SPRM BERITAHU TERSALAH HANTAR TETAPI TIDAK MENAFIKAN KANDUNGAN DI DALAM.SURAT BERKENAAN




SPRM kata tersalah hantar surat, tak sepatutnya surat itu dihantar kpd parti hingga mnyebabkan dua org dipecat dari parti. 

Rakyat tidak ambil tahu kesilapan teknikal SPRM itu.  Isu silap hantar surat tu biarlah Latheefa Koya yg jawab, takkan nak urus surat pun tak pandai2.  Apa yg penting adalah kandungan dlm surat tersebut kerana parti bertindak berdasarkan kandungan dlm surat berkenaan. 

Sekiranya SPRM sanggup menarik balik laporan yg dikatakan tersalah hantar itu dan mengesahkan anggota terlibat bersih dan tiada kes, barulah parti kena kaji semula pemecatan beliau. 

Ini isu besar melibatkan moral seseorang.  Yang terlibat boleh menyaman SPRM sekiranya surat itu melaporkan sesuatu yang tidak benar terhadapnya.  Apakah SPRM sanggup menarik balik laporan tersebut dan sanggup mengaku bahawa surat tersebut adalah tidak benar? Saya harap begitu.

WFAUZDIN NS