SPRM BERITAHU TERSALAH HANTAR TETAPI TIDAK MENAFIKAN KANDUNGAN DI DALAM.SURAT BERKENAAN




SPRM kata tersalah hantar surat, tak sepatutnya surat itu dihantar kpd parti hingga mnyebabkan dua org dipecat dari parti. 

Rakyat tidak ambil tahu kesilapan teknikal SPRM itu.  Isu silap hantar surat tu biarlah Latheefa Koya yg jawab, takkan nak urus surat pun tak pandai2.  Apa yg penting adalah kandungan dlm surat tersebut kerana parti bertindak berdasarkan kandungan dlm surat berkenaan. 

Sekiranya SPRM sanggup menarik balik laporan yg dikatakan tersalah hantar itu dan mengesahkan anggota terlibat bersih dan tiada kes, barulah parti kena kaji semula pemecatan beliau. 

Ini isu besar melibatkan moral seseorang.  Yang terlibat boleh menyaman SPRM sekiranya surat itu melaporkan sesuatu yang tidak benar terhadapnya.  Apakah SPRM sanggup menarik balik laporan tersebut dan sanggup mengaku bahawa surat tersebut adalah tidak benar? Saya harap begitu.

WFAUZDIN NS

SOAL PERALIHAN KUASA SUDAH BERES’ – ANWAR

JIKA TIDAK PILIH BULU, ZURAIDA PUN PATUT DIPECAT JUGA



Walaupun tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR semalam, Zuraidah Kamaruddin terus membebel melalui media berhubung keputusan yang dibuat oleh parti itu.
Semalam PKR membuat keputusan memecat dua ahlinya, temasuk seorang Ahli MPP, Zakaria Abdul Hamid dan seorang lain yang bernama Ismail Dulhadi.
Pemecatan itu berikutan cadangan yang diusulkan oleh SPRM berkaitan kes rasuah yang dihadapi oleh kedua-duanya.
Bagi Zuraidah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, keputusan PKR itu adalah tidak adil dan pilih bulu.
“Pemecatan itu hanya mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu?
“Memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak kepada pimpinan tertentu saja diambil tindakan.
“Saya mengecam tindakan pilih bulu yang dilakukan parti dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera, jika parti ini ingin diselamatkan.
“Jika benar ada saranan daripada SPRM untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota yang masih tak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap anggota yang jelas melanggar undang-undang negara,” tegas beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menolak bebelan Zuraidah dengan mengatakan beliau akan memahami pemecatan itu jika hadir mesyuarat MPP semalam.
“Saya rasa kalau beliau hadir mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam, maklumat penuh disampaikan kepada kami. Ia cukup jelas untuk tindakan tersebut (pecat) diambil.
“Jadi saya tegaskan sekali lagi, semua pimpinan lain hendaklah peringatkan diri sendiri untuk sentiasa hadir mesyuarat.
“Gunakan platform pertemuan parti untuk bincangkan perkara-perkara ini, bukannya keluarkan kenyataan melalui media,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Dalam hal ini, harus difahami bahawa urusan parti adalah kuasa peringkat tertinggi iaitu MPP membuat keputusan setelah diperbincangkan dengan mendalam.
Sebab itu, menghadiri mesyuarat adalah penting.
Maka, kalau MPP boleh membuat keputusan memecat ahli yang rasuah, bagaimana dengan mereka yang sengaja tidak hadir mesyuarat tanpa sebab selama setahun lamanya?
Lepas itu, sudahlah tidak hadir mesyuarat, kuat pula membebel dan menentang keputusan parti di luar mesyuarat?
Apakah orang seperti ini tidak boleh dipecat juga daripada PKR?
Kalau tidak dipecat, bukankah bermakna PKR telah pilih buli dan bersikap tidak adil, sedangkan peraturan juga menetapkan mereka yang tidak hadir tidak kali berturut-turut tanpa sebab turut boleh dipecat?
Tidakkah Zuraidah sendiri tidak suka PKP bersikap tidak adil dan pilih bulu? (ShahbudinHusin 25/11/2019)

PECAT JUGA AZMIN DAN ZURAIDA

Pemecatan Zakaria.

1.Saya bukan lagi ahli PKR atau mana2 parti politik.

2.Mohon izin saya beri pandangan saya kes pemecatan Sdr Zakaria dari PKR semalam.

3.Pandangan ini kerana ramai kawan2 dlm PKR tanya dan juga saya kenal Sdr Zakaria dari hari pertama beliau sertai PKR.

4.Saya kenal Sdr Zakaria hanya di era reformasi.Sebelum era reformasi saya tidak kenal beliau.Diawal reformasi dalam usaha membina parti khususnya p
Pemuda, saya dapat maklumat ada seorang anak muda yang aktif di Amerika Syarikat semasa menjadi ketua pelajar disana.Makanya saya mencari beliau dan mengajaknya sertai Pemuda Keadilan dan berjuang.Beliau setuju dan bersedia tanpa basa basi.

5.Disaat Pemuda Keadilan ditubuhkan beliau menjadi Exco Pusat dan setelah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang.Beliau antara Ketua Negeri yang paling gigih dan effektif mengerakkan akarumbi di era sumpah keramat yang penuh gelora itu.

6.Semalam saya dapat berita beliau dipecat.Saya tentunya terkejut.Lebih terkejut ianya berkaitan rasuah politik.Saya tidak bersedia ulas lanjut kasus itu kerana belum dapat maklumat.

7.Namun saya berpandangan keputusan pecat terlalu keras.Kalau benarpun dia bersalah banyak bentuk tindakan lain boleh diambil selain dipecat.Memecat terus seorang yang sudah lama berjuang membina parti tidak setimpal kerana tiada ruang samasekali untuk dia memperbaiki dirinya.

8.Saya percaya pimpinan PKR mempunyai asas kukuh dan juga hasil siasatan SPRM tentunya menyeluruh dan menentukan.(Saya percaya SPRM telah panggil dan soalsiasat beliau).Namun bentuk tindakan yakni terus memecat atas kesalahan pertama kurang wajar.

9.Saya juga tertanya2 mengapa PKR tidak mengambil tindakan sama sekali terhadap pemimpin yang kelihatan menggunakan jawatan menteri menawarkan projek kepada musuh-musuh parti seperti diberitakan baru2 ini?Itu lebih parah kerana bukan hanya elemen rasuah tetapi khianat.

10.Bentuk rasuah politik itu pelbagai termasuk menggunakan kedudukan untuk keuntungan sendiri.Rasulullah SAW pernah  menyatakan dengan jelas kasus dalam hadis sahih seorang yang meggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya sendiri.(Sila rujuk Buku Islam dan Rasuah terbitan Hisbah 2017)

11.Saya percaya dan berharap PKR tidak bertindak hanya kepada pemimpin kecil dan melepaskan pemimpin2 besar yang melakukan kesalahan.

12.Sebagai parti paling besar dalam kerajaan hari ini PKR mesti dilihat lebih baik dan kehadapan dalam mendisiplinkan pemimpin2 nya tidak kira pemimpin besar atau kecil.Itulah keadilan.Sesuai dengan namanya.

Mohamad Ezam Mohd Nor
25 Nov 2019, 28 Rabiul Awal 1441H.

UMNO AKAN TENDANG PAS SEBELUM PRU 15?

PEMIMPIN SENIOR PKR MAHU HILMAN DIAMBIL TINDAKAN

KETERBUKAAN MEDIA MALAYSIA POSITIF TETAPI PERLAHAN

KISAH KSU KEMENTERIAN PERTANIAN DI PECAT



Ini salah satu kenyataan Ahli Lembaga Peladang (ALP)  Puan Normah.

Ceritanya simple, memang ada tender, tapi KSU deal dgn company Cina. 

Bila menteri dapat tahu, tu yang Menteri mintak surat sokongan kat Tun M tender tu diberi kepada NAFAS semula. 

KSU bukan nak tolong Melayu tapi nak tolong tengkuk dia sendiri deal dengan company cina.

Yang dedahkan kerja KSU ni Ahli Lembaga sendiri. 

Pendedahan Ahli Jemaah Nafas mengenai tender RM1.4 bilion yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mendedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mensabotaj Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung isu tender bernilai RM1.4 bilion.

Perkara itu didedahkan beliau menerusi Facebook.

Normah Yusof, Ahli Jemaah Pengarah Nafas menerusi Facebook berkata: “KSU bawak naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merayu kepada Menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat ianya memberi kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900 ribu ahli.

“Menteri MOA pun tulis kepada PM mohon supaya tender diberi kepada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan 1.4 bilion tu.

“Yang bagi maklumat tu KSU la. KSU ni kerja dia sabotaj je. Patut dia membantu menteri bukan sabotaj,” tulis Normah.

Isu pemberian tender ini dicetuskan oleh , Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.

BACA: http://Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mendakwa ada dalam kalangan pegawai kementerian cuba mensabotaj menteri dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2019/11/24/ksu-sabotaj-salahuddin/

KABINET ANGAN ANGAN PINTU BELAKANG HISHAM DAN AZMIN...



Perdana Menteri : Hishammuddin Hussein ( UMNO )
Timbalan Perdana Menteri 1 : Azmin Ali ( PKR )
Timbalan Perdana Menteri 2 : Hadi Awang ( PAS )
Menteri Kewangan 1 : Khairy Jamaluddin ( UMNO )
Menteri Kewangan 2 : Ahmad Fadhli Bin Shaari ( PAS )
Menteri Pertahanan : Tan Sri Muhyiddin Yassin ( PPBM )
Menteri Dalam Negeri : Mukhriz bin Mahathir ( PPBM )
Menteri Hal Ehwal Ekonomi : Dato’ Seri Mohamad Bin Haji Hassan ( UMNO)
Menteri Pengangkutan : Wee Ka Siong ( MCA )
Menteri Pengajian Tinggi : Saifuddin Abdullah ( PKR )
Menteri Pendidikan : Mohamed Khaled bin Nordin ( UMNO )
Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga & Masyarakat : Dato’ Sri Azalina binti Othman ( UMNO )
Menteri Komunikasi Dan Media : Tan Sri Annuar Musa ( UMNO )
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan : Rais Yatim ( PPBM )
Menteri Sumber Manusia : Dato Haji Marzuki Bin Yahya ( PPBM )
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani :Takiyuddin Bin Hassan ( PAS )
Menteri Industri Utama : Tuan Ibrahim Bin Tuan Man ( PAS )
Menteri Kesihatan : Dato’ Dr Mah Hang Soon ( MCA )
Menteri Luar Negeri : Darell Leiking ( Warisan )
Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar : Kamaruddin Jaffar ( PKR )
Menteri Pelancongan Seni Dan Kebudayaan : Zuraida Kamaruddin ( PKR )
Menteri Tenaga Teknologi Sains , Iklim & Alam Sekitar : Bung Mokhtar (UMNO)
Menteri Belia Dan Sukan : Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ( UMNO )
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri : Mahdzir Bin Khalid (UMNO )
Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Pengguna : Ismail Sabri ( UMNO )
Menteri Pembangunan Usahawan : Haniza Mohd Talha ( PKR )
Menteri Kerja Raya : Baru Bian ( PKR )
Menteri Air , Tanah & Sumber Asli : Dato’ Dr. Xavier Jayakumar ( PKR )
Menteri di JPM ( Agama ) : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz ( PAS )
Menteri di JPM ( Undang – Undang ) : Sivarasa K. Rasiah ( PKR )
Menteri di JPM ( Perpaduan ) : Vigneswaran Sanasee ( MIC )
Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kewangan 1 : Ahmad Maslan ( UMNO )
Timbalan Menteri Kewangan 2 : Dato Mohd Salleh Bin Bajuri ( PPBM )
Timbalan Menteri Pertahanan : Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman ( PAS )
Timbalan Menteri Dalam Negeri : Dato Ti Lian Ker ( MCA )
Timbalan Kementerian Hal k Ekonomi : Datuk Rais Hussin Bin Mohamed Arif ( PPBM )
Timbalan Menteri Pengangkutan : Mastura Mohd Yazid ( PPBM )
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi : Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri Pendidikan : Chong Sin Woon ( MCA )
Timbalan Menteri Wanita , Keluarga & Masyarakat : Nicole Wong ( MCA )
Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia : Menteri Komunikasi Dan Media ( PPBM )
Timbalan Menteri Kesihatan : Dr Mohd Radzi Bin Jidin ( PPBM )
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar : Ramli Mohd Nor ( UMNO )
Timbalan Menteri Pertanian : Dato Che Abdullah Bin Mat Nawi ( PAS )
Timbalan Menteri Industri Utama : Dato’ Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (PAS)
Timbalan Menteri Luar Negeri : Maria Chin ( PKR )
Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ahmad Hamzah ( PPBM )
Timbalan Menteri Wilayah & Bandar : Tan Sri Nor Omar ( UMNO )
Timbalan Menteri Teknologi & Sains : Dato Azalina ( UMNO )
Timbalan Menteri Perdagangan : Datuk Seri Razali Bin Ibrahim ( UMNO )
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan : Syed Saddiq ( PPBM )
Timbalan Menteri Kerja Raya : Wee Jeck Sheng ( MCA )
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Pengguna : Datuk Jamaluddin Alias ( UMNO )
Timbalan Menteri Pelancongan Seni Dan Kebudayaan : Mohd Shahar Bin Abdullah ( UMNO )
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan : Tien Chua – Chua Tian Chang ( PKR )
Timbalan Menteri Air , Tanah & Sumber Asli : Dato Hasbullah Osman ( UMNO )
Timbalan Menteri di JPM ( Undang – Undang ) : Nancy Shukri ( UMNO )
Timbalan Menteri di JPM ( Agama ) : Dato. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali ( PAS )
Timbalan Menteri di JPM ( Perpaduan ) : Ismail Abd Muttalib ( UMNO )

PEMECATAN SDR ZAKARIA ABDUL HAMID, KETUA CABANG BERA



KENYATAAN MEDIA

PEMECATAN SDR ZAKARIA ABDUL HAMID, KETUA CABANG BERA

Saya selaku Pengerusi MPN KEADILAN Pahang telah mengambil maklum tentang pemecatan Saudara Zakaria bin Abdul Hamid, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga merupakan Ketua Cabang Bera berkuatkuasa serta merta melalui Mesyuarat MPP petang tadi.  

Keputusan tersebut telah dibuat setelah menerima nasihat dari Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, Datuk Ahmad Kassim di mana pihak Jawatankuasa Disiplin bertindak berpandukan laporan yang diperolehi dari SPRM. 

MPN Pahang sentiasa mematuhi dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti dan isu ini tidak samasekali menjejaskan gerak kerja dan keutuhan parti khususnya di Cabang Bera.

HAJJAH FUZIAH SALLEH
Pengerusi MPN
KEADILAN Pahang 

24 November 2019

TERKINI : Perjuangan PAS Suka kepada “AMANAH dan BERSATU” – Hadi Awang


 
KUALA LUMPUR – Pas bukanlah parti oportunis yang hanya akan bersama-sama dengan pihak yang mempunyai kelebihan dan memiliki kemenangan.
Sebaliknya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat pertimbangan tertentu yang diambil parti itu dalam menubuhkan muafakat politik.

AZMIN DAN KABILAH PINTU BELAKANG


Image result for AZMIN
MELIHAT tindak tanduk terkini politik Azmin Ali dan pengikut kuat di keliling kelalang beliau, tak banyak perkara yang perlu dirisaukan. Apa yang dilakukan Azmin Ali ini hanya sekadar ingin memastikan beliau menjadi subjek perhatian media. Mungkin Azmin memang gemar diri beliau dilayan seperti fenomena. Publisiti buruk itu tetap publisiti yang baik bagi politikus yang gilakan lensa kamera.
Lebih tepat lagi Azmin sedang menguji kesabaran kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan karenah beliau. Pelbagai dinding disiplin telah beliau rempuh. Saranan kepimpinan utama PKR untuk beliau hadir ke mesyuarat diabaikan beliau tanpa rasa segan apatah lagi bersalah.Terbaru, telah berlangsung perjumpaan beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional di rumah Azmin pada malam 18 November 2019. Perjumpaan sulit ini sama ada terpecah atau sengaja dipecahkan kepada khalayak, hanya Azmin dan setiawannya yang tahu. Namun saya merasakan tidak apa yang perlu dirunsingkan mengenai pertemuan ini. Ini merupakan satu lagi gimik daripada Azmin untuk menunjukkan betapa beliau kononnya masih relevan dalam politik hari ini.
Mesejnya mudah, beliau akan terus buat masalah sehinggalah parti memecat beliau. Setelah dipecat, beliau dan juak-juak pengampu akan mendabik dada sebagai hero yang telah dianiaya kerana bersuara untuk kebenaran. Walhal kebenarannya ialah mereka ini merupakan kabilah pintu belakang yang sering menyebabkan keadaan yang tenang menjadi serabut.
Mereka inilah kabilah yang suatu ketika dahulu sangat tidak senang dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga mereka terus bercumbuan dengan Pas di Selangor yang pada ketika itu Azmin adalah Menteri Besarnya.
Kabilah ini jugalah yang lantang membantah apabila kepimpinan PH sepakat memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan. Kata mereka Malaysia memerlukan pemimpin yang lebih muda. Itu hanya ayat berkias mereka untuk mengangkat ketua kabilah pintu belakang yang sememang bernafsu besar.
Berbeza sungguh moral ketua kabilah pintu belakang ini jika dibandingkan dengan YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah berada diambang kuasa apabila istana lebih cenderung memilih beliau sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan 9 Mei 2019. Atas nama setiakawan dan berpegang pada janji, kecenderungan istana itu beliau tolak dengan penuh hemah dan bijaksana.
Oleh itu mudah untuk kita fahami bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah kerana nafsu besar sang ketua kabilah pintu belakang yang mahu menjadi Perdana Menteri. Untuk itu beliau memuja-memuji Tun M yang suatu ketika dahulu beliau sendiri pertikaikan. Beliau cuba mempamerkan kekuatan dengan menunjukkan semua Ahli Parlimen UMNO berada di bawah telunjuk beliau.
Dengan ini ketua kabilah pintu belakang ini mengharapkan beliau akan mendapat sokongan daripada Tun M untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi malangnya, dengan ilmu matematik mudah, nafsu besar ketua kabilah pintu belakang ini mungkin akan menjadi cita-cita yang tak tercapai. Justeru nasihat saya kepada ketua kabilah pintu belakang dan setiawannya, berhentilah mengetuk pintu belakang dan kembalilah ke pintu hadapan.
Penulis ialah Syukri Razab, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia



RAHSIA MENGAPA PAS SERAM ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI TERDEDAH



Kalau dilihat di kerusi-kerusi yg PAS menang 2018 lepas, ia adalah kerusi-kerusidi mana terdapat sokongan tradisi kepada PAS.

Kawasan2 ini juga antara yang paking keras dan ganas menolak Dr. Mahathir sewaktu Dr. M menjadi Perdana Menteri kali pertama dahulu.

Selama lebih 40 tahun, pengundi-pengundi tegar PAS di kawasan-kawasan ini dilatih dan diajar utk.membenci Dr Mahathir.

Misalnya, dlm PRK Arau 1996, apabila bocor rakaman Dr M. mengkritik Dr Harun Din maka penduduk2 Arau ramai2 menyokong PAS dan menumpaskan UMNO pada masa itu.

Apabila Dr.M menjadi calon Pakatan Harapan tahun 2018, tidak sukar utk jentera2 PAS mengekalkan sokongan mereka. Mrk cuma perlu mengingatkan kembali kpd kebencian mrk kpd Dr Mahathir yang sudah sekian lama diisemai dan tumbuh dengan subur.

Namun, ini berbeza dengan Anwar Ibrahim. Pengundi2 tradisi PAS belum pernah dilatih membenci Anwar Ibrahim sejak zaman berzaman.

Malahan, sejak 1999 sampailah 2013 pengundi-pengundi tegar PAS dilatih utk menyokong Anwar Ibrahim. Pada tahun 2018 pun Anwar tidak diserang krn beliau dalam penjara masa itu.

Sekiranya Anwar mengganti Dr.M maka PAS amat runsing ramai pengundi dan penypkong mrk akan kendur dan akan beralih kpd PH.

Ini kerana faktor membenci Dr Mahathir sudah tidak wujud lagi di kalangan psnyokong dan pendokong mereka.

Ini bakal menyebabkan banyak kerusi mereka tumbang serta negeri2 spt Perak, Kedah dan Kelantan beralih kepada PH.

Atas sebab itulah Haji hadi begitu beriya iya hendakkan Dr Mahathir kekal.

Tapi nampaknya BN dah mula sabotaj Haji hadi dan PAS. Mungkin UMNO nampak mereka sudah tidak perlu kepada PAS lagi skrg ini.

TULANG BESI