PEMECATAN SDR ZAKARIA ABDUL HAMID, KETUA CABANG BERA



KENYATAAN MEDIA

PEMECATAN SDR ZAKARIA ABDUL HAMID, KETUA CABANG BERA

Saya selaku Pengerusi MPN KEADILAN Pahang telah mengambil maklum tentang pemecatan Saudara Zakaria bin Abdul Hamid, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga merupakan Ketua Cabang Bera berkuatkuasa serta merta melalui Mesyuarat MPP petang tadi.  

Keputusan tersebut telah dibuat setelah menerima nasihat dari Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, Datuk Ahmad Kassim di mana pihak Jawatankuasa Disiplin bertindak berpandukan laporan yang diperolehi dari SPRM. 

MPN Pahang sentiasa mematuhi dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti dan isu ini tidak samasekali menjejaskan gerak kerja dan keutuhan parti khususnya di Cabang Bera.

HAJJAH FUZIAH SALLEH
Pengerusi MPN
KEADILAN Pahang 

24 November 2019