PH BERMASALAH TERLAMPAU BERI KUASA PADA AZMIN?

PPBM JADI LEBIH UMNO DARIPADA UMNO?

ZURAIDA MENTERI BOHONG


Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai 101 projek runding terus era PH dan dua daripadanya adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menterinya Zuraida Kamaruddin lantas mengeluarkan kenyataan media menafikan beliau tahu mengenai projek tersebut.
Katanya, projek tersebut dibuat diluar pengetahuannya.
Tetapi, catatan di laman FBnya bertarikh 10 Disember 2019 menunjukkan beliau sendiri melakukan lawatan ke salah satu projek tersebut di Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur.
Logikkah seorang menteri tidak tahu mengenai perlaksanaan projek bernilai lebih seratus juta di bawah kementeriannya?
Apa sebenarnya yang Zuraida tahu sebagai seorang menteri?
Selain itu, kalau tak tahu, bagaimana juga beliau boleh melakukan lawatan ke tapak projek tersebut?
Zuraida cuba nak bohong siapa ni? (Shahbudindotcom 27/08/2020)

RUPA-RUPANYA GUAN ENG TIDAK JUAL ASET TH TETAPI WUJUDKAN SUKUK JAMINAN SELAMATKAN TABUNG HAJI



Rupa-rupanya Lim Guan Eng terbitkan sukuk RM20 Billion bantu pemulihan Tabung Haji. Ini kalau dulu-dulu orang panggil Bail Out. Runding terus selamatkan Tabung Haji. Maknanya Lim Guan Eng bantu Tabung Haji dengan Sukuk Jaminan. Ingatkan Lim Guan Eng lelong aset Tabung Haji seperti fitnah Ustaz2 Pas.

Dalam paporan kenyataan TH hari ini, mudah faham. Ini keputusan runding terus jaminan kerajaan.

"TH menjelaskan, Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah meluluskan dan bersetuju untuk kerajaan menyediakan peruntukan kepada UJSB untuk membiayai 'shortfall' penebusan sukuk sekurang-kurangnya berjumlah RM17.8 bilion iaitu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) pada tahun 2020 berjumlah RM500 juta dan dalam RMKe-12 hingga RMKe-13 sekurang-kurangnya berjumlah RM17.3 bilion..."

Tahniah Dr Mujahid. Tahniah Kerajaan PH.

InsyaAllah, esok kalau ada pendedahan senarai 101 Projek runding terus. Ia akan sekali lagi membersihkan Imej Lim Guan Eng.

Yg songlap harta dan hak Melayu bukan DAP. Bukan LGE tapi bani Melayu rakan Taawwun Pas hari ini.

#janganharapwallaunsfaham

Kredit FB Ustaz Zamri Zainal Abidin


KECOH MENTERI KEWANGAN YANG BAWA PADAH, ALHAMDULILLAH IMEJ PH GAGAL DI JAHANAMKAN OLEH KERAJAAN PN


Sila lihat keratan dal blog ini

1.  No 4 RM4.44 bilion ni projek anugerah zaman BN. Kerajaan PH re nego harga dan jimat RM800 juta. So tak ada isu. So RM6.61 bil tolak RM4.44 bil, baki RM2.17 bil.

2.  No 5, 6, 7 dan 8 oleh Airod. Airod ni memang syarikat terkenal dalam pembaikan dan maintenace kapal terbang sejak dulu. LIMA pun depa handle. Total RM640 juta, so selesai. Ada baki RM2.17 bil - RM0.64 bil, baki RM1.53 bil.

3. No 16, 18 dan 22 total RM554 juta, kira baki RM1.53 bil - RM0.55 bil, baki RM980 juta. Semua sykt ni terkenal dan memang dalam bidang.

4. No 10 tu rasanya memang company pertahanan terkenal. Airbus... pekerja pun ada 40 ribu. Yg No 15 tu Datasonic. Memang lama dah dengan KDN. Kes mereka dengan Zahid meminta rasuah pun sedang berjalan. So bukan isulah bawah PH. So total RM470 juta. Maka RM980 juta tolak RM470 juta, tinggallah baki amaun yg syarikat jadi isu sebanyak RM510 juta sahaja.

5. So RM510 juta yg masih boleh le nak kata tak clear. Korang kira lah lagi... banyak lagi tu... Tak tolak Telekom... DBP dll... den malas nak kira kecik2 tu... kang langsung tak ada figure pulak nanti.

6. So yg riuh sampai RM6 bil tu jadahnya?

7. Ni nak serang PH ke atau nak backup LGE wahai Zafrul?

Kredit FB Asri Bin

Projek runding terus era PH hanya RM352 juta



Pendedahan senarai 101 projek runding terus yang diluluskan pada era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh Kementerian Kewangan semalam menjelaskan fakta bahawa angka kelulusan sebelum ini yang didakwa sebanyak RM6.61 bilion sebagai tidak benar.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang media di Parlimen pagi tadi mendedahkan hampir 90% projek runding terus era PH adalah projek yang diluluskan kerajaan BN tetapi dirunding semula untuk menjimatkan kos.

"(Runding terus era PH) RM352 juta, bukan RM6.61 bilion. Hanya itu merupakan perolehan baru rundingan terus yang dibuat kerajaan PH
"Daripada senarai ini, RM130 juta atau 48.3% nilai keseluruhannya adalah untuk membina,  mengoperasi dan menyelenggara Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Taman Beringin, Jinjang Utara bagi menggantikan stesen sedia ada.

"Projek ini diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mungkin lebih baik menteri berkaitan yang begitu lantang menafikan sebarang penawaran projek rundingan terus menjelaskan apa sebabnya projek ini ditawarkan secara rundingan terus," katanya.

Selain itu, menurut Guan Eng, kontrak rundingan terus RM70 juta juga diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencetak buku teks korikulum standard sekolah rendah akibat kesuntukan masa. Kontrak itu, katanya, mendesak kerana murid-murid tiada buku teks untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

"Satu lagi rundingan terus ialah dari Kementerian Pertanian, iaitu operasi bersepadu wabak rabies berjumlah RM2.98 juta. Peruntukan ini terdesak untuk mengatasi wabak rabies di Sarawak," ujarnya.

Guan Eng turut menempelak Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berusaha mengelirukan Parlimen dan rakyat mengenai kebobrokan PH dalam meluluskan projek.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul juga cuba menutup hakikat bahawa perdana menteri sekarang dan menteri pengkhianat yang kini menjadi menteri PN telah meminta banyak projek runding terus.
"Mereka semua menafikan di Parlimen dan kenyataan akhbar. Penipuan mereka dibongkar dengan pendedahan senarai oleh Kementerian Kewangan semalam.

"Misalnya Kementerian Dalam Negeri meminta RM517 juta, KPKT meminta  RM171 juta. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali meminta RM1.2 juta dan Kementerian Luar Bandar minta RM7.6 juta.

"Di samping  permintaan menteri-menteri tersebut, projek besar seperti Klang Valley Double Track (KVDT) II mendapat kelulusan kabinet. Sama ada menteri pengkhianat  ini bohong, tidur dalam kabinet atau sibuk mengaturkan Langkah Sheraton, hanya mereka yang tahu," katanya lagi.

Guan Eng menegaskan sekali lagi projek runding terus adalah dibenarkan undang-undang dengan syarat-syarat ketat dan kerajaan PH telah mempertimbangkan berdasarkan syarat-syarat yang digariskan.
"Menteri Kewangan mengakui projek rundingan terus tidak salah dan dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi syarat-syarat, di antaranya perolehan masa krisis atau bencana alam. Perolehan melibatkan keselamatan negara, ATM atau PDRM atau kepakaran khusus.

"Kementerian Kewangan era PH mengamalkan tender terbuka selaras dengan manifesto PRU PH yang menyatakannya dalam janji 23.
"Dengan hanya 0.03% daripada jumlah  keseluruhan perolehan kerajaan PH merupakan projek rundingan terus, jelas PH mengotakan janji untuk menggunakan sistem tender terbuka selaras dengan prinsip ketelusan," katanya lagi.


Projek Runding Terus: Menteri Kewangan buat tiga penipuan besar




Pendedahan 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz merupakan satu penipuan besar kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Malah, beliau yang merupakan bekas Menteri Kewangan mendakwa, terdapat tiga penipuan besar dalam pendedahan tersebut.

Penipuan pertama

Guan Eng mendakwa, kebanyakan projek runding terus bukan inisiatif Pakatan Harapan (PH), tetapi diwarisi dari pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

"Apa yang mengejutkan, rupa-rupanya projek runding terus yang didedahkan bukanlah RM6.61 bilion seperti diwar-warkan tapi sebenarnya hanya RM352 juta. Baki 6.258 bilion ialah projek BN yang terpaksa diteruskan oleh PH.

"Projek runding terus itu juga hanya merupakan 1.38 peratus dari nilai keseluruhan perolehan kerajaan dari 2018 hingga 2019.

"Sekiranya projek runding terus benar-benar dibawah PH diambil kira iaitu RM352 juta sahaja, ia bukanlah 1.38 peratus tapi 0.07 peratus dari nilai keseluruhan perolehan kerajaan sebanyak 4.377 bilion.

"Dalam kata lain, 99.93% daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukan rundingan terus.

Jelas sekali adalah satu penipuan besar oleh Menteri Kewangan mengatakan PH telah meluluskan RM6.61 bilion projek runding terus," katanya dalam sidang media di Parlimen.

Penipuan kedua

Guan Eng kemudian menyebut bahawa penipuan kedua ialah meletakkan projek BN sebanyak RM6.258 juta sebagai projek runding terus PH yang hanya RM352 juta sahaja untuk menjadi RM6.61 bilion.

Katanya, ia termasuk lima projek bernilai RM4.48 bilion yang telah ditawarkan oleh kerajaan BN sebelum PH menjadi kerajaan.

"Projek yang paling mengejutkan ialah Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2). Sebenarnya projek ini telah ditawarkan kepada syarikat tersebut dengan harga RM5.265 bilion oleh kerajaan BN secara runding terus.

"Setelah mengambil alih kerajaan, PH mendapati harga kontrak tersebut adalah terlampau tinggi dan pihak Kabinet telah bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut.

"Akan tetapi pihak syarikat kontraktor, sebuah syarikat usahasama antara Dhaya Maju dengan Lembaga Tabung Ankatan Tentera (LTAT) telah merayu kepada pihak kerajaan.

"Setelah berunding, kerajaan PH bersetuju untuk meneruskan projek tersebut dengan harga kontrak yang jauh lebih rendah, iaitu RM4.475 bilion.

"Penyelesaian ini juga akan mengelakkan sebarang tindakan mahkamah antara syarikat dengan kerajaan, dan mengurangkan sebarang kelewatan ke atas projek jika projek tersebut ditender semula. Oleh itu, Menteri Kewangan sepatutnya memuji kerajaan PH kerana kami telah berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM790 juta," katanya.

Penipuan ketiga

Guan Eng beranggapan bahawa Menteri Kewangan cuba melenyapkan fakta bahawa projek runding terus turut melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) yang dahulunya berkhidmat sebagai menteri dalam kerajaan PH.

"Menteri Kewangan cuba menutup hakikat bahawa Perdana Menteri dan Menteri-Menteri pengkhianat PH, yang kini menjadi Menteri PN, juga ada meminta projek runding terus.

"Mereka semua telah cuba nafikan di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar. Pembohongan menteri-menteri pengkhianat dibongkar dengan pendedahan senarai projek semalam yang menunjukkan bahawa kementerian yang disandang sebelum ini.

1- Kementerian Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meminta RM 517.7 juta;
2- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(Zuraida Kamaruddin) meminta RM 170.8 juta;
3- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) meminta RM 1.2 juta; dan
4- Kementerian Pembangunan Luar Bandar(Datuk Seri Rina binti Mohd Harun) meminta sebanyak RM 7.36 juta.

"Sama ada menteri-menteri pengkhianat ini bohong, tidur dalam Kabinet atau terlalu sibuk mengaturkan Langkah Sheraton, hanya mereka yang tahu," katanya.

Guan Eng tetap menggesa Menteri Kewangan supaya mendedahkan projek runding terus yang dibuat oleh BN serta yang diluluskan dalam kerajaan PN ketika ini.

"Menteri Kewangan juga harus buktikan semua projek runding terus yang diluluskan oleh beliau adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat buat penilaian sendiri, kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

"Jangan ada double-standard atau “antara dua darjat” seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya hendak kaji projek runding terus PH, tetapi tidak kepada projek runding terus BN atau PN.

"Biar fakta bicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar." katanya.


RM6.6B: HANYA RM500 JUTA PROJEK BARU, YANG LAIN ZAMAN BN?

AZMIN SILAP LANGKAH SERTAI BERSATU?

GAMBAR AT TAKIRI DAN ERDOGAN PUN DIEDIT


MOHD ASRI ABU BAKAR


2 hari lepas...bukan main lagi penganut-penganut PAS yang turut di bantu pula oleh penjahat-penjahat MN/PN duk mengedarkan gambar At-Tatkiri al kanani sedang berjabat tangan dengan Erdogan. Konon-kononnya...memang benarlah Tatkiri ker Turki atas urusan kerja dan bersedia untuk bawa perlaburan dari Turki sebanyak RM82 billion. 
Bukan main lagi mereka masa tu....siap bodoh-bodohkan dan maki hamun pengkritik At Tatkiri kerana tak percaya.
Hari ini...bila kami dah dapat tangkap kerja pengeditan oleh walaun PASik dan geng mereka tu, mereka pun marah. 

Kami hanya tanya jer dan kami takde pun nak gelakkan mereka. Tetapi korang tahu apa yang mereka jawab?

1. "Korang yang edit, korang yang edar korang jugak yang viralkan"
2. "Babi, sial gampang korang ni....asyik buat kerja setan jer. Korang lah yang edit gambor tu!"
3. "Camane korang boleh dapat gambor Ori tu ek?"
Sekarang barulah aku nak gelak berguling-guling atas sofa dalam pejabat aku nih!!!. Jadi, korang jangan lah marah yek...kita semua ni kan bersaudara, kan?. 🤣🤣🤣👌


AHLI UMNO RISAU PAS MULA KHIANAT?

Rakaman Balas 11:15am - Lim Guan Eng menjawab kenyataan Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz



Rundingan terus boleh pulihkan perkhidmatan feri Pulau Pinang


Projek rundingan terus boleh diluluskan untuk memulihkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang dengan segera, kata mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara serta kepakaran khusus boleh dibuat melalui rundingan terus.
Menurutnya, ini berdasarkan garis panduan Kementerian Kewangan yang masih digunapakai masa kini.
“Projek rundingan terus dibenarkan dalam keadaan banjir ataupun penyakit Covid-19 dan untuk menyegerakan kerja pemulihan dan penyelamatan.
“Ataupun membeli suatu produk tersendiri dan khusus seperti Microsoft Word Office, di mana tender terbuka tidak boleh dijalankan.
“Contohnya, kegagalan perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang menghentikan perkhidmatan buat kali pertama sejak beroperasi 126 tahun.
“Projek rundingan terus boleh diluluskan dalam keadaan ini untuk memulihkan perkhidmatan feri dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menambah, sememangnya Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto Pilihan Raya Umum 2018 PH.
Manifesto itu kata beliau, menyatakan dalam Janji 23, ‘Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar’.
Dalam kata lain, ujarnya, tender terbuka adalah asas perolehan tetapi dalam keadaan perlu, pengecualian boleh diberikan kepada projek rundingan terus.
“Itulah sebabnya peratusan projek runding terus sebanyak RM6.6 bilion ini hanya 1.4 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan di bawah PH,” katanya.
Media melaporkan, perkhidmatan Rapid Feri Pulau Pinang tergendala selama tiga hari bermula Isnin lalu kerana masalah teknikal pada enjin feri berkenaan

Kisah perit jerih pekebun durian Raub



Ada yang bermula dari tahun 90-an, ada juga memulakan penerokaan sejak 70-an. Ketika itu, keadaan dusun dan jalan lebih teruk daripada sekarang.
Mereka bermula dengan penanaman di tanah terbiar, sikit demi sedikit.
Bermula dengan tanaman sayur, seterusnya koko. Ia tidak menjadi, jadi mereka terpaksa bertukar ke tanaman lain.
Namun mereka tidak berputus asa. Mereka meneruskan lagi dengan tanaman getah, kelapa sawit dan akhirnya durian.
Segala hasil yang dijana dilabur semula untuk menambah baik keadaan tanah sehingga ia tersusun seperti kini.
Itu kisah perjalanan golongan pekebun durian di Raub, Pahang yang kini dilaporkan berdepan dengan tindakan.
Daripada penceritaan pekebun terlibat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bilut, Lee Chin Chen berkata, golongan itu telah mengharungi proses pembinaan yang sangat susah dan pahit.
Air mata membasahi pipi pekebun tersebut semasa pergkongsian pengalaman pahit berkenaan, ujarnya.
“Penanaman durian bukan kerja yang senang, hasil sekarang merupakan titik peluh petani-petani.
“Tiada orang tahu betapa banyak pengorbanan yang telah dicurahkan bagi menjadikan tanaman durian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seperti yang dikatakan oleh En Mahmud, kata Chin Chen, ia bukan sesuatu proses yang senang untuk tanaman durian.
Sebaliknya, beliau memberitahu, ia perlu melalui satu tempoh masa yang panjang dan penjagaan yang baik.
“Banyak faktor lagi yang perlu diambil kira. Jangan ingat hasil ini datang dengan senang, tetapi memerlukan usaha yang tidak mampu dibayangkan oleh orang biasa,” katanya.
Ujarnya, dalam wawancara, seorang wartawan telah bertanya kepada pekebun berhubung usaha dijalankan bagi menjayakan tanaman mereka.
“Mereka jawab bahawa segala ini tidak mampu kami nilai kerana banyak yang telah dicurahkan. Ia tidak dapat dinilaikan.
“Saya rasa inilah suara hati mereka, mereka tidak sanggup pengorbanan mereka, usaha mereka musnah kerana syarikat gergasi yang mahukan hasil mereka,” katanya.
Beliau menambah, ada yang kata, pekebun menanam di tanah haram, jadi ia sesuatu perbuatan yang salah.
Walau bagaimanapun, kata Chin Chen, beliau ingin memberitahu pihak tersebut bahawa mereka telah salah dan tidak memahami situasi sebenarnya.
“…atau mereka tidak mahu untuk memahami situasi pekebun ini,” katanya.
Adun Bilut itu menjelaskan, segala bermula dengan polisi Kerajaan Negeri Pahang yang terdahulu, di mana kerajaan negeri menggalakkan ‘tanam dahulu, memohon kemudian’.
Tambahnya, ia sesuatu polisi yang baik bagi menambah pendapatan rakyat.
“Hakikatnya mereka yang dikatakan ‘haram’ telah sering kali cuba untuk dapatkan kelulusan kerajaan untuk halalkan tanah tanaman mereka, tetapi ia gagal,” katanya.
Kata beliau, mereka adalah golongan yang ingin mencari rezeki dengan cara yang sah di sisi undang-undang, dengan usaha serta titik peluh mereka.
Menurut beliau, tiada sesiapa dalam kalangan mereka yang ingin hidup dalam kebimbangan, bimbang penguatkuasa yang akan menguatkuasakan dan saman mereka.
“Isunya kegagalan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah mereka,” jelasnya.
Kini, kata beliau, mereka hanya mahukan kerajaan negeri balik ke meja rundingan dan berunding dengan kerajaan negeri.
Beliau memberitahu, mereka rela bayar cukai dengan kadar yang berpatutan dan bukan dibuli oleh syarikat gergasi dengan syarat yang tidak munasabah.
“Saya percaya bahawa pekebun sedang menunggu dan berharap kerajaan mendengar suara rakyat, prihatin akan mereka seterusnya mencapai situasi menang-menang bersama,” katanya.
Chin Chen berkata, menurut kenyataan rasmi kerajaan negeri bahawa penguatkuasa akan mula operasi sita tanah ‘haram’ di sekitar Sungai Chalit.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang akan melanda ke atas nasib pekebun-pekebun.
“Saya doakan yang terbaik agar kerajaan negeri ikhlas menyelesaikan masalah ini bersama dengan pekebun-pekebun,” katanya.