwah lah dengan hikmah.
Aku bagi cadangan.
Kepada peserta konsert,
1. Sila pilih konsert yang anda pergi baik liriknya.
2. Jangan bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram anda. Jaga batas pergaulan.
3. Jangan tinggalkan solat. Pihak penganjur dimohon sediakan lebih banyak ruang solat .
4. Team dakwah boleh turut disana, sediakan spray air untuk bantu mudah wuduk.
5. Jangan terkinja-kinja. Jaga adab muslim.
Ni contoh. Bila kau buat walaupun bagai mencurah air ke daun keladi, tapi sedikit sebanyak ada yang dapat manfaat, ada yang segan, ada yang berubah.
Bantulah umat untuk berhibur dengan betul. Bukan sebab politik kau hentam kaw-kawa konsert ni.
Nanti masa kau berkuasa ntah apa-apa konsert masuk, masa tu kau main pulak isu hak dan keperluan bukan Islam.
Orang pun pening, apa kaedah kau guna untuk haramkan dan tegur sesetengah konsert.
Walhal kementerian komunikasi dah buat garis panduan, peraturan dan terbaru suis pemati untuk kawal benda tak elok.
Terima lah negara kita bukan macam Afghanistan 100% muslim. Kita negara bercampur dengan pelbagai agama dan budaya.
Bukan sahaja konsert orang putih, Malaysia jadi lubuk untuk konsert Korea, Indonesia, China, Taiwan, Hong Kong, India, Tamil semua.
Konsert sentiasa akan datang. Peminat sentiasa ada.
Berhukumlah dengan adil dan berhikmahlah dalam berdakwah.